Chapter 7
Bella sudah dibaringkan di dalam sebuah gua. Unggun api tadi menyinari gua itu supaya gua itu tidak dalam keadaan gelap. Keadaan di luar, masih lagi hujan dengan lebatnya dan guruh berdentung sana sini. Askar-askar demon tadi, mereka sudah berjaya menghapuskan mereka dan setengah daripada demon itu, berjaya melarikan diri tetapi mereka yakin, demon-demon itu akan datang balik untuk menangkap Kaizo dan Lynna. Selagi demon-demon itu tidak dapat apa yang mereka mahukan, selagi itulah mereka tidak akan mengalah
"Basuhkan muka Bella sedikit. Ada kesan-kesan lumpur" kata Faye
"Nah, ambik air ni" Ying menghulurkan bekas air kepada Faye "Macam mana keadaan Bella?"
"Hmm... dia demam sedikit" Faye selimutkan diri Bella dengan jaket Kaizo. Unggun api tersebut sudah dinyalakan semula oleh Boboiboy "Bella mesti terkejut dengan apa yang berlaku tadi"
"Bukan dia sahaja, kita orang pun terkejut juga maaa... tapi.. aku harap Yaya dan Fang selamat" Ying duduk di sebelah Faye sambil memeluk lututnya "Aku tak nak kehilangan dua orang kawan"
"Kita pun sama juga Ying tapi aku tahu, dia orang berdua selamat" Boboiboy ada di tepi dinding. Dia melihat Lily sudah terlena tidur. Lily mengalami selesema sedikit "Nampaknya, separuh daripada kita sudah sakit"
"Habis tu, macam mana kita nak teruskan perjalanan kita?" tanya Gopal
"Entahlah Gopal" Mata Boboiboy terus melirik ke Lynna yang sedang berdiri pintu gua itu "Aku rasa kasihan pula dengan kak Lynna"
"Abang Kaizo tak balik-balik lagi" Ying bangun dan pergi berdiri di sebelah Lynna "Kak Lynna, marilah duduk dekat sana, sini sejuk. Nanti kakak sakit pulak"
"Takpelah Ying, akak nak tunggu abang Kaizo balik. Ying pergi ajelah sana dulu" kata Lynna. Suara Lynna agak sedih dan semangat dia sudah hancur berkecai. Badan dia kesejukan di situ, dia menggigil sedikit. Ying kembali ke tempat duduknya "Kaizo.." bisik Lynna. Kaki dia mahu menjejak langkah keluar dari gua itu untuk mencari Kaizo tetapi dia tidak mahu tinggalkan Boboiboy, Gopal, Ying, Faye untuk menjaga Bella dan Lily yang sedang sakit itu
Selepas sahaja Kaizo dapat tahu tentang Fang dan Yaya, dia terus pergi mencari mereka berdua. Dia tidak kisah dengan keadaan hujan lebat yang tidak lagi berhenti dari tadi. Dia akan tetap meredah hujan itu demi adiknya dan juga kawan adiknya. Lynna menoleh ketepi untuk melihat Bella dan Lily sudah terbaring di atas lantai gua. Lalu dia bangun sambil keluarkan sejenis botol kecil
"Kak Lynna, apa tu?" tanya Boboiboy
"Ini adalah ubat untuk kurangkan demam dan selesema mereka" Lynna melutut di tepi Bella "Dia masih lagi pengsan tapi.." Tangan Lynna merasai dahi Bella "Demam dia semakin naik pula" Dia botol air yang ada di sisi Bella dan lalu dia masukkan setitik ubat tadi "Kamu tuangkan sedikit air ini ke dalam mulut dia. Akak nak pergi tengok Lily pula"
"Baik kak Lynna" Faye mengangkat sedikit kepala Bella. Dia membuka mulut Bella dan Ying menolong dia untuk tuangkan sedikit air ke dalam mulut Bella
"Lily, bangun sayang" Lily membuka matanya sedikit. Dia nampak wajah sayu Lynna tetapi Lily tahu, Lynna cuba kuatkan diri demi mereka semua dan juga Rifqi. Dia melihat tangan Lynna mencapai botol air Boboiboy dan letak setitik ubat di dalam botol air itu "Lily minum air ini, ianya dapat kurangkan selesama kamu. Mujurlah Lily tidak demam"
"Terima kasih kak Lynna" Lily mengambil botol air itu dan lalu dia minum sedikit "Kak Lynna ok ke?"
"Akak ok" jawab Lynna dalam keadaan sayu
"Betul ke akak?" tanya Boboiboy. Dia boleh lihat kedua belah mata Lynna sudah berkaca "Akak, Boboiboy tahu akak tengah kuatkan diri. Kita orang semua tengah kuatkan diri juga dan kami yakin Fang dan Yaya selamat. Abang Kaizo pun ada selamat juga"
"Tapi dia tidak kembali lagi. Akak risau... bukan dia sahaja, akak risau dengan keselamatan Fang dan Yaya. Akak tak tahu kalau mereka.." Lynna menangis di situ. Lily secara pelahannya, dia memeluk Lynna
"Lily yakin.. mereka akan selamat. Kita orang masih lagi ada di sini, kak Lynna tak kan keseorangan"
"Betul tu kak Lynna" Gopal pula datang dengan sekeping roti pisang "Kak Lynna makanlah, nanti kak Lynna sakit pula. Saya dah panaskan tadi"
"Kak Lynna makan ok. Kalau kak Lynna sakit, siapa yang nak selamatkan Qiqi. Jadi kak Lynna kenalah makan, tabahkan hati dan kuatkan diri. Ini semua dugaan, kak Lynna kena terima dugaan ini dengan tenang" Lily lepaskan pelukan dia dan dia berikan senyuman kecil kepada Lynna
"Terima kasih Lily, terima kasih Gopal" Lynna mengambil roti pisang itu dari tangan Gopal "Bertuah Boboiboy dapat Lily. Walaupun dia pelik tapi hati dia murni untuk berikan kata-kata semangat kepada kita semua dan sentiasa ceriakan hati kita yang sedang sedih ini" Lily dan Boboiboy rasa malu pula dengan kata-kata Lynna tadi
"Hehehee.. macam manalah Boboiboy boleh terpikat dengan Lily? Bukan ke dulu-dulu Boboiboy suka lari dari dia"
"Itu adalah rahsia, Faye" Boboiboy tersenyum sambil memandang wajah Lily yang ceria itu "Macam mana dengan selesema kau, Lily?"
