Chapter 5

"Ibu! Ibu! Tengok Qiqi lukis gambar ibu!"

"Pandainya anak ibu" Lynna melutut di depan anaknya dan terus dia cium dahi Rifqi "Qiqi betul ke buat sendiri?"

"Betul ibu! Qiqi buat lukisan ni sempena hari jadi ibu! SELAMAT HARI JADI IBU!" Rifqi melompat dan memeluk leher ibunya

"Terima kasih Qiqi" Lynna membelai rambut Rifqi "Qiqi adalah permata hati ibu. Ibu sangat sayangkan Qiqi"

"Qiqi pun sayangkan ibu"

Kaizo rasa risau dengan isterinya, Lynna, yang kini hanya duduk termenung di belakangnya. Sudah 3 jam mereka menunggang kuda tersebut tetapi perjalanan mereka masih lagi jauh. Dia menoleh kebelakang untuk melihat keadaan Lynna

"Lynna, kau ok ke?"

"Hmm... aku ok sahaja, Kaizo" Lynna menjawab dengan nada yang agak perlahan

"Kau risaukan tentang dia?" Lynna hanya mengangguk sahaja "Kau tidak perlu risau. Kita sebagai ibu bapa kepada dia, aku pasti kita dapat kembalikan Rifqi kepada yang asal. Rifqi yang kita kenal"

"Terima kasih Kaizo tapi aku risau kalau dia tidak mahu pulang ke pangkuan kita? Bagaimana kalau kuasa kegelapan itu dapat mengawal diri dia sepenuhnya. Aku takut dia akan menjadi begitu buat selama-lamanya dan aku tidak rela untuk berlawan dengan anak kita sendiri"

"Aku pun sama tapi kau jangan mudah mengalah, Lynna. Kau ibu dia dan aku adalah ayah dia. Kita sama-sama akan mengingati dia balik dan aku pasti, dia akan kembali menjadi Rifqi yang kita kenal dulu"

"Aku pun berharap begitu, Kaizo" kata Lynna dengan begitu perlahan sekali "Qiqi, ibu dan ayah datang untuk selamatkan kau" bisik Lynna. Kaizo terus menunggang kudanya secara senyap

"Kak Lynna, dekat dunia ni memang banyak tentang magic ke?" tanya Fang secara tidak langsung

"Ha ah, akak tidak pernah tunjuk kamu semua tempat-tempat yang menarik dekat dunia ni tapi ada juga tempat-tempat kamu semua patut jauhi kerana tempat itu mempunyai sumpahan yang amat keras sekali"

"Kak Lynna pernah terkena sumpahan itu?" tanya Boboiboy pula

"Hmm... pernah tapi itu zaman remaja akak dulu-dulu. Banyak kali akak terkena tetapi akak terpaksa, demi menyelamatkan kawan-kawan akak"

"Kalau korang nak tahu, kak Lynna kamu ni memang suka sangat korbankan diri dia. Nyawa dia selalu terancam tetapi dia masih lagi ada di sini. Saya sendiri kagum dengan kekuatan dan ketabahan dia" Lynna terus rasa malu sedikit dengan kata-kata Sarah tadi

"Oh begitu" Suara Lily pula timbul "Kalau begitu, Lily ingin menjadi seperti kak Lynna! Lily akan buat yang terbaik demi untuk menyelamatkan kekasih hati ku iaitu Boboiboy! Heheheheee!" Lily terus tergelak sakan di atas kuda putihnya sambil mencekak pinggang

"Macam manalah kau boleh terima dia, Boboiboy?" tanya Fang

"Hehehee... kenapa? tak boleh ke? Kepelikan dia membuatkan aku terima dia seadanya" Boboiboy terus tersengih sambil melihat Lily yang masih tergelak lagi "Tapi bukan sebab kepelikan dia yang aku terpikat... hehehee" Dia terus mendiamkan diri kerana malu hendak menyebutnya. Fang hanya angkat kening sebelah sambil melihat kawan baik dia

"Entah apalah yang kau nampak dekat diri dia" bisik Fang

Mereka terus menunggang kuda mereka dan lalu di atas jambatan yang berdekatan dengan sebuah air terjun. Jambatan itu diperbuat daripada besi dan ukiran-ukirannya amat unik sekali. Ada beberapa bunga berwarna ungu berkembang di tepi jambatan itu dan akarnya menjalar ke sana sini dan menyelit-yelit di bahagian tepi jambatan itu. Mereka berhenti seketika untuk melihat keindahan air terjun itu. Udara di situ sangat sejuk tetapi mereka tidaklah kesejukan sangat. Ada beberapa ikan yang boleh dilihat di bawah jambatan itu. Air sungai itu memang sangat jernih tetapi kedalaman dia, amatlah dalam. Tiada siapa yang berani ingin bermandi manda di situ. Kalau sesiapa ikut aliran sungai itu, mereka akan terjumpa sebuah tasik yang indah permai dan di bawah tasik tersebut, terdapat sebuah kerajaan milik ikan duyung tetapi itu bukanlah destinasi para superhero kita. Mereka teruskan lagi perjalanan mereka tetapi Sarah berhenti di tepi sebuah taman kecil yang tidak jauh daripada jambatan tadi. Lynna tahu apa yang ada di dalam taman itu

"Kenapa kau berhenti?" tanya Kaizo kepada Sarah tetapi tiada jawapan daripada Sarah. Lynna terus turun kuda mereka berdua "Kau nak pergi mana Lynna?"

