Chapter 9

Seorang kanak-kanak perempuan sedang bermain dengan pasir seorang diri di sebuah taman permainan. Dia begitu seronok bermain dengan pasir tanpa di sedari bahawa diri dia diperhatikan oleh seorang kanak-kanak lelaki

"Boleh saya bermain dengan awak?" Kepala kanak-kanak perempuan itu terangkat sedikit dan lalu dia berikan senyumannya

"Boleh.." kata kanak-kanak perempuan itu "Apa nama awak? Nama saya Lynna"

"Saya Kaizo.. awak memang seorang yang baik, budak-budak lain jahat" Kaizo terus duduk bersila di hadapan Lynna

"Kenapa awak kata begitu?"

"Sebab mereka tak nak berkawan dengan saya kerana diri saya adalah alien. Awak tak kisah ke kalau berkawan dengan alien?" tanya Kaizo sambil mengumpul kesemua pasir di hadapan kakinya

"Tak.. saya tak kisah kalau awak alien ke, naga ke, arnab ke, itik ke, hantu ke, badut ke.. saya tetap akan berkawan dengan awak" Muka Kaizo terus menjadi ceria. Dia boleh nampak senyuman ikhlas dari wajah Lynna "Hehehe.. awak nampak comel bila awak ceria"

"Terima kasih kerana sudi berkawan dengan saya tapi kalau saya jadi naga betul-betul macam mana? Awak takut tak?"

"Tak.. saya akan bela awak dan jaga awak dengan baik. Marilah kita buat istana pasir sama-sama" Lynna terus gali lubang pasir di situ. Sementara Kaizo pula masukkan pasir ke dalam sebuah baldi kecil sehingga penuh baldi tersebut. Lalu dia terbalikan baldi itu dan tarik baldi itu naik ke atas. Pasir itu menjadi hancur sedikit di bahagian atas

"Hehehee... nampaknya istana kita sedikit hancur" kata Kaizo

"Takpe.. saya tak kisah kalau hancur, janji di dalam istana ni terdiri daripada orang yang baik-baik, berhati suci dan tidak sombong" Lynna buka penyepit rama-rama dia dan lalu dia letakkan di atas istana pasir itu "Tengok, ianya nampak cantik"

"Cantik macam tuan dia"

"Yer ke Kaizo.. saya lihat diri saya biasa sahaja. Tiada keistimewaannya"

"Ada" balas Kaizo sambil melihat Lynna. Mata mereka bertentangan dengan sebuah senyuman terukir di wajah mereka

"Apa dia?"

"Hati awak" Lynna menjadi malu sedikit "Hehehe.. saya bergurau aje tapi awak memang istimewa, Lynna. Saya suka berkawan dengan awak"

"Terima kasih, Kaizo. Awak pun istimewa dihati saya juga"

Lalu mereka sambung balik membina istana pasir itu secara senyap tetapi mereka tidak perlu berkata apa kerana, mereka sudah memahami satu sama lain

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Semua itu hanyalah mimpi indah sahaja. Mimpi di mana ianya tidak pernah berlaku di dalam kehidupan Kaizo dan Lynna. Dark Fairy hanya ingin mempermainkan mereka sahaja. Dia mahu mereka dibuai mimpi indah sehingga mereka tidak dapat bangun dari dunia mimpi itu

"Mimpilah wahai sang permaisuri.. aku sudah sediakan mimpi khas untuk kamu berdua.. mimpi yang indah dan jauh daripada realitinya. Jangan harap kamu berdua dapat bangun dari mimpi itu kerana sang permaisuri dan sang raja, tidak akan dapat bertemu kembali anak kamu berdua iaitu Putera Rifqi. Jangan risau, aku akan hantar dia ke dunia lain setelah aku berjaya mengambil nyawa dia. Kuasa dia semua aku akan ambil dan kamu akan bertemu dengan dia semula di dunia itu.. HAHAHAA!"

Dark Fairy terus beredar dari penjara itu dengan senyuman sinis dia. Rancangan dia akan berjaya tidak lama lagi. Hanya beberapa perkara sahaja yang dia perlu lakukan sebelum dia mencapai maklamat dia. Dark Fairy hanya perlu bersabar dan berpura-pura berkawan baik dengan Rifqi

"Hehehee... maafkan aku Rifqi.. aku bukanlah kawan baik kau"

Jauh dari penjara itu, air mata Lynna mengalir keluar. Dia seperti terdengar percakapan Dark Fairy itu tadi tapi dia sendiri tidak dapat lakukan apa-apa kerana debu-debu tidur dari Dark Fairy terhadap dia dan Kaizo, sangatlah kuat. Jadi dia terpaksa menunggu seseorang untuk bangunkan mereka berdua menggunakan kuasa

-----------------------------------------------------------------------------------------------

"YINGGG!" Yaya berpatah balik dan terbang terus ke Ying yang sudah tersungkur jatuh. Kaki dia terkena serangan lontaran tombak dari askar-askar demon

"Yaya, kau bawa lari Ying dari sini" Boboiboy cuba mengangkat Ying yang sudah meraung kesakitan

"Tak, aku mahu bantu korang dan.. AKU TAK KAN MAAFKAN MEREKA KERANA CEDERAKAN KAWAN BAIK AKU!" Yaya sudah mula naik marah dengan askar-askar demon itu "MULA-MULA CUBA HENDAK TARIK AKU UNTUK LEMASKAN AKU DALAM SUNGAI! FANG HILANG INGATAN KERANA INGIN SELAMATKAN AKU. LEPAS TU DARK FAIRY SUDAH DAPAT TANGKAP KAK LYNNA DAN ABANG KAIZO.. SEKARANG INI PULA, YING MENJADI MANGSA YANG SETERUSNYA!" Yaya terbang menunjuk ke arah askar demon itu dan lalu dia menumbuk mereka sekuat hati "TUMBUKAN PADU!"

"Bella.. Faye, bawak Ying lari dari sini"

"Baik Boboiboy!" Bella mengangkat tangan Ying sebelah kiri dan Faye pula di sebelah kanan

"Mari Ying, kita pergi ke tempat yang selamat!"

"Maafkan aku, Faye... Bella" Nada suara Ying amat lemah sekali "Aku.. tak.. dapat nak.. menolong.. mereka"

"Aku tahu Ying.. tapi sekarang ni kau dalam bahaya.. jadi, kita orang bertanggungjawab untuk melindungi kau"

"Terima kasih.. Bella" Ying berikan sedikit senyuman kepada Bella. Dia tidak dapat berjalan begitu cepat sekali tetapi dia tetap akan berjalan agar dapat jauhkan diri dari tempat medan perang itu. Ying menoleh kebelakang untuk melihat apa yang berlaku

Boboiboy sedang berusaha untuk menghalang askar-askar demon itu bergerak ke depan. Yaya masih lagi berlawan dan berjaya mematahkan beberapa tombak yang cuba menyerang dia. Fang dengan helang bayang dia, terbang di ruangan udara sambil menyerang askar-askar itu. Gopal menembak tombak-tombak itu dengan kuasanya, makin banyak makanan yang jatuh ke atas lantai bumi. Lily pula tersenyum bersendirian sambil fikirkan sesuatu

"Apa kena dengan.. kawan.. kita seorang lagi tu?" tanya Ying

"Kenapa?"