"Hmm.. rasanya dah ok tapi Bella belum bangun lagi ke?"
"Belum lagi maaa..." Ying pegang tangan Bella "Tapi demam dia sudah menurun sedikit" Dia tersenyum "Syukur dia demam dia sudah turun tapi.. Yaya dan Fang..." Dia duduk di sebelah Bella sambil mengenang nasib dua orang kawan baik dia "Apa akan terjadi dengan mereka berdua nanti"
"Kita jangan berputus asa, jangan berhenti berdoa agar mereka berdua selamat. Akak berharap dia dapat dijumpai oleh Kaizo sendiri" Lynna cubit sedikit roti pisang itu dan lalu dia makan "Saat-saat ini, kita perlukan kekuatan dari semua orang. Akak pun kena ingatkan diri aku, demi semua orang"
"Kalau begitu, kami akan melindungi kak Lynna dengan sepenuh hati agar kak Lynna dapat pergi menyelamatkan Qiqi dari si Dark Fairy tu!" Tiba-tiba sahaja Lily terbangun dari situ. Dia seperti sudah tidak sakit lagi. Selesema dia sudah hilang "Hahahaaa! LILY AKAN BERJUANG DI SEBELAH KAK LYNNA DAN JUGA MY BBB-CHAN! HAHAHAAHAAAAAA!"
"KEGILAAN APAKAH INI?!" Terus Lily melompat dan terduduk di atas lantai kerana terkejut dengan suara garang Kaizo "Orang tengah risaukan tentang kawan kamu, dia boleh lagi nak menjerit-jerit di dalam gua ni" Dia menoleh kebelakang dan nampak Kaizo yang sudah basah kuyup. Gel-gel rambut dia sudah hilang akibat terkena air-air hujan
"Hehehee... maaf abang Kaizo"
"Kaizo, biarkanlah dia. Lily cuma nak ceriakan hati kita semua sahaja" Kaizo tidak berkata apa kepada Lynna. Dia hanya duduk di depan unggun api untuk memanaskan badan dia yang sedang kesejukan itu "Kaizo, kau tak jumpa mereka?"
"Kau ada nampak ke aku bawa pulang mereka?" Nada Kaizo berubah menjadi marah. Lynna gelengkan kepala sahaja "Kalau takde, kenapa kau tanya aku benda merapu"
"Kenapa kau marah aku? Aku cuma bertanya sahaja"
"Aku marah kerana adik aku di hanyut sungai dan aku marah kerana askar-askar tak guna tu. Aku gagal melindungi dia" Lynna sentuh sedikit bahu Kaizo tetapi dia dimarahi pula "Jangan sentuh aku!" terkejut Lynna. Lalu dia pergi duduk di tepi dinding gua dan makan seorang diri di situ. Boboiboy, Gopal, Ying, Faye dan Lily tergaman dengan sikap Kaizo terhadap Lynna
"Aku rasa, kita patut tinggalkan abang Kaizo bersendirian dulu" bisik Boboiboy kepada kawan-kawan dia. Mereka melihat bayang-bayang api sedang menari-nari di wajah Kaizo. Muka dia serius dan risau tentang keselamatan adiknya dan juga Yaya. Mereka pandang ke arah Lynna pula, dia hanya duduk senyap sambil menikmati roti pisang itu. Lama kelamaan, mereka semua tertidur kecuali Kaizo
Dia masih lagi duduk di depan unggun api sambil berfikir. Dia tidak sedar dengan kehadiran beberapa ekor fairy. Mereka berterbangan di sekeliling Kaizo
"Sang Raja tidak masuk tidur lagi"
"Belum" Dia mengangkat kepalanya sedikit. Dia tersedar dengan kehadiran fairy-fairy itu "Kenapa kamu semua ada di sini?"
"Tuan Sarah yang hantar kami tapi kami lewat sampai ke sini. Maafkan kami sang Raja. Saya lihat, sang Raja sedang risaukan sesuatu"
"Aku risaukan tentang adik aku dan juga kawan dia. Kedua mereka dihanyut oleh sungai. Aku sudah pergi mencari mereka tetapi tidak dijumpai" Seekor fairy berwarna biru terbang di hadapan mata Kaizo dan lalu dia berkata sesuatu
"Jangan risau, kami akan pergi mencari mereka berdua tapi kamu perlu tidur wahai sang Raja. Tuan permaisuri sudah pun tidur dengan lenanya tetapi hati dia sangat merindui anak dia, Rifqi. Kami boleh dengar jeritan dihatinya" Kaizo melihat Lynna terbaring di atas lantai gua. Badan dia menggigil sedikit dan lalu dia rasa menyesal perbuatan dia terhadap isteri dia tadi
Tidak pernah dia memarahi Lynna begitu. Mungkin sebab terlampau ikutkan emosi, dia menjadi begitu. Lalu dia bangun dan pergi ke arah isteri dia. Kaizo melutut di tepi badan Lynna. Fairy-fairy itu melihat Kaizo menyelit rambut Lynna di belakang telinganya
"Maafkan aku Lynna. Aku tak patut memarahi diri kau tadi. Esok kita akan mencari mereka bersama dan aku janji tidak akan memarahi kau lagi" Kaizo mengusap pipi Lynna yang merah kemerahan itu
"Sang Raja tidur" Seekor fairy berwarna ungu muncul di sebelah Kaizo. Lalu dia menghembuskan debu-debu ke arah Kaizo "Tidurlah dengan tenang sang Raja. Kami akan menjaga kamu semua" Kaizo terbaring di sebelah Lynna. Dia tertidur di situ akibat debu-debu dari fairy tadi. Suasana gua itu menjadi panas sedikit kerana fairy itu menggunakan kuasa mereka untuk memberikan keselesaan kepada para supeheroes termasuklah Lynna dan Kaizo sekali
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Pagi itu, hujan lebat sudah berhenti tetapi kabus di luar sangat tebal dan menyejukkan. Boboiboy terjaga dari tidurnya, dia menguap panjang. Dia mengosok-gosok matanya untuk melihat keadaan sekeliling dia. Lily masih tidur lagi, begitu juga dengan Faye, Ying dan Gopal. Kaizo dan Lynna pun masih tidur lagi kecuali seseorang yang tiada di situ iaitu Bella
"Eh, mana Bella?" Boboiboy bangun dan mencari Bella di dalam kawasan gua itu "Gopal, Ying.. bangun. Bella takde dengan kita orang"
"Janganlah ganggu aku Boboiboy, aku nak tidur ni" Gopal garu-garu pipi dia
"Bangunlah.. Bella takde"
"Bella takde?" Faye membuka matanya sambil menguap sedikit "Mana dia pergi?" Faye melihat tempat Bella tidur malam tadi, terus dia terduduk bangun "Mana Bella?"
