Chapter 3
"Ibu! Lihatlah lukisan Qiqi" Rifqi menarik tangan ibunya dan lalu dia mengheret ibunya keluar dari dapur. Lynna terkejut melihat dinding rumah penuh dengan lukisan Rifqi "Cantik tak ibu?"
"Cantik tapi kenapa Qiqi tak lukis dekat kertas?"
"Qiqi tak jumpa kertas. Ayah semalam janji nak belikan kertas untuk Qiqi tapi ayah lupa nak belikan sebab sibuk sangat ayah cakap. Ayah tak sayangkan Qiqi" Rifqi terus terduduk di tepi dinding. Mata dia mula berkaca, Lynna duduk di sebelah anaknya untuk memujuk dia
"Ayah tak sengaja Qiqi. Mungkin ayah akan ingat pada hari ini. Qiqi jangan sedih ok. Kalau ayah lupa lagi, ibu akan marah dia" Lynna terus geletek di tepi badan Rifqi. Mereka bergelak ketawa di situ sehinggalah pintu rumah mereka terbuka. Kaizo nampak dalam keadaan basah kuyup. Air menitik-nitik di atas lantai. Dia tadi terpaksa meredah hujah dari kedai buku hinggalah ke rumah dia. Di tangannya terdapat sebuah plastik besar
"Kaizo, kau pergi ke mana tadi?" tanya Lynna yang sudah bangun dari tempat dia duduk tadi
"Aku belikan buku lukisan untuk Rifqi" Mata Rifqi membulat besar dengan senyuman lebar dia
"AYAH INGAT! YEAH YEAH! AYAH INGAT!" Rifqi terus memeluk ayahnya yang basah kuyup itu. Lalu Lynna mendukung Rifqi "Qiqi ingat ayah lupa"
"Tak, ayah tak kan lupa" Kaizo keluarkan sebuah buku lukisan yang tidak terkena air hujan. Dia terus berikan kepada Rifqi
"Terima kasih ayah" Rifqi terus memeluk buku lukisan itu di dadanya "Ayah pergi mandi. Lepas tu, bolehlah kita lukis sama-sama. Ibu pun boleh lukis sama-sama nanti"
"Hehehe.. yea anak ku. Comel betul anak ibu ni"
"Dia memang comel pun" jawab Kaizo "Aku pergi mandi dulu" Dia cium pipi Rifqi dan Lynna. Dia terus ke tangga rumah dan menoleh sedikit. Hati dia rasa sangat bahagia melihat dua orang yang dia sayang ada di situ bersenyum-senyuman. Lynna terpandang Kaizo dan terus dia berikan senyuman manis dia kepada Kaizo. Senyuman Lynna selalu memikat hati Kaizo, dari pertama kali mereka berkenalan, sehinggalah sekarang. Dia tidak mahu senyuman itu hilang lagi. Senyuman Lynna dan Rifqi sangat berharga buat diri dia. Dulu dia hampir kehilangan kedua-duanya dan dia tidak mahu perkara itu berulang lagi
"Ibu, nanti uncle Pang Pang nak pergi dah, mesti Qiqi rasa sunyi aje"
"Uncle Pang Pang kamu tak kan pergi lama. Sekali sekala dia jenguk-jenguklah Qiqi dekat sini" kata Lynna "Qiqi nak pergi main dengan uncle Pang Pang ke?"
