Chapter 4
"PANG PANG PANG PANG PANG!"
"Qiqi buat apa tu?"
"PANG PANG!" Rifqi mengetuk-getuk sebuah kotak permainan dengan tukul mainan dia sambil menjerit-jerit "PANG PANG PANG!" Lynna tergelak melihat anaknya yang masih 2 tahun sudah pandai main ketuk-ketuk. Habis bersepah ruang tamu rumah mereka dengan mainan Rifqi. Fang sendiri tidak larat untuk mengemas balik kerana setiap kali dia kemas, Rifqi akan bersepahkan mainan dia balik
"Pandai juga anak ayah ni. Pandai Rifqi panggil uncle kamu tu Pang"
"Pang Pang?" Rifqi melihat ayahnya dengan muka pelik
"Yea, nama adik ayah ialah Fang tapi dia tu tak reti sebut nama sendiri masa dulu-dulu. Asyik panggil dia diri Pang aje, jadi ayah panggilah dia Pang"
"PANG PANG!" Tukul mainan Rifqi terlepas dari tangan dia "Hehehe.. Pang!"
"Betul tu Rifqi, panggil dia Pang"
"PANG!" Rifqi tergelak sambil melihat pak ciknya Fang yang sudah bermasam muka
"Uncle Pang Pang"
"PANG PANG!" Riqfi berdiri dan meloncat-loncat sedikit "QIQI CUKA PANG PANG!"
"Abang, kenapa abang ajar dia panggil adik Pang Pang"
"Kenapa? Kau tak suka anak buah kau panggil kau uncle Pang Pang"
"Tak" jawab Fang dengan nada geram dia. Rifqi berjalan perlahan-lahan ke arah Fang dan lalu dia melompat sedikit untuk memeluk leher pak cik dia yang sedang bermuka masam itu "Qiqi?"
"Qiqi cuka uncle Pang Pang... uncle Pang Pang happy happy ok" Suara comel Rifqi membuatkan Fang tersenyum sedikit. Tangan dia membelai belakang Rifqi
"Comelnya mereka berdua" kata Lynna. Rifqi lepaskan leher pak ciknya dan lalu duduk di depan Fang sambil bermain-main tepuk tangan
"Rifqi lagi comel daripada si Pang tu" kata Kaizo dengan nada serius dia "Si Pang tu tahu nak marah orang sahaja" Lynna tergelak sedikit sambil gelengkan kepala
"Hehehe.. aku berharap Fang akan menjadi pak cik yang baik kepada Qiqi" Lynna tersenyum sambil melihat Rifqi bertepuk tangan bersama Fang. Mereka berdua ketawa ria di situ dan membuatkan suasan rumah itu menjadi ceria. Lynna berharap kebahagian mereka akan kekal selama-lamanya
-------------------------------------------------------------
"Qiqi" Lynna terjaga dari pengsannya. Memori tadi membuatkan dia rasa sedih. Memori pertama kali Rifqi memanggil Fang, Uncle Pang Pang. Sebutir air matanya mengalir keluar dan terus membasahi pipinya. Dia sudah pun berada di atas katil sambil ditemani oleh kawan-kawan perempuan Fang iaitu Yaya, Ying, Bella dan Lily "Bila korang ada dekat sini?" Lynna melihat kesan-kesan luka di tangannya "Mana Kaizo?"
"Kak Lynna rehat dulu" kata Yaya sambil memberi segelas air kepada Lynna
"Abang Kaizo ada dekat bawah. Lahap tengah balut kaki dia sebab terkena serpihan kaca" kata Bella pula. Baru Lynna teringat, sebelum sempat dia dapat masuk ke dalam cermin untuk mengejar Rifqi, cermin itu meletup dan seterusnya, semuanya menjadi hitam
"Akak kena pergi selamatkan Qiqi" Lynna bangun dari katil itu tetapi Bella dan Lily menolak Lynna secara lembut. Mereka menghalang dia untuk keluar dari katil tersebut "Kenapa korang halang akak?"