"Si Lily tu, Bella.. dia.. tidak pergi.. membantu.. kawan-kawan kita"

"Mesti dia ada rancangan tersendiri tu" kata Bella "Cepat.. kita tidak boleh berhenti sahaja" Semasa mereka sedang lari dari medan perang itu, mereka bertiga terdengar jeritan nyanyian daripada Lily

But Since U Been Gone
I can breathe for the first time
I'm so moving on
Yeah, yeah
Thanks to you
Now I get (I get) what I want
Since U Been Gone

You had your chance you blew it
Out of sight, out of mind
Shut your mouth I just can't take it
Again and again and again and again

Habis hancur sebahagian daripada pasukan askar demon itu. Mereka telah bertukar menjadi debu akibat kuasa super sonic dari Lily tetapi ianya tidak menghalang pasukan askar demon yang masih terselamat. Mereka tetap akan maju ke depan dan akan tetap menyerang pasukan superhero. Kali ini mereka menyerang dengan menggunakan anak panah pula

"Kita tidak dapat kalahkan mereka semua.. BERUNDUR SEMUA!"

"Kau nak kita lari, Boboiboy?"

"Yelah.. dia orang semakin ramai dan kita ni sedikit sahaja.. Ying sudah tercedera.. cepat lari!" Boboiboy terus larikan diri dari situ. Fang terpaksa mengalah juga. Yaya terbang ke sana, ke sini dan berpusing untuk menggelakkan diri daripada terkena anak panah dari askar demon itu. Gopal sudah lari dulu daripada Boboiboy kerana dia takut. Lily masih lagi mahu nyanyi di situ tetapi Boboiboy patah balik untuk menarik tangan Lily supaya lari dari situ

"ALA! Lily baru nak nyanyi lagi"

"Kau dah nyanyi tadi tapi hanya separuh sahaja yang musnah.. sekarang kita terpaksa larikan diri"

"Ok my BBB-CHAN!" Mata Lily melihat Boboiboy sedang berlari dengan diri dia. Bagaikan ada sinaran cahaya pink di sekeliling Boboiboy "Bestnya!" bisik Lily. Lalu Boboiboy lepaskan tangan Lily tetapi Lily pula lari lagi laju daripada Boboiboy sebab dia terlampau seronok sangat berangan

"Adeh.. sempat lagi dia nak berangan.. hehehe" Boboiboy tergelak di situ sehingga dia tidak sedar bahawa sebatang anak panah sedang meluru ke arah dia

"BOBOIBOY! HATI-HATI!" Boboiboy pandang kebelakang tetapi dia sudah terlewat, anak panah itu terkena bahagian luka yang baru sembuh semalam. Boboiboy terjatuh di situ dengan tombak masih melekat di belakang badannya "BOBOIBOY!" Fang menunggang helang bayangnya dan arah untuk terbang ke arah kawan dia yang sudah jatuh itu "YAYA! LILY! GOPAL! KORANG LARI DULU! BIAR AKU BAWA BOBOIBOY!"

"Hati-hati Fang!" kata Yaya yang terbang di sebelah dia. Yaya halangkan beberapa tentera demon itu yang semakin dekat dengan Boboiboy "MAMPATAN GRAVITY!" Askar-askar demon itu terus terlekat di sebuah bola kuasa yang berwarna pink "TUMBUKAN PADU MAKSIMA!"

"Boboiboy! Naik atas helang aku" Fang sudah menghulurkan tangannya kepada Boboiboy

"Terima kasih.. Fang.." Badan Boboiboy begitu lemah sekali. Dia tidak dapat bangunkan badan dia. Fang terpaksa menolong dia untuk naik ke atas helang bayang. Yaya masih lagi menghalang demon-demon itu

"Boboiboy, kau pegang aku kuat-kuat.. aku kena terbang laju ni.. YAYA! KAU BOLEH BERUNDUR SEKARANG!"

"Baik Fang!" Yaya terus terbang bersama Fang. Mereka berpusing-pusing kerana ingin menggelakkan diri daripada terkena serangan anak panah. Boboiboy seperti sudah hilang sedar. Tangan dia masih lagi pegang badan Fang supaya tidak jatuh dari helang bayang itu

"Boboiboy.. kita sudah semakin hampir" kata Fang

"CEPAT CEPAT!" Jerit Bella dari jauh. Dia, Faye dan Ying sudah pun tiba di lembah gunung itu. Lily baru sahaja sedar yang Boboiboy terkena serangan tadi, dia berhenti dan risau dengan nyawa Boboiboy tetapi Gopal sudah mengheret dia untuk lari dari situ

"Ying.. tenaga kau ada lagi tak untuk perlahan musuh-musuh kita?" tanya Faye yang sudah rasa cemas

"Ada.. kot... KUASA SLOW MO!" Pergerakan musuh-musuh mereka menjadi perlahan. Lily dan Gopal sudah tiba di situ. Yaya masih lagi terbang bersama Fang dan Boboiboy seperti mahu jatuh dari helang bayang Fang

"YAYA! FANG! CEPAT CEPAT!" jerit Bella. Tiba-tiba permukaan bumi bergoyang-goyang di kaki mereka "Ke-kenapa ni?"

"Jangan cakap ada musuh dalam bawah tanah pula" Gopal terus memeluk sepohon pokok yang berdekatan dengan mereka "AMMA! APPA! ANAK MU DALAM KETAKUTAN NI!" Akar-akar pokok terus keluar dari permukaan bumi itu. Ianya membuat Gopal rasa cemas dan terus berlari kebelakang Faye

"Apa terjadi ni?" Lily sudah sorok di belakang Bella. Mereka semua berdiri rapat agar tiada apa yang dapat cederakan mereka semua. Yaya dan Fang sudah mendarat di situ sebaik sahaja akar-akar pokok menjalar ke arah musuh-musuh mereka. Mereka melihat akar-akar pokok itu menghancurkan musuh-musuh mereka dan ada yang sudah terangkat dan lalu berpusing-pusing, terus akar itu melontarkan musuh mereka ke tempat lain

"Dasyatnya" bisik Fang "Tapi.. siapa yang menolong kita ni?" Keadaan mereka masih belum selamat, ada setengah demon yang selamat. Fang terpaksa memimpin Boboiboy untuk lari di situ bersama dengan rakan-rakan mereka yang lain

Mereka berada di dalam kawasan lembah gunung. Yaya menoleh kebelakang dan saksikan akar-akar pokok tadi membina dirinya menjadi sebuah benteng pertahanan supaya askar-askar demon itu tidak dapat mengejar para adiwira. Yaya menjadi semakin pelik, siapa yang menyelamat mereka semua? Dia terus berhenti berlari

"Kenapa Yaya? Kenapa kau berhenti?" tanya Bella

"Cuba tengok belakang kau" Lalu Bella melihat belakang dia. Bukan dia sahaja, kawan-kawan dia yang lain pun melihat apa yang akar-akar tadi sudah buatkan "Nampaknya ada orang sedang melindungi kita semua"

"Betul tu wahai gadis manis" Seorang gadis yang jauh lebih tua daripada mereka, muncul di hadapan mata mereka. Rambut dia berwarna putih dan panjangnya sampai ke paras lutut. Muka dia sangat manis dan pakaian dia seperti memakai sebuah pakaian bunga. Gaun skirt labuhnya berbentuk kelopak bunga "Kamu tidak perlu lagi rasa risau kerana kami tahu siapa kamu semua. Kamu adalah pasukan adiwira yang ingin selamatkan Putera Rifqi dari kuasa kegelapan"