"Nak! Nanti lepas tu, baru Qiqi dapat lukis-lukis dengan ayah dan ibu" Lynna turunkan Rifqi
"Main elok-elok dan jangan buat uncle kamu marah" Lynna melihat anaknya sudah berlari naik ke atas dan terus ke bilik Fang. Dia pula kembali ke dapur balik untuk sediakan makanan tengahari. Rifqi yang sudah pun berada di dalam bilik pak ciknya, dia perhatikan sahaja Fang mengemas pakaiannya di dalam beg bagasi
"Uncle Pang Pang tak nak bawak Qiqi sekali ke?" tanya Rifqi sambil duduk di atas katil. Dia menghayunkan badannya ke depan dan kebelakang sambil memeluk teddy bearnya
"Maaf Qiqi, uncle Pang Pang tak boleh nak bawa Qiqi ke sana, nanti Qiqi mesti rindukan ibu dan ayah dekat sini. Masa uncle Pang Pang takde nanti, jangan buat ibu dan ayah marah dan jangan nakal ok" Fang duduk di sebelah Rifqi "Uncle Pang Pang pasti akan rindukan Qiqi dengan panggilan uncle Pang Pang macam nak kena lempang" Rifqi tergelak sedikit
"Heheheehe.. uncle Pang Pang kelakarlah! Ini pertama kali Qiqi dengar uncle Pang Pang panggil uncle Pang Pang" Fang tersenyum sedikit sambil melipat bajunya ke dalam beg dia "Uncle Pang Pang, jom kita main dekat playground"
"Lepas uncle Pang Pang kemas barang ok"
"Tapi Qiqi nak sekarang juga"
"Kejap lagi Qiqi" kata Fang dengan tenangnya "Kalau Qiqi bersabar, nanti cepatlah uncle Pang Pang siap"
"Tapi uncle Pang Pang mana reti sabar.. hehehehee" Fang merenung tajam ke arah anak buahnya "Uncle Pang Pang funny! Tapi Qiqi nak main sekarang juga dengan uncle Pang Pang"
"Nantilah, lagipun kejap lagikan Qiqi nak main lukis-lukis dengan ayah dan ibu"
"TAPI QIQI NAK SEKARANG JUGA!" Barang-barang di dalam bilik Fang bergerak-gerak seperti ada gempa bumi sedang melanda dan lampu di bilik dia berkelip-kelip. Fang tidak takut tapi dia mulai syaki dengan kuasa baru dari Rifqi "QIQI NAK MAIN DENGAN UNCLE PANG PANG!" Rifqi mula menjerit. Jeritan dia sungguh nyaring sekali dan barang-barang di dalam bilik itu mula terapung-apung di udara. Ada yang bergerak-gerak dan terus berjalan dengan laju, lalu ianya terlanggar dinding dan terhempas di atas lantai. Buku-buku Fang terbang keluar daripada rak buku
"Qiqi! jangan menjerit!" Fang cepat-cepat memeluk Rifqi "Ok ok, kita pergi main tapi Qiqi jangan mengamuk" Semuanya kembali tenang tetapi bilik Fang bersepah. Lynna muncul di pintu bilik Fang dengan muka cemasnya
"Kenapa ni? Kenapa Qiqi menjerit? Apa terjadi dengan bilik kamu?"
"Maaf kak Lynna.. ini.." Fang melihat Rifqi yang mula hendak menangis tetapi dia tidak sampai hati untuk menipu Lynna "Tadi Qiqi menjerit, lepas tu tiba-tiba aje barang adik bergerak"
"Bergerak?" Lynna terus ke arah katil Fang "Qiqi ok ke?"
"Qiqi ok ibu tapi uncle Pang Pang tak nak main dengan Qiqi" Rifqi terus lepaskan pelukannya dari Fang "Qiqi cuma nak main dengan uncle Pang Pang aje, itu aje ibu tapi uncle Pang Pang cakap, kejap lagi"
"Uncle Pang Pang kamu kan tengah sibuk sekarang ni. Nanti bila dia tak sibuk, bolehlah dia bawak Qiqi ke taman permainan. Jom kita main lukis-lukis dulu" Lynna mendukung Rifqi "Fang, nanti jangan lupa kemas bilik kamu. Kalau abang kamu nampak, tentu dia akan marah"
"Baik kak Lynna"
"Qiqi boleh tolong!" Lalu Rifqi menggunakan kuasa telekinesis dia untuk menyusun balik kesemua barang-barang pak cik dia. Buku-buku terapung di udara dan semuanya masuk balik ke dalam rak buku. Baju-baju Fang di lipat balik dan lalu di susun balik di dalam almari pakaian. Bantal-bantal Fang di letak balik di atas katil. Rifqi mengawal kuasa dia dengan begitu baik sekali tetapi Lynna terkejut dan muka dia berubah menjadi pucat
"Qiqi! Siapa yang ajar Qiqi tentang kuasa Qiqi?"
