Chapter 8

Kaizo dan Lynna telah dibawa ke sebuah dewan untuk menjamu selera di istana Lynna sendiri. Mereka di paksa duduk di kerusi meja makan. Di atas meja makan itu terdapat pelbagai makanan kegemaran Rifqi, termasuklah ice cream. Teh hijau turut disediakan khas untuk Kaizo dan Lynna. Mereka tidak tahu apa rancangan dari anak mereka, jadi mereka hanya tunggu sahaja kedatangan Rifqi. Mereka lihat istana itu sudah berubah wajah. Sebelum ini, istana itu kelihatan ceria dalam pelbagai warna tetapi sekarang, semuanya menjadi suram. Warna-warna yang ada di dinding istana, kelihatan gelap dan istana itu kelihatan sedih sahaja

"Ibu.. ayah! Selamat datang ke istana Rifqi"

"Istana kau? Bukan ke istana ini milik ibu kau" kata Kaizo dengan nada marah dia

"Tapi ayah.. istana ibu adalah istana Rifqi juga" Rifqi duduk di atas sebuah kerusi yang lebih besar daripada kerusi ibu bapanya "Mari ayah.. ibu.. kita makan bersama seperti dulu"

"Qiqi.. kita Qiqi bawa kami ke sini secara tiba-tiba. Apa yang Qiqi mahukan?" tanya Lynna dengan nada lembut dia

"Ibu.. Rifqi cuma ingin bersama dengan ibu dan ayah sahaja. Itu pun tak boleh ke ibu? Rifqi ingin meluangkan masa bersama"

"Betul ke Qiqi? Atau Qiqi sebenarnya ada rancangan lain? Baik Qiqi beritahu ibu" Lynna pandang wajah anaknya dengan perasaan marah dia. Hati dia memang merindui anaknya tetapi bukan anaknya yang sudah besar dewasa ini. Dia ingin melihat Rifqi yang asal, yang comel, yang mashih kecil lagi dan belum lagi dihasut oleh Dark Fairy

"Baiklah ibu.. ibu berjaya merosakkan masa kita bersama. Rifqi akan beritahu apa rancangan Rifqi yang sebenarnya" Dia terus bangun dari tempat duduk dia "Rifqi bawa ibu dan ayah ke sini kerana Rifqi ingin merampas kuasa ibu dan juga jam kuasa ayah"

"Tapi kenapa tidak rampas sahaja kuasa ibu pada hari itu?"

"Kerana Rifqi hanya hendak ibu dan ayah melihat diri Rifqi yang sebenarnya. Diri Rifqi yang sudah dewasa ini. Rifqi bukan Qiqi lagi ibu. Qiqi yang dulu sudah tiada, dia sudah tidak wujud lagi di dalam badan Rifqi" Dia tergelak di situ dan langsung tidak hiraukan tentang hati ibunya. Kaizo mulai perasaan wajah isterinya mula berubah menjadi sedih "Ibu.. maafkan Rifqi dengan apa yang Rifqi akan buat seterusnya"

Kaizo terus bangun dan menghempas kedua belah tangannya di atas meja

"SUDAH! KAU MEMANG SENGAJA BUAT IBU KAMU SEDIH! KAU TIDAK TAHU BAHAWA IBU KAMU RINDUKAN KAU, RINDUKAN QIQI YANG DULU! DIA LAH ORANG PERTAMA YANG DUKUNG KAU SEMASA KAU LAHIR LAGI! Baik kau kembali kepada yang asal. Baik kau sedar diri kau tu sebelum aku sendiri terpaksa berlawan dengan kau"

Rifqi begitu geram sekali dengan ayah dia. Lalu dia menghayunkan tangannya ke arah ayah dia. Kaizo terpelanting bersama dengan kerusi dia

"KAIZO!" Lynna bangun dan terus berlari ke arah Kaizo yang sudah jatuh di tepi tingkap. Dia melutut di sebelah suaminya "Kaizo, kau ok tak?"

"Aku ok, Lynna.. tapi anak kita..." Lynna menoleh kebelakang "Lynna.. kau pergi selamatkan dia sekarang juga sebelum dia buat apa-apa dekat kita"

"Kaizo.. aku akan cuba sedaya upaya aku untuk selamatkan dia" Lynna bangun dan terus dia berikan renungan dia kepada anaknya "Qiqi anak ibu.. Ibu akan kembalikan Qiqi. Ibu akan ingatkan kasih sayang ibu dan ayah kepada Qiqi. Ibu tidak akan mengalah" Sebuah pancaran cahaya mula timbul di badan Lynna

"Ibu.. apa yang ibu ingin lakukan?" Rifqi mundur kebelakang untuk elakkan diri dia daripada ibunya. Lynna berjalan setapak demi setapak, tangan kanan dia sudah terangkat untuk menyentuh anaknya "Ibu! Jangan dengan dengan Rifqi.."

"Ibu tidak akan mengalah Qiqi" kata Lynna dengan nada lembut dia "Ibu akan tetap selamatkan anak ibu kerana ibu tidak pernah lupakan kasih sayang ibu terhadap Qiqi" Dia berikan senyuman dia kepada anaknya "Selamanya, Qiqi adalah anak ibu"

"Ibu.." Rifqi berhenti bergerak. Ingatan dia mula teringat balik tentang kisah dia dengan ibu dan ayah dia sewaktu dia kecil lagi. Tangan Lynna semakin dekat untuk menyentuh pipi anaknya tetapi badan dia menjadi lemah "Ibu? Kenapa ni ibu?" Lynna terduduk di atas lantai dan pancaran cahaya tadi sudah pun hilang

"LYNNA!" Kaizo menjerit nama isterinya

"Baik kau ingat balik Rifqi.. mereka hanya mahu kembali kau kepada diri kau yang lemah... aku akan buat apa sahaja supaya kau dapat apa yang kau mahukan" Dark Fairy muncul dengan aura hitamnya. Tangan kanan dia mula hendak keluarkan kuasa-kuasa Lynna "Ini demi kau, Rifqi kerana kau kawan baik aku" Diri Rifqi telah di kawal semula oleh kuasa kejahatan

"Qiqi.. selamatkan ibu.." Rifqi melihat air mata ibunya sudah mengalir keluar. Satu aliran cahaya putih mulai keluar dari badan Lynna dan terus masuk ke dalam badan Rifqi "Qiqi..." Lynna melihat mata anaknya berubah menjadi hitam dan selepas itu kembali seperti biasa

"Rasalah kuasa ibu kau, Rifqi. Kuasa ibu kau memang sangat kuat.. Hahahaa!" Dark Fairy tergelak di situ seperti orang gila

"BERHENTI! KAU MEMANG TIDAK DAPAT DI MAAFKAN!" Kaizo keluarkan pedang tenaga dia untuk menghapuskan Dark Fairy "AKU TIDAK AKAN BENARKAN KAU MENGHASUT ANAK AKU LAGI! PE-" Tiba-tiba sahaja jam kuasa dia telah di ambil oleh seseorang. Jam kuasa dia terjulur keluar dan terus terbang ke tangan Rifqi "APA KAU SEDANG BUAT INI?"