"Aku hendak menziarahi seseorang" jawab Lynna. Dia terus masuk ke dalam taman itu "Kau tunggu sahaja di sini" Kaizo melihat Lynna masuk ke dalam pintu pagar taman itu. Lalu dia turun dari kudanya

"Kaizo, kau nak masuk sekali ke?"

"Yea, aku nak tahu siapa yang dia pergi ziarahi itu" jawab Kaizo dengan persoalan Sarah tadi "Tapi kau pun tahu siapa yang tinggal di dalam taman itu'

"Yea, aku tahu tapi kau tak perlulah masuk sekali. Bagi dia bersendirian di dalam taman itu"

"Kenapa?" tanya Kaizo dengan perasaan ingin tahu "Ada sesuatu yang dia cuba sembunyikan daripada aku?" Sarah gelengkan kepala sahaja

"Kalau kau nak tahu, kau masuklah sekali. Aku jaga mereka di sini" Kaizo turun dari kudanya. Fang dan kawan-kawan dia melihat Kaizo memasuki taman itu. Mereka juga rasa curiga, siapa pemilik taman itu? "Kamu semua mesti nak tahukan, siapa yang kak Lynna kamu pergi ziarahi itu?"

"Siapa kak Sarah?" tanya Yaya

"Dia orang yang kamu selalu dengar tapi tak pernah tahu namanya" jawab Sarah

"Dia?" Fang terus terfikirkan tentang kekasih lama Lynna "Orang yang mati dibunuh depan mata kak Lynna?" Sarah angguk sahaja

"Tapi.. apa nama dia?" Ying pula bertanya kali ini. Sarah hanya tersenyum sahaja dan terus dia berpaling ke pintu pagar taman itu

Kaizo sudah berada jauh di dalam taman itu. Dia melihat sekelilingnya, penuh dengan bunga-bunga yang sedang berguguran ke atas lantai bumi. Rumput-rumput dan daun-daun pokok, semuanya kehijuaan. Dia berjalan lagi sehinggalah dia ternampak Lynna sedang berdiri. Di depannya terdapat sebuah perkuburan seseorang dan Lynna hanya melihat sahaja tanpa bunyi tangisan daripadanya. Kaizo berdiri di belakang Lynna dan lalu dia menyentuh bahu isterinya sedikit

"Daniel?" Kaizo membaca nama pemilik kubur tersebut "Dia yang kita pernah jumpa dulu. Dia kekasih lama kau?"

"Yea Kaizo" balas Lynna "Maaf kalau aku singgah ke sini sekejap. Selepas sahaja aku kehilangan dia, aku tidak pernah sekali pun menjejaki kaki aku ke sini. Ini baru pertama kali aku datang ke sini. Semuanya dijaga rapi" kata Lynna "Maaf Daniel kerana baru sekarang aku menziarahi kubur kau" bisik Lynna

"Takpe.. aku tidak marahkan kau dan aku pasti, dia faham kenapa kau tidak dapat ke sini" Tangan Kaizo turun ke tangan Lynna dan lalu mereka berpegang tangan "Mari kita teruskan perjalanan kita" Lynna angguk sahaja. Mereka berdua berpatah balik ke pintu pagar taman itu. Setelah mereka keluar dari situ, pintu pagar taman itu tertutup secara tidak langsung

"Mari kita teruskan perjalanan kita" kata Lynna

---------------------------------------------------------------------------------

Hari sudah malam dan suasana menjadi gelap. Boboiboy telah mengeluarkan kuasa apinya untuk memudahkan mereka melalui kawasan hutan tersebut. Mereka sudah penat dan kelihatan kelaparan. Perut Gopal asyik berbunyi semenjak tadi lagi tetapi tiada siapa yang memandang dia kerana terlalu penat. Sarah masih lagi mengetuai perjalanan mereka dan dia sendiri adalah bertanggungjawab untuk mencari tempat yang selamat, untuk mereka semua berehat pada malam itu. Akhirnya dia teringat kerana ada satu perkampungan yang tidak berada jauh dari situ

"Mari semua, tidak lama lagi.. kita akan sampai ke sebuah perkampungan. Di situ, kamu semua dapat berehat dan esok kita akan sambung perjalanan kita"

"Adakah kita akan selamat di situ tanpa di ganggu oleh sesiapa?"

"Jangan risau Kaizo, perkampungan itu dibawah jagaan seekor naga" kata Sarah

"NAGA?!" Terkejut Gopal. Dia mula menggigil "Naga tu ganas tak kak Sarah?"