"Hmm... rahsia!" kata Rifqi dengan cerianya "Tapi orang tu kenal ibu. Dia cakap ibu pun kenal dia"
"Qiqi, baik Qiqi beritahu ibu, siapa orang itu"
"Ibu marah Qiqi ke?" tiba-tiba suara Rifqi berubah menjadi sedih "Qiqi minta maaf. Qiqi tak nak buat ibu marah" Rifqi memeluk leher ibunya. Lynna belai rambut Rifqi sambil turun ke bawah
"Tak, ibu tak marah cuma ibu mahu tahu, siapa kawan Qiqi tu"
"Dia cakap, dia suruh Qiqi rahsiakan"
"Siapa yang suruh rahsiakan?" muncul Kaizo yang baru sahaja siap mandi. Rambut dia masih lagi basah tetapi badan dia bau wangi sampai Rifqi mahu ayahnya mendukung dia. Rifqi menghulurkan kedua belah tangannya kepada ayahnya. Kaizo terpaksa mengambil Rifqi dari Lynna
"Kawan ibu yang suruh rahsiakan. Ayah bau wangi! Qiqi suka!" Kaizo tersenyum sedikit "Jom ayah! Kita main lukis-lukis! YEAHH!"
"Ceria betul anak ibu ni" Lynna rasa geram melihat Rifqi yang terlampau gembira itu. Rifqi melompat-lompat sedikit di dalam dukungan ayahnya "Qiqi, jangan melompat sangat, nanti ayah marah"
"Baik ibu!"
"Biarkan ajelah dia Lynna. Aku gembira melihat budak kecik ni. Perangai lebih baik daripada si Pang tu"
"APA ABANG KATA! INGAT ADIK NI MACAM DULU LAGI KE?!" Fang menjerit di balkoni atas. Rifqi dan Kaizo hanya tergelak sahaja "ABANG SUKA SANGAT AJAR QIQI BENDA YANG BUKAN-BUKAN!"
"Hehehee.. uncle Pang Pang suka marah-marah!"
"Si Pang tu jenis panas baran. Sebab itu ayah suka sangat buli dia, biar dia marah-marah tak tentu pasal" Rifqi tergelak sahaja "Tapi lepas ni mesti Rifqi akan merindui pak cik kau yang tak berapa nak betul sangat tu"
"Uncle Pang Pang tu gila ke?"
"Kaizo, janganlah cakap yang bukan-bukan dekat Qiqi. Apa yang kau ajar, nanti dia akan ikut aje" marah Lynna. Kaizo hanya abaikan sahaja Lynna. Dia letak Rifqi di depan meja ruang tamu dan terus Rifqi mengambil kotak pensil warna dia dan buku lukisan yang baru dibeli oleh ayahnya "Sabar ajelah aku dengan Kaizo ni"
"Maaf Lynna, aku cuma hendak bermain-main dengan Rifqi sahaja"
"Hmmm.. yelah Kaizo" Lynna terus duduk bersila di atas lantai rumah sambil menunggu Rifqi datang. Kaizo juga duduk di sebelah Lynna dan dia tahu isteri dia sedang marah dengan diri dia. Lalu dia cuit sedikit hidung Lynna "Heheheee..." Lynna tergelak sedikit dan senyuman yang memikat hati Kaizo, terus muncul
"QIQI SUDAH KEMBALI!" Rifqi duduk di antara ibu dan ayahnya "Jom kita main lukis-lukis. Qiqi nak lukis gambar ibu dan ayah"
"Ibu pula nak lukis gambar Qiqi" Lynna mengambil pensil warna merah dan lalu dia melukis gambar Rifqi. Kaizo hanya melihat sahaja mereka berdua melukis. Rifqi sedar dan terus dia bagi pensil warna biru kepada ayahnya
"Ayah kena lukis juga. Ayah lukis gambar uncle Pang Pang" Lalu Kaizo melukis gambar orang lidi "Kenapa uncle Pang Pang macam orang lidi?"
"Sebab dia tu keding dari dulu sampai sekarang. Rambut dia pun macam landak" Rifqi tergelak sambil menconteng lukisan ayahnya "Kenapa Rifqi conteng lukisan ayah?"
"Itu bukan conteng. Itu kuasa uncle Pang Pang yang keluarkan kuasa hantu dia. Lepas tu Qiqi akan menentang kuasa hantu uncle Pang Pang kerana kuasa itu bukan Qiqi rasa takut. Qiqi perlu selamatkan ibu dan ayah dari kuasa hantu uncle Pang Pang" Nada suara Rifqi berubah menjadi serius. Kuasa hantu yang di maksudkan oleh Rifqi adalah kuasa bayang Fang. Dia melukis diri dia sedang menyerang Fang. Lynna dan Kaizo pandang di antara satu sama lain. Mereka menjadi risau dengan Rifqi
"Qiqi, boleh tak Qiqi lukis gambar kawan Qiqi tu?"