"Jadi.. kamu ni siapa?" tanya Fang

"Saya adalah penjaga hutan yang penuh dengan tumbuh-tumbuhan liar dan juga haiwan-haiwan yang jinak. Nama saya adalah Gaia. Musuh-musuh kamu tidak dapat memasuki ke kawasan ini, jadi kamu boleh berehat di sini dengan aman sebelum kamu dapat teruskan perjalanan kamu nanti. Kawan kamu itu, biar tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan saya merawat mereka berdua" Gaia menyeru beberapa haiwan yang ada di situ untuk membawa Boboiboy dan Ying pergi menerima rawatan dari mereka. Dua ekor kuda putih berjalan ke arah Boboiboy dan Ying

"Kuda kuda ku, bawa mereka ke tempat rawatan kita" Kedua kuda putih itu tunduk kepada Gaia sebagai tanda faham apa yang dikatakan oleh Gaia tadi "Burung-burung ini akan bawa kamu ke tempat berehat. Rehatlah kamu untuk kembalikan tenaga kamu"

"Terima kasih kerana sudi membantu kami" kata Fang. Dia menolong Boboiboy untuk naik ke atas kuda itu "Boboiboy, kau pegang kuda ni elok-elok. Jangan sampai diri kau jatuh pula"

"Ok.." balas Boboiboy dengan nada yang agak lemah. Ying pula naik di atas kuda satu lagi. Dia telah di bantu oleh Bella dan Faye

"Ying.. cepat sembuh tau" kata Yaya. Ying hanya mampu mengangguk kepalanya secara lemah. Yaya melihat kedua kuda putih itu membawa dua kawan baik dia pergi dari situ "Semoga korang cepat sembuh dan kita dapat berjuang bersama lagi"

"Jangan risaulah Yaya. Kita di dunia fantasy kak Lynna.. mesti ada benda-benda yang boleh sembuhkan luka mereka" kata Fang dengan lembutnya

"Terima kasih Fang sebab tenangkan aku sedikit. Aku selama ini, ingat pengembaraan kita biasa-biasa sahaja. Aku tidak sangka pengembaraan kita kali ini lain daripada yang lain. Memang agak sukar apa yang kita tempuhi dalam beberapa hari. Semasa aku terpisah dengan korang, aku ingatkan aku tidak dapat jumpa korang lagi tapi aku silap.. semangat yang korang semua ada, kita akan tetap bersama"

"Begitulah semangat perjuangan dari kita semua" kata Bella "Jomlah, burung ni sudah memanggil kita"

Beberapa ekor burung sedang bernyanyi-nyanyi semasa mereka dalam perjalanan ke sebuah hutan yang penuh dengan jenis-jenis tumbuhan yang luar biasa. Pokok-pokok di situ bagaikan sedang bernyanyi. Bunga-bunga di dalam hutan itu pula sedang keluarkan sebuah melody yang boleh membuat para adiwira rasa tenang. Fang, Gopal, Yaya, Bella, Faye dan Lily masuk ke dalam hutan itu dengan perasaan sangat teruja melihat keindahan hutan itu. Air sungai mengalir di tepi dengan begitu tenang sekali. Beberapa ekor ikan melompat-lompat di permukaan sungai itu. Apa yang menarik tentang ikan itu adalah warna mereka dalam bentuk pelangi. Semuanya comel-comel dan juga ikan duyung sedang berenang-renang di dalam air sungai itu. Mereka meredah masuk lagi ke dalam hutan itu dan sampai sebuah tempat yang lapang. Kawasan itu di keliling oleh pokok-pokok dan juga daun-daun yang terjuntai, ianya seperti sebuah langsir yang di gantungkan pada dahan pokok. Terdapat juga bunga-bunga dihiasi pada pokok-pokok itu. Kupu-kupu berterbangan di sana sini, anak-anak itik sedang bermain-main dengan anak-anak kucing, seekor musang sedang tidur di bawah pokok dengan lenanya dan beberapa anak monyet sedang bermain-main di atas pokok dengan gembiranya

"Tempat apa ni?" tanya Gopal

"Kamu boleh berehat di sini.." kata seekor burung berwarna hijau. Lalu burung itu pergi ke sebuah langsir daun dan lalu membukanya "Di dalam ini adalah tempat untuk para gadis berehat. Maaf yea, hanya para gadis sahaja boleh masuk ke sini. Kamu berdua hanya boleh duduk di sini tapi jangan risau, kami akan tetap berikan layanan istimewa kepada kamu berdua"

"Terima kasih wahai burung.. boleh ke kalau Lily nak bernyanyi dengan cik cik burung dekat sini?"

"Boleh.. kami di sini suka dengar nyanyian dari sesiapa pun, terutama sekali dari permaisuri Lynna. Waktu dia belum kahwin lagi, permaisuri selalu hadir ke sini dan bernyanyi bersama kami semua" Mereka duduk bersila di tanah lapang itu sambil mendengar cerita dari seekor burung berwarna merah "Apabila permaisuri di dalam kesedihan, kami akan hiburkan hati dia. Semasa dia kehilangan seseorang, kami juga menjadi tempat dia luahkan perasaan dia. Pada masa itu, kami cuba gembirakan hati permaisuri tetapi kami tahu, bukan senang nak pujuk hati dia yang sedang kesedihan itu"

"Orang tu orang pertama yang kak Lynna cintai ke?" tanya Fang. burung merah itu tadi terbang dan hingap di atas seketul batu untuk sambung bercerita

"Yea, dia adalah seorang putera. Dia dan permaisuri tinggal di dunia sana dan berkenalan di dunia sana juga. Permaisuri nampak ceria apabila dia dapat tahu rahsia putera itu, dan putera itu juga turut gembira dapat mengetahui rahsia permaisuri tetapi hubungan mereka hanya singkat sahaja. Tragedi berlaku terhadap sang putera. Agak lama juga untuk melihat permaisuri jatuh cinta semula. Apabila kami dapat tahu permaisuri telah jatuh cinta dengan seseorang, kami berharap hubungan mereka akan berkekalan dan harapan kami semua menjadi kenyataan. Permaisuri kembali seperti dulu.. senyuman mesra yang kami rindui, sudah kembali di wajahnya tapi kami tidak sangka pula, orang itu bukan dari planet ini... heheheee"

"Abang aku dan aku memang bukan dari sini, kami berasal dari planet lain.. tak sangka pula abang aku dapat berkahwin dengan seorang puteri.. hahahaaa! Tak percaya aku.. abang yang garang macam singa, boleh dapat kak Lynna yang lemah lembut tu" Fang mahu tergelak sedikit. Lalu seekor arnab datang dengan sebuah dulang kecil. Di atas dulang itu ada secawan teh, khas untuk Fang. Bukan dia seorang sahaja yang dapat, kawan-kawan dia pun di datangi dengan arnab-arnab lain. Semuanya berjalan seperti manusia biasa

"Eh, comelnya arnab ni" Yaya teruja melihat arnab itu. Arnab berwarna pink, berikan secawan teh kepada Yaya

"Kami hendak berikan air teh kepada kamu semua" jawab arnab pink itu "Kami memang suka kalau ada tetamu datang ke sini... sila menikamti teh bunga dari saya dan kawan-kawan arnab saya. Teh bunga ini adalah dari bunga mawar, bunga lavender dan juga bunga matahari"