"Bella?" Lily pula terjaga kali ini "Bella nak Nutella ke?" Dia masih lagi dalam keadaan mamai "Lily nak satu roti nutella. Lepas tu bolehlah Lily suapkan dekat mulut my BBB-CHAN!" Dia tersenyum dan tergelak-gelak di situ
"Ok, kawan aku mamai lagi" Faye pergi kejutkan Ying "Ying.. bangun.. Bella takde dengan kita orang"
"Dia keluar kot" jawab Ying dengan mata dia masih lagi pejam "Ataupun.. dia kena culik?" Ying terbangun dari situ "Haiyaa.. macam mana dia boleh hilang? Kita kena kejutkan abang Kaizo dan kak Lynna. Lepas Fang dan Yaya hilang, sekarang Bella pula.. menakutkan betul pengembaraan kita ni"
"Janganlah panik sangat Ying. Aku pasti Bella tidak jauh daripada kita. Mesti dia tengah ambil udara segar dekat luar" Boboiboy pergi kejutkan Kaizo "Abang Kaizo.. bangun"
"Kau nak apa?" jawab Kaizo dalam tidurnya
"Bella takde dengan kita orang"
"APA?!" Terkejut Boboiboy dengan jeritan Kaizo yang tiba-tiba sahaja terbangun dari tidurnya "Macam mana dia boleh hilang? Siapa yang pergi culik dia"
"Takde siapa yang culik Bella lah" Bella muncul di pintu mulut gua. Di atas kepala dia terdapat mahkota bunga dalam pelbagai warna "Korang dah bangunkan, jom sarapan pagi dengan aku dekat luar"
"SARAPAN PAGI?" Gopal sudah celikkan mata dia dengan senyuman lebar dia "Mana sarapan pagi tu?" Boboiboy menepuk dahinya sendiri. Gopal sudah bangunkan diri dia dengan penuh semangat
"Adeh, sebut pasal makan aje.. terus celik mata si Gopal ni"
"Dari mana kau dapat sarapan pagi tu?" tanya Kaizo dengan nada serius dia "Jangan cakap kau kutip mana-mana buah yang tidak dikenali pulak. Kau merayap seorang diri ke tadi? KAU TAHUKAN DUA KAWAN KAU SUDAH HILANG! KAU MASIH NAK MERAYAP LAGI! KAU TU BARU SEDAR DARI PENGSAN, SESUKA HATI AJE NAK MERAYAP KE SANA SINI. KALAU KENA TANGKAP DENGAN ORANG JAHAT MACAM MANA?" Kepala Bella tertunduk sedikit
"Sebenarnya..." Bella menjawab soalan Kaizo tadi dengan suara dia yang agak perlahan "Fairy fairy yang sediakan makanan sarapan pagi untuk kita. Bella yang bangun dulu, lepas tu dia orang ajak Bella makan dekat luar. Maaf semua kalau Bella ada buat kamu semua risau"
"Jangan risaulah Bella, kau dah ok sekarang ni kan tapi..."
"Tapi kenapa Boboiboy?" tanya Gopal
"Aku tak bolehlah nak menikmati sarapan pagi itu sangat sebab dua kawan kita hilang. Aku rasa bersalah dan tidak selesa pula nanti. Aku pasti makanan yang disediakan oleh fairy itu sedap tapi hati ni..." Gopal sentuh bahu Boboiboy
"Kau cakap macam tu.. aku pun rasa macam tu dah tapi dia orang sudah sediakan makanan untuk kita semua. Tak kan nak membazir sahaja"
"Jangan risau tuan Gopal, tuan Boboiboy.. sementara kamu makan sarapan pagi kamu, kami sedang berusaha mencari dua rakan kamu itu. Jadi kamu semua jangan begitu risau, kami akan sedia membantu kamu semua dalam saat getir ini" seekor fairy berwarna putih berterbangan di depan mata Boboiboy dan Gopal "Silalah makan untuk kembalikan tenaga kamu berdua"
"Sang Raja boleh makan sekali dengan mereka" kata fairy putih itu
"Takpe.. biar aku di sini untuk menjaga dia" Lynna masih kelihatan tidur lagi "Kenapa dia tidak bangun lagi?"