"Boleh ibu" jawab Rifqi. Nada suara dia kembali menjadi ceria. Lynna dan Kaizo melihat Rifqi melukis seekor bintang yang warna hitam. Binatang itu mempunyai dua sayap, baju dia hitam, mata dia merah dan senyuman binatang itu amat menakutkan. Lynna terkejut kerana dia tahu siapa yang telah merasuk anaknya. Binatang itu bukanlah binatang tetapi salah satu pari-pari dan ianya lebih dikenali sebagai Dark Fairy
---------------------------------------------------------------
"Kaizo, apa kita harus lakukan? Kalau berterusan begini, hati Qiqi akan ditenggelami dengan kuasa kegelapan. Aku tidak mahu Qiqi jadi begitu" Lynna mengusap-gusap kepala anaknya yang sudah tertidur di atas ribanya. Mereka masih lagi duduk di ruang tamu sambil melihat lukisan-lukisan Qiqi tadi
"Aku tak tahu Lynna tapi kita tidak boleh lari daripada masalah kita"
"Aku tahu tapi cuma itu sahaja yang dapat jauhkan Qiqi daripada Dark Fairy itu. Aku mahu yang terbaik sahaja untuk Qiqi" Lynna menahan air matanya daripada bercucuran jatuh ke atas muka anaknya. Kaizo pegang tangan Lynna dan lalu berkata
"Kita bawak ke rumah atuk dan nenek aku. Mesti Rifqi akan suka. Dia belum pernah lagi pergi ke sana. Lagipun Rifqi sudah tahu tentang diri dia yang sebenarnya dan juga tentang kau dan aku"
"Bagus juga idea kau. Kita bergerak malam ini juga. Aku tidak mahu lagi Dark Fairy itu cuba menghasut anak kita lagi. Mungkin di sana nanti, kita dapat menentang kuasa gelap yang sudah ada di hatinya"
"Mungkin juga"
"Dia mesti gembira dapat jumpa moyang dia dan juga aunty dia si Faye" Lynna tersenyum sedikit "Faye pun sudah lama tidak pulang ke sini. Apa khabar dia dekat sana. Sunyi betul tanpa dia orang dekat sini. Semuanya sudah berubah. Kalau dulu, ada-ada sahaja rancangan dia orang. Lebih-lebih lagi dari adik kau si Fang tu. Sekarang ni, sekali sekala sahaja mereka pulang ke Pulau Rintis. Rindunya pada waktu kita muda dulu"
"Kau ingat kita sudah tua ke sekarang ni?" Lynna tersengih
"Abang mana nak mengaku diri dia tu dah tua" muncul Fang yang suka sangat nak menyibuk dengan perbualan Kaizo dan Lynna. Dahi Kaizo berkerut-kerut dan tangan dia mula gatal untuk keluarkan pedang tenaga dia "Abangkan selalu nak diri dia macho dan terhebat. Dia mana boleh tengok orang lain lebih hebat daripada dia. Abang macam adik juga. Betul tak abang?"
"Kau nak aku belasah kau?"
"Err... tak nak" Fang terus lari balik ke bilik dia
"Ada-ada aje budak tu"
"Heheheee.. ayah memang garang, sampai uncle Pang Pang lari" Rifqi sudah pun terjaga dari tidurnya "Tadi Qiqi dengar ibu dan ayah nak bawa Qiqi ke rumah moyang?"
"Ha ah Qiqi, kita akan pergi ke sana. Mesti Qiqi akan suka nanti" Lynna cubit pipi anak dia yang terlampau tembam sangat
"MESTILAH SUKA tapi kita bertiga aje ke?"
"Yea, kita bertiga sahaja. Si Pang tidak boleh ikut kerana dia perlu jaga rumah ini dan dia akan kembali ke university tidak lama lagi" kata Kaizo dengan nada serius dia "Malam ni kita makan dekat luar, lepas tu kita bergerak terus" Rifqi terus bangun dan melompat-lompat di situ
"YEAH YEAH YEAHHHH! QIQI SUKA QIQI SUKA QIQI SUKA!" Rifqi terus memeluk ibunya dan selepas itu dia memeluk ayahnya "Terima kasih ayah dan ibu sebab beritahu tentang diri Qiqi yang sebenarnya"
"Sama-sama Qiqi" Lynna tersenyum melihat anaknya. Hati dia terasa lega sedikit "Apa kata, kita keluar pergi main dekat taman pemainan dulu. Kita ajak uncle Pang Pang sekali"
"Boleh juga! Adik setuju sahaja!" Fang muncul lagi sekali dengan senyuman lebar dia "Bolehlah Fang main dengan Qiqi sebelum korang semua bertolak. Lagipun tadi Qiqi yang ajak Fang pergi main dekat playground kan?"