"Selain itu, kami juga ada sediakan buah-buahan untuk tetamu kita. Lobak merah juga sudah disediakan untuk tuan Fang. Kami kenal tuan Fang kerana permaisuri dan raja. Kamu adalah adik kepada mereka berdua" Tiba-tiba Fang rasa bangga dengan diri dia. Sekumpulan arnab meletakkan sebuah dulang yang penuh dengan buah-buahan di tengah-tengah bilik lapang itu "Makanlah sambil mendengar kisah silam permaisuri Lynna"

"Terima kasih arnab" kata burung merah itu "Berbalik dengan kisah permaisuri kami.. sebelum dia mengenali Raja Kaizo, permaisuri ada juga pernah bercinta dengan salah satu kawan baik dia sendiri. Orang itu adalah Nazir tetapi hubungan mereka tidak lama akibat tuan Nazir di serang oleh makhluk jahat dan semua memori dia hilang. Mereka jumpa balik dan ingatan tuan Nazir pulih. Pada masa itu, Permaisuri Lynna sudah berkawan dengan Raja Kaizo. Permaisuri dan tuan Naziru cuba untuk kembali pada masa dulu tetapi kedua-dua mereka anggap sebagai kawan sahaja dan pada ketika itulah permaisuri sedar di dalam hati dia sudah wujud seseorang iaitu Raja Kaizo sendiri. Permaisuri ketika itu tidak tahu bahawa cinta sudah mula wujud dihatinya, tetapi dia masih lagi anggap Raja Kaizo sebagai sahabat baik dia. Kawan-kawan dia sudah tahu tentang itu. Mereka ada usik permaisuri tentang hubungan mereka tetapi permaisuri dengan jawapan sama dia yang dia dan Raja Kaizo hanyalah kawan sahaja tapi takpe, kawan dia tetap menunggu sehingga permaisuri sedar dengan perasaan sebenar dia. Kami di sini pun setia menunggu"

"Korang semua ni memang sayangkan kak Lynna yea" tanya Bella sambil mengambil sebiji buah apple

"Yea, kami memang sayangkan dia kerana tanpa dia, hutan ini akan mati kerana kerasukan kuasa. Tempat ini memang ada kuasa dan permaisuri sendiri yang meletakkan penjaga yang bernama Gaia, untuk menjaga hutan ini. Musuh yang masuk ke dalam hutan ini, akan bertukar menjadi haiwan dan sedikit demi sedikit, kegelapan di hatinya akan berubah menjadi sebuah cahaya putih. Itulah kuasa pelindung yang telah diberikan oleh Gaia dan permaisuri Lynna pada suatu ketika dahulu. Lama kelamaan, haiwan di sini semuanya boleh berkata-kata. Setiap haiwan yang masuk ke dalam hutan ini, dapat berbicara dengan kami seperti kuda-kuda kamu semua. Merekalah yang beritahu kami tentang keselamatan kamu telah di ancam oleh askar-askar demon Dark Fairy. Maaf kerana kami lewat hendak membantu kamu kerana ada setengah daripada kami, telah di tangkap oleh Dark Fairy sendiri. Kini kawan-kawan kami juga telah di penjara di istana permaisuri Lynna. Kami sebenarnya tidak sangka kamu akan memilih jalan ini walaupun jalan ini agak jauh untuk sampai ke istana permaisuri tetapi jalan ini adalah selamat daripada jalan biasa"

"Takpe cik burung, biar lambat, asalkan kami selamat sampai" kata Yaya

"Ha ah, boleh dikatakan hampir setiap hari kami di serang oleh mereka. Kami tidak mahu kehilangan salah satu rakan kami.. biarlah kami ikut jalan yang selamat daripada ikut jalan yang boleh mengancam nyawa kami semua" Faye berasa sedih apabila teringat kembali perjalanan mereka dari awal sehingga kini. Mata dia mula berkaca "Tapi kesungguhan kami tidak akan mematahkan semangat perjuangan kami. Demi Rifqi, kak Lynna dan abang Kaizo, kami sanggup merentasi apa-apa sahaja rintangan yang kami bakal hadapi nanti"

"Semangat perjuangan kamu jangan di sia-siakan" Gaia muncul di dalam bilik lapang itu "Nampaknya kawan kamu dalam keadaan baik tetapi mereka perlu berehat. Kamu juga sama. Berehat dahulu"

"Boleh kami jumpa mereka berdua?" tanya Bella

"Boleh tapi salah satu kawan kamu sudah pun pergi melawat kawan lelaki kamu" Gaia terus tersenyum di situ "Sayang betul kawan kamu kepada kawan lelaki dia tu.. hehee" Baru mereka sedar yang Lily tiada di dalam bilik itu

"Erkk! Si pelik tu sesuka hati aje pergi melawat Boboiboy tanpa beritahu kita orang" Fang tidak berapi-api tetapi dia faham kerana Boboiboy adalah seseorang yang Lily sangat sayang

"Heheheee... kejap lagi kita pergi melawat mereka" kata Yaya "Tapi apa-apa pun, kami ucapkan terima kasih kerana berikan kami tempat untuk berehat dan menolong kawan kami yang sudah cedera teruk"

"Sama-sama" kata Gaia "Kamu boleh bersiar-siar di dalam hutan ini. Ada sebuah taman di dalam hutan ini juga, kamu boleh pergi dan melihatnya sendiri. Rehatkanlah diri kamu sepuas-puasnya wahai para adiwira sebelum kamu teruskan perjuangan kamu esok harinya"

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Kaizo! Kaizo! Tengok apa aku dapat!" Lynna berlari ke arah Kaizo dengan sehelai kertas di tangannya. Ketika ini mereka sudah dewasa sedikit

"Apa yang kau dapat?" tanya Kaizo sambil melihat Lynna yang sudah kelihatan kepenatan sedikit tetapi Lynna masih lagi tersenyum seperti membawa khabar berita gembira

"Aku dapat surat tawaran untuk sambung belajar di luar negara"

"Tahniah Lynna! Aku bangga dengan kau tapi.. kau jangan putuskan persahabatan kita" kata Kaizo "Jangan lupakan aku dekat sini"

"Aku tak kan lupakan kau wahai sang kapten garang. Kau sentiasa ada dihati aku, Kaizo.. hehehee... tapi kalau tinggalkan bumi, jangan lupakan aku juga. Kaulah sahabat pertama aku yang aku paling sayangi"

"Terima kasih" Kaizo tidak berkata apa, dia hanya mahu melihat senyuman ikhlas yang sudah terukir dari bibir Lynna "Tapi, bila kau akan pergi?"

"Lagi 2 bulan aku akan pergi ke sana. Jadi kau jaga diri baik-baik sahabat ku" Lynna mahu pegang pipi Kaizo tetapi dia terdengar seseorang sedang memanggil diri dia dari jauh

"KAK LYNNA! KAK LYNNA!"

"Siapa tu?" Lynna mencari-cari dari mana suara itu datang. Dia kembali untuk melihat Kaizo tetapi orang yang ada di hadapannya bukan lagi Kaizo, seseorang yang dia ingat-ingat lupa

"Kak Lynna! Ini adik.. ingat tak?"

"Siapa?" Lynna cuba fikirkan siapa adik dia? Dia ada adik ke?