"Mana ada ganas" balas Sarah sambil menunggang kudanya "Naga tu baik tapi malam ni kamu semua bernasib baik"

"Ke-kenapa? Naga tu tak datang ke nanti?" Gopal harap begitu tetapi kawan-kawan dia berharap lain pula

"Takdelah, naga itu akan ada sebab malam ini adalah malam bulan purnama" Sarah mendongak sedikit untuk melihat bulan penuh pada malam itu. Gopal pula, dia sudah menggigil ketakutan "Naga itu tidak menyerang sesiapa, kecuali kalau ada orang yang ingin merosakkan perkampungan dia"

"Jadi naga tu ialah naga baiklah" kata Boboiboy

"Tepat sekali" balas Sarah

"Wuuuu... bestnya dapat jumpa naga. Selalunya Lily hanya melihat patung naga sahaja. Takpun dekat dalam TV ke, dekat cerita anime ke, dalam buku, lukisan Lily sendiri ke atau abang Kaizo mengamuk macam naga mengamuk ke" Kaizo terus memusing kepalanya dan memandang Lily dengan renungan mautnya

"Kau hendak melihat aku menjadi naga?" tanya Kaizo dengan nada serius dia. Lily hanya angguk sahaja "Suka pula kamu"

"Yelah, Lily sudah lama tidak melihat abang Kaizo mengamuk tak tentu pasal"

"Wei Lily, abang aku berhenti mengamuk tak tentu pasal semenjak adanya Qiqi. Dia telah menjadi seorang ayah yang paling handal sekali tapi masih lagi nak buli aku" Fang terus bermasam muka

"Hehehe.. kasihan kau yea tapi itu sudah menjadi lumrah seorang abang. Tak kisahlah adik dia kecil lagi atau sudah meningkat dewasa, dia akan tetap buli adik kesayangan dia"

"Yelah tu Yaya tapi kau lain. Kau ada tapi tidak pernah buli adik kau sendiri" Yaya tergelak kepada Fang "Kenapa kau gelak?"

"Takde apalah Fang" jawab Yaya sambil tersenyum melihat Fang yang masih lagi bermasam muka "Suka pula aku tengok kau bermasam muka. Kau memang tak berubah dari dulu lagi"

"Hehehe.. macam mana dia nak berubah kalau dia asyik kena buli aje dengan abang dia" Ying tergelak sedikit

"Wei, yang korang sibuk cerita pasal perangai aku ni apasal? Kita perlu tumpukan perhatian dengan bagaimana hendak menyelamatkan anak buah aku!" kata Fang dengan nada tegasnya "Aku tidak akan berhenti atau berehat demi anak buah ku yang tersayang"

"Sudah sudahlah tu Fang.. jangan nak merapu" tegur Boboiboy

"Akak tahu niat Fang sangat murni tapi dengar cakap kawan baik kamu tu. Jangan nak merapu sangat Fang. Kamu perlukan berehat dan jangan terlalu ikutkan sangat perasaan" Fang terus diamkan diri tanpa berkata apa lagi. Lynna tersenyum sedikit "Tapi dalam situasi begini pun, kita jangan lupa untuk hiburkan hati kita walaupun sedikit. Kecuali abang kamu ni, sentiasa nak serius sahaja"

"Abang memang sentiasa serius pun.. dengan Qiqi pun dia nak serius juga. Tak pernah nak buat muka pelik-pelik dia macam si pelik tu" Fang tunjuk ke arah Lily yang sedang tidur sambil menunggang kuda

"Lily super pelik" kata Lily di dalam tidurnya. Faye mengusik-gusik lengan Lily dan lalu Lily garu-garu lengan dia "Janganlah gigit lengan aku wahai lalat"

"Lalat?" bisik Faye. Dia rasa pelik dengan kawan baik dia, ada ke lalat gigit tangan orang "Adeh.. pelik-pelik" Sarah tergelak sedikit sambil mendengar gelagat mereka di belakangnya. Dia sudah lama tidak ketawa begitu kerana terlalu sibuk dengan hal-hal dia

"Kita sudah hampir dengan perkampungan itu" kata Sarah. Dia menunggang kudanya dan lalu di tepi tepi sungai yang penuh dengan batu sungai. Mereka boleh lihat bayangan cahaya kelip-kelip yang berterbangan di atas permukaan sungai. Bukan sahaja kelip-kelip, ada juga beberapa fairy yang turut berkelip-kelip di situ. Sungai itu seperti sebuah angkasa yang dipenuhi dengan bintang tetapi bukan satu warna, pelbagai jenis warna yang ada

Mereka tidak rasa begitu takut dengan melihat keindahan air sungai itu. Apabila fairy-fairy nampak Kaizo dan Lynna sedang menunggang kuda, mereka berterbangan begitu pantas sekali kearah raja dan permaisuri mereka. Seekor fairy berwarna ungu menyelitkan sekuntum bunga mawar di telinga Lynna

"Nampaknya fairy-fairy ini semua akan menemani kita sehingga ke perkampungan tersebut" kata Sarah. Dia juga terdapat sekuntum bunga di telinganya tetapi bukan dia sahaja, semua kawan-kawan perempuan Fang turut mendapat sekuntum bunga

"Lily bangun" Bella goyang-goyang bahu Lily "Ada bunga dekat telinga kau"

"Bunga?" Mata Lily terbuka luas dengan senyuman lebarnya "BBB-CHAN YANG BAGI BUNGA KE?" Dia terus berkelip-kelipkan matanya kearah Boboiboy yang sedang tersengih "My sweetheart is sooooo romantic! I LOVE YOU BBB-CHAN!"

"Err... tapi bukan saya yang bagi bunga tu" terus hancur hati Lily

"Habis tu siapa? Jangan cakap landak pulak?!"