"Betul tu! Lepas tu kita pergi makan ice cream! ICE CREAM ICE CREAM ICE CREAM!" Rifqi melompat-lompat lagi di situ sambil tergelak ria. Kaizo dan Lynna berharap, gelakan itu akan kekal di dalam diri Rifqi selamanya. Mereka tidak mahu orang lain mengambil gelak ketawa riang Rifqi dan mengubahkannya kepada benda yang lain
---------------------------------------------------------------
Matahari sudah pun keluar dari awan-awan hujan tadi. Angin-angin bertiupan di sana sini dan udara yang segar, membuatkan ramai keluar dari rumah untuk menghirup udara tersebut. Rifqi berjalan-jalan bersama kedua ibu bapanya. Fang berjalan di belakang sambil melihat Rifqi melompat-lompat sambil berjalan. Dia hanya dengar sahaja cerita dari Rifqi. Macam-macam cerita yang dia dengar kecuali kisah Rifqi di dunia lain kerana Rifqi tidak mahu memberitahu apa yang dia buat di situ walaupun dia sudah ditanya berkali-kali oleh Kaizo dan Lynna. Akhirnya mereka mengalah dan biarkan Rifqi pergi bermain di taman permainan. Mereka duduk di atas bangku yang sudah tersedia di taman itu. Fang pergi menolong Rifqi yang ingin bermain dengan buai
"WUUUUUUU! Baiknya uncle landak" muncul satu suara yang sudah lama mereka tidak mendengarinya. Suara itu membuatkan dahi Kaizo berkerut-kerut "DO YOU MISS ME?" menjerit Lily di tengah-tengah, antara Kaizo dan Lynna. Tangan Kaizo sudah pegang pedang tenaga dia tetapi Lynna sempat memegang tangannya dan lalu gelengkan kepala
"Aduh.. sakitnya telinga akak"
"Maaf kak Lynna, Lily tak sengaja" Lily terus peluk Lynna dari belakang "Rindunya Lily dengan kak Lynna. Sudah lama Lily tak balik ke sini. Maklumlah, Lily sibuk dengan assignment"
"Yang kau ada dekat sini kenapa? Nak buang tabiat ke? atau nak menganggu hidup aku lagi?"
"Tak boleh ke Lily datang ke sini?" Lily berkelip-kelip mata dekat Kaizo "Lily rindukan semua orang dekat sini, terutama sekali BBB-CHAN!"
"Tak boleh" jawab Kaizo dengan nada serius dia. Lily terus tergolek jatuh di atas padang rumput
"Kesadisan abang Kaizo, menusuk terus ke hati Lily yang sudah hancur" Lynna menoleh kebelakang dan tergelak sedikit "Kak Lynna juga yang baik tapi Lily tak faham betul. Macam mana kak Lynna boleh terpikat dengan kesadisan, kekejaman, keganasan, kegarangan, kegilaan, ketegasan dan juga ke ke ke.. ke apa lagi yea" Lily garu-garu kepala dia sambil terbayangkan wajah Boboiboy di langit biru "Oh my BBB-Chan"
"Berangan lagilah tu" bisik Kaizo
"Hehehe.. biarkanlah dia tapi memang pelik juga yea, macam mana aku boleh terpikat dengan kau" Lynna tergelak sedikit "Tapi apa-apa pun, terima kasih kerana hadir dalam hidup aku" Mereka berdua bertentangan mata sambil tersenyum sedikit. Rifqi muncul di antara kedua ibu bapanya dengan muka comel seperti anak kucing
"WAHHHH! IBU DAN AYAH SELAMANYA!" menjerit Rifqi sekuat hati "Kalau ibu dan ayah takde, Rifqi pun takde dekat dunia ni"
"Adeh, sorang lagi buat telinga ibu sakit" Lynna mengusap kepala anaknya "Qiqi pergi main dengan aunty Lily dan uncle Pang Pang kamu"
"AUNTY LILY ADA DEKAT SINI?! YEAHHHHHHH! AUNTY LILY AKAN MENGAJAR QIQI BERCAKAP DENGAN KUCING!" Berkerut-kerut dahi Kaizo "Mana aunty Lily?"