"Sebab kak Lynna perlukan berehat. Kami tahu Qiqi dalam bahaya sekarang ni tapi kak Lynna kena tenang dulu"
"Maaf semua tapi kak Lynna perlu selamatkan Qiqi sekarang juga. Ini bukan masanya untuk berehat" Lynna bangun dari situ. Mereka tidak membantah dan melihat sahaja Lynna keluar dari bilik tersebut. Mereka nampak air mata Lynna yang agak sedih. Sebelum dia keluar dari bilik, dia melihat cermin yang sudah di musnah tadi. Hati dia sedih dan risau dengan keselamatan Rifqi. Dia tidak tahu apa yang Dark Fairy akan lakukan terhadap anaknya. Lalu dia pergi mencari Kaizo
"Akak dah bangun" Fang muncul di depan mata Lynna. Dia sedang memegang semangkuk bubur untuk Lynna makan "Akak nak makan tak?" Lynna gelengkan kepala. Dia tiada selera untuk makan
"Adik, akak nak cepat. Akak kena pergi dapatkan Qiqi semula"
"Tapi macam mana akak? Cermin tu sudah musnah"
"Akak tahu tapi ada cara lain untuk pergi ke dunia sana"
"Macam mana kak Lynna?" tanya Yaya yang muncul di belakang Lynna "Kena guna cermin lain ke?"
"Ha ah, cermin lain tapi cermin tu ada dekat club house akak" Lynna berjalan di koridor rumah. Dia diikuti oleh Fang dan kawan-kawan perempuanya. Lalu mereka turun dari tangga rumah "Tapi cermin itu bukan akak ke istana akak tapi ke istana lain"
"Istana mana?" tanya Kaizo yang ada di ruang tamu. Dia hanya terduduk di sofa sambi mendengar perbualan mereka tadi "Jauh ke dari istana itu ke istana kau?"
"Hmm... jauhlah juga" Lynna melihat kaki Kaizo sudah pun dibalut. Muka Kaizo penuh dengan plaster. Semuanya tampal di sana sini sehinggalah di kaki dan tangannya juga "Kaki kau ok? Sebab perjalanan kita jauh"
"Kaki aku ok" kata Kaizo sambil memicit-micit kakinya yang sakit itu. Terasa sakit sedikit tetapi dia abaikan sahaja "Tapi kau tak perlu risau tentang aku. Kau sebagai ibu perlu risaukan tentangkan anak kita sahaja. Kau dan aku akan dapatkan dia balik" Dia bangun dari tempat duduk dia "Kita adalah satu pasukan seperti dulu" Lynna tersenyum sedikit
"Kami juga akan membantu abang dan kakak" Kaizo melihat muka adiknya "Abang, kita semua sayangkan Qiqi dan kita akan dapatkan dia balik bersama"
"Kaizo?" tanya Lynna kepada Kaizo
"Mereka dapat bantu kita. Lagipun mereka sudah menolong kita semua pada suatu ketika dahulu, semasa Rifqi dibawa lari" Kaizo pegang hujung jari Lynna "Mari kita kembali ke dunia fantasy kau"
"Baiklah Kaizo" Lynna melihat sekeliling dia, semua kawan-kawan Fang sudah berkumpul di ruang tamu "Kamu semua sudah bersedia? Kita akan ke club house akak. Semua buat bulatan, kita akan gerak ke sana sekarang juga" Lynna genggam tangan Kaizo. Mereka berdua angguk, tanda sudah bersedia. Mereka semua sudah buat bulatan besar sambil berpegang tangan
"Sedia semua! 1.. 2.. 3..!" Lynna terus mengeluarkan kuasa ungu dia. Aura-aura ungu mula mengelilingi mereka semua dan sekelip mata, mereka terus lesap dari situ
-------------------------------------------------------
"Selamat datang ke club house akak" Rumah itu sunyi. Kawan-kawan Lynna sibuk dengan hal masing-masing tetapi mereka masih lagi datang ke rumah tersebut. Hanya Lynna sahaja yang jarang ke situ
"Sudah lama adik tidak ke sini" kata Fang sambil melihat buku-buku di almari. Makin banyak buku baru, Fang rasa seperti mahu membacanya sekarang tetapi dia tiada masa untuk duduk dan baca buku-buku tersebut kerana mereka semua perlu cepat
"Wuuuuu... Lily tak pernah masuk ke dalam rumah ni, dulu dapat tengok dari luar sahaja" Tangan Lily tidak boleh duduk diam. Semua barang yang ada di atas meja ataupun di dalam almari, dia akan sentuh. Ada setengah botol berisikan air, dia akan gocang-gocang sehingga Kaizo berikan renungan tajam kearah Lily "Hehehee..." Lily tersengih dan terus dia letak balik botol itu
"Kau ni, dari dulu sampai sekarang.. perangai tak berubah langsung!"