"Woi! Bukan akulah!" marah Fang "Ada seekor fairy yang letak dekat telinga kau tu"

"Ohhhh!" Terus Lily tersenyum balik "THANK YOU FAIRY!" Selamatlah kuasa super sonic dia tidak di aktifkan

"Girlfriend kau ni memang suka menjerit yea" bisik Fang kepada Boboiboy

"Heheheee... dia dari dulu lagi suka menjerit. Kalau dia tak jerit, memang tak sah dia tu" Boboiboy tersengih. Fang hanya mengangkat kening sebelah "Aku rasa kau tidak perlu lagi keluarkan kuasa api kau sebab lampu-lampu dari fairy ni pun sudah menerangi perjalanan kita"

"Ha ah, betul juga cakap kau" Boboiboy terus hilangkan kuasa apinya. Lalu dia menoleh ke kanan untuk melihat Bella "Kenapa kau tak gunakan kuasa api kau tadi?"

"Hmm... aku macam tak boleh nak keluarkan kuasa bola api tu" kata Bella dengan nada yang agak sedih "Nampaknya mempunyai kuasa bukan sesuatu yang senang. Kena berlatih dan tahu mengawalnya"

"Betul tu Bella" balas Lynna secara tiba-tiba "Masa akak dapat kuasa dulu, akak memang banyak berlatih terutama sekali kuasa yang dapat meletupkan sesuatu atau di dalam kata lain Molecular Combustion. Memang susah pada awalnya kerana sasaran akak selalu tak tepat tapi akak banyakkan berlatih"

"Hehehee... tapi kita orang tak perlu berlatih dengan jam-jam kuasa kita orang" kata Gopal dengan terasa bangga sedikit

"Yelah tu Gopal.. masa dulu tu, kena takutkan kau, baru kau dapat gunakan jam kuasa kau tu" Gopal terus tersengih kepada Boboiboy "Aku pun pada awalnya kena berlatih tapi sekarang, semuanya kita sudah mahir tapi.. Yaya dan Ying ajelah yang tak berlatih sangat"

"Hehehe.. itu sebab kuasa kami tidak perlukan latihan sangat!" kata Yaya dan Ying secara serentak

"Eh.. kenapa tiba-tiba kita dalam gelap ni? Mana pergi fairy-fairy tadi" Boboiboy terus hidupkan kuasa api dia, begitu juga dengan Lynna. Suasana mereka menjadi sunyi, tiada bunyi burung hantu ataupun haiwan-haiwan yang lain. Bunyi serangga kecil pun juga tiada. Mereka boleh terasa kesejukan angin pada malam itu dan daun-daun pokok berkencang dengan perlahannya

"Syhhh... ada musuh sedang mendekati kita" bisik Sarah. Mereka semua bersiap sedia dengan apa-apa serangan. Faye sudah keluarkan anak panahnya dan dia akan memanah sesiapa sahaja yang cuba menyerang mereka. Sarah turun dari kudanya dan dia juga keluarkan anak panahnya dan terus letak di alat memanahnya. Dia bergerak secara perlahan dan berhati-hati

"Sarah, kau ada dengar apa-apa?" tanya Kaizo

"Takde tapi.. kalau sunyi begini, dan fairy tadi hilang begitu sahaja.. aku dapat rasakan ada musuh sekitar kawasan ini. Nampaknya mereka akan cuba menghalang kita masuk ke dalam perkampungan itu nanti" Terus Sarah lepaskan anak panahnya ke arah tepi pokok "MUSUH!" Dia nampak beberapa bayangan orang di sebalik pokok itu. Musuh-musuh mereka keluar dari situ dan berlari ke arah mereka. Musuh itu adalah askar yang telah dihantar oleh Rifqi sendiri. Misi mereka adalah untuk menangkap Kaizo dan Lynna

"KAIZO! BAWA MEREKA LARI DARI SINI! KAU TERUS SAHAJA DAN KAU AKAN JUMPA SATU PERKAMPUNGAN!"

"Tak, kami tak kan biarkan kau lawan berseorangan" Lynna turun dari kuda tersebut

"Lynna.. kau perlu bawa mereka, biar aku yang uruskan-" Satu anak panah hampir terkena bahu Lynna tetapi malangnya, kuda Kaizo dan Lynna terkena anak panah tersebut. Kuda itu rebah ketepi. Kaizo terjatuh dari kuda tersebut

"KAIZO!" Lynna dengan pantasnya, dia pegang tangan Kaizo dan lalu dia menarik tangan Kaizo untuk bangun dari situ

"ABANG!" Fang turun dari kudanya "JAGA KAU! SERANGAN BAYANG!"

"BOBOIBOY HALILINTAR!" Boboiboy terus bertukar menjadi Halilintar "GERAKAN KILAT!" Dia hapuskan beberapa musuh mereka yang ada di situ

"MAMPATAN GRAVITY!" Semua musuh mereka bagaikan ditarik magnet oleh sebuah sphera kuasa yang berwarna pink "TOLAKAN GRAVITY!"

"Bella.. cuba gunakan kuasa api bola kau!" Faye terus turun dari kudanya tetapi Bella nampak begitu panik. Dia cuba keluarkan sebuah bola api di tangannya tetapi tidak berjaya "Lily! Jaga Bella! Aku akan cuba halang mereka untuk mendekati kau dan Bella!"