"Ini Fang... kak Lynna kena bangun dari sini.. bangun kak Lynna.. Rifqi dalam bahaya, nyawa dia dalam bahaya. Dark Fairy ingin membunuh dia. Kak Lynna dan abang Kaizo kena bangun sekarang"

"Rifqi? Fang? Apa semua ni? Mana Kaizo?" Orang yang bernama Fang tadi berubah menjadi kanak-kanak pula kali ini "Kau siapa?"

"Ibu... ini Qiqi.. selamatkan Qiqi ibu" Air mata kanak-kanak ini mengalir keluar sambil merayu-rayu kepada Lynna "Ibu.. Qiqi tak nak kehilangan ibu dan ayah. Qiqi pun tak nak kehilangan nyawa Qiqi sendiri. Bangun ibu.. bangun ibu.. Qiqi perlukan ibu dan ayah"

"Qiqi?"

"Yea ibu.. ini Rifqi.. anak kesayangan ibu dan ayah. Qiqi... buat.. salah dekat ibu dan ayah... maafkan Qiqi" Rifqi terus memeluk Lynna "Maafkan Qiqi.. maafkan Qiqi.. maafkan Qiqi" Dia menangis di situ. Tangan Lynna sedikit demi sedikit membelai kepala budak yang bernama Rifqi itu

"Qiqi.. betul ke Qiqi ini anak saya?"

"Betul.. Qiqi tak tipu tapi Qiqi ada buat salah. Qiqi kecewakan hati ibu dan ayah.. Qiqi hancurkan perasaan ibu dan ayah.. maafkan Qiqi"

"Rifqi" Suara Kaizo muncul di dalam mimpi itu "Rifqi, anak ayah"

"A-ayah" Rifqi pusingkan diri dia. Lalu dia mengesat air matanya untuk melihat ayahnya "Ayah... maafkan Qiqi" Ingatan Lynna mula pulih sedikit demi sedikit. Dia melihat Kaizo peluk Rifqi dengan penuh kasih sayang

"Qiqi... anak ibu" Tiba-tiba semuanya hilang. Rifqi dan Kaizo melesap di hadapan Lynna "KAIZO! QIQI!" Tiada apa yang ada, hanya kegelapan sahaja yang menjadi peneman Lynna

"KAIZO! QIQI!" Lynna berpusing di situ sambil menjerit dua nama yang dia sayang "KAIZO! QIQI!"

---------------------------------------------------

"KAIZO! QIQI!" Lynna terjaga dari mimpinya itu "Mimpi apakah itu?" bisik Lynna sambil memicit dahinya. Dia melihat sebelah, Kaizo masih lagi dibuai mimpi "Kaizo.. bangun.. bangun"

"Lynna..." Mata Kaizo masih lagi pejam "Lynna... mana kau?"

"Kaizo! Bangun.. aku ada dekat sini. Kita perlu keluar dari penjara ini" Mata Kaizo buka sedikit demi sedikit. Dia ternampak senyuman yang sentiasa ada di hati dia "Kaizo.."

"Lynna.. apa yang terjadi tadi?" Kaizo bangunkan dirinya. Lalu dia bantu Lynna untuk berdiri di dalam penjara kecil itu

"Aku tak tahu tapi aku tadi mimpi Qiqi... dia dalam bahaya Kaizo.. kita perlu selamatkan anak kita"

"Tapi bagaimana? Kita sudah tiada kuasa" Kaizo pegang batang besi pintu penjara itu dan lalu goyang-goyangkan

"Aku tak tahu.. tapi apa yang aku tahu, mimpi indah tadi itu adalah salah satu sumpahan dari Dark Fairy. Dia tidak mahu aku dan kau bangun, dia mahu kita dibuai mimpi indah buat selama-lamanya tapi Fang dan Qiqi masuk ke dalam mimpi aku dan mungkin kau juga. Mereka mahu kau dan aku bangun dari sumpahan mimpi tersebut untuk musnahkan sumpahan itu.. tapi bagaimana mereka boleh ada di dalam mimpi kita, itu aku tidak tahu tapi yang aku tahu sekarang ini, nyawa Qiqi dalam bahaya"

"Jadi, kita perlukan satu rancangan untuk keluar dari sini" kata Kaizo sambil pegang kedua bahu isterinya "Kita akan selamatkan dia. Kalau kita tidak dapat keluar dari sini, adik aku pasti akan cari jalan untuk selamatkan kita berdua"

"Kalau semuanya terlambat?"

"Tak.. kita tidak terlambat, aku yakin.. aku yakin aku dan kau dapat keluar dari sini dan selamatkan Rifqi. Aku percaya dengan adik aku dan kawan-kawan dia kerana semangat mereka tidak pernah pudar. Mereka akan sampai di sini dengan selamat..." Kaizo tersenyum sedikit kepada Lynna "Semangat aku juga tidak akan hilang seperti mereka"

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy terbangun dari tidurnya. Dia melihat di sebelah katilnya, terdapat sebuah langsir daun yang sangat besar melindungi katil di sebelah. Dia meneka bahawa Ying ada di sebalik langsir itu. Dia turun dari katilnya dan tidak pergi ke sebelah untuk pastikan tekaan dia betul. Sebaliknya, dia ingin melihat dunia hutan itu yang penuh dengan keajaibannya. Dia rasa diri dia berada di sebuah planet lain kerana semua bintang di sini boleh berkata-kata. Dia rasa sangat teruja dan ingin mengetahui tentang hutan itu lagi

"Tuan Boboiboy sudah bangun?" Boboiboy terkejut dengan kehadiran seekor burung merah. Burung itu hingap di atas dahan pokok

"Ha ah, saya ingin pergi bersiar-siar di sekitar kawasan hutan ini"

"Tuan Boboiboy boleh pergi bersiar-siar tetapi jangan keluar dari kawasan hutan ini kerana di luar sana, terdapat ramai musuh tuan yang sedang menunggu tuan dan rakan-rakan tuan untuk keluar dari sini. Mereka tidak berani untuk masuk ke dalam kawasan hutan ini. Bagaimana dengan luka kamu? Adakah kesakitan tuan masih lagi terasa?"

"Tidak lagi cik burung. Terima kasih kerana bantu saya dan rakan-rakan saya tadi"

"Sama-sama tuan Boboiboy" Burung merah itu terbang dan hingap di bahu kanan Boboiboy "Siang tadi kawan-kawan tuan ada datang untuk melawat tuan tetapi pada masa itu, tuan sedang tidur. Kawan-kawan tuan sangat pritahin dengan keselamatan tuan"

"Yea, kerana merekalah sahabat sejati saya. Susah senang kita bersama.. apa-apa terjadi pun, kita orang tidak dibiarkan salah seorang daripada kami seksa dalam bersendirian. Kami akan tetap tolong walaupun keadaan semakin sukar. Itulah sifat-sifat yang terdapat di dalam diri kami semua, sifat perjuangan yang tidak akan pudar"

"Sifat itu adalah sifat terpuji tuan. Mari tuan, kita pergi bersiar tetapi salah seorang kawan lelaki kamu tidak kelihatan hendak tidur"

"Kenapa dengan dia?" tanya Boboiboy sambil melihat kiri dan kanannya. Semua bunga-bunga di situ, bagaikan keluar sebuah cahaya yang berwarna biru. Kelip-kelip juga berterbangan di sana sini. Dia boleh lihat haiwan yang terjaga pada waktu malam, sudah mulai keluar untuk bermain

"Nampaknya dia risaukan tentang permaisuri dan raja. Mungkin juga dia risaukan anak buah dia sekali" Boboiboy dapat meneka siapakah orang yang di maksudkan oleh burung tadi

"Cik burung tahu di mana dia sekarang?" Lalu burung merah itu terbang untuk tunjukkan di mana Fang berada sekarang. Boboiboy ikut sahaja ke mana burung itu pergi. Dia membawa Boboiboy ke tepi tebing sungai. Terdapat seorang remaja sedang duduk pada sebuah batu besar. Kakinya sedang bermain-main dengan air sungai itu. Dia di temani oleh cahaya bulan purnama. Fang tidak sedar dengan kehadiran kawan baiknya. Burung merah tadi tinggalkan Boboiboy untuk berbual dengan Fang

"Fang!"