"Mungkin tuan permaisuri terlalu penat sangat. Emosi dia membuatkan pemikiran dia menjadi penat, biarkanlah dia tidur dulu. Kami akan jaga dia wahai sang Raja"
"Tak, aku tak kan biarkan dia di sini. Kamu pergilah temankan kawan-kawan adik aku pergi bersarapan pagi" Fairy itu tidak membantah dan hanya berikan tunduk hormat dia kepada Kaizo "Kamu semua pergi makan, biar aku jaga dia. Nanti bila dia sudah bangun, aku akan sertai kamu semua"
"Baik abang Kaizo" kata Faye "Nanti kami akan bungkuskan sedikit makanan untuk abang Kaizo dan juga kak Lynna"
"Makanan?" Lily sudah terduduk bangun sambil mengosok-gosok kedua belah mata dia "Sudah pagi ke?"
"Sudah pagi, Lily. Jom kita pergi makan tapi kau pergi basuh muka kau dulu dekat sungai tu" kata Bella sambil tersenyum melihat kawan baik dia masih lagi mamai sedikit "Bella tunggu Lily dekat meja makan sarapan pagi kita ok"
"Hmm.. ok.. Boboiboy, tolong makankan untuk Lily" Lily menguap besar di situ "Lily nak tidur balik"
"Dey, sekarang sudah pagi lerr.. kau nak abang Kaizo mengamuk ke?"
"TAK NAKKK-" Faye terus tutup mulut Lily sambil tersengih kepada Kaizo. Lalu Faye mengheret kawan baik dia keluar daripada gua itu. Tanpa membuang masa, Boboiboy, Gopal dan Ying turut keluar dari gua itu
"Kalau abang Kaizo nak minta apa-apa, panggil aje kita orang" kata Bella. Lalu dia keluar dari situ
Kaizo hanya duduk diam sahaja di situ sambil melihat isterinya yang masih lagi nyenyak tidur tetapi pemikiran dia asyik fikirkan tentang nasib adiknya dan juga Yaya. Adakah mereka selamat ataupun tidak? Atau askar-askar demon itu telah membawa mereka berdua ke istana Lynna? Macam-macam persoalan telah timbul di dalam kepala Kaizo
"Pang, kau dekat mana sekarang ni?" bisik Kaizo. Hati dia tidak henti-henti berdoa agar adik dia selamat dan begitu juga dengan Yaya. Mata dia terpandang Lynna yang sedang bergerak-gerak "Lynna?"
"Kaizo.." Suara Lynna agak perlahan "Kaizo.. aku rindukan Qiqi"
"Aku juga merindui anak kita yang hyper dan comel itu" Kaizo belai rambut isterinya "Kau nak pergi makan dengan kawan-kawan adik aku?"
"Aku takde selera nak makan" Lynna dudukkan diri dia dari baring tadi "Kalau kau nak makan, pergilah. Aku akan tunggu kau di sini"
"Jangan nak mengarut, aku akan bawa makanan ke sini. Kau berehat sahaja di sini sahaja dan lepas itu, kita cari mereka berdua" Kaizo bangun dari situ. Sebelum dia keluar, dia melihat wajah isterinya dulu "Lynna.. Rifqi akan kembali kepada kita. Dia akan menjadi Qiqi semula dan aku tidak mahu senyuman manis kau hilang. Senyumlah Lynna, senyumlah demi anak kita. Pasti dia akan ingat senyuman ibu dia"
"Kau pun juga, senyumlah untuk dia. Aku pasti dia akan teringat balik kasih sayang aku dan kau kepada dia" Kaizo angguk sedikit dan lalu dia beredar dari situ "Ibu akan sentiasa senyum untuk Qiqi. Ibu datang untuk kembalikan Qiqi, dengan senyuman ibu kepada Qiqi" Lynna keluarkan sehelai sapu tangan milik Rifqi dari poket seluar dia. Sapu tangan itu selalu dibawa ke mana-mana sahaja oleh Rifqi. Dia kata, sapu tangan itu seperti bantal busuk dia. Lynna mencium bau sapu tangan itu. Dia boleh bau Rifqi dari sapu tangan tersebut
"Qiqi.. ibu sangat merindui kau" Lynna menangis di dalam gua itu bersendirian "Kembalilah kepada ibu dan ayah kau, Qiqi" Hati Lynna tidak dapat menahan lagi kesedihan dan kerinduan dia kepada Rifqi. Air mata dia tidak henti-henti mengalir keluar. Titisan air mata itu menitis di atas lantai gua. Lynna memeluk sapu tangan itu di dadanya. Betapa pedihnya hati dia apabila melihat Rifqi sudah menjadi dewasa
"Lynna?" Kaizo sudah kembali dengan beberapa jenis makanan di dalam pinggan berbentuk bunga "Lynna.. kenapa ni?"
"Qiqi.." Kaizo terus melutut di depan Lynna "Kaizo, kita harus cepat selamatkan dia. Aku takut.. aku takut.. kalau dia sudah jauh di dalam alam kegelapan itu tapi aku tahu.. adik kau.. Yaya.. masih lagi hilang. Aku tidak mahu penting diri aku sahaja dan lupakan tentang mereka berdua" Kaizo letak pinggan di atas lantai dan lalu dia peluk Lynna untuk tenangkan dia
"Syhh... jangan risau, semuanya akan dapat kita selesaikan. Aku ada dekat sini, aku akan sentiasa berada di sisi kau dalam situasi ini. Kau jangan fikirkan sangat, Lynna. Kita sama-sama akan selamatkan dia" Lynna sudah tenang sedikit. Kaizo lepaskan Lynna dan lalu dia mengangkat pinggan tadi "Kau makanlah. Sedikit pun takpe, asalkan kau makan"
"Kau makanlah juga, Kaizo" Lynna mengambil sebiji buah anggur dan masukkan ke dalam mulut Kaizo "Terima kasih kerana tidak berputus asa. Tanpa kau, mungkin aku akan menjadi lemah, selemah lemahnya" Kaizo tersenyum sedikit
Mereka berdua hanya duduk diam sambil menikmati sarapan pagi di dalam gua. Tiada apa lagi yang mereka ingin katakan, hanya melihat pandangan di luar gua yang indah permai. Air sungai mengalir dengan tenang, burung-burung di pokok bernyanyi dengan riang rianya dan mereka terdengar gelak ketawa dari kawan-kawan Fang dan Yaya. Hati masing-masing tidak lupakan tentang nasib Fang dan Yaya. Mereka ingin mencari kawan mereka dengan secepat mungkin. Apa yang akan berlaku seterusnya, mereka sendiri tidak tahu tetapi apa-apa pun, mereka pasti akan merintangi setiap dugaan yang mereka akan hadapi
---------------------------------------------------------------------------------------------------
"FANGG! YAYA! MANA KORANG!" Boboiboy sudah pun berubah menjadi Boboiboy Taufan. Dia menggunakan hoverboard untuk mencari kedua kawan mereka. Dia terbang mengikut aliran sungai. Lynna juga turut terbang bersama Taufan. Manakala yang lain, mencari di tepi tebing sungai. Mereka terpaksa berjalan kaki sahaja kerana kuda-kuda mereka semalam sudah larikan diri akibat serangan daripada askar demon
"FANG!"