"Baik! SUPER SONIC ATTACK LILY! AAAAAAAAA!" Faye terpaksa menutup telinganya kerana jeritan Lily amat nyaring sekali. Beberapa musuh mereka terpelanting dan terkena sangkut di dahan-dahan pokok "Heheheee..."

"Wah! banyak bagus luu punya jeritan! KUASA SLOW MO!" Ying memperlahankan beberapa musuh lagi "Lily jerit lagi!"

"SERANGAN SUPER SONIC AWESOMEEE!" Berkecai musuh-musuh itu dan semuanya bertukar menjadi abu "Wuuuuu! Dasyatnya kuasa Lily" Terus dia bertepuk tangan sebab terlampau teruja. Bella masih lagi mencuba keluarkan bola api dia tetapi setiap kali dia keluarkan bola apinya, ianya akan melesap

"Bella, cuba tumpukan perhatian" kata Yaya

"Aku boleh.. aku boleh buat... aku Bella, super Bella" bisik Bella dengan air matanya menitis-nitis di atas kepala kuda putihnya "Aku... aku yakin.. aku yakin.. aku yakin boleh buat"

"Bella, kau cuba tenangkan pemikiran kau.. jangan terlampau panik sangat"

"Fang?" Bella melihat Fang sedang menghalang beberapa serangan terhadap diri mereka berdua

"Aku yakin kau boleh buat" kata Fang "SERANGAN BAYANG!" Bella rasa sedikit terharu. Dia terus memejam matanya dan fikirkan tentang sesuatu yang membuat diri dia tenang. Dia suka bersukan, terutama sekali bola tampar dan dia juga suka apabila dapat berkumpul ramai-ramai dengan kawan yang dia sayang. Tanpa disedari olehnya, sebuah bebola api terbentuk di depannya

"Bella! Kau berjaya!" Bella terus membuka matanya. Dia memandang Yaya "Hehehe... kita orang semua yakin yang kau pasti boleh lakukan"

"Terima kasih semua!" bisik Bella. Tanpa melengahkan masa, dia terus pegang bebola api itu. Dia sedikit pun tidak rasa kepanasannya, ianya seperti memegang ice dan dia terasa sedikit geli. Bella terus tumpukan perhatian

"Bella, aku tahu kau suka sukan... KAYU BASEBALL BAYANG!" Sebatang kayu baseball terus muncul di tangan Fang "Jom kita kenakan mereka semua" Bella tersenyum sinis dan lalu dia turun dari kudanya

"Jom! HANTARAN BOLA BASEBALL BELLA!" Bella melempar bola berapinya ke arah Fang dan bola itu terus dipukul oleh Fang sendiri dengan menggunakan kayu baseball bayangnya. Bola itu melintas dengan pantasnya dan lalu terkena beberapa orang musuh di situ

"Alamak! Dia orang datang dari sana juga!" Ying tunjuk di seberang sungai. Beberapa musuh mereka lagi menyeberangi sungai itu untuk menyerang mereka semua

"Kamu semua pergi ke perkampungan naga itu.. cepat!" kata Lynna sambil berlawan pedang dengan salah seorang musuh dia "Kamu akan selamat di situ!"

"Tapi kak Lynna.."

"Jangan tapi tapi.. pergi cepat!" Kaizo menolong Lynna untuk menghalang beberapa musuh mereka lagi. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Faye dan Lily terus menunggang kuda mereka. Tanpa melengahkan masa, mereka terus lari dari situ. Fang menoleh kebelakang untuk melihat abangnya yang masih lagi berlawan "Lynna.. kau harus pergi juga"

"Tapi kau macam mana?" Lynna sedang melibas-libas pedangnya "Aku tak nak tinggalkan kau di sini"

"Jangan risau tentang aku. Kau harus pergi.. kalau tidak, siapa yang hendak selamatkan anak kita. Kau ibu dia"

"Tapi kau ayah dia.. Qiqi anak kita berdua. Aku tak kan abaikan kau di sini.. aku akan berjuang bersama kau" Lynna menghayunkan pedangnya dan pedang itu terpotong tangan musuhnya "Kita kan satu pasukan"

"Yea.. aku tahu" Kaizo tendang musuhnya "Tapi kalau kita gagal di sini, siapa yang akan dapat selamatkan Rifqi nanti?" Dia dan Lynna berpusing dan menikam musuh mereka di belakang "Pergi Lynna.. aku akan jumpa kau di sana nanti" Lynna menahan air matanya "Jangan kau nak bersedih pula"

"Tak.. aku tak sedih.. cuma aku takut, aku tak dapat jumpa kau lagi" Kaizo tersenyum sedikit "Janganlah senyum begitu.. risau aku nanti"

"Ok guys.. enough with the sweet moment.. ramai musuh lagi yang datang nak serang korang berdua" Sarah terus panah ke arah musuh yang cuba hendak menyerang Lynna dari belakang. Kaizo dan Lynna terus berpaling muka untuk melawan musuh-musuh mereka "Nampaknya, kita tak dapat nak lepaskan diri kita dari sini. Makin ramai pula dia orang ni"

"Takpe.." Lynna terus keluarkan bebola api ungu dia "Aku akan hapuskan mereka semua" Dia terus melempar beberapa bebola api ke arah musuh-musuhnya "Aku tak kan biarkan mereka dapatkan kita semua"