"Aunty Lily ada dekat bawah ni" Rifqi menoleh kebelakang dan nampak Lily yang masih lagi terdampar di atas rumput. Lalu Rifqi baring di sebelah Lily "Meh aunty Lily ajar cara-cara untuk membuat uncle landak mengamuk tak tentu pasal"
"WEI! Apasal kau tiba-tiba aje muncul" Fang tidak begitu puas hati dengan kemunculan Lily. Dia baru sahaja hendak berseronok dengan anak buahnya tetapi Lily telah pun muncul untuk menganggu kehidupan Fang
"Ala landak ni, bagilah Lily muncul sekali sekala. Tanpa Lily, cerita ini akan menjadi hambar" Rifqi angguk-angguk kepala tanda setuju "Tengok, Qiqi pun setuju dengan Lily"
"Hmm.. apa-apa ajelah kau ni. Nanti aku nak beritahu dekat Boboiboy yang kau telah jumpa seseorang dekat negara jepun tu"
"WHATTTTT!" Lily terus bangun dan goyang-goyangkan kepala Fang "HATI LILY TETAP DEKAT BOBOIBOY CHAN! HE'S MY FIRST AND ONLY LOVE!"
"Ja-janganlah go-go-goyangkan kepala aku" Terus Lily berhenti "Aku tak kan katakan begitu kalau kau berhenti ajar Qiqi benda pelik-pelik"
"Yelah.. ikut suka hati kaulah landak" Lily terus bermasam muka sambil bersilang tanda. Fang tersenyum sinis sebab berjaya kenakan Lily. Rifqi tarik-tarik baju Lily
"Aunty Lily ni girlfriend uncle Boyboy ke?"
"Yup! Kami sudah pun bersama selama 4 tahun! Punyalah susah untuk aunty Lily memikat hati uncle Boyboy kamu! Tetapi Lily tidak akan berputus asa. Lily adalah yang terhebat daripada yang terhebat! I'M LILY THE AWESOME!" Lily mula berdrama di situ tetapi Rifqi terus ke buai untuk bermain bersama Fang "Dan akhirnya, Boboiboy dan Lily bersatu juga. Walaupun cinta kami adalah cinta jarak jauh tapi hati kami tetap setia. Lily akan sentiasa setia dengan Boboiboy ku sehingga ke akhir hayat. I love you, Boboiboy" Lily berpusing-pusing dan lalu dia memeluk sebatang pokok. Ramai kanak-kanak yang menyaksikan drama kepelikan Lily. Kaizo dan Lynna abaikan sahaja drama emosi Lily
"Uncle Pang Pang, aunty Lily tu funny. Selalu buat Qiqi tergelak"
"Dia memang funny pun. Dari dulu sampai sekarang, asyik dengan perangai pelik dia" kata Fang sambil buaikan Rifqi "Sudahlah tiap-tiap malam asyik nak hubungi kekasih hati dia tu aje. Pening betul kepala Fang" Rifqi tergelak sedikit
"Uncle Pang Pang takde girlfriend?" tanya Rifqi
"Takde" jawab Fang dengan nada yang perlahan. Pemikiran dia teringatkan tentang seseorang iaitu kawan baik perempuan dia
"Kenapa takde?"
"Hehehee.. sebab Fang malas nak cari girlfriend. Lagipun belajar lebih penting daripada girlfriend!"