"Maaf ayah.. maaf ibu... Rifqi buat ini demi kebaikan ayah dan ibu.. Rifqi buat ini kerana Rifqi mahukan kuasa" Dia melihat jam kuasa ayahnya yang emas keemasan itu "Begitu berharga sekali jam kuasa ini" Dia tersenyum sinis di situ

"Hahahaa.. kau sudah sedar kembali, Rifqi. Sekarang ni, kau buat apa yang kau mahu lakukan terhadap ibu bapa kau. Mereka sudah tidak mempunyai kuasa"

"Betul tu Dark Fairy. Mereka sudah tidak mempunyai kuasa. Mereka akan rasa seperti mana aku tidak mengetahui tentang diri aku yang sebenarnya. HANTAR MEREKA KE PENJARA ISTANA!" Dua pengawal istana masuk ke dalam dewan makan "Jangan sesekali biarkan mereka terlepas"

Seorang pengawal istana pegang tangan Lynna. Dia mahu mengikat tangan Lynna tetapi kekuatan pengawal itu tidak dapat mengatasi kekuatan Lynna

"QIQI! APA QIQI BUAT NI?" Lynna bergelut dengan pengawal istana itu. Dia tidak akan mengalah, dia tetap akan cuba selamatkan anak dia. Lynna terbalikkan pengawal istana itu "Ibu akan buat apa sahaja untuk selamatkan, Qiqi" Dia berikan tendangan terhadap seorang lagi pengawal yang cuba hendak mendekati Kaizo

"Kekuatan ibu memang sangat Rifqi kagumi tapi.. maafkan saya, ibu. Ini semua kerana dendam dengan orang-orang yang buli Rifqi" Dia menggenggam tangannya sambil mengingati diri dia balik tentang buli di sekolah dia "Aku akan pastikan mereka akan menyesal dengan perbuatan mereka terhadap aku"

"Rifqi.." Kaizo bangunkan diri "Ini bukan jalan penyelesaiannya.. bukan dengan cara membalas dendam"

"Dia tidak akan dengar kata-kata kau, Kaizo" kata Dark Fairy dengan nada sinisnya "Dia sudah jauh ke dalam dunia kegelapan. Tiada siapa dapat selamatkan diri dia sekarang ni"

"Tak.. aku yakin, aku akan dapat selamatkan anak aku"

"Ibu pasti ke?" Lynna terkejut melihat aura-aura kejahatan mula timbul di badan anak dia "Sekarang, Rifqi mahu ibu dan ayah mereput di dalam penjara istana ini.. HAHAHAAHAHAAAAA!" Rifqi terus hilangkan ibu bapanya dan hantar mereka ke dalam penjara bawah tanah yang ada di istana itu. Dengan kuasa kejahatan yang ada di dalam diri dia, Rifqi terus berluasa menjadi jahat dan kejam. Hati dia belum puas lagi, dia perlu hapuskan pak cik dia sendiri iaitu Fang dan juga kawan-kawan pak ciknya juga

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Yaya, kau ok ke?" tanya Boboiboy

"Aku ok aje. Kau tidak perlu risau kerana adik beradik kembar ini telah menjaga aku dengan baik sekali" kata Yaya yang telah bersatu semula dengan kawan-kawan dia. Kini dia berada di dapur untuk menjamu selera bersama kawan-kawan dia dan juga adik beradik kembar itu. Ibu kembar itu sedang sediakan makanan untuk mereka semua

"Kau dah ok tapi Fang pula yang masih kita belum temui lagi" kata Ying "Aku harap dia ok"

"Aku pun berharap begitu, Ying tapi hati aku kata lain pula" Bella duduk termenung sambil melihat segelas air kosong yang ada di atas meja. Yaya pegang tangan Bella untuk tenangkan dia. Bella melihat Yaya, lalu dia ternampak sedikit senyuman dari kawan baik dia "Yaya, aku tahu kau cuba tenangkan aku.. tapi entahlah, hati aku rasa tak tenteram pula"

"Samalah dengan aku Bella" balas Yaya "Tapi aku tak naklah fikirkan benda negatif.. tapi.. kalau aku fikirkan yang positif pun, aku takut apa yang kita harapkan akan menjadi benda yang lebih buruk. Sekarang ni pun, Fang sudah terpisah dengan abang dan kakak dia. Di mana Fang berada pun, kita tidak tahu.." Air mata Yaya menitis di atas meja. Di tidak dapat menahan kesedihan yang menimpa keluarga Fang

"Yaya, janganlah menangis.. kita akan selamatkan mereka berdua dan juga Fang" kata Boboiboy

"Betul kata Boboiboy tu, apa jua yang mereka lalui.. mereka dapat mengatasinya bersama. Kau tengoklah mereka sebelum ni, semua cabaran dan rintangan yang mereka hadapi, semuanya mereka akan selesaikan juga. Lebih-lebih lagi abang Kaizo. Dia tidak akan biarkan keluarga dia musnah akibat kerakusan musuh-musuhnya"

"Hehee.. terima kasih Bella"

"Sama-sama Yaya" Bella terus berikan senyuman dia kepada Yaya "Sekarang apa yang kita patut lakukan? Jalan nak ke istana kak Lynna pun kita tak tahu. Nak cari Fang pun, kita tak tahu nak cari dia dekat tempat mana dulu"

"Entah-entah si Fang tu dibawa lari ke dunia mermaid" balas Gopal yang baru hendak bersuara. Tadi dia terlampau sibuk sangat makan roti yang diberikan oleh adik beradik kembar itu

"Tak kan Fang dibawa lari ke dunia mermaid pula. Kalau dia sesat dekat mana-mana pun, kena tangkap dengan orang jahat.. sudah tentu dia bagi koordinat di mana dia berada sekarang"

"Betul juga tu Boboiboy tapi manalah tahulahkan kalau tekaan aku betul. Itu pun aku main teka aje. Tak pun Fang dibawa lari oleh si Dark Fairy itu juga" Gopal gigit roti dia sedikit "Jadi selama ini, si Dark Fairy saja nak buangkan masa kita supaya kita tidak dapat pergi ke istana kak Lynna"

"Tak, aku tak yakin si Dark Fairy bawa lari Fang" Faye mula bersuara dengan nada dia yang agak perlahan "Sebab Qiqi tidak perlukan uncle dia. Qiqi cuma mahukan ibu bapa dia sahaja. Lagipun Qiqi tidak akan apa-apakan ibu bapa dia sendiri" Tangan dia mula bermain dengan sekeping roti

"Dark Fairy?" Ibu kepada adik beradik kembar itu datang ke meja makan dengan muka dia yang serius "Mak cik kenal Dark Fairy itu. Nama sebenarnya dia adalah Jessy. Sebelum ini dia adalah blue fairy. Dia berubah menjadi Dark Fairy kerana Rifqi. Pertama kali Jessy menatap wajah Rifqi sewaktu dia bayi lagi.. dia sudah tertarik dengan Rifqi tetapi dia juga tertarik dengan kuasa yang dimiliki oleh Rifqi. Selepas itu, dia hilangkan diri dari dunia fairy. Entah kemana dia pergi, saya tidak tahu tetapi apabila dia kembali ke sini. Diri dia sudah berubah. Dia telah bertukar menjadi Dark Fairy dan pelbagai dark magic dia telah pelajari"

"Erk! Jadi sebelum ini dia memang fairy yang baiklah" Lily terus menggigit kuku dia kerana cerita ini menjadi semakin menarik

"Yea, dia sebelum ini fairy yang baik tetapi disebabkan terpengaruh dia terhadap kuasa, dia sudah mula hilang arah dan masuk ke dalam kegelapan. Sebenarnya, mak cik tahu apa niat sebenar dia. Nyawa permaisuri, raja dan juga anak mereka sekarang ini dalam terancam kerana Dark Fairy tidak perlukan Rifqi lagi selepas sahaja Rifqi berjaya merampas kuasa-kuasa permaisuri kami. Mak cik sebenarnya adalah fairy juga, dan Sarah adalah sepupu mak cik. Nama mak cik adalah Laila"