"Lynna..." Kaizo terus pegang tangan Lynna. Mereka berdua lari dari tempat itu. Sarah turut juga lari dan mereka bertiga di kejar oleh pasukan-pasukan askar yang telah di hantar oleh Rifqi. Sarah menoleh kebelakang dan memberikan beberapa hantaran anak panah kepada askar-askar itu

"Jauh lagi ke perkampungan itu?" tanya Kaizo

"Sikit lagi!" balas Sarah

"KAIZO! ITU.." Lynna sudah nampak pintu gerbang utama perkampungan tersebut. Terdapat seorang wanita sedang menunggu kedatang mereka bertiga

"Cepat masuk.. biar saya uruskan mereka semua" kata wanita itu. Kaizo, Lynna dan Sarah terus berlari masuk ke dalam kawasan perkampungan itu. Wanita tadi berubah menjadi seekor naga yang berwarna merah. Kepak dia mula bergerak untuk terbang ke langit dan lalu dia memberikan semburan api dari mulutnya ke arah askar-askar tersebut "Jangan cuba hendak menganggu perkampungan aku!" kata wanita naga itu. Askar-askar itu kelihatan takut dan terus tinggalkan kawasan itu

--------------------------------------------------------------------------------------

"Selamat datang ke perkampungan naga" kata wanita tadi yang telah menghalau musuh-musuh mereka dengan semburan api naga "Nama saya ialah Draconia. Saya adalah penjaga dan juga ratu perkampungan ini. Kamu semua boleh berehat di rumah istana saya"

"Terima kasih kerana selamatkan kami semua" kata Lynna sambil memberikan tunduk hormat

"Kamu tidak perlu tunduk hormat kepada saya. Sepatutnya saya perlu berikan tunduk hormat kepada kamu kerana kamu adalah permaisuri Lynna" Draconia mengambil tangan Lynna "Mari.. kita berjamu selera dulu. Saya tahu kamu semua sedang kelaparan"

"Wei Boboiboy, kau rasa.. makanan apa yang dia orang akan hidangkan?" bisik Gopal kepada kawan baik dia

"Mana aku tahu.. kau tengoklah sendiri nanti" balas Boboiboy

Ratu Draconia membawa mereka ke tengah-tengah perkampungan itu. Sebuah meja panjang sudah tersedia dan beberapa makanan sudah dihidangkan di atas meja tersebut. Mereka terpaksa duduk bersila kerana tiada kerusi untuk mereka semua tetapi ada 11 bantal cushion sebagai penganti kerusi mereka. Air liur Gopal terus meleleh keluar melihat makanan-makanan itu. Dua ekor ayam panggang tersedia di atas meja itu, mata Gopal sudah bersinar-sinar dan perut dia terus berbunyi

"Isk kau ni.. cubalah tahan" marah Fang "Sudahlah tadi kau bukannya nak tolong kita orang berlawan"

"Hehehe.. maaf Fang" Gopal tersengih "Aku tak dapat nak tolong tadi sebab perut aku lapar sangat. Sampai tak larat nak gunakan jam kuasa aku"

"Hmmm... banyak alasan betul kau ni" Gopal tersengih lagi kepada Fang

Bukan ayam sahaja yang ada di atas meja itu. Ada beberapa jenis buah dan sayuran yang ada di dalam sebuah mangkuk besar, sebuah periuk besar yang penuh dengan sup cendawan, ada beberapa buku roti yang belum di potong lagi, dua biji kek buah juga tersedia di atas meja itu dan dua buah jug besar untuk mereka semua minum. Lily tersenyum sedikit kerana ada itik salai telah disediakan juga

"Jemput makan semua" Ratu Draconia pelawa mereka duduk dan menjamu selera di situ. Lynna dan Kaizo duduk bersila di bahagian tengah. Gelas mereka berdua telah di tuangkan oleh seorang gadis

"Terima kasih" kata Kaizo kepada gadis itu. Muka gadis itu menjadi merah sedikit kerana malu. Lalu dia beredar dari situ dengan pantasnya

"Ratu Draconia tidak mahu makan sekali dengan kami?" tanya Lynna

"Tidak tuan permaisuri, makanan ini semua khas untuk pemaisuri dan raja. Saya hanya sebagai penjaga kamu untuk malam ini" kata Ratu Draconia dengan sopannya "Saya akan kembali lagi" Dia terus beredar dari situ untuk pergi mengawasi luar kawasan perkampungan tersebut. Dia terus bertukar menjadi seekor naga

"Wuuu.. bestnya kalau dapat jadi seekor naga" Lily mendongak sedikit untuk melihat naga itu terbang sekeliling kampung itu. Mata dia beralih ke arah bintang-bintang yang sedang bersinar di langit "Indah betul langit pada malam ini"

"Memang indah, Lily" kata Boboiboy. Lily tersipu malu pula dengan Boboiboy "Kak Sarah, jauh lagi ke istana kak Lynna?"

"Masih jauh lagi perjalanan kita" balas Sarah "Banyak lagi rintangan yang kamu semua akan lalui"

"Sarah, jangan risaukan mereka lagi. Bagilah mereka berehat dan isi perut mereka dengan makanan yang penuh atas meja ni. Mari kita makan dan jangan malu-malu" Lynna terus mengambil sup cendawan itu untuk Kaizo. Dia tersenyum sedikit supaya orang lain tidak nampak kerisauan tetapi Kaizo tahu, isterinya sedang risaukan Rifqi

"Lynna.."