"Janganlah marah dia abang Kaizo. Dia memang selalu macam ni" kata Boboiboy dengan tenangnya. Lily rasa terharu melihat kekasih hatinya mempertahankan diri dia yang tidaklah selemah mana "Pelik pelik macam mana pun dia, dia lah yang selalu main dengan Qiqi"
"Betul tu wahai abang kepada landak, ayah kepada Qiqi, kekasih terawal dan terakhir kepada kak Lynna dan juga kapten yang masih lagi sadis dan kejam sekejamnya walaupun sudah menjadi seorang bapa kepada seorang budak comel yang bernama Rifqi tapi kami semua panggil dia Qiqi kecuali abang Kaizo sebab dia tidak begitu gemar memanggil nama dengan panggilan yang begitu comel seperti kecomelan Rizu. Rindu pulak dekat Rizu" Lily terus melihat Fang "Rizu apa khabar yea?"
"Cheh, last-last kau tanya pasal Rizu" Lily tersengih sahaja kepada Fang sambil garu-garu kepala dia "Rizu ok aje tapi dia tak dapat nak tolong kita orang semua"
"Hmm.. takpelah, asalkan kita semua ada" kata Yaya "Kak Lynna nak pergi ke mana tu?" Yaya melihat Lynna masuk ke dalam bilik lain, bukan bilik yang mempunyai cermin untuk ke dunia fantasy atau lebih dikenali sebagai dunia Unseen World. Lynna tidak menjawab soalan Yaya tadi, dia cuma hendak mengambil sesuatu yang boleh digunakan dalam pengembaraan mereka sebentar lagi. Bukan itu sahaja, Lynna menyalin pakaian dia supaya dia lebih mudah untuk menentang musuh-musuh
"Wei, patut ke kita bawak makanan sedikit?" bisik Gopal kepada kawan-kawan dia. Kaizo dengar bisikan tadi tetapi dia hiraukan sahaja
"Apasal kena bawa makanan pulak?"
"Isk kau ni Boboiboy. Manalah tahu tiba-tiba kita lapar nanti dalam perjalanan kita untuk ke istana kak Lynna. Mesti jauhkan, perut mesti sudah berbunyi-bunyi nanti"
"Kalau Gopal nak bawak, bawaklah. Akak tak halang" Muncul Lynna dengan sebilah pedang. Dia simpan pedang itu di belakang badan dia. Gopal terus ke dapur untuk masukkan beberapa jenis makanan ke dalam beg dia "Tapi jangan bawak benda-benda yang berat. Memang betul kata kamu, perjalanan kita agak jauh dan akak tidak boleh gunakan kuasa untuk pergi ke istana akak sebab akak tidak mahu mana-mana musuh akak dapat mengesan akak"
"Tapi.. kalau musuh akak dapat mengesan kita pun, kita boleh sahaja kalahkan mereka"
"Akak tahu Boboiboy tapi musuh akak bukanlah seperti musuh abang Kaizo. Mereka semua mempunyai kuasa yang kita tidak boleh dijangka. Jadi kamu semua perlu berhati-hati" Lynna terus masuk ke dalam bilik tidur utama. Dia berjalan ke sebuah cermin yang dia sudah lama tidak gunakan
"Lynna, siapa pemilik istana yang kita akan masuk nanti?" Lynna merapatkan bibirnya dan lalu dia melihat Kaizo "Siapa?"
