Chapter 1

"UNCLE PANG PANG! QIQI NAK ICE CREAM!" Rifqi asyik mengetuk pintu bilik Fang dengan pedang mainan dia "UNCLE PANG PANG!" Lalu Fang membuka pintu biliknya "Uncle Pang Pang, Qiqi nak ice cream!" Rifqi hanya tersenyum sahaja dengan pedang mainan dia

"Kejap" kata Fang sambil mengambil jaket ungunya "Ok, jom pergi ke dapur" Rifqi terus pegang tangan pak ciknya. Jari jemari Rifqi menggenggam jari-jari Fang "Mana ibu?"

"Ibu ada. Dia tengah masak tapi Qiqi tak nak kacau ibu. Jadi Qiqi suruh uncle Pang Pang ambilkan ice cream" Mereka turun dari tangga dan terus ke dapur. Fang melihat kakak iparnya sedang sediakan masakan tengahari untuk mereka semua. Abang dia sudah pergi ke kapal angkasa untuk latihan tempur dia. Fang mengangkat Rifqi dan dudukkan dia di atas kerusi meja makan

"Qiqi nak ice cream apa?"

"QIQI NAK ICE CREAM CHOCOLATE!"

"Wah, happynya anak ibu" kata Lynna yang sedang mengoreng nugget untuk Rifqi "Tapi Qiqi jangan makan ice cream banyak-banyak tau"

"Baik ibu!" Rifqi selalu dengar cakap ibu dan ayahnya. Dia selalu juga bertanya, ayah dia kerja apa tetapi Lynna tidak tahu hendak menjawab apa. Dia tidak berani menipu anaknya sendiri. Kaizo dan Lynna bersetuju supaya tidak memberitahu siapa diri mereka yang sebenarnya dan mereka rahsiakan tentang kuasa yang Rifqi ada. Belum tiba masanya lagi untuk memberitahu Rifqi kerana dia masih kecil lagi "Uncle Pang Pang! Uncle Pang Pang suapkan Qiqi!"

"Qiqi boleh suap sendirikan?" kata Lynna sambil tersenyum melihat anaknya

"Tapi Qiqi nak uncle Pang Pang suapkan"

"Jangan risaulah kak Lynna, Fang akan suapkan Qiqi" kata Fang. Setelah siap dia letak beberapa ketul ice cream di dalam mangkuk, dia simpan balik ice cream chocolate itu. Lalu dia duduk di sebelah Rifqi

"Uncle Pang Pang baik! Selalu buat apa yang Qiqi suruh"

"Itu sebab ayah kau yang ajar untuk buli aku" bisik Fang sambil menyuap Rifqi ice cream tersebut

"Apa uncle Pang Pang kata?" tanya Rifqi

"Takde apa" Fang tersenyum kepada Rifqi. Lynna meletak sepinggan nugget di atas meja makan "Kak Lynna, lepas ni adik nak keluar. Nak pergi main bola dengan Boboiboy"

"Boleh tapi adik tak nak bawak Qiqi sekali ke?"

"Qiqi nak ikut juga boleh?" Mulut Rifqi comot dan lalu dia lap mulutnya dengan lengan baju dia sendiri "Qiqi janji, Qiqi akan dengar cakap uncle Pang Pang!"

"Hmm.. yelah" Fang baru sahaja mahu bergembira dengan kawan-kawan dia tetapi ada juga penyibuk "Kalau Qiqi dengar cakap, nanti Fang akan belanja Qiqi makan ice cream lagi"

"Fang.. janganlah asyik bagi dia ice cream sahaja"

"Ala ibu, Qiqi suka makan ice cream. Ayah bagi Qiqi ice cream, uncle Pang Pang bagi Qiqi ice cream tapi ibu sahaja yang tak bagi Qiqi makan ice cream banyak-banyak" Muka Rifqi menjadi sedih. Lynna peluk anaknya

"Sebab ibu tak nak Qiqi makan ice cream terlampau banyak. Nanti Qiqi sakit perut macam mana?"

"Ibu rawatlah Qiqi nanti. Qiqi suka bila ibu jaga Qiqi, masa Qiqi tengah sakit. Ibu selalu buat sup kegemaran Qiqi, sup cendawan!" Rifqi cium pipi ibunya. Pipi Lynna ada kesan sedikit ice cream chocolate. Dia lap pipinya dan lalu tergelak bersama Rifqi "Masa ayah kecik-kecik dulu, ayah selalu bermanja dengan ibu dia tak?"