"Kau nak apa, Boboiboy?" tanya Fang dengan nada suara yang agak serius. Kepala dia tunduk untuk melihat bayang-bayang diri dia di atas permukaan sungai itu. Ada sekumpulan serangga kelip-kelip sedang berterbangan di sekitar permukaan air sungai itu

"Takde apa, cuma... kau kelihatan sedih" Boboiboy duduk di sebelah Fang

"Macam mana aku tak sedih. Aku tidak tahu keadaan abang dan kakak aku. Qiqi pula.. aku tahu dia tidak akan cederakan ibu bapa dia sendiri tapi aku takut.. aku takut kalau dia sudah hilang arah dan dia buat apa sahaja dekat ibu bapa dia untuk kepentingan diri dia"

"Tak, aku tak rasa begitu. Qiqi yang dulu masih lagi ada di dalam diri dia.. kita belum lagi terlambat. Aku nak katakan jangan risau pun tak boleh juga sebab kita sendiri tidak boleh jangka apa yang akan berlaku nanti. Apa yang kita boleh buat sekarang ni, berdoa sahaja semoga mereka bertiga selamat"

"Terima kasih, Boboiboy" Fang menoleh ketepi untuk melihat kawan baik dia. Lalu dia tersenyum sedikit "Kau macam mana? Bahu kau masih sakit lagi ke?"

"Tak. Tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan di sini yang keluarkan anak panah dekat bahu aku siang tadi. Mereka juga yang merawat aku untuk pulihkan kesan luka pada badan aku dan tempat bahagian kecederaan teruk tadi. Esok pagi, kita boleh bergerak untuk teruskan perjalanan kita" Boboiboy mengambil seketul batu kecil dan lalu baling pada sungai itu. Batu itu melompat-lompat pada permukaan air dan lalu tenggelam

"Ok, aku ikut sahaja.. asalkan kita sampai ke istana kak Lynna. Nampaknya, esok mesti kita akan berhadapan lagi dengan askar-askar demon tu" Fang menggenggam tangannya "Tapi aku tidak berputus asa.. aku akan tetap sampai ke istana kak Lynna"

"Itu kamu tidak perlu risau" Fang dan Boboiboy menoleh kebelakang. Gaia ada di belakang mereka. Dia terdengar perbualan mereka sedikit "Saya akan bantu kamu untuk pergi ke istana permaisuri dengan selamat"

"Bagaimana?" tanya Boboiboy

"Itu kamu akan mengetahuinya pagi esok. Pergilah tidur dan jangan risaukan lagi tentang perjalanan kamu kerana saya sudah pun menguruskan perjalanan kamu semua. Saya akan sedia membantu kamu sekalian.. pergilah tidur untuk mengumpul tenaga kamu balik" Mata Boboiboy dan Fang, makin lama makin berat. Akhirnya mereka tertidur. Akar-akar pokok mengangkat dan membawa mereka ke katil masing-masing. Mereka dibaringkan di situ

"Apa yang kamu bakal hadapi, adalah sesuatu tentangan yang hebat akan menanti kamu di istana permaisuri tapi saya yakin, dengan kuasa dan kekuatan dari kamu.. Dark Fairy akan terhapus juga"

---------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella dan Faye, Lily entah hilang ke mana. Mata mereka membulat besar apabila Gaia memberikan mereka menunggang burung-burung helang dia untuk terus ke istana Lynna. Helang-helang itu sudah bersedia untuk membawa mereka pergi ke istana Lynna. Mereka sudah pun beratur dengan penuh rasa hormat di luar kawasan hutan. Fang rasa diri dia boleh sahaja menunggang helang bayang dia dan Yaya boleh gunakan kuasa dia untuk terbang bersama burung-burung helang itu. Boboiboy boleh gunakan hoverboard Taufan dia tapi dia teringin juga untuk menaiki burung helang itu

"Err.. betul ke kami boleh guna burung helang ini?"

"Betul tuan Boboiboy" kata burung merah semalam "Penjaga kami membenarkan kamu semua gunakan burung-burung ini untuk bawa kamu terus ke istana permaisuri tapi kalau tak nak, kami boleh sediakan gajah"

"GAJAH?!" menjerit Gopal "Boleh ke kita orang naik atas gajah tu.. macam best aje.. hehehee"

"Wei, orang dah bagi burung, lu nak naik gajah pula"

"Ala Ying, bukan selalu pun dapat naik gajah"

"Tapi kita bukannya selalu dapat naik helang.. lainlah macam kawan kita sorang lagi tu, boleh dikatakan tiap-tiap hari ada aje helang bayang dia" Fang terus berikan renungan tajam dia kepada Bella "Itu pun nak marah ke? Aku bergurau aje"

"Yelah, guraulah kau" Fang bersilang tangan dengan mukanya yang serius "Sudahlah, gajah ke helang ke.. janji kita cepat sampai. Ini pun sudah kira bersyukur kerana ada orang nak bantu kita cepat sampai ke sana"

"Ha ah, betul kata Fang. tak perlu nak gaduh-gaduh. Kita terima sahaja bantuan daripada mereka. Aku akan ikut terbang sekali dengan korang"

"Ok, kalau macam tu.. Gopal, Ying, Bella, Faye dan Lily naik helang. Aku, Fang dan Yaya akan gunakan kuasa kita orang.. eh kejap.. mana Lily?" Boboiboy mencari-cari Lily di luar hutan itu

"Tadi dia ada dekat sebelah aku.. entah dia pergi kemana si Lily tu" Bella turut mencari-cari kemana Lily pergi "Isk budak sorang ni.. merayap pulak si Lily ni. Selamatlah dia kawan baik aku, kalau tidak.. sudah lama mulut aku ni berkumat kamit"

"Janganlah marah kawan.. Lily cuma nak ucapkan selamat tinggal dekat haiwan-haiwan ni semua.. UWAAAAAAA!" Di kaki, kepala dan tangan Lily penuh dengan anak-anak itik. Semua tidak mahu Lily pergi. Anak-anak itik itu juga turut menangis bersama Lily "Jangan sedih anak-anak ku.. nanti ibu akan datang balik. Ibu akan bawa makanan sekali untuk anak-anak itik ku"

"Hmmm.. anak itik juga yang kau pergi suka" Boboiboy menepuk dahinya sendiri "Adeh.. sudahlah tu Lily, nanti kita akan kembali ke sini lagi. Dapatlah kita bermain dengan mereka sepuas-puasnya"

"Betul tu wahai sang pahlawan yang bernama Boboiboy" kata salah seorang anak itik "Kami akan sentiasa menunggu sang pahlawan dan sang puteri Lily untuk datang ke sini"

"Puteri Lily? Bila masa si pelik ni jadi puteri?"