"Orang yang aku sayang dulu tetapi dia sudah lama tiada" Lynna menahan dirinya daripada mengingati orang itu "Maaf Kaizo kalau aku sebut tentang dia"
"Takpe" jawab Kaizo. Dia dan Lynna sudah bersedia untuk masuk ke dalam cermin itu. Mereka berpegang tangan dan terus masuk. Mereka diikuti oleh Fang dan kawan-kawannya sekali
Sampai sahaja di dunia Unseen World, mereka telah disambut oleh kawan baik Lynna iaitu Kiddi. Dia nampak ceria melihat Lynna sudah kembali ke dunia itu tetapi di matanya kelihatan serius sekali
"Kiddi, kenapa kau ada dekat sini? Apa terjadi dengan istana aku?" kata Lynna yang terlalu mendesak
"Lynna.. aku harap kau bawak bertenang" Kiddi membawa mereka ke keluar dari bilik itu. Bilik itu hanya ada sebuah cermin sahaja dan cermin itu berdiri di tengah-tengah bilik "Lynna.. anak kau.. dia telah berubah"
"Berubah? Kenapa dengan Qiqi?" Lynna berhenti. Mata dia bertukar menjadi risau "Kiddi, beritahu aku kenapa dengan Qiqi"
"Lynna, sabar Lynna"
"No Kiddi, aku tak kan sabar selagi aku tidak tahu apa yang sudah terjadi dekat anak aku. Apa yang Dark Fairy sudah buat dekat dia?" Kiddi melihat Lynna yang hampir menangis. Dia tidak sanggup untuk memberitahu berita buruk kepada Lynna "Kiddi, kenapa dengan Qiqi" Lynna merayu lagi
"Baik kau beritahu sekarang sebelum aku mengamuk" kata Kaizo dengan nada serius. Kiddi menarik nafas dan lalu dia beritahu perkara yang sebenarnya
"Istana kau telah ditawan oleh Dark Fairy tapi bukan itu sahaja dia telah tawan. Rifqi sudah tidak seperti dulu, hati dia sudah ditawan oleh kuasa kegelapan dan dia..."
"Dan dia? Apa yang sudah terjadi abang Kiddi?" tanya Fang yang sudah tidak sabar itu
"Dark Fairy berjaya mengubah Rifqi menjadi seorang dewasa yang hanya inginkan kuasa. Istana kau telah dijadikan sebagai tempat pengumpulan askar-askar jahat. Aku sendiri tidak dapat kalahkan Rifqi kerana dia terlampau kuat sangat. Ramai yang sudah larikan diri tetapi ada juga yang telah ditangkap oleh askar-askar Rifqi. Aku sempat lari ke sini kerana aku tahu, kau tidak akan dapat masuk ke dalam istana kau sendiri. Istana kau telah dikelilingi oleh dinding pelindung" Lynna hampir pitam selepas sahaja dia dengar apa yang terjadi dekat Rifqi. Kaizo sempat pegang kedua belah tangan Lynna
"Lynna, kau ok?" tanya Kaizo. Lynna mengelengkan kepala sahaja "Aku pasti, kita dapat ubahkan dia balik. Kita adalah ibu bapa dia"
"Aku tahu Kaizo tapi dia menjadi dewasa yang gilakan kuasa. Aku.. aku..." Kaizo memeluk Lynna. Dia rapatkan Lynna di dadanya "Aku mahukan Qiqi balik" Kaizo membelai rambut Lynna
"Jangan risau kak Lynna, kami semua akan bantu kak Lynna" Lynna lepaskan dari pelukan Kaizo dan dia berikan senyuman sedikit kepada Fang walaupun hati dia sedih
"Terima kasih Fang. Terima kasih semua. Akak sangat menghargai jasa kamu semua"
"Sebelum kamu semua bertolak, saya ada tiga hadiah untuk kamu bertiga" Kiddi pandang ke arah trio huru hara "Hadiah ini dapat membantu kawan-kawan kamu dalam perjalanan ke istana kak Lynna nanti"
"HADIAH?!" Mata Bella, Faye dan Lily bersinar-sinar sambil tersenyum lebar "HADIAH APAKAH ITU?" Kiddi membawa mereka semua ke sebuah bilik yang terdapat pelbagai barang-barang, ianya seperti sebuah muzium. Barang-barang di situ tidaklah banyak yang terdapat di istana Lynna tetapi kuasa yang ada di barang-barang tersebut sangatlah berkuasa. Kiddi mengangkat sebuah alat memanah dan juga beberapa batang anak panah
"Ini adalah untuk Faye. Saya tahu kamu memang seorang yang handal dalam memanah" Kiddi berikan alat memanah itu kepada Faye "Setiap kali kamu kehabisan anak panah, ianya akan muncul semula. Jadi jangan risau tentang itu"
"WAH! Terima kasih" Faye suka melihat alat memanah dia yang berwarna hijau keemasan itu "Dengan alat memanah ini, Faye akan bantu kak Lynna!"