"Jadi.. anak kembar mak cik pun fairy jugalah?" tanya Bella

"Yea, mereka adalah fairy juga" kata Laila sambil melihat Rose dan Violet sedang sediakan makanan untuk para pahlawan itu. Rose mempunyai hidung yang mancung dan Violet pula, dia mempunyai sepasang lesung pipit. Jadi mereka dapat bezakan yang mana satu Violet dan yang mana satu Rose "Kami tinggal di sini kerana kami inginkan kehidupan yang normal. Jauh daripada perkampungan fairy. Setakat ini, tiada masalah buat kami tetapi kali ini.. nampaknya mereka perlu gunakan kuasa mereka untuk mengetahui kawan kamu tu"

"MEREKA BOLEH BUAT BEGITU?" menjerit Lily secara tiba-tiba. Semua pandang ke arah Lily dengan muka serius "Hehehee... maaf.. tapi lepas kita orang dah jumpa si landak tu, macam mana nak pergi ke istana kak Lynna?"

"Ha ah, tiada siapa nak tunjukkan jalan kepada kita nanti" muka Yaya menjadi bertambah sedih

"Jangan risau, mak cik ada simpan sebuah peta untuk ke istana itu tapi kamu semua perlu berehat dulu. Makanan pun mak cik sudah sediakan" Laila ternampak lengan Boboiboy masih lagi dibalut dengan sehelai kain. Lalu dia pergi ke arah Boboiboy "Nanti mak cik akan rawat tangan kamu"

"Terima kasih mak cik" kata Boboiboy "Tapi.. kami hanya dapat duduk berehat di sini sekejap sahaja.. kami perlu teruskan perjalanan kami"

"Mak cik faham. Rehatlah dulu sebelum kamu semua sambung perjalanan kamu.. mak cik tahu kamu sudah kelihatan penat dan kesihatan kamu perlu dijaga juga. Mak cik ada sediakan sup, masih panas lagi" Laila terus ke dapur untuk mengambil mangkuk dan sup untuk mereka semua "Rose, Violet.. berikan mereka air"

"BAIK IBU!" Violet dan Rose terus ambil sebuah botol besar yang ada di dalam almari

"Air apa tu mak cik?" tanya Gopal

"Air itu dapat membantu kamu berfikir dengan tenang dan berikan kamu sedikit tenaga. Ianya juga dapat menyembuh luka-luka kamu semua. Air ini diperbuat daripada tasik fairy" Laila susun mangkuk tadi di hadapan mereka. Selepas itu dia mengambil sebuah periuk besar yang berisikan sup cendawan "Makanlah.. maaf kalau bukan makanan yang kamu inginkan"

"Takpe mak cik, sup ini pun sudah buat kami cukup gembira" kata Yaya

"Lupa pula.. Violet, nanti ambilkan mee sup dekat dekat dapur"

"MAK CIK BUAT MEE SUP SEKALI?" Mata Gopal terus bersinar-sinar kerana akhir-akhir ini, asyik makan sup, roti, ayam, sayur dan buah. Tiada makanan lain selain daripada itu "Terima kasih mak cik. Saya sudah lama idamankan mee semenjak bermulanya pengembaraan ini. Yelah, asyik makan benda yang sama aje. Kalau ada pizza, mesti saya lagi suka!"

"Maaf sebab dekat dunia ni memang tiada makanan yang bernama pizza tu"

"Takpe mak cik, nanti saya ajar mak cik!" kata Gopal dengan penuh semangat "Tapi.. selepas sahaja habis pengembaraan inilah" Dia tersengih sambil garu-garu kepala dia

"Makanlah sepuas hati kamu.. hehee" Violet letak periuk mee sup di depan Gopal "Nanti saya bekalkan mee ini buat kamu"

"Terima kasih Violet!" Gopal melihat Violet letakkan mee sup di dalam mangkuk Gopal "Letak banyak sikit boleh?"

"Boleh boleh" balas Violet. Dia letak lagi mee di dalam mangkuk itu. Gopal sudah tidak dapat menahan nafsu dia kerana bau mee itu sungguh menyusuk kalbu ke lubang hidung Gopal. Perut dia sudah berbunyi-bunyi seperti ombak bergelora di laut "Hehehee... awak ni kelakar. Apa nama awak?"

"Nama saya Gopal. Saya adalah kawan terbaik Boboiboy tapi... entah macam mana saya tidak dapat belajar di tempat yang sama dengan dia. Apasal si Fang tu yang dapat.. sedih hati ni"

"Hehehee... jangan sedih sedih sebab awak dan kawan awak masih lagi berkawan walaupun sudah berada di tempat lain. Siapa Boboiboy tu?"

"Yang pakai topi oren tu. Dari dulu sampai sekarang, dia mana boleh terpisah dengan topi kesayangan dia tu" Gopal terus makan mee sup dia sambil berkata lagi "Tapi apa-apa pun, sayalah kawan paling setia dia. Apa-apa yang berlaku, saya tetap akan berjuang di sebelah dia!"

"Wah, kawan yang bagus. Saya kagum sekali" Violet tersenyum melihat Gopal menghirup masuk mee sup iti di dalam mulutnya "Makan elok-elok yea" Dia terus beredar dari sambil mencuri-curi melihat Gopal

"Wei Gopal, kau tak perasan ke.. dia cuba mengurat kau maa" bisik Ying kepada Gopal

"Siapa Ying?"

"Boleh pula dia tanya siapa... si Violet tulah" Faye pula yang menjawabnya "Hehehe.. ada juga yang tertarik dengan kau"

"Tak sangka aku, seorang gadis fairy tertarik dengan aku.. tak percaya aku.. tapi aku Gopal, aku akan tunjukkan personality aku yang begitu berwarna warni"

"Warna warni lah sangat" bisik Bella. Dia makan sup cendawan dia secara perlahan. Pemikiran dia asyik terfikirkan tentang Fang. Di mana Fang berada sekarang? Apa dia lakukan pada ketika ini? "Hmm.. rindu pula nak dengar suara marah-marah kau"

"Rindukan landak ke?"

"Yea Lily.. rindukan si landak tu. Pada masa yang sama, aku pun rindukan kak Lynna dan abang Kaizo.. rindu dengan sweet loving moment dia orang" Bella tiba-tiba terfikirkan waktu pertama kali Lynna dan Kaizo menari bersama di kapal angkasa. Dia tersenyum sedikit apabila fikirkan ketika itu

"Hehehe.. Lily rindu dengan suara garang abang Kaizo. Dia kalau marah, boleh bergegar satu dunia... Lily boleh terasa setiap kali abang Kaizo marah-marah dan mengamuk tak tentu pasal. Ianya seperti gempa bumi!" kata Lily dengan mulut penuh dia. Mee di dalam mulutnya hampir nak tersembur ke muka Bella "Kalau kak Lynna ada, dia mesti nak mengamuk juga! Macam manalah kak Lynna boleh tahan dengan abang Kaizo tu.. apa yang kak Lynna nampak?"