"YAYA!"
"PANGG!" Jerit Kaizo di situ tetapi tiada kedengara suara di antara mereka berdua "PANG! MANA KAU?"
"YAYA! KAMI DI SINI!" Ying mencari kawan baik di celah-celah pokok ataupun semak. Mana tahu Yaya ataupun Fang terdampar di situ "YAYA!"
"FANGG!"
"LANDAK! OH LANDAK! LILY PANGGIL LANDAK NI!" Lily masukkan kepala dia di dalam sungai dan terus menjerit tetapi hanya buih-buih sahaja yang keluar. Mata dia melihat ikan-ikan kecil berlari dari dia. Lily terus keluarkan kepala dia dari sungai itu "Landak dan Yaya tiada di dalam sungai"
"Tak kan dia orang sudah di bawa jauh daripada sini" kata Gopal
"Mungkin juga tuan Gopal" fairy berwarna hijau berterbangan di kepala Gopal "Tapi jangan mudah putus asa. Saya pasti kamu semua akan dapat berjumpa kembali dengan kawan-kawan kamu"
"Hmm.. kalau tak jumpa macam mana?" Bella terus tepuk kepala Gopal "Dey! Apasal kau tepuk kepala aku"
"Aku ketuk sebab kau cakap macam kita tak kan jumpa mereka buat selama-lamanya"
"Aiyoo.. janganlah marah-marah pagi ni.. kita kenalah berfikirkan positif maaa" Ying menoleh kebelakang sedikit. Mungkin dia terlepas pandang sesuatu "Manalah mereka berdua ni"
"Mungkin ada orang lain yang telah menyelamatkan Fang dan Yaya"
"Mungkin juga sang pahlawan Faye" kata seekor fairy berwarna putih
"Tapi.. kalau orang tu orang jahat macam mana? Entah-entah askar demon semalam" Gopal tidak mahu bayangkan jikalau askar-askar demon itu seksa Fang dan Yaya pada ketika ini. Dia cuba padamkan imej itu secepat mungkin
"Bukan ke kawan kau sudah katakan, kita kena berfikiran positif. Yang kau pergi fikirkan yang bukan-bukan kenapa?" Gopal terus menggigil kerana takut dengan suara garang Kaizo "LYNNA! ADA NAMPAK APA-APA TAK?"
"Takde Kaizo" Lynna tidak henti-henti mencari Fang dan Yaya. Mata berliar memandang ke arah kanan dan kiri sungai. Kadang-kadang dia terbang rendah dan kadang-kadang dia akan terbang tinggi. Dia seperti Ying juga, dia tidak mahu kalau mereka semua terlepas pandang "Mana mereka berdua"
"Kak Lynna.."
"Yea Boboiboy"
"Kalau kak Lynna penat, biar Boboiboy sahaja yang cari mereka"
"Takpe Boboiboy, kak Lynna tidak rasa penat" Lynna terus berikan senyuman kepada Boboiboy Taufan "Selagi kita tidak menjumpai mereka, selagi itulah akak tidak akan berhenti mencari"
"Kak Lynna memang seseorang yang tidak akan mengalah"
"Terima kasih, Boboiboy" Lynna terbang ke depan sedikit. Dia tidak sedar bahawa ada seseorang sedang memerhatikan dia. Orang itu adalah Dark Fairy. Dia kini sorok di dalam hutan tebal dan gelap itu
"Hehehee... aku akan bawa kau dan Kaizo ke istana Rifqi. Dia sedang menunggu kamu berdua" Dark Fairy mengangkat anak panah dia yang beracun itu. Sasaran dia adalah Lynna dan Kaizo. Dia perhatikan Lynna yang berhenti di tengah udara, lalu dia melepaskan anak panahnya. Anak panah itu terkena bahu Lynna. Serta merta Lynna pengsan di situ juga
"KAK LYNNA!"
"LYNNA!" Kaizo melihat isterinya sudah terbang jatuh dan hampir masuk ke dalam sungai "LYNNA!"
Boboiboy Taufan cuba hendak pergi selamatkan Lynna tetapi dia sendiri terkena anak panah yang lain daripada anak panah Lynna tadi. Tangan kiri dia sudah terluka sedikit dan dia tidak dapat hendak selamatkan Lynna kerana Lynna sudah hilang di tengah udara itu. Boboiboy turun perlahan-lahan di tepi tebing sungai. Sampai sahaja di lantai bumi, diri dia sudah kembali menjadi Boboiboy biasa
"Mana kak Lynna?" tanya Ying. Dia perhatikan persekitaran mereka
"My BBB-CHAN ok tak?" Lily pegang bahu Boboiboy
"Aku.. ok... sahaja... Lily tapi.. tangan aku sakit" Lily terus keluarkan sehelai kain dari beg kecilnya. Lalu dia ikat di bahagian luka Boboiboy di tangan kirinya "Terima kasih.. Lily"
"Sama-sama" Lily tersenyum kecil tetapi di dalam hati dia risau dengan keselamatan mereka semua. Sudah beberapa kali mereka di serang oleh musuh mereka. Lily mahu menangis di situ tetapi dia tabahkan hati dia dan tetapkan keceriaan dia
"Mana Lynna? Ada sesiapa nampak Lynna?"