"Saya pula?" tanya Bella sambil tunjuk diri dia
"Kamu sangat handal dalam bermain bola tampar" Kiddi mengambil tangan Bella dan pusingkan tangan itu kepada tapak tangan. Dia mengeluarkan sebuah bola api kecil, lalu dia berikan kepada Bella "Kamu boleh dapat mengeluarkan sebuah bola yang berapi tapi jangan risau, api ini tidak akan bakar tangan kamu. Kamu juga kena ingat, kamu hanya boleh keluarkan bebola api sahaja"
"Terima kasih" Bella melihat bola api di tapak tangannya dan lalu dia menggenggam tanganya. Bola api itu sudah pun hilang dan hanya asap hitam sahaja yang keluar. Kiddi terus bergerak di sebelah kiri Bella
"Dan kamu.. si pelik Lily" Lily terus berdiri tegak seperti seorang askar "Saya dapat tahu, jeritan kamu memang sangat nyaring"
"Errr... dari mana abang Kiddi tahu?"
"Dari raja dan permaisuri saya" Lily terus melihat Lynna dan Kaizo yang tersengih sedikit "Tapi jangan risau, kuasa yang saya hendak berikan kepada kamu adalah kuasa super sonic" Kiddi keluarkan satu pancaran cahaya dari tapak tangannya. Dia terus lemparkan cahaya itu dan masuk ke dalam anak tekak Lily
"Jadi, Lily boleh menjeritlah ni?"
"Boleh"
"LILY AKAN CUBA SEKARANGGG!" Habis pecah tingkap-tingkap di dalam bilik itu. Mereka terpaksa tunduk dan menggelakkan diri daripada terkena serpihan kaca tingkap yang berterbangan di dalam bilik itu. Semua terkejut dengan jeritan berbisa Lily yang begitu kuat dan nyaring "Err.. hehehee.. maaf semua"
"Takpe" Kiddi sudah puas hati dengan pemberian hadiah dia kepada mereka bertiga "Perjalanan kamu agak jauh. Tidak mustahil kalau ada musuh-musuh yang datang untuk menyerang kamu semua tapi aku yakin, kamu semua memang handal dalam menghapuskan musuh kamu sendiri"
"Hehehe.. terima kasih abang Kiddi" kata Boboiboy
"Yolah! Kami sudah cukup bersedia untuk kembali beraksi! Sudah lama kita tidak berlawan dengan musuh-musuh kami dan jam kuasa kami juga agak jarang digunakan. Pengembaraan kali ini mesti lagi menarik!"