"Hehee.. itulah dikatakan misteri. Hanya di mata mereka sahaja yang nampak sesuatu istimewa yang ada pada seseorang itu. Seperti kau melihat Boboiboy"

"Ha ah, betul tu Bella. Apa yang aku nampak" Lily terus pandang ke arah Boboiboy yang sedang asyik makan mee sup tanpa hiraukan orang di sekelilingnya "Aku nampak.. pipi tembam dia yang tidak pernah nak berubah, topi oren dia yang tidak pernah terlepas dari kepala dia, kebaikan yang ada dihati dia, semangat perjuangan dia, setia kawan, sentiasa berikan kata-kata semangat, seorang yang sukakan dengan pengembaraan.. oh MY BBB-CHAN" Dia pandang Boboiboy dengan mee tergantung dekat mulutnya

"Kawan aku sudah mengelamun cinta" bisik Bella sambil ketawa sediki "Agaknya, apalah yang si Fang nampak dekat seseorang tu yea"

"Mestilah dia nampak bunga-bunga di tepi gadis tu.. hehehe" balas Ying "Tapi apa yang gadis itu nampak dekat si Fang? Hehehe... itu banyak misteri maaa"

"Apa korang merepek ni? Jangan nak fikir benda yang bukan-bukanlah" tegur Yaya dengan nada tegasnya tetapi Bella dan Ying tetap tergelak di situ "Hmm.. suka hati koranglah" Dia terus makan mee supnya secara senyap. Bella dan Ying takut pula kalau Yaya marah kepada mereka berdua

"Maaf Yaya, kita orang bergurau aje.. lagipun, kita sudah lama tidak bergurau senda seperti dulu. Sekarang ni pun, nak bergurau pun.. rasa macam tidak sesuai pula" kata Bella

"Takpe.. aku maafkan. Aku tahu kita semua sedang fikirkan tentang keselamatan Fang, abang Kaizo dan juga kak Lynna.. aku sebenarnya sangat hargai dengan gurau senda korang, terima kasih.. tapi maaf sebab aku marahkan korang tadi"

"Jangan risaulah Yaya, kita orang faham" Ying berikan senyuman kepada Yaya "Mari kita makan, lepas tu boleh kita cari si panas baran tu"

"Itu kamu tidak perlu risau, saya dan kembar saya dapat mencari dia dengan sekilat pantas" Rose muncul di belakang Ying. Dia letakkan beberapa cawan di atas meja "Saya dan kembar saya mempunyai kuasa yang agak jarang ditemui di dunia ini. Kuasa yang dapat mengenalpasti di mana orang itu berada. Semasa kami jumpa kawan kamu, kami tidak tahu tentang seorang lagi kerana kawan kamu Yaya dalam kelihatan lemah dan tidak dapat bercakap banyak. Jadi kami suruh dia berehat sahaja. Dia kelihatan agak murung tapi selepas sahaja korang sampai, dia terus gembira. Muka dia tidak lagi kelihatan pucat" Yaya rasa malu pula apa yang dikatakan oleh Rose tadi

"Jadi, kamu bolehlah mengesan di mana Fang berada sekarang ni?" Boboiboy sudah tidak sabar untuk mengetahui dimana Fang berada sekarang ini "Senanglah kerja kami nanti"

"Hehehe.. kami sangat teruja dapat menolong kamu semua, wahai sang pahlawan. Makanlah, lepas ni bolehlah kita ke kebun saya"

"Kebun?" Kepala Lily terangkat dan lalu melihat Rose "Ada buah strawberry tak?"

"Maaf.. buah strawberry tiada tapi kami ada banyak pokok buah oren. Bukan oren sahaja, apple, anggur, pear dan juga buah peach.. bolehlah korang kutip dan bawa untuk perjalanan korang nanti. Itu semua hasil usaha kami"

"Wuuuu! bestnya... terasa macam nak makan pisang dengan ice cream pula" Lily terbayangkan diri dia makan ice cream sundae yang ada pisang dan juga chocolate syrup. Pada masa yang sama, Gopal pun turut bayangkan benda yang sama. Boboiboy gelengkan kepala sahaja melihat Gopal dan Lily berangan di meja makan tapi dia rasa seronok melihat mereka berdua yang tidak pernah patah semangat. Sentiasa ceria sepanjang masa. Tidak kiralah dalam apa jua situasi, mereka akan tetap ceria

"Bestnya kalau aku menjadi seperti mereka berdua tapi.. kita semua mempunyai sifat yang berbeza. Aku jenis yang risaukan tentang kawan-kawan, nak tersenyum seperti mereka pun.. aku tidak boleh lakukan tapi aku ucapkan terima kasih kepada mereka berdua kerana sentiasa ceriakan kita semua" bisik Boboiboy seorang diri. Lalu dia tersenyum melihat kawan-kawan dia yang lain sudah mula bergurau senda tanpa fikirkan tentang pengembaraan mereka pada masa ini. Pada masa yang sama, hati dia terasa berat untuk gelak ketawa sekali sebab terlalu fikirkan sangat tentang keselamatan Fang, Kaizo dan Lynna. Dia ada cuba hubungi Fang tetapi seperti jam kuasa Fang gagal dihubungi. Mungkin sebab rosak? atau sebab benda lain. Boboiboy berharap dia akan dapat jawapannya

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Keesokan harinya, Fang telah dikejutkan oleh seorang gadis. Dia perlu pergi temankan gadis itu untuk pergi mengambil air di tepi sungai. Fang rasa begitu gembira pagi itu kerana dapat menghirup udara segar dan nyaman. Mereka dapat melihat beberapa rusa sedang meragut rumput di tepi sungai. Ada juga beberapa ekor arnab sedang melompat-lompat di sebuah padang yang luas. Semuanya kelihatan sangat indah. Fang seperti tidak mahu tinggalkan tempat itu. Dia rasa dia ingin tinggal di situ sahaja

"Ren! Cepatlah angkat baldi tu" panggil seorang gadis yang bernama Mary "Lepas tu, bolehlah kita kutip buah-buahan dan sayur sayuran dekat kebun nanti"

"Tunggu.. aku nak menikmati udara segar dekat sini. Aku rasa sangat bahagia di sini.. tiada masalah untuk di fikirkan, tiada suara suara atau bunyi bunyi yang buatkan aku sakit kepala dan juga tiada benda yang perlu aku risaukan"

"Yea ke Ren.. hehehee... kalau begitu, kau janganlah tinggalkan tempat ini. Kau tinggal di sini sahaja, kau akan bahagia buat selama-lamanya dan aku pula, aku menjadi kawan pertama kau!" Mary tergelak melihat Fang berpusing-pusing sambil melihat langit biru

Burung-burung berterbangan di udara dan Fang terasa ingin terbang juga. Pemikiran Fang seperti teringatkan sesuatu. Dia teringat yang dia pernah terbang tapi di mana dan bagaimana? Mungkin perasaan dia sahaja. Dia terbaring di atas rumput hijau yang segar megar itu. Lalu bayangkan diri dia sedang terbang di langit bersama burung-burung tadi

"Kenapa Ren?" Wajah Mary muncul di depan mata Fang "Kau rasa bebas ke?"

"Sangat bebas.. macam aku ni tiada masalah pula"

"Hehehe.. kau tinggal di mana-mana pun, masalah akan timbul juga. Jomlah.. nanti ayah aku cari kita pula.. aku tak nak dia bising-bising" Mary tarik tangan Fang untuk tolong dia bangunkan diri "Ren.."