"Takde abang Kaizo. Dia hilang sebelum dia jatuh ke dalam sungai" kata Bella
"Ha ah, tapi tak pasti pula siapa yang ambil dia" Gopal sorok di belakang Faye kerana ketakutan "Tapi.. kita kena hati-hati. Mana tahu, tiba-tiba askar demon muncul keluar"
"Kamu semua.. tu-" Dada Kaizo terkena anak panah yang sama seperti anak panah Lynna. Dia rebah jatuh di atas tanah dengan mata dia sudah terpejam
"ABANG KAIZO!" Faye mahu pergi cabut anak panah itu tetapi Kaizo turut hilang di depan mata mereka semua "Ma-mana abang Kaizo? Siapa punya angkara ni?"
"Aku tak tahu Faye.." Bella keluarkan bebola api dia "SIAPA KAU HAH! BAIK KAU MUNCULKAN DIRI!" Dia sungguh geram sekali dengan musuh-musuh mereka. Dia tidak pernah merasai pengembaraan yang penuh cabaran ini. Pengembaraan ini memang mainkan emosi dan ketabahan hati dia
"HAHAHAHAAAAA!" muncul Dark Fairy di atas permukaan sungai. Dia seperti berdiri di atas sungai itu tetapi dia hanyalah terapung sahaja
"SIAPA KAU HAH?" tanya Ying dengan nada marah dia. Faye sudah keluarkan alat memanah dia dan menunggu masa untuk menembak anak panah dia ke arah Dark Fairy
"Aku adalah Dark Fairy, penasihat kepada Putera Rifqi" Dark Fairy berikan mereka senyuman sinis dia "Rifqi sudah bosan menunggu kedatangan ibu bapa dia. Jadi aku bertindak dengan segera kerana askar-askar demon aku memang tidak boleh diharapkan. Aku sebagai kawan baik kepada Rifqi, aku akan uruskan segalanya untuk dia"
"JADI KAU LAH YANG MENGHASUT QIQI SELAMA INI!" Boboiboy menggenggam tangannya. Hati dia sudah membara dengan gelakan sinis dari Dark Fairy itu
"Betul tu wahai pipi tembam.. HAHAHAAA!" Dark Fairy tergelak sinis di situ "Aku yang menyamar menjadi Alice, aku yang membawa dia dunia ini, aku menjadi pendengar setia dengan luahan hati dia dan aku juga yang mengajar dia mengawal kuasa-kuasa terhebat dia. Akhirnya, aku berjaya membawa dia ke arah kegelapan"
"Dark Fairy! Kami akan hapuskan kau!" Sekumpulan Fairy melindungi pahlawan-pahlawan itu. Mereka tidak akan membenarkan Dark Fairy menyerang pahlawan-pahlawan itu
"Hapuskan aku? Korang bukannya kuat sangat! RASAKAN SERANGAN DARI AKU!" Dark Fairy memberikan semburan aura hitam ke arah fairy-fairy itu. Sebuah cahaya terpacar dari sekumpulan fairy itu untuk melindungi Boboiboy, Gopal, Ying, Faye dan Bella tetapi fairy-fairy itu terkorban dari serangan itu. Semua fairy itu telah dihapuskan oleh Dark Fairy dalam sekelip mata
"SEKARANG TIADA SIAPA AKAN DAPAT MELINDUNGI KAMU SEMUA! HAHAHAAAAAA!"
"Hodohnya si pontianak ni gelak" Lily tergelak kecil di situ "Selamatlah Ratu Lily tak gelak hodoh macam kau.. hehehee"
"Siapa Ratu Lily tu? Kau saja nak mempermainkan aku!" Dark Fairy begitu geram dengan gelakan Lily "Kau memang tidak takut dengan aku seperti kawan-kawan kau yang lain"
"Eleh, Lily pernah bersemuka dengan hantu pontianak yang lebih hebat daripada kau tapi dia tidaklah sejahat kau" Lily terus menjelir lidahnya kepada Dark Fairy
"Lily, janganlah cakap yang bukan-bukan" kata Boboiboy. Kesakitan di tangan kiri dia sudah berkurangan "Karang tak pasal-pasal, dia serang kita lagi. Mungkin lagi dasyat daripada sebelum ini"
"Ha ah, aku tak naklah apa terjadi dekat kita macam dia buat dekat fairy-fairy tadi" Gopal masih lagi menyorok di belakang Faye
"APA YANG KAMU SEDANG BERBORAK ITU?"
"Takde apalah Dark Fairy tapi... MANA ABANG KAIZO DAN KAK LYNNA? KAU SEMBUNYIKAN DIA ORANG DEKAT MANA?" Boboiboy memandang Dark Fairy dengan mata dia kemarahan dia
"Oh, mereka berdua selamat" Dark Fairy memetik jarinya. Kaizo dan Lynna muncul di tepi kedua belah badan Dark Fairy. Mereka masih lagi kelihatan tidak sedarkan diri "Kalau kau mahukan mereka, marilah datang ke istana Rifqi tapi kamu jangan terlalu yakin yang kamu akan dapat selamatkan mereka.. hehehehee... aku pasti, kamu semua akan terkorban dengan serangan dari askar-askar demon aku. Jangan risau, aku hantar mereka lagi"
"Baik kau lepaskan mereka berdua sebelum aku sendiri hapuskan kau!" Boboiboy ingin menggunakan kuasa terkuat dia untuk hapuskan Dark Fairy itu tetapi dia tidak buat begitu kerana leher Lily seperti di cekik oleh sesuatu yang mereka tidak dapat lihat. Lily terduduk di atas tanah. Dia cuba bernafas dan tidak mahu pengsan di situ
"LILY!"