"Kenapa Fang? Kau pun nak jadi puteri juga ke?" Yaya tergelak sambil melihat Fang sudah naik angin "Aku bergurau sahaja tapi cantik apa kalau Lily jadi puteri dekat hutan istimewa ni"

"Yelah yelah.. puterilah sangat. Jomlah, aku malas nak berborak lama dekat sini. Nanti terlupa nak selamatkan abang dan kakak aku"

"Maaf yea semua, kawan saya ni jenis panas baran"

"Takpe tuan Boboiboy. Kami memahami sikap dia yang suka marah-marahkan orang.. hehehe.. tapi betul kata tuan Fang, kamu semua perlu pergi. Jangan lengahkan masa" kata seekor anak itik

Boboiboy angguk dan terus bertukar menjadi Boboiboy Taufan. Yaya sudah terbangkan diri dia. Gopal, Ying, Bella dan Faye sudah menaiki helang mereka. Fang melihat Lily berikan satu pelukan kepada anak-anak itik itu sambil menangis

"Wei pelik, cepatlah sikit!"

"Sabarlah landak... Lily nak tengok muka dia orang satu per satu" Anak-anak itik itu tersenyum sambil melihat Lily "GOODBYE MY DEAREST CHILDREN! I WILL BE BACK!"

"Apa-apa jelah.. Helang bayang!" Fang melompat dan terus mendarat di atas helang bayang dia. Lily baru hendak naik ke atas helang dia "Ok, jom pergi"

"Terima kasih yea, kami pergi dulu!" Boboiboy melambai-lambai kepada burung merah itu. Dia terus terbang dengan menggunakan hoverboardnya. Gopal, Ying, Bella, Faye dan Lily berseronok di belakang burung helang masing-masing. Boboiboy, Fang dan Yaya boleh dengar kawan-kawan mereka yang lain sedang bernyanyi di atas helang mereka

https://youtu.be/GIQn8pab8Vc

I used to think that I could not go on
And life was nothing but an awful song
But now I know the meaning of true love
I'm leaning on the everlasting arms

If I can see it, then I can do it
If I just believe it, there's nothing to it

[Chorus:]
I believe I can fly
I believe I can touch the sky
I think about it every night and day
Spread my wings and fly away
I believe I can soar
I see me running through that open door
I believe I can fly
I believe I can fly
I believe I can fly

See I was on the verge of breaking down
Sometimes silence can seem so loud
There are miracles in life I must achieve
But first I know it starts inside of me, oh

If I can see it, then I can be it
If I just believe it, there's nothing to it

[Chorus]

Hey, cause I believe in me, oh

If I can see it, then I can do it (I can do it)
If I just believe it, there's nothing to it

[Chorus]

Hey, if I just spread my wings
I can fly
I can fly
I can fly, hey
If I just spread my wings
I can fly-eye-eye-eye
Hum, fly-eye-eye

"Seronok betul korang dapat terbang"

"Mestilah Yaya... kalau tidak, selama ini asyik kau, Boboiboy dan Fang aje yang dapat terbang tinggi di langit. Sekarang kita orang pun boleh merasai apa yang korang rasa selama ini" kata Gopal

"Yolah, memang sangat best dan sangat indah apabila kita dapat melihat permandangan di bawah langit itu. Tengok sungai itu.. kita boleh nampak mermaid sedang melambai-lambai ke arah kita" Ying terus balas balik lambaian ikan duyung tersebut

"TENGOK TU! Daun pokok itu berwarna emas" Faye sangat teruja berada di atas helang itu kerana, apa yang dia nampak dari langit, semuanya sangat indah. Lebih-lebih lagi udara yang sangat segar "Agaknya, itu emas betul atau tipu sahaja? heheee"

"Kalau emas betul... boleh aku jual, jadi kaya aku" Gopal terus bayangkan diri dia di dalam lautan duit "Hehehee.. boleh buka restaurant sendiri dan aku akan menjadi chef yang terkenal di seluruh dunia! HAHAHAA!"

"Dan Lily akan guna emas itu untuk... untuk... hah! UNTUK MEMBELI SEMUA ANAK ITIK DI DUNIA INI! Lepas tu boleh buka ladang itik.. hehehehee.. anak-anak itik ku!"

"Habislah kau Boboiboy.. kekasih hati kau nak jadi ibu itik.. lepas ni korang bolehlah jual itik, dapat duit.. lepas tu kahwin.. HAHAHAAAAA!" Fang tergelak di atas helang bayang dia "Kau pula jadi bapa itik.. hehehee"

"Eleh, entah-entah kekasih hati kau buka ladang landak.. kau jadi bapak landak"

"Senyaplah kau, Boboiboy tapi.. AKU MANA ADA KEKASIH!"

"Ada apa" Boboiboy melirik matanya ke arah seseorang "Cuma kau tu aje tak berani nak luahkan perasaan cinta kau yang sebenarnya... hehee" Fang terus bermasam muka dan memintas Boboiboy kerana malas nak bertekak

"Jangan risaulah, Boboiboy. Nanti mereka akan luahkan perasaan masing-masing maaa... hehehee" kata Ying yang ada di sebelah Boboiboy "Cik helang, kita sudah semakin dekat ke?"

"Belum lagi tapi... kita ada ancaman terbaru sedang menuju ke sini" Helang itu boleh mengesan sepasukan burung demon sedang terbang ke arah mereka "Nampaknya, Dark Fairy tahu telah menggunakan jalan udara untuk ke istana permaisuri"

"Nampaknya, kita perlu hapukan mereka semua"

"Tuan Boboiboy harus hati-hati kerana Dark Fairy ada bersama mereka" kata helang tadi "Mereka sudah menghampiri kita"

"BERSEDIA SEMUA!" Boboiboy keluarkan pusaran Taufan dia. Faye sudah meletakkan anak panahnya di bahagian busur panah. Kedua tangan Bella sudah berapi-api dengan bebola api dia dan Fang dengan aura-aura bayang dia sudah mula timbul dari tubuh badan dia

"Macam ramai aje dia orang" Mata tajam Gopal melihat beberapa haiwan sedang terbang menuju ke arah mereka. Makin lama, mereka makin dekat. Gopal boleh nampak Dark Fairy dengan senyuman sinis dia. Burung-burung demon itu menpunyai sepasang sayap berwarna hitam, paruh mereka kelihatan tajam, kuku mereka kelihatan tajam juga dan setiap burung tersebut mempunyai tangan dan setiap tangan itu memegang sebuah tombak

"SERANG MEREKA! HAPUSKAN MEREKA SEMUA!" mereka boleh dengar arahan dari Dark Fairy tersebut

"JAGA-JAGA SEMUA!" kata Boboiboy "PUSARAN TAUFAN!" Boboiboy menyerang burung demon itu sebelum mereka sempat menyerang dia dan kawan-kawan dia

"SERANGAN BAYANG!" Beberapa ekor burung demon terjatuh akibat serangan dari Boboiboy dan Fang "Isk... kita kena lari dari sini"

"Aku tahu, Fang tapi kalau kita lari.. mereka akan tetap kejar kita" Boboiboy berpusing-pusing dengan hoverboardnya untuk elakkan diri daripada lontaran tombak. Bella melembar bebola apinya untuk hapuskan tombak-tombak itu

"KUASA SLOW MO! CEPAT YAYA! TUMBUKAN MEREKA SEMUA!"