"Yea Mary"

"Kalau kau ada masalah, beritahulah aku.. aku akan cuba bantu kau" kata Mary yang tersipu malu itu

"Ok.. aku akan beritahu kau jika aku ada masalah dan kau akan menjadi orang pertama mendengar masalah aku tapi... mungkin kau seorang sahaja kot" Fang angkat baldi yang sudah dipenuhi air

Dia berjalan bersama Mary untuk ke perkampungan mereka. Sambil dia berjalan, sambil itu dia melihat jam kuasanya. Dari hari itu lagi dia nampak cahaya sedang berkelip-kelip di jam kuasanya. Dia abaikan sahaja kerana dia tidak tahu itu bukan jam biasa, itu adalah jam kuasa yang boleh menghubungi orang lain yang mempunyai jam kuasa juga. Ketika mereka sedang berjalan, mereka terserempak dengan beberapa orang remaja yang mereka tidak kenali. Semuanya dalam sebaya Fang kecuali seorang gadis yang nampak lebih besar daripada mereka

"BOBOIBOY! LILY JUMPA LANDAK! DIA TENGAH BERDATING RUPANYA!" Gadis itu asyik tunjuk ke arah Fang

"Eh, kamu kenal mereka ke?" tanya Mary

"Errr... tak kot. Siapa mereka?" Fang melihat ketujuh-tujuh remaja itu berlari ke arah dia. Fang menjadi takut pula tetapi dia tidak akan lari

"FANG! FANG! Kau ok tak?"

"Err.. siapa korang?" tanya Fang yang masih terpinga-pinga melihat orang yang dia tidak dikenali. Semuanya bertanya adakah dia ok ataupun tidak dan dia rasa pelik apabila seorang gadis asyik memanggil dia landak

"Landak tak ingat ke? Kita orangkan kawan kau"

"Landak? Fang? Apa semua ni? Aku tak ingatlah!" Fang terus lari dari situ kerana kepala dia rasa sakit pula. Baldi tadi, dia tercampak ke tempat lain. Mary melihat Fang lari jauh daripada mereka semua

"Maaf.. tapi korang semua ni siapa?" tanya Mary

"Kami adalah kawan dia.. nama dia adalah Fang" balas seorang budak lelaki yang memakai topi oren "Nama saya pula ialah Boboiboy. Kami ke sini kerana ingin mencari kawan kami tapi.. tak tahu pula dia lupa ingatan"

"Mungkin dia bukan kawan kamu.. dan nama dia adalah Ren! bukan Fang!" Mary lari dari situ juga kerana ingin mencari kawan dia "JANGAN GANGGU KAMI!"

"Hmm... macam ada orang ada hati dekat Fang ada" bisik Boboiboy kepada Gopal "Kita kena ingatkan balik Fang. Aku tak naklah dia ingat diri dia orang lain pula"

"Habis tu, apa rancangan kau?" tanya Yaya "Tak kan kita nak heret dia dan paksa dia pula. Kasihan pula aku tengok nanti.. sudahlah ingatan dia hilang"

"Betul tu Yaya, kasihan si landak. Nasib landak dari dulu sampai sekarang, memang asyik malang sahaja.. tak pernah tak malang seperti MY BBB-CHAN!" Mata Lily bersinar-sinar melihat Boboiboy "Hehehee... Boboiboy ada idea yang best tak untuk ingatkan si landak tu?"

"Ermm.. takde kot" Boboiboy tersengih di situ

"Ala, apa susah.. suruhlah Gopal jadi besi dan hempuk kepala si panas baran tu. Mesti dia akan ingat balik"

"Bella.. kejam sangat cara tu" tegur Yaya "Takde ke idea yang tidak sekejam itu?"

"Takde.. jomlah cari si Fang tu. Kita tidak boleh biarkan dia lupa ingatan lama-lama.. kena ingatkan dia balik. Mungkin ingatkan dia tentang abang dia, kak Lynna dan Qiqi juga"

"Kalau dia tak ingat juga, macam mana Boboiboy?"

"Kau kenalah yakin, Gopal. Tak kan nak biarkan dia duduk dekat sini dan kita pula pergi ke istana kak Lynna. Aku tak nak tinggalkan dia dekat sini lama-lama. Manalah tahu kak Lynna dan abang Kaizo perlukan adik mereka dalam saat-saat getir" Boboiboy mengambil langkah pertama untuk menuju ke sebuah perkampungan yang tidak jauh dari situ "Dia ingat ke tak ingat ke, aku kena heret dia juga dan paksa dia"

"Hmm.. suka hati kau lah, Boboiboy. Aku ikut aje lah rancangan kau tapi kalau tak menjadi.. terpaksalah tinggalkan dia dekat sini" Yaya ikut Boboiboy untuk bergerak ke perkampungan itu

"Aku tetap dengan idea aku yang kejam tu.. dia pengsan lepas tu, bolehlah heret dia sekali"

"Haiyaaa Bella, tak kan kau nak bagi pengsan.. kalau dia menjadi semakin teruk macam mana?" tegur Ying yang berjalan di sebelah Bella

"Hehee... kalau menjadi semakin teruk, mesti si landak jadi tak betul. Ini adalah peluang keemasan Lily untuk melihat landak menjadi tak betul! Boleh pening kepala korang nanti" Semangat Lily sudah meningkat kerana harapan untuk melihat Fang menjadi tak betul. Dia berlari ke arah Boboiboy dan lalu dia berjalan bersama kekasih hatinya

Setelah sampai di sebuah perkampungan yang kecil, mereka melihat orang ramai sedang sibuk menjual beli dari hasil tanaman mereka, haiwan yang mereka ternak seperti kambing, ayam dan itik, ada juga yang menjual roti, kek, tepung, teh, serbuk-serbuk untuk kegunaan memasak dan bermacam-macam lagi. Ada yang datang dari perkampungan lain untuk membeli atau bertukar barang tetapi itu bagi yang tahu jalan untuk ke perkampungan itu. Di dalam kesibukan itu, mereka ternampak seorang budak lelaki memakai cermin mata, sedang duduk murung di tepi kolam air pancut. Tangannya sedang bermain-main dengan air itu. Mary ada di sebelahnya sedang cuba untuk mengembirakan budak lelaki itu

"FANG!"

"LANDAK!"

Fang tidak menoleh kepalanya dengan panggilan daripada kawan-kawan dia tetapi mereka tetap memanggil dia juga. Dia ingin lari dari situ tetapi Mary tidak benarkan dia buat begitu

"Korang siapa?"

"Kita orang kawan kau" balas Boboiboy

"Landak tak ingat ke? Aku adalah Lily! Orang yang suka menyusahkan hidup landak dan abang kau, Kapten hot atau lebih dikenali sebagai Kapten Kaizo!"

"Maaf.. aku tak ingat apa-apa" balas Fang dengan nada yang perlahan "Korang jangan ganggu aku boleh tak. Entah-entah korang sudah tersilap orang"

"Dey! Mana ada kita orang tersilap orang.. kau tu Fang, orang yang suka sangat marah-marah orang dan suka mengamuk tak tentu pasal. Dan paling penting sekali.. orang yang kau sayang adalah abang kau si Kapten Kaizo, kakak ipar kesayangan kau, kak Lynna dan anak buah kau iaitu Qiqi!" Mata Fang terkebil-kebil sambil garu-garu kepala dia "Kau tak kan tak ingat apa-apa?"

"Tak.. aku tak ingat dan tak kenal langsung" Fang tundukkan kepala dia "Maaf sebab aku memang tak kenal mereka.. diri aku yang sebenar pun, aku tidak kenal juga.. aku pun tak tahu asal aku dari mana"

"Hmm..." Faye perhatikan sepupu dia lama-lama "Takpelah Fang, kita orang pun tak nak memaksa kau sangat tapi... cuba kau ingatkan tentang.." Faye keluarkan dari beg kecilnya. Fang boleh bau sesuatu yang membuat hati dia rasa suka dan berdebar-debar. Tangan Faye sudah pun keluarkan sebungkus donut lobak merah dan lalu dia hayun-hayunkan di depan mata Fang "Kau ingat tak tentang donut ni?"