"Hmmm... ayah kamu selalu bersikap baik dengan ibu dia tapi itu tidak lama. Rasanya ibu tidak perlu bercerita tentang kehidupan ayah dulu sebab ianya nanti buat Qiqi rasa sedih. Ibu tak nak hati Qiqi sedih dengan nasib ayah dan uncle Pang Pang kamu. Nanti bila kamu sudah besar, ibu ataupun ayah akan cerita segala-galanya kepada Qiqi"

"Baik ibu tapi ibu janji dengan Qiqi ok"

"Ibu janji" Lynna cium kedua belah pipi anaknya "Fang, nanti jaga Qiqi elok-elok yea. Akak tak naklah abang kamu marah kamu lagi"

"Hmm.. bukan salah adik pun minggu lepas. Si budak comel ni berjalan ke sana sini sampai adik tak dapat nak mengawal dia" marah Fang sambil sumbat sudu di dalam mulut Rifqi "Tapi kak Lynna jangan risau, Boboiboy ada bersama adik nanti"

"Ok. Qiqi pun jangan nakal-nakal" Lynna mengusap-usap kepala anaknya dan terus mengangkat lauk yang lain, yang ada di atas meja kaunter

--------------------------------------------

Petang itu, Fang membawa Rifqi keluar bermain di taman permainan. Dia akan berjumpa Boboiboy di sana sahaja. Fang dan Rifqi berpimpin tangan sambil menyanyikan sebuah lagu yang sentiasa membuat Kaizo rasa nak mengamuk iaitu lagu yang direka oleh Lily sendiri

"ANAK ITIK KAIZO MANDI DALAM KOLAM! APA HOBI KAIZO? SUKA MENGHUKUM ORANG!"

"Heheehe.. Qiqi suka lagu tu tapi ayah aje yang tak suka"

"Sebab ayah Qiqi tak suka rekaan lagu dari mak cik kamu si Lily tu"

"OHHHH! Bila aunty Lily nak datang ke sini lagi? Aunty Lily selalu ajar Qiqi cara-cara untuk buat ayah mengamuk tapi Qiqi dah guna teknik-teknik aunty Lily ajar, ayah tak mengamuk pun dekat Qiqi" kata Rifqi sambil menghayunkan tangan dia dan Fang bersama

"Itu sebab ayah Qiqi sayangkan Qiqi"

"Ayah memang sayangkan Qiqi! Dan Qiqi pun sayangkan ayah! QIQI RASA SANGAT BERTUAH SANGAT DAPAT AYAH YANG BEST!" Rifqi tergelak di situ. Mereka sudah pun sampai taman permainan. Rifqi melompat-lompat kegembiraan, dia terus lepaskan tangan Fang dan lari ke arah gelongsor

"QIQI! JANGAN LARI!" Fang mengejar Rifqi. Boboiboy yang ada di atas bangku, dia tergelak melihat gelagat Fang mengejar anak buahnya

"UNCLE PANG PANG!" Rifqi panjat tangga gelongsor itu sambil melambai-lambai ke arah Fang "Tengoklah Qiqi turun dari gelongsor ni!" Rifqi turun dari gelongsor itu sambil mengangkat kedua belah tangan dia. Fang terpaksa berlari untuk pastikan Rifqi tidak cedera ataupun jatuh. Dia tidak mahu diri dia dimarahi oleh abang dia iaitu Kapten Kaizo

"QIQI! Hati-hati" Fang melihat anak buah dia berlari ke tangga gelongsor balik

"Heheehe.. seronok betul dia main" Boboiboy muncul di sebelah Fang

"Hmmm... seronok memang seronok tapi aku juga yang tukang jaga dia. Nampaknya hari ini nak main bola memang tak bolehlah sebab budak kecik tu ada"

"Takpelah Fang, kita duduk berborak ajelah" Mereka duduk di atas bangku sambil perhatikan Rifqi main berseorangan di gelongsor "Abang kau dan kak Lynna macam mana? Semuanya ok?"