"Baik!" Yaya terus mara ke depan "TUMBUKAN PADU!"

"TERBANGAN LAJU!" Ying menggunakan kuasa dia terhadap Yaya supaya Yaya dapat menumbuk setiap burung demon itu secara pantas. Faye menghantar beberapa anak panah untuk serang burung-burung sekalian. Dark Fairy tidak begitu puas hati, lalu dia pergi menyerang para adiwira tetapi sasaran dia adalah tiga orang gadis. Dark Fairy menggenggamkan tangannya dan menyebabkan alat menanah Faye patah secara tiba-tiba

"ALAMAK!" Faye terkejut dengan kejadian itu "Alat memanah aku patah! Aku tak dapat nak tolong"

"Takpe.. aku pegang burung helang tu erat-erat. Biar aku tolong mereka" Bella keluarkan bebola api dia tetapi bebola api itu terus padam secara tidak langsung "Eh? Kenapa ni?"

"Nampaknya Dark Fairy telah buat sesuatu dekat korang.. TEMBAKAN RANTING KAYU!" Beberapa tombak yang sedang menghala kearah mereka, terus berubah menjadi ranting kayu "Fuh, selamat semua"

"Tak semua selamat" Faye tunjuk ke arah Lily yang sedang kesedihan. Dia tunjuk leher dia untuk memberitahu bahawa suara dia hilang "Lily? Kau ok ke?" Lily hanya gelengkan kepala

"Dia tiada suara" balas Bella "Nampaknya Dark Fairy telah tarik kuasa aku dan Lily tetapi suara Lily dia pergi ambil sekali "Maafkan kami, kawan-kawan. Kita orang sudah tidak dapat membantu korang lagi" Air mata Bella mengalir di pipinya

"Jangan menangis Bella" Yaya muncul di sebelah Bella "Dan kau tidak perlu minta maaf kerana apa yang penting sekali, kita semua tetap akan bersama. Persahabatan dan pergorbanan di antara kita semua membuatkan kita lebih kuat daripada si Dark Fairy tu. Dia mana ada perasaan kasih sayang dihatinya"

"Betul tu.. kalau begitu.. Helang, kau ikut arahan aku.. aku ada idea"

"Eh.. aku tak suruh kau pergi serang pun" Yaya melihat Bella sudah terbang pergi bersama burung helang dia "Adeh.. kuasa atau takde kuasa, dia memang ganas tapi ada juga kelembutan dia" Yaya tersenyum sambil tumbuk seekor demon yang cuba menyerang dia

Jauh dari situ, Bella dekatkan diri dia dengan Fang

"Wei Fang, kau cover aku kejap"

"Apasal pulak?" tanya Fang dengan nada serius dia "Kau gunakanlah kuasa kau"

"Kuasa aku kena ambil oleh si fairy jahat tu.. jadi kau cover aku, aku nak serang burung-burung jahat ni. Sambil tu, aku rampas tombak mereka"

"Wei! Mana boleh! Kau takde kuasa, tak kan nak berlawan lagi"

"Berlawan kuasa atau tanpa kuasa.. aku akan tetap berjuang dengan korang" Bella terus mengarah helangnya maju ke depan "COVERKAN UNTUK AKU!"

"Hmmm..." Fang terpaksa pergi menolong Bella "JERANGKAP JARI BAYANG! YAHHHHH!" Fang melemparkan burung-burung demon itu jauh-jauh. Bella memandu burung helangnya dengan begitu pantas sekali. Dia berpusing, tunduk dan menggelakkan diri dia dan juga helang dia daripada terkena cakaran burung demon itu. Fang dari belakang terpaksa menolong Bella sehinggalah Bella dapat merampas satu tombak dari tangan burung demon itu

"Sekarang kau rasakan tombak kau sendiri!" Bella menikam burung itu. Burung demon itu terus terjatuh akibat terkena tikaman Bella tadi

"Dasyat betul si Bella ni" kata Boboiboy "HATI-HATI BELLA! CAKERA UDARA!" Dia melemparkan beberapa cakera udaranya terhadap musuh-musuh dia. Tiba-tiba Dark Fairy muncul di depan Boboiboy

"Kau... kau ingat kau dapat pergi selamatkan permaisuri dan raja" Tangan Dark Fairy terus mencengkam leher Boboiboy "Sekarang, kau rasakan kuasa kegelapan aku" Tangan sebelah dia mula terangkat sambil keluar kuasa api berwarna hitam

"Kau.. tak.. dapat... hapuskan... aku" Boboiboy cuba lepaskan tangan Dark Fairy tetapi cengkamannya begitu kuat sekali. Boboiboy tidak dapat bernafas dengan begitu senang "Aku.. tak.. kan..."

"Kau tak kan apa? Kau tak kan mengalah? HAHAHAAAAA! TAPI KAU AKAN KALAH JUGA!" Bola api hitam itu semakin dekat dengan Boboiboy "HABISLAH KAU KALI INI!" Tiba-tiba dia berhenti. Dark Fairy pandang ke kanan dan nampak Lily menikam Dark Fairy dengan tombak yang telah diberikan oleh Bella tadi

"Sekarang.. giliran kau untuk kami seksakan!" kata Bella dengan nada kemarahan dia. Lily angguk sahaja

"JAHANAMAN KAMU SEMUA!" Dark Fairy lepaskan leher Boboiboy dan dia pula lari dari situ "HAPUSKAN MEREKA SEMUA!" Dia hilang dari situ kerana badan dia sudah mulai lemah akibat tikaman tadi

"Ingatkan kuat sangat, rupanya lemah" Bella sangat berpuas hati "Boboiboy, kau ok?"

"Aku ok.. tapi bersiap sedia dengan serangan seterusnya" kata Boboiboy. Dia terbatuk-batuk sedikit "Lily, kau dengan Faye duduk di belakang. Biar kami uruskan mereka semua"

"Tak perlu" Datang satu suara yang mereka sudah lama tidak dengari. Boboiboy, Bella dan Lily pusing kebelakang. Mereka tersenyum gembira dengan kehadiran Sarah berserta dengan askar-askar Fairynya. Semuanya ada sepasang kepak berlutsinar "Biar kami uruskan mereka semua. Kamu pergi ke istana Lynna.. pergi ke sana dan jangan lengahkan masa"

"Terima kasih, kak Sarah" Boboiboy gembira kerana bantuan sudah pun tiba tetapi misi mereka belum berakhir lagi "MARI SEMUA! KITA KE ISTANA KAK LYNNA!"

"OK!" kata kawan-kawannya. Sarah sudah mula bertempur dengan pasukan askar burung demon. Boboiboy dan rakan-rakannya sudah terbang jauh dari situ

"Kami akan tiba tidak lama lagi, abang dan kakak ku.. adik akan selamatkan keluarga kita. Tunggu yea abang dan kakak, adik akan tiba dan kita sama-sama selamatkan Qiqi" bisik Fang. Dari jauh, mereka boleh nampak istana Lynna yang berdiri teguh di tepi aliran sungai besar tetapi sekelilingnya sudah berubah. Tiada lagi tempat yang ceria, semuanya kelihatan gelap sahaja. Bukan itu sahaja, askar-askar demon sudah bersiap sedia di hadapan istana itu untuk menunggu kehadiran para adiwira

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top