"Kenapa.. aku terasa sesuatu dekat hati ni" bisik Fang

"Ini donut kegemaran kau.. donut lobak merah" kata Faye. Gopal terliur melihat donut lobak merah itu, tangan dia terkapai-kapai untuk mengambil donut tersebut tetapi Boboiboy terpaksa tarik Gopal jauh daripada donut itu

"Ha ah, semenjak aku kenal kau.. kau sentiasa makan donut ni dan kau selalu berebut-rebut dengan Gopal. Kau ingat tak?" Boboiboy berharap sangat donut itu dapat membantu pulihkan ingatan Fang "Bukan donut lobak merah sahaja, segala jenis makanan yang ada kaitan dengan lobak merah... kau pasti akan suka"

"Aku... aku..." Ingatan Fang seperti bermain-main di pemikirannya "Aku... rasa sakit kepala pula" Dia memicit dahinya

"Maaf.. tapi boleh tak korang jangan ganggu dia" kata Mary dengan nada tegas

"Tapi dia rakan kami... kami perlukan dia, begitu juga dengan abang dan kakak dia. Mereka dalam bahaya" Boboiboy sentuh bahu Fang sedikit "Maaf Fang sebab memaksa kau.. tapi kalau kau tidak dapat ingati balik, kami terpaksa bawa kau pergi juga. Abang dan kakak kau perlukan kau sekarang ini. Mereka telah ditangkap oleh Dark Fairy. Mungkin sekarang ini mereka berada di istana kak Lynna"

"Abang dan kakak aku?" Fang melihat wajah-wajah yang dia seperti pernah lihat sebelum ini. Semuanya seperti berharapkan supaya dia tidak larikan diri dan ikut sahaja mereka "Betul ke? Kalau ini semua hanya penipuan bagaimana?"

"Takdelah Fang, kami tidak akan tipu kau sebab kau adalah kawan kami dari dulu sampai sekarang" kata Yaya "Percayalah cakap kami, Fang"

"Betul kata Yaya tadi.. landak kena percayakan kami.. landak ikut sahaja kami, nanti masa perjalanan kita ke istana kak Lynna, mesti landak akan ingat sikit-sikit" kata Lily sambil tersenyum lebar. Dahi Fang berkerut-kerut apabila diri dia di panggil landak

"Kalau dia tak ingat juga.. guna ajelah idea aku tadi.. senang cerita" kata Bella secara tiba-tiba. Muka dia begitu serius sekali, cara dia berdiri pun seperti seseorang yang berlagak sombong

"Bella, cara tu kejam sangat" tegur Yaya dengan nada tegas dia "Tak kan kau sanggup nak buat begitu dekat Fang!"

"Cara apa yang korang nak guna tu?" tanya Mary yang rasa ragu-ragu dengan mereka semua

"Cara begini!" Gopal tukarkan tangan dia kepada besi dan terus dia ketuk kepala Fang "Macam mana? Ada ingat balik tak?" Timbullah benjol besar di kepala Fang

"WEI! Lu nak buat dia jadi lebih teruk ke?" marah Ying

"Ala, aku nak tunjuk demo aje" terus Gopal tersengih apabila melihat kawan-kawan dia semua marah kepada diri dia kecuali Bella "Janganlah marah, ini semua salah si Bella"

"Kalau idea aku menjadi bagaimana? Masih nak salahkan aku?"

"Betul kata Bella! Kita salahkan Bella juga!" Fang sudah mula ingat balik tetapi diri dia pula menjadi tidak betul. Semua pandang Fang dengan muka pelik "Apasal korang tengok aku macam tu? Ada sesuatu yang menari ke dekat muka aku ni? Korang ada kerepek pisang tak?" Terus Fang pengsan di situ

"FANG!"

"REN!"

"LANDAKK! Lily ada kerepek pisang tapi dekat tempat lainlah.. nanti Lily bawakan untuk landak ok tapi landak kenalah bangun dari pengsan tu" Lily usik-usik pipi Fang "Tapi idea kejam Bella memang berkesan yea"

"Hehehe.. idea aku memang kejam tapi selalu berkesan pun tapi... si Fang ni.. tak kan kita nak kena angkat dia sepanjang perjalanan kita pula?"

"Ermm... korang boleh tunggu dia bangun di sini sahaja tapi sebelum tu.. saya ingin minta maaf kerana mahu menghalang dia di ambil oleh kamu semua sebab saya tidak pernah ada kawan seperti dia" Mary tidak mahu kawan baru dia pergi dari situ tetapi hati dia terpaksa biarkan dia pergi "Saya tidak tahu pula dia adalah adik kepada Permaisuri Lynna dan Raja Kaizo"

"Takpe.. kami maafkan" kata Boboiboy "Terima kasih kerana menjaga dia dengan baik. Kalau kami ada masa, kami akan datang ke sini lagi dan kamu bolehlah berkenalan dengan diri Fang yang sebenarnya"

"Kamu semua tak nak tunggu dia bangun dulu?"

"Takpe, kami perlu cepat kerana Permaisuri dan Raja mungkin dalam bahaya sekarang ini. Tapi tak tahulah kalau Qiqi sanggup cederakan ibu bapa dia sendiri. Maaf yea.. nanti kami akan suruh si Fang datang ke sini untuk melawat kamu" kata Boboiboy kepada Mary yang sudah rasa sedikit sayu "Jangan risau, Fang ni jenis menghargai kawan-kawan dia"

"Terima kasih.. oh yea, kamu hendak pergi ke istana permaisuri kan.. mari ikut saya" Mary ajak mereka ke rumah dia untuk berikan sesuatu. Semua melihat Yaya supaya angkat Fang dengan kuasa gravitynya

"Aku juga yang kena... KUASA APUNGAN GRAVITY!" Fang terus berada di dalam sebuah bola berwarna pink. Dia terus terapung di langit sambil Yaya membawa bola pink itu terbang bersama

"Dia seorang sahaja yang ada kuasa kekuatan.. hehehee" Gopal ketawa kecil di situ "Tapi.. ada juga sebab lain"

"Betul tu! Hehehe..." Ying ketawa kecil bersama Gopal. Mereka asyik tersenyum sahaja sambil melihat Yaya terbang bersama bola pink itu tadi. Fang masih tidak sedarkan diri lagi di dalam bola itu "Bilalah hari itu akan berlaku"

"Lily mendapat satu firasat bahawa selepas sahaja pengembaraan ini akan tamat, mereka akan bukakan hati mereka dan ayat-ayat bunga akan keluar dari mulut mereka sendiri.. hehehe" Gopal dan Ying tersenyum lebar sambil terbayangkan saat-saat itu. Lily bayangkan seekor landak cuba jauhkan diri dia daripada merpati putih kerana badan dia penuh dengan duri, lalu dia tergelak sendiri

"Apa yang Lily gelakan tu?"