"Yea Kaizo" Lynna letakkan semangkuk sup di hadapan Kaizo "Kau nak apa-apa lagi ke?"

"Takpe.. aku boleh ambil sendiri tapi.. aku risau dengan kau"

"Jangan bimbang tentang aku" jawab Lynna secara perlahan "Aku masih lagi seperti dulu. Gadis yang kuat seperti dulu. Demi Qiqi, aku akan tabahkan hati dan aku akan gunakan sepenuhnya tenaga aku untuk selamatkan anak kita"

"Baguslah begitu tapi kau jangan terlampau risau sangat" Lynna angguk sedikit. Dia menyuap dirinya dengan sebiji tomato kecil "Kau makan sahaja dulu. Jangan fikirkan sangat" Tetapi Kaizo silap, Lynna tetap fikirkan tentang Rifqi

--------------------------------------------------------------------------------------------------

"Mereka terlepas? MACAM MANA MEREKA BOLEH TERLEPAS?"

"Maaf putera Rifqi.. mereka telah di selamatkan oleh Ratu Draconia. Kini mereka berada di perkampungan naga. Jadi kami tidak dapat menyerang ataupun tangkap Permaisuri Lynna dan Raja Kaizo" kata salah seorang askar Rifqi

"Hmm.. kamu semua memang tidak boleh di harap langsung" bisik Rifqi dengan nada kemarahan dia

"Jangan risau, aku akan panggil askar yang terkuat dan tidak akan menghampakan kau lagi" kata Dark Fairy yang kini berdiri di sebelah kerusi tahta Rifqi "Aku akan pastikan mereka akan tangkap ibu bapa kau"

"Kau pasti?"

"Aku pasti" Dark Fairy tersenyum sinis "Aku tidak akan kecewakan kau"

"Baiklah, hantar pasukan kau yang terhebat itu"

"Yea, mereka memang hebat.. mereka bukanlah manusia biasa" Dark Fairy terus hilang dari situ. Tinggallah Rifqi dengan askar dia yang sudah menggigil ketakutan

"Kau boleh pergi sekarang" kata Rifqi dengan nada bosannya "Aku ada perkara yang ingin aku lakukan"

"Terima kasih putera Rifqi" Askar itu terus keluar dari bilik tahta itu tetapi secara tidak langsung. Rifqi bangun dari kerusinya yang keemas-emasan itu dan lalu dia hilang dari situ. Dia ingin pergi ke suatu tempat iaitu tempat ibu bapanya yang kini sedang berehat. Dia ingin membuat kejutan kepada mereka berdua. Dia tidak sabar untuk melihat reaksi ibu bapanya nanti

---------------------------------------------------------------------------------------

Setelah selesai makan malam, para dayang rumah istana Ratu Draconia membawa mereka ke bilik masing-masing. Boboiboy, Fang dan Gopal akan berkongsi satu bilik dan kawan-kawan perempuan mereka di lain. Bilik budak-budak perempuan lebih luas dan besar daripada bilik budak-budak lelaki. Lynna dan Kaizo berkongsi satu bilik

Kaizo keluar sebentar dari bilik itu untuk pergi mencari adiknya. Lynna tinggal seorang diri di dalam bilik tersebut. Dia sedang berdiri di balkoni bilik itu sambil melihat bintang-bintang di langit

"Qiqi.. bila Qiqi nak kembali kepada yang asal? kenapa Qiqi jadi begini.. Qiqi buat hati ibu sedih" Lynna menangis sedikit "Tapi ibu tidak akan putus harapan, ibu akan selamatkan Qiqi dari kuasa kejahatan"

"Ibu..." Lynna menoleh kebelakang. Dia terkejut melihat seorang budak muda berdiri di tengah biliknya "Ibu.."

"Qiqi?"

"Yea ibu.. ini Qiqi"

"Betul ke ni? Kenapa Qiqi menjadi dewasa?" Lynna gerakan kakinya untuk melangkah kearah anaknya. Dia menyentuh sedikit pipi anaknya. Warna mata anaknya seperti Kaizo dan ada sedikit rupa Lynna di wajah Rifqi "Anak ibu..." Lynna tersenyum gembira di situ "Qiqi, mari kita pulang ke dunia kita"

"Maaf ibu.. Qiqi tak mahu ikut ibu pulang ke sana kerana di sana, tiada apa yang Qiqi nak. Di sini, segala-galanya Qiqi mahukan" Lynna terkejut. Tangan dia jatuh dari pipi Rifqi "Ibu, Qiqi bukanlah Qiqi yang ibu kenal dulu. Qiqi sudah dewasa dan inilah diri Rifqi yang sebenarnya. Ibu serahkan sahaja kuasa ibu kepada Rifqi. Biar Rifqi memerintah dunia ini dan ibu boleh sahaja pulang ke dunia asal ibu"

"Tak.. ibu tak kan serahkan kuasa ibu kerana ibu tahu.. Qiqi hanya mahukan kuasa sahaja. Ibu tahu kenapa Qiqi buat begini kerana Qiqi dibuli oleh kanak-kanak yang tidak memahami diri Qiqi. Salah ibu kerana rahsiakan tentang perkara sebenarnya Qiqi tapi.. ibu hanya mahu Qiqi hidup seperti biasa sahaja" Lynna menyentuh pipi anaknya lagi sekali "Maafkan ibu.."