"Ying, jangan terlalu yakin sangat" kata Lynna secara tiba-tiba "Dunia ini penuh dengan kuasa. Samada kuasa itu adalah kuasa baik ataupun kuasa jahat" Lynna pergi ke tingkap untuk melihat dunia dia yang sudah lama dia tidak pergi melawat "Dunia ini bukanlah seperti dunia Kaizo. Semua kuasa adalah kuasa semulajadi bukan dari jam kuasa. Kalau akak kehilangan kuasa, kamu berlima dan juga Kaizo, dapat lagi menggunakan kuasa kamu tapi hati-hati, jangan sampai jam kuasa kamu dirampas oleh mereka"
"Baik kak Lynna!" kata Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying
"Kita jangan membuang masa lagi" Kaizo keluar dari bilik tersebut "Kita perlu bergerak sekarang" Lynna tidak berkata apa, dia hanya ikut sahaja Kaizo keluar dari bilik itu. Mereka berdua hanya berdiam sahaja tanpa berkata apa. Hati masing-masing sedang asyik risaukan tentang Rifqi tapi mereka tahu, mereka perlu tabah untuk memujuk anak mereka supaya kembali kepada yang asal
"Lynna" Lynna mengangkat kepalanya sedikit. Seorang gadis sedang bersandar di tepi pintu gerbang istana. Muka dia kelihatan ceria melihat Lynna "Sudah lama kita tidak bertemu"
"Siapa tu?" tanya Kaizo
"Itu adalah princess fairy warrior. Dia adalah pelindung kekasih lama aku. Dia boleh mengubah badan dia menjadi seekor fairy dan juga menjadi seorang manusia" Lynna terus berlari untuk memeluk kawan dia "Sarah, sudah lama kita tidak berjumpa"
"Samalah kita Lynna, aku rindu dengan kau" Lynna lepaskan pelukan dia "Sekarang kau sudah menjadi permaisuri dan dia.. adalah raja di hati kau.. hehehe.. kali terakhir kita berjumpa adalah kali terakhir kau melihat dia" Lynna terdiam seketika. Memori kekasih lama dia mati di depan mata dia sendiri, masih segar di dalam ingatan dia "Kau merindui dia?"
"Adalah juga tapi aku sekarang ni bahagia bersama dia" Lynna melihat Kaizo dengan senyuman manis dia "Dia yang selamatkan diri aku dulu. Kalau tidak, sampai sekarang aku hanya mengejar musuh-musuh aku dan hapuskan mereka. Mungkin juga aku akan keseorangan seperti dulu" kata Lynna "Dulu aku memang sudah nekad untuk mencari cinta kerana aku selalu dikecewakan tapi akhirnya, aku jumpa juga dia. Kaizo segala-galanya dalam hidup aku"
"Baguslah tu Lynna. Aku gembira dengan kegembiraan dan kebahagiaan kau sekarang ini" Sarah melihat Kaizo berdiri di sebelah Lynna "Korang berdua memang sepadan. Aku ada dengar yang kamu adalah putera galaxy dan dia adalah puteri fantasy" Sarah tergelak sedikit
"Hmm.. terima kasih tapi kami perlu pergi dulu, maaf" Kaizo terus pegang tangan Lynna "Aku gembira kau dapat melihat kawan lama kau tapi ini bukannya masa untuk berbual. Rifqi dalam bahaya"
"Aku tahu Kaizo. Maafkan aku"
"Takpe" jawab Kaizo "Pang dan kawan-kawan dia sudah menunggu kita di halaman istana. Mereka sudah bersiap sedia untuk bergerak. Mereka hanya menunggu kita sahaja" Lynna melihat wajah Kaizo yang begitu serius itu "Kenapa kau pandang aku begitu?"
"Takde apa" Lynna turun dari tangga itu bersama Kaizo. Mereka tidak sedar bahawa Sarah ada di belakang mereka. Dia sebenarnya akan mengetuai dalam kumpulan mereka. Dia yang akan membimbing mereka ke istana Lynna. Walaupun Lynna tahu jalan untuk ke istana dia tetapi Sarah perlu melindungi permaisuri dia. Sarah tidak pernah lupakan kata-kata kawan dia iaitu kekasih lama Lynna. Dia yang menyuruh Sarah melindungi Lynna dari jauh
"Lynna, biar aku bawa kamu semua ke istana kau" Lynna menoleh kebelakang dan berhenti di anak tangga "Biar aku bantu sekali. Lagipun aku tahu jalan yang paling cepat untuk ke sana"
"Kalau begitu, lead the way my dear friend" kata Lynna. Dia melihat kawan lamanya turun dari tangga dengan begitu pantas sekali. Lalu dia turun sekali tetapi tangan dia dipegang oleh Kaizo. Lynna melihat tangan dia dan lalu dia mendongak untuk melihat Kaizo "Kaizo, kenapa? Kita perlu bergerak sekarang" Lynna naik satu anak tangga supaya dia dapat bersemuka dengan Kaizo
"Lynna.. sebelum kita bergerak. Aku nak tanya"
"Tanya apa Kaizo?"