"Takde apa my BBB-CHAN!" Lily berkelip-kelip mata sehingga dia terjatuh kerana kaki dia tersepak sebuah baldi yang penuh dengan air. Baju Lily terkena sedikit air "Adeh.. selamat tak basah satu badan"

"Hehehe.. nanti saya berikan baju untuk kamu" Mary sudah pun tiba di rumahnya yang kecil. Dia membuka pintu rumahnya dan pelawakan mereka semua masuk ke dalam rumah "Silakan masuk, kamu semua duduklah dulu.. saya pergi ambik baju untuk kawan kamu dan barang yang saya hendak berikan" Mary tunjuk ruang tamu dia yang begitu kecil tetapi mempunyai banyak tempat duduk. Yaya mendarat di depan pintu bersama dengan bola kuasanya. Dia masuk ke dalam dan lalu baringkan Fang di atas kerusi

Bella tidak duduk di situ, dia hanya melihat sekeliling rumah itu kerana dia rasa teruja pula. Dia membelek-belek alatan dapur yang berdekatan dengan ruang tamu itu. Sebuah bekas besar untuk mengisikan tepung ataupun beras. Bakul-bakul tergantung di siling rumah yang diperbuat daripada kayu. Boleh dikatakan semua rumah di perkampungan itu diperbuat daripada kayu. Bella juga melihat beberapa buah-buahan tersusun di dalam sebuah bakul besar. Pinggan dan mangkuk tersusun di dalam rak dan sebuah jug kosong ada di tepi sinki

Gopal melihat di luar tingkap. Dia boleh nampak sebuah kebun besar yang ada di belakang rumah itu. Beberapa budak kecil sedang rajin mengutip hasil tanaman mereka. Semua kelihatan gembira sambil menjinjing sebuah bakul besar yang penuh dengan buah apple

"Maaf kalau tunggu lama.." Mary terus berikan sehelai pakaian kepada Lily "Cubalah baju ini, saya harap ianya akan muat"

"Terima kasih!" Lily terus pergi ke bilik kosong untuk menukar pakaiannya

"Untuk kamu semua pula.. beg ini dapat membantu kamu semua tapi ini beg biasa. Beg ini dapat mengisi berapa banyak barang yang kamu nak. Benda berat dan besar pun boleh. Bila kamu akan pakai, ianya tidak akan rasa berat. Rasa ringan sangat.. saya berharap beg ini dapat meringankan beban kamu" Mary memang cuba untuk minta kemaafan dengan kelakuan dia tadi dan dia berharap dengan beg itu, ianya juga dapat membantu mereka semua "Terimalah beg ini.."

"Terima kasih tapi takpe ke? Beg ini mesti kepunyaan kamu" kata Faye

"Takpe.. lagipun saya sudah lama tidak menggunakan beg itu, jadi saya berikan kepada kamu semua. Harap ianya dapat membantu kamu" balas Mary dengan ikhlasnya. Faye tersenyum dan terima beg itu "Hati-hati semasa perjalanan kamu ke sana. Tidak semua tempat adalah selamat di dunia ini tapi saya akan beri kamu satu laluan yang selamat. Jika kamu ikut jalan di lembah gunung, kamu akan terjumpa dengan sebuah hutan yang penuh dengan haiwan yang sangat jinak. Tiada ancaman yang akan serang kamu semua nanti kerana hutan itu di lindungi oleh seorang dewi yang sangat mencintai haiwan"

"Wah! Terima kasih tapi jauh ke dari situ untuk ke istana kak Lynna?" tanya Boboiboy

"Sejujurnya, memang agak jauh tapi kalau kamu ikut jalan dekat pun.. musuh-musuh kamu akan menyerang kamu.. tapi saya percaya, mana-mana laluan yang kamu akan ikuti, kamu akan berjaya sampai ke istana permaisuri Lynna"

"Kalau begitu, kita ikut sahaja laluan jauh" Semua setuju dengan kata-kata Boboiboy. Lily sudah pun menukar pakaian dia

"Cantik tak?" Lily berpusing dengan pakaian dia yang berseluar dan baju berlengan panjang, ada tali pinggang dengan sebuah poket kecil di tepi dan kali ini, dia mengikat rambut dia lebih tinggi. Dia seperti seorang adiwira yang berani dah kuat "Lily the awesome akan berjuang demi kak Lynna dan abang Kaizo yang serba hot tu walaupun dia sudah menjadi ayah kepada anak yang sangat comel iaitu QIQI! WAIT FOR ME MY DEAR QIQI! I'M COMING FOR YOU!" Bergegar satu rumah dengan jeritan Lily tadi

"Lily, kawal suara jeritan kau tu"

"Maaf Bella.. hehehe... Lily tak sengaja" Dia tersengih di situ sambil betul-betulkan pakaian dia "Lily sudah bersedia! Mari kita bergerak.. mana peta ajaib tu?" Boboiboy keluarkan sebuah peta dari poket begnya. Di dalam peta itu, hanya ada tertulis nama landak sahaja dan terus tulisan itu hilang. Lalu ianya menunjuk jalan ke istana Lynna. Dia sudah tunjuk untuk ke laluan lembah gunung itu

"Terima kasih kerana bantu kami dan juga beg ini" kata Faye "Ayuh kita bergerak!" Mereka masukkan kesemua barang di dalam beg itu, tetapi semuanya bekas makanan dan juga buah-buahan. Penuh dengan makanan di dalam beg ajaib itu. Setelah mereka selesai masukkan ke dalam beg, Faye memakai beg itu

"Kami pergi dulu" kata Boboiboy. Seorang demi seorang keluar dari rumah Mary. Yaya terpaksa angkat Fang balik menggunakan kuasa gravity dia. Mari melambai-lambai ke arah mereka tetapi mata dia asyik melihat kawan yang dia baru sahaja kenal iaitu Fang

"Nanti datang balik ke sini, Ren atau nama sebenar kau iaitu Fang" bisik Mary dengan wajah yang sedih

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Rifqi berdiri di depan penjara ibu bapanya. Mereka kelihatan sedang tidur nyenyak tetapi bukan di sebabkan mereka letih ataupun mengantuk, ini disebabkan oleh Dary Fairy. Dia yang pergi menghembuskan debu-debu tidur ke arah raja dan permaisuri itu dan kini mereka berdua sedang di buai mimpi indah. Rifqi hanya melihat sahaja tanpa rasa belas kasihan

"Apa yang kau sedang fikirkan?" tanya Dark Fairy yang ada di situ

"Aku cuma fikirkan, apa yang ibu bapa aku sedang mimpikan"

"Mungkin mimpi indah yang tidak akan bangunkan mereka berdua buat selama-lamanya. Biarkanlah mereka di alam mimpi indah itu dan kita di sini akan bermaharajalela tanpa adanya halangan" kata Dary Fairy dengan nada sinisnya "Kau tidak perlu risau lagi tentang mereka, kau kini sudah bebas dan kau sudah pun mempunyai kuasa ibu bapa kau sendiri"

"Betul tu tapi masih ada lagi halangan iaitu uncle aku si Fang tu dan kawan-kawan dia"

"Jangan risau, aku sudah pun menghantar askar demon aku kepada mereka. Lagipun perjalanan mereka masih jauh lagi, entah mereka akan selamat sampai tiba di sini ataupun tidak.. hehehee.. mereka pasti akan kalah juga"

"Hmm.. kau tidak kenal mereka tu. Uncle aku dan kawan-kawan dia bukan jenis yang erti tahu mengalah. Mereka akan tetap teruskan perjalanan mereka walaupun di timpa dengan pelbagai rintangan" Rifqi melihat wajah ibunya dan selepas itu dia melihat wajah ayahnya. Mereka berdua terbaring di atas lantai penjara sambil menyentuh jari mereka sesama sendiri

"Takpe Rifqi, biarkan mereka datang ke sini dan aku sendiri akan tamatkan mereka semua"