"Ok aje dia orang tu. Loving parents lah katakan. Naik geli aku" Boboiboy tergelak sahaja

"Baguslah dia orang tu loving parents. Agaknya dia orang tak nak kehilangan Rifqi lagi seperti dulu, sebab itu mereka sentiasa melindungi Rifqi"

"Hmm... dia orang tak pernah ceritakan kepada Qiqi apa yang terjadi dulu. Kak Lynna cakap, tunggu Qiqi dah besar, baru cerita dekat dia perkara yang sebenarnya" Fang mendongak ke langit sambil fikirkan tentang kejadian dulu, semasa Rifqi di culik "Dia orang tak nak takutkan Qiqi. Buat masa sekarang ni, biarlah dia bergembira dulu sebelum dia tahu hal yang sebenarnya. Qiqi sangat bertuah. Ibu dia seorang puteri dan ayah dia seorang alien dan boleh dikatakan putera galaxy.. hehehee"

"Hehehe.. dia memang sangat bertuah. Aku pun rasa cemburu.. eh, mana Rifqi?" Fang terus memandang ke taman permainan. Rifqi tiada di situ, hanya kanak-kanak lain sahaja yang ada. Fang bangun untuk mencari anak buah dia

"QIQI!" jerit Fang

"UNCLE PANG PANG! QIQI DEKAT SINI!" Fang pandang ke kiri dan dia terkejut melihat Rifqi memanjang sebuah pokok

"QIQI!" Fang berlari ke arah Rifqi. Tiba-tiba sahaja dahan yang Rifqi pijak, terpatah. Rifqi terjatuh dari pokok itu. Fang sudah tiada pilihan lain "HELANG BAYANG! SELAMATKAN DIA!" Helang bayang Fang menyambut Rifqi daripada jatuh ke tanah. Fang dan Boboiboy berlari ke arah helang bayang yang sudah mendarat di tepi pokok. Rifqi menggigil kerana ketakutan. Fang mahu mengangkat Rifqi tetapi Rifqi sudah berlari jauh untuk sorokkan diri daripada Fang

"Kenapa tu?" tanya Boboiboy. Mereka pergi ke tempat Rifqi sedang menyorok itu "Rifqi kenapa?"

"Uncle Pang Pang bela hantu" Rifqi sorok di belakang sebuah pokok besar "Qiqi takut. Qiqi tak nak dengan uncle Pang Pang" Boboiboy dan Fang memandang satu sama lain. Mereka perlu pujuk Rifqi

"Mana ada, uncle Pang Pang takde bela hantu"

"UNCLE PANG PANG TIPU! UNCLE PANG PANG JANGAN DEKAT DENGAN QIQI!" Lalu Rifqi menangis di situ sambil meraung-raung nama ibunya. Fang sudah tiada pilihan lain, dia terpaksa menghubungi Lynna untuk membawa balik Rifqi. Boboiboy pergi tenangkan Rifqi, sementara Fang menghubungi Lynna

10 minit kemudian, Lynna telah tiba taman permainan. Rifqi terus berlari ke arah ibunya. Dia peluk kaki ibunya sambil menangis "Uncle Pang Pang bela hantu. Uncle Pang Pang ada hantu. Uncle Pang Pang jahat" Lynne mengusap kepala Rifqi sambil melihat Fang yang sedang rasa bersalah itu "Qiqi nak balik tapi Qiqi tak nak dekat dengan uncle Pang Pang"

"Qiqi jangan menangis. Uncle Pang Pang kamu takde bela hantu" Lynna lepaskan pelukan anaknya. Lalu dia melutut di depan Rifqi. Dia belai sedikit rambut Rifqi "Rasanya, malam nanti Qiqi akan dengar satu cerita yang sangat menarik"

"Cerita apa ibu?"

"Qiqi akan tahu nanti. Mari kita pulang, ayah kamu sedang menunggu di rumah" Lynna bangun dan lalu dia mendukung Rifqi. Mereka beredar dari taman permainan itu. Rifqi memeluk leher ibunya. Mata dia tidak mahu memandang pak cik dia iaitu Fang

"Aku rasa, aku patut pulang juga. Jumpa lagi esok Boboiboy"

"Kau jaga diri baik-baik" kata Boboiboy sambil berikan sedikit senyuman kepada kawan baik dia

--------------------------------------

Pada malam itu, Rifiqi berguling-guling di atas katil ibu bapanya. Dia terlampau seronok sangat kerana ibunya akan ceritakan dia tentang sesuatu. Dia tidak sabar untuk mendengar cerita tersebut

"Ibu!" Rifqi melihat ibunya sedang menyimpan beberapa lipatan baju ke dalam almari

"Yea Qiqi"

"Bila ibu nak mulakan bercerita? Qiqi dah tak sabar" Lynna tutup almari dan lalu dia ke katil. Rifqi terus duduk di atas katil itu. Dia menarik tangan ibunya untuk duduk sekali "Cepatlah ibu! Qiqi nak dengar"

"Sabar sayang" Lynna belai rambut Rifqi "Ayah kamu belum ada dekat sini. Nanti