"HAHAHAA! Aku bagi kamu semua buat pilihan.. kalau kau nak kan mereka berdua, nyawa kawan kau akan aku ambil tetapi kalau kau selamatkan dia.. kau tidak akan dapat berjumpa lagi dengan Permaisuri Lynna dan Raja Kaizo... mana satu pilihan kau?"
"Selamatkan... mereka..." kata Lily yang sudah tidak tahan dengan cekikan itu. Air mata dia mengalir keluar
"Tapi..." Boboiboy tidak mahu mereka semua kehilangan salah seorang kawan mereka lagi "Maafkan aku semua.. aku terpaksa selamatkan Lily..." Air mata dia sudah menitis di atas permukaan bumi. Pemikiran dia sudah bercelaru. Dia sudah tiada pilihan, dia terpaksa selamatkan nyawa Lily "Maafkan saya, abang Kaizo dan kak Lynna tapi Boboiboy akan selamatkan kamu berdua" bisik Boboiboy
"JANGAN MENGALAH BOBOIBOY! KUASA SLOW MO!" Ying memperlahankan gerakan Dak Fairy itu tetapi Lily masih lagi di cekik "Hah! Tiada kesan"
"Jangan Ying, selamatkan nyawa Lily. Kak Lynna dan abang Kaizo akan selamat kerana Qiqi tidak akan apa-apakan ibu bapa dia"
"Jadi kau rela Dark Fairy bawa lari mereka berdua?"
"Yea Bella.. maafkan aku" Boboiboy sudah tidak tahu apa yang dia perlu lakukan. Dua rakan dia masih hilang dan sekarang ini, Kaizo dan Lynna akan di bawa pergi oleh Dark Fairy. Mereka sendiri tidak tahu arah mana untuk pergi ke istana Lynna "MAAFKAN AKU!" Boboiboy terduduk di situ
Kuasa Ying sudah pun hilang dan Dark Fairy boleh bergerak seperti biasa. Dark Fairy tidak berkata apa, dia hanya melihat mereka semua sudah mengalah. Leher Lily sudah tidak di cekik lagi tetapi Dark Fairy hilangkan diri bersama Kaizo dan Lynna
"Boboiboy.. jangan sedih.. kita masih lagi bersama" kata Lily dengan suara dia yang agak lemah
"Betul cakap Lily tu.. kita sama-sama cari jalan untuk ke istana Lynna" Gopal sentuh bahu Boboiboy "Kita teruskan perjalanan kita dan juga mencari Fang dan Yaya"
"Terima kasih Gopal" balas Boboiboy sambil mengesat air matanya. Lalu dia bangun dari situ dengan perasaan yang agak pilu. Dia sudah tidak larat lagi tetapi dia harus teruskan lagi demi kawan-kawan dia dan juga dua orang yang sangat sayangkan anak mereka
---------------------------------------------------------------------------------------------------
Sudah hampir satu jam mereka berjalan di tepi sungai tetapi masih lagi tidak menjumpai Fang dan Yaya. Mereka sudah kelihatan penat dan juga kelaparan. Makanan mereka tinggal sudah tinggal sedikit. Mereka tidak tahu ke arah mana mereka perlu pergi
"FANG! YAYA! MANA KORANG!" Bella tidak mahu berputus asa. Dia tetap akan mencari mereka walaupun kawan-kawan dia sudah berhenti untuk berehat seketika
"Bella, rehatlah dulu. Kau tak rasa penat ke?"
"Maaf Faye.. aku tidak mahu berehat. Aku mahu mencari mereka"
"Bella.. kau harus berehat" kata Boboiboy "Jangan paksakan diri kau"
"Jangan paksa aku untuk berehat ataupun tidak! Aku ingin mencari mereka! Aku tidak mahu mengalah!" Bella teruskan berjalan. Emosi sudah mengawal diri dia "Aku tidak mahu kehilangan kawan-kawan aku, lebih-lebih lagi Fang kerana dia adalah kawan terbaik aku" bisik Bella sambil menangis di situ. Mata dia asyik pandang ke arah sana sini tetapi penglihatan dia begitu sukar sekali kerana air mata dia menjadi penghalang. Lalu dia terduduk di tepi sungai. Dia memeluk lututnya dan lalu menangis seorang diri di situ
"Bella.." Dia terasa ada seseorang sedang pegang bahu dia. Bella mengangkat kepalanya dan nampak kawan-kawan dia "Bella.. jangan begini Bella. Aku faham dengan perasaan kau tapi jangan paksakan diri kau" kata Boboiboy
"Ha ah, kita semua ada di sini. Kau jangan nak pergi cari mereka seorang diri. Kami akan mencari mereka bersama dan selamatkan abang Kaizo dan kak Lynna bersama juga"
"Terima kasih Boboiboy, terima kasih Ying. Aku tak tahu kenapa dengan diri aku.. mungkin aku terlalu ikutkan perasaan"
"Jangan menangis lagi, Bella. Kau rehat sahaja di sini bersama kami. Lepas tu kita sambung balik" Faye duduk di sebelah Bella "Aku kawan baik kau.. aku tak nak melihat kawan aku terseksa. Kau kena tabahkan hati"
"Betul tu! Lily pun tak nak seksakan diri Lily. Jadi Lily kenalah sentiasa ceriakan hati Lily dan hati kawan-kawan Lily juga"
"Terima kasih kawan-kawan" Bella sudah rasa tenang sedikit. Tiba-tiba mereka terdengar seseorang sedang berjalan di belakang mereka semua "SIAPA TU?" Bella menoleh kebelakang dan nampak seorang kanak-kanak perempuan "Kamu siapa?" tanya Bella
"Maaf kalau saya takutkan kamu semua. Nama saya Rose, rumah saya tidak jauh daripada sini tapi saya dengar kamu sedang mencari kawan kamu"
"Awak ada jumpa kawan kita orang?" tanya Boboiboy dengan mata dia sudah terbuka luas
"Ha ah, mari ikut saya" Mereka semua bangun dari situ dan segera ikut Rose untuk pergi ke rumah dia
Tidak sampai 5 minit, mereka sudah sampai di sebuah rumah yang kecil. Di luar rumah itu terdapat beberapa mesin untuk membuat makanan ruji untuk Rose dan keluarga dia. Rose membuka pintu rumah tersebut
"Ibu! Ada tetamu datang ke rumah kita"
"Siapa?" Seorang wanita tergesa-gesa keluar dari dapur. Wanita itu sudah kelihatan tua. Muka dia ada beberapa kesan tepung dan apron dia kotor kerana sibuk memasak di dapur "Siapa mereka ini?"