"Suka hati kau lah. Aku mahu pergi bersiar-siar sekejap.. makin lama makin bosan aku duduk di dalam istana ini" Rifqi terus beredar dari situ. Dark Fairy tersenyum sinis melihat Rifqi. Selepas itu, dia palingkan mukanya ke arah Kaizo dan Lynna

"Kau nak tahu apa rancangan aku yang sebenarnya? Begini wahai permaisuri.. misi aku sebenarnya adalah untuk mengambil kuasa-kuasa kau permaisuri Lynna dan aku telah mempergunakan anak kau sendiri untuk merampas kuasa kau dan juga kuasa ayah dia juga. HAHAHAHAA! Selepas semuanya tamat, barulah aku ambil nyawa anak kau! Dan kau pula.. kau tak kan bangun dari mimpi itu. Kau dan raja kau, akan selama-lamanya terperangkap di alam mimpi.. hehehee... selamat malam, Permaisuri Lynna" Dark Fairy terus hilangkan diri dari situ

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Boboiboy sedang membaca peta itu tetapi ianya membuat dirinya pening kepala. Dari tadi dia asyik pusingkan sahaja peta itu sehingga Bella sudah hilang sabar dengan Boboiboy. Lalu dia merampas peta itu dari tangan Boboiboy

"Wei, bolehlah tak kau minta elok-elok. Ini pakai rampas aje"

"Maaf Boboiboy tapi memandang kau tidak begitu reti sangat, jadi aku terpaksalah baca peta itu" Bella melihat mereka kini berada di tepi tebing sungai dan untuk ke lembah gunung itu, mereka hanya perlu ikut jalan sebuah padang yang terbentang luas sehinggalah mereka sampai di kaki gunung "Jom ikut aku"

"Jauh lagi ke kita akan sampai ke hutan tu?" tanya Gopal

"Mengikut peta ni, tak jauh sangat tapi kita tidak boleh berhenti untuk rehat. Kita harus sampai ke sana sebelum musuh kita dapat mengesan kita semua"

"Betul kata Bella tu" balas Boboiboy "Jadi aku tidak akan berhenti"

"Tapi kaki Lily sudah lenguh" Lily terduduk di atas rumput dan lalu dia terdampar di situ "Penatnya" Dia terbayangkan diri dia berada di atas katil dengan bantal yang sungguh empuk dan selimut yang sangat lembut untuk menyelimutkan diri dia

"Tahu takpe" Gopal duduk di sebelah Lily kerana terlampau letih sangat "Apasal lah budak tadi tu tak bagi kita orang kuda? Ini bagi beg pula"

"Kau patut bersyukur dia berikan beg supaya mudah untuk kita berjalan. Kalau dia tak bagi apa-apa, sudah tentu kita semua sudah tidak larat lagi untuk berjalan" Gopal terus bermasam muka kerana malas hendak mendengar nasihat Yaya. Dia terus baringkan diri sambil berkata

"Alah, kau tu tak rasa penat macam kita orang sebab kau boleh terbang"

"Wei, jangan nak buat Yaya marah boleh tak? Kita baru sahaja dapat kawan-kawan kita semula, lu pula mahu buat dia marah-marah" Gopal terus tersengih kepada Ying "Sudahlah, mari kita teruskan berjalan"

"Hmm.. yelah.." Gopal terpaksa bangunkan diri dia. Kaki dia terasa berat untuk berjalan. Lily pun sama sahaja seperti Gopal. Dua-dua sudah tidak larat untuk ceriakan kawan-kawan mereka "Kalaulah aku ada kuasa macam Ying, bolehlah aku lari laju dan sampai ke hutan tu dengan pantas sekali" mengeluh Gopal

"Tapi kalau Yaya dapat angkat kita semua, bagus juga" Lily terus tersenyum lebar sambil fikirkan satu idea "YAYA!"

"Lily nak apa?" Yaya ada di langit sambil membawa bola kuasanya. Fang masih belum sedar lagi

"Apa kata kau angkat kita orang seperti kau angkat si landak tu.. boleh tak?" Lily berkelip-kelipkan mata dia kepada Yaya "Tak perlulah kita orang rasa penat lagi.. hehehe.. kaki aku ni pun rasa macam nak tercabut dah"

"Sebab kau tak banyak senaman" balas Faye sambil ketawa sedikit. Lily terus bersedihan di sebelah kawan baik dia "Aku bergurau aje, jomlah kita berjalan sebelum Bella menjerit dekat kita semua"

"Hehehee... untuk adilkan, aku akan berjalan bersama korang juga. Jadi aku tidak perlulah terbangkan diri, aku kenalah rasai penat lelah semua itu, seperti korang juga" Yaya mendarat di sebelah Ying. Dia masih lagi membawa Fang tetapi dia terus sedar dengan pergerakan tangan Fang "Eh, Fang sudah sedar ke?"

"Aku.. dekat.. mana ni?" Fang mengusap kepala dia sedikit. Tiada kesan benjol. Mata dia terbuka sedikit demi sedikit. Lalu Yaya turunkan Fang dan hilangkan bola kuasanya "Korang?.. KORANG!" Fang tersenyum besar di situ kerana dia dapat jumpa semula kawan-kawan dia

"LANDAK!"

"FANG!" Boboiboy dan Gopal terus memeluk Fang

"Kau dah ok!"

"Aku dah ok, Boboiboy tapi.. LEPASKAN LAH AKU!" Boboiboy dan Gopal terus tersengih di situ sambil lepaskan pelukan mereka "Kita dekat mana ni?"

"Kita nak pergi ke sebuah hutan yang dapat melindungi kita semua dari ancaman musuh" kata Bella "Oh yea, selamat kembali Fang"

"Terima kasih" Fang rasa lega dapat melihat kawan-kawan dia balik "Jadi, kita masih jauh lagi ke nak pergi ke hutan tu?"

"Tak jauh sangat tapi kita tidak boleh berhenti di- FANG! TUNDUK!" Bella terus tundukkan diri dia kerana ada sebatang tombak sedang meluru ke arah mereka. Fang sempat menggelakkan diri dia

"Alamak, musuh kita datang lagi... LARI!" Fang terus berlari bersama-sama rakan-rakan dia. Lalu dia berhenti seketika "SERANGAN BAYANG!"

"TUMBUKAN TANAH!" Demon-demon itu terkena serangan dari Boboiboy dan Fang. Ada yang dapat menggelakkan diri daripada serangan itu tadi "Cepat Fang, larikan diri kau dari sini"

"Kau macam mana?" tanya Fang

"Aku akan halang mereka!"

"Jangan nak mengarut.. kita orang tak kan tinggalkan kau di sini keseorangan.. BEBOLA API BELLA BERTUBI-TUBI!" Bola-bola api terbentuk di sekeliling Bella. Lalu dia menghayunkan tangannya untuk mengarah bola-bola api itu untuk menyerang demon-demon tersebut. Ada yang masih boleh bergerak lagi, mereka tidak akan berhenti untuk mengejar para adiwira

"CEPAT! LARI LARI! KUASA SLOW MO!" Bella, Boboiboy dan Fang sudah larikan diri. Ying lari di belakang mereka. Dia telah memperlahankan pergerakan demon tadi. Yaya menoleh kebelakang, dia terkejut melihat beberapa anak panah yang begitu banyak sekali sedang datang ke arah mereka tetapi mata dia membulat besar kerana salah satu anah panah terkena salah satu kawan dia

"YINGGGGG!"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top