"Ibu tahu tak.. sewaktu Rifqi keluar bermain, Rifqi selalu dengar ejekan dari kanak-kanak lain. Mereka panggil Rifqi budak pelik tapi mereka sendiri tidak beritahu Rifqi kenapa. Mereka jauhkan diri mereka dari Rifqi tetapi Rifqi tetap mahu bermain dengan dia orang. Sudah beberapa kali Rifqi di ejek tetapi Rifqi tidak mahu mengalah sehinggalah mereka buli Rifqi. Pada hari yang Rifqi tahu tentang diri Rifqi yang sebenarnya, barulah muncul seekor fairy yang mahu bermain-main dengan Rifqi. Hanya Dark Fairy sahaja faham dengan perasaan Rifqi. Dia jugalah yang mengajar Rifqi menggunakan kuasa sebenar Rifqi tetapi kenapa Rifqi tidak boleh aktifkan kuasa healer?" Rifqi pegang tangan ibunya "Ibu, beritahu Rifqi.. kenapa kuasa healer Rifqi tidak dapat di aktifkan?"

"Sebab.. kuasa itu... perlukan sesuatu" Lynna menangis melihat anaknya. Hanya kekosongan sahaja yang ada di mata Rifqi "Kuasa itu..."

"Kuasa itu perlukan apa?" Rifqi menggenggam tangan ibunya begitu kuat sekali "Beritahu kepada saya!" Lynna hanya gelengkan kepala "Kenapa ibu tak nak beritahu?"

"Kerana kuasa itu perlukan kasih sayang di dalam hati Qiqi tetapi ibu nampak.. kasih sayang itu semakin pudar. Qiqi, pulangkan lah kepada yang asal. Ibu rindukan gelak ketawa kamu semasa kamu kecil. Sekarang kamu sudah dewasa, ibu tidak dapat melihat Qiqi membesar dengan sempurna"

"Kuasa kasih sayang?" Rifqi lepaskan tangan ibunya "Kuasa yang lemah.. Rifqi tidak perlukan kuasa seperti itu.. ibu nak tahu kenapa Rifqi mahukan kuasa ibu?"

"Tak nak, ibu tak nak tahu"

"Hmmm.. Rifqi akan beritahu juga.. dengan kuasa yang Rifqi akan perolehi, Rifqi dapat menguasai seluruh dunia ini dan tiada siapa akan dapat membuli Rifqi lagi. Semuanya akan tunduk kepada Rifqi! Dan kanak-kanak yang buli Rifqi di dunia sana, aku akan ajar mereka" Rifqi terus mengangkat tangan kanannya dan terus Lynna terpelanting kebelakang. Kepala Lynna terhantuk di tepi almari

"LYNNA!"

"KAK LYNNA!"

Rifqi pusing kebelakang. Ayah dia sudah tiba di dalam bilik itu

"Itu Qiqi.." kata Fang secara perlahan. Dia kenal warna mata Rifqi "Tapi.. dia sudah berubah"

"Rifqi?" Kaizo terkejut melihat anaknya yang sudah meningkat dewasa

"Aku akan kembali untuk merampas kedua kuasa ibu dan ayah" Rifqi terus hilangkan dirinya di sebalik asap-asap hitam. Kaizo dan Fang terus berlari ke arah Lynna yang sedang menangis di tepi almari. Air matanya tidak henti-henti mengalir keluar, hatinya hancur melihat keadaan Rifqi

"Maafkan ibu..."

"Lynna.. jangan menangis Lynna.. ini bukan salah kau. Ini semua salah si Dark Fairy itu"

"Tapi kenapa dia tidak beritahu tentang diri dia kena buli.. kalaulah aku tahu, sudah tentu aku menjaga dan melindungi Qiqi.. ini semua salah aku" Kaizo memeluk isterinya. Lynna menangis di dalam dakapan Kaizo. Tangan Kaizo membelai rambut Lynna "Qiqi... kenapa tidak beritahu ibu.."

"Kak Lynna.. kak Lynna jangan mengalah.. kita mesti berjuang untuk dapatkan Qiqi balik. Kak Lynna jangan salahkan diri sendiri, mesti ada sebabnya dia tidak mahu beritahu kak Lynna dan abang.. tapi apa-apa pun, kak Lynna dan abang perlu ingatkan balik kasih sayang yang dia selalu terima selama ini. Bila dia sudah pulih, adik yakin.. kak Lynna akan selesaikan masalah Qiqi"

"Terima kasih adik" bisik Lynna "Akak tidak akan mengalah. Selagi Qiqi tidak pulih, selagi itu akak akan berjuang dan akak akan memperbetulkan keadaan. Qiqi tunggu ibu.. ibu akan datang.. ibu akan selamatkan kau dari kuasa kegelapan.. dan ibu akan pastikan, Qiqi tidak akan dibuli lagi"

-------------------------------------------------------------------------

p/s - Kuasa Lynna yang Molecular Combustion adalah seperti kuasa Piper Halliwell di dalam Tv series Charmed 



Kuasa Rifqi pula ialah kuasa Telekinesis.. gambar contoh di bawah 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top