"Mereka adalah kawan kepada gadis yang kita orang jumpa pagi tadi"
"Oh.. kawan kamu ada di dalam bilik. Anak saya sedang menjaga dia sekarang ini" Wanita itu menyuruh mereka ikut dia pergi ke sebuah bilik yang ada di bahagian atas. Sampai sahaja di tingkat atas, wanita itu membuka pintu bilik itu. Seorang gadis yang sama rupanya seperti Rose tadi, sedang duduk di atas sebuah kerusi sambil menjaga Yaya "Itu kembar Rose, nama dia Violet"
Boboiboy, Gopal, Ying, Bella, Faye dan Lily gembira melihat Yaya selamat. Hati mereka meloncat naik dan terus bersemangat. Mereka tidak rasa begitu letih ataupun lapar sangat, hanya kegembiraan sahaja yang membuatkan mereka hilangkan perasaan itu tadi
"Yaya selamat!" Lily berlari masuk ke dalam bilik itu. Ying turut ikut sama seperti Lily
"Yaya! Yaya! Kami ada di sini" Ying memanggil nama kawan baik dia. Dia ternampak kesan balutan di kepala Yaya "Yaya.. kau dengar tak panggilan daripada aku?"
"Aku dengar Ying" Mata Yaya terbuka sedikit demi sedikit. Bibir dia sudah mula terukir dengan sebuah senyuman. Dia rasa lega dapat melihat kembali kawan-kawan dia "Maaf kalau aku buat korang semua risau"
"Jangan risaulah Yaya, kau sudah pun selamat tapi.. mana Fang?" tanya Boboiboy. Yaya hanya mampu gelengkan kepala sahaja. Boboiboy terus pandang ke arah Violet "Kamu ada tak nampak kawan kami seorang lagi. Dia pakai cermin mata ungu dan memakai sarung tangan"
"Rambut dia macam landak" tambah si Lily
"Maaf, saya dan kembar saya cuma jumpa dia seorang sahaja" balas Violet "Kami jumpa dia terdampar di tepi sungai dan kepala dia sudah terluka. Mungkin terhantuk dekat mana-mana"
"Jadi.. kita masih kehilangan Fang. Mana dia?" Boboiboy melihat luar tingkap sambil fikirkan tentang nasib Fang. Mana dia berada sekarang ini? Semua kembali risau. Fang masih lagi hilang, Kaizo dan Lynna sudah di tangkap oleh Dark Fairy tetapi mereka tidak putus asa. Sifat perjuangan yang ada di dalam diri Boboiboy tidak akan terkubur begitu sahaja. Dia akan cari Fang sampai dapat
"Jangan risau Fang, aku akan cari kau sampai dapat" bisik Boboiboy
--------------------------------------------------------------------------------------------------
Di dalam sebuah perkampungan terpencil dan tersorok dari sesiapa, Fang telah diselamatkan dan dibawakan ke perkampungan tersebut. Dia telah dirawat oleh seorang gadis yang tinggal di situ tetapi malangnya buat Fang, dia hilang ingatan. Kepala dia terhentak pada batu sungai yang agak besar semasa arus sungai membawa dia. Gadis itu hanya memanggil nama Fang sebagai Ren
"Ren, kau tinggal sahaja di sini dan mulakan kehidupan baru"
"Tapi... mungkin ahli keluarga aku mencari aku tapi... aku ada keluarga ke?" Kepala Fang tidak mengingati apa-apa. Semuanya seperti kosong. Dia tidak tahu siapa diri dia, apa nama dia dan apakah yang menyebabkan kepala dia terluka? "Aku ada kawan ke?" bisik Fang sambil melihat sebuah jam di tangannya. Jam itu adalah jam kuasa dia tetapi disebabkan dia hilang ingatan, dia cuma ingat itu hanyalah jam biasa sahaja
"Kalau tiada macam mana.. kau tinggal sahajalah di sini. Kami semua akan bantu kau dan ajar kau kehidupan di sini. Mesti kau akan gembira nanti" Gadis itu sudah selesai merawat kepala Fang yang terluka itu "Kau berehat yea, nanti aku bawakan baju untuk kau. Mungkin baju adik aku, kau muat pakai. Kau ni terlalu keding sangat" Fang melihat baju dia yang sudah kotor dan ada kesan koyak sedikit. Gadis itu sudah pun keluar daripada bilik itu. Dia keluar dari katil itu dan terus pergi ke tingkap
Dia melihat perkampungan yang sentiasa sibuk di tingkap itu. Ada seorang lelaki sedang membawa lembunya, seorang wanita tua sedang mengambil air dari perigi dan beberapa kanak-kanak bermain kejar kejaran di sekitar kampung itu. Fang tersenyum sedikit di situ
"Mungkin... mulakan kehidupan baru di sini.. tidak akan menjadi masalah.." bisik Fang tanpa perasaan risau atau fikirkan tentang apa-apa tentang abang dia, kakak dia, anak buah dia dan juga kawan-kawan dia
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top