"Betul tu! Qiqi nak rajin dan pandai macam uncle Pang Pang!" Terus Rifqi melompat dari buaian itu "Qiqi nak main dekat situ. Uncle Pang Pang pergilah duduk dulu" kata Rifqi sambil tunjuk ke arah beberapa orang kanak-kanak yang sedang bermain. Dia berlari ke arah kanak-kanak itu. Dia mahu berkawan dengan mereka tetapi Rifqi diejek oleh mereka kerana mempunyai seorang bapa berdarahkan alien dan seorang ibu yang bukan alien tetapi mempunyai kuasa. Ramai yang tahu tentang Kaizo dan Lynna. Mereka tidak berapa kisah sangat kerana mereka tahu Kaizo dan Lynna adalah orang yang baik dan tidak akan menganggu sesiapa tetapi segelintir kanak-kanak mengejek Rifqi
"Wei budak pelik! Jangan nak main dengan kita orang. Nanti darah alien kau terkena kita orang"
"Tapi Qiqi nak main aje" Rifqi melihat budak-budak yang lebih besar daripada dia. Wajah dia berubah menjadi ketakutan. Dia takut kalau diri dia di buli oleh budak-budak lelaki itu
"Tak boleh" kata salah seorang budak lelaki. Dia menjelir lidah dekat Rifqi "Kau ingat kau tu istimewa sangat, KAU TU PELIK! FREAK!" Kanak-kanak itu mengejek Rifqi dan memanggil dia pelik sehingga membuatkan Rifqi menangis dan marah terhadap mereka semua. Kaizo dan Lynna dengar tangisan anak mereka
"Jangan panggil Qiqi pelik. Qiqi bukannya pelik" Rifqi menangis teresak-esak di situ tetapi mereka masih lagi mengejek Rifqi
"PELIK PELIK PELIK! SUDAHLAH KAWAN DENGAN KAKAK PELIK TU" mereka tergelak sambil tundingkan jari masing-masing kearah Rifqi. Lily yang terdengar jeritan budak-budak lelaki itu, dia terus lepaskan pokok itu. Dia terlampau marah dan geram kerana mengejek Rifqi. Dia dan Fang berjalan ke arah budak-budak lelaki itu dengan perasaan marah. Rifqi menangis sehinggalah satu tahap, dia rasa terlampau marah sangat. Dia pandang kearah ketua kumpulan kanak-kanak itu
"JANGAN KETAWAKAN QIQI! QIQI BUKAN BUDAK PELIK!" Jeritan Rifqi tadi membuatkan budak-budak lelaki itu terpelanting kebelakang. Mereka semua jatuh di tepi taman permainan. Kaizo dan Lynna terkejut dengan kelakuan Rifqi tadi "Korang memang patut diajar" Suara Rifqi bertukar menjadi suara yang mereka semua tidak pernah dengar sebelum ini. Lynna berlari untuk dapatkan anaknya. Dia perlu hentikan perbuatan Rifqi sebelum dia menyerang lagi. Budak-budak lelaki tadi bangun dan terus lari dari situ. Lynna pula, dia memeluk Rifqi
"Qiqi, kenapa Qiqi buat begini?"
"Qiqi nak ajar mereka ibu. Dia orang buli Qiqi" kata Rifqi "Qiqi tak suka dibuli"
"Tapi Qiqi tak patut buat begitu. Itu bukannya cara untuk mengajar mereka" kata Lynna dengan nada kerisauan dia
"Dengar kata ibu kamu, Rifqi. Kami sayangkan kau tapi kau tidak patut buat begitu"
"AYAH DAN IBU TAK FAHAM PERASAAN QIQI!" Rifqi menolak ibunya dan terus larikan diri. Kaizo dan Lynna mengejar Rifqi. Fang dan Lily terpaksa mengejar mereka juga. Rifqi berlari sampai ke rumah. Dia menggunakan kuasanya untuk membuka pintu rumah dan terus lari ke dalam bilik ibu bapanya. Kaizo dan Lynna ada di belakang Rifqi. Sampai sahaja di bilik mereka, sebuah cermin muncul di tengah-tengah bilik. Rifqi tidak pedulikkan tentang ibu bapa dia, dia berlari masuk ke dalam cermin itu. Kaizo dan Lynna tidak akan berhenti di situ sahaja, mereka hendak masuk ke dalam cermin itu tetapi cermin itu meletup. Kaizo dan Lynna terpelanting kebelakang. Kaca cermin itu berkecai dan terkena badan Kaizo dan Lynna
Fang dan Lily terdengar letupan dan jeritan dari Lynna. Mereka berdua bergegas ke bilik Kaizo dan Lynna
"ABANG!"
"Kak Lynna!"
Fang terkejut melihat abangnya dan juga kakak iparnya terdampar di atas lantai bilik. Badan mereka penuh dengan luka. Kaki Kaizo tertusuk dengan serpihan kaca yang amat besar. Dia berlari untuk memeriksa mereka
"Dia orang hidup lagi tapi..." Fang melihat cermin yang sudah termusnah "Qiqi.."
"Fang, kita perlu hubungi kawan-kawan kita semua. Kita akan bantu mereka untuk dapatkan Qiqi balik" kata Lily. Fang angguk sahaja dan lalu berkata
"Nampaknya, kita akan bersatu semula dan mulakan pengembaraan baru di dunia sana"
To be continued
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top