"Kenapa kau tidak pernah sebut nama orang yang kau sayangkan dulu tu? Kekasih lama kau tu" Lynna melihat mata Kaizo. Tangan dia mengusik-usik sedikit rambut Kaizo. Dia menggunakan jari jemari dia sebagai sikat untuk menyikat rambut Kaizo "Lynna?"
"Sebab aku tidak mahu ingatkan kenangan pahit dulu. Kehilangan dia menyebabkan aku hilang fokus dan setiap cinta yang aku cari, semuanya aku berharap seperti dia juga tapi semuanya berakhir dengan kekecewaan sehinggalah aku berjumpa dengan kau" kata Lynna "Dia kuat seperti kau juga tapi dia bukanlah garang seperti kau. Dia jenis romantik dan overly protective of me tapi kau janganlah risau, you will always be my last and forever love" Kaizo rasa pipi dia sudah naik merah. Lynna tergelak di situ
"EHEM! TUAN PERMAISURI! TUAN RAJA! KITA HARUS CEPAT!" Berkerut-kerut dahi Kaizo apabila dia dengar jeritan adiknya "ABANG SENDIRI JUGA YANG NAK CEPATKAN! TAPI ABANG JUGA YANG BERDIRI DEKAT SITU DENGAN TUAN PERMAISURI KITA. INGAT NI KISAH CINTA DENGAN PERMANDANGAN ISTANA DEKAT BELAKANG KORANG!"
"PANGGGGGGG!" Kaizo terus mengejar adiknya. Lynna sabar sahaja dengan dua adik beradik itu. Setelah selesai Kaizo belasah adiknya, dia mengheret Fang ke tengah-tengah halaman istana. Semua kuda sudah tersedia. Setiap seorang akan menunggang kuda masing-masing kecuali Kaizo dan Lynna, mereka akan menunggang bersama
Sarah berada di hadapan sekali dan dia diikuti oleh Kaizo dan Lynna. Belakang sekali ialah Fang sebab dia tengah berapi-api dengan abangnya. Mereka menunggang kuda itu dan terus keluar dari kawasan istana. Kiddi melihat mereka bergerak dengan begitu pantas, dia berharap Kaizo dan Lynna dapat menyelamatkan Rifqi sebelum terlambat
-----------------------------------------------------------------
Rifqi melihat Dark Fairy sedang mengesan sesuatu. Mata dia seperti nampak Kaizo dan Lynna sedang menuju ke sini dengan beberapa orang. Dia pusingkan badannya untuk berkata sesuatu kepada Rifqi
"Apa yang kau nampak?" tanya Rifqi yang kini duduk di atas sebuah kerusi diraja yang berada di tengah-tengah bilik
"Aku nampak ibu bapa kau dalam perjalanan ke sini"
"Hmm... mereka berdua sahaja?" tanya Rifqi. Dia bersilangkan kakinya seperti dia adalah seorang raja di situ
"Bukan.. orang-orang yang sayangi diri kau juga ada bersama mereka" kata Dark Fairy "Mereka ke sini untuk kembalikan kau kepada yang dulu"
"Aku bukanlah Qiqi yang dia orang kenali dulu. Aku adalah Rifqi, anak kepada permaisuri Lynna dan Raja Kaizo. Aku adalah putera Rifqi dan tidak lama lagi, aku dapat memerintah seluruh dunia ini! Aku nak kau tangkap ibu bapa aku dan yang lain itu, hapuskan sahaja mereka tapi ingat, jangan sesekali cederakan ibu bapa aku. Aku mahu mereka lihat anak mereka sendiri yang sudah besar panjang! HAHAHAHAAAAA!"
"Baik putera Rifqi"
"Tapi paling penting sekali, kuasa ibu dan ayah amat bernilai bagi aku. Aku inginkan kuasa terhebat itu" Rifqi bangun dari kerusi itu "PERGI DAPATKAN MEREKA BERDUA SEKARANG!"
to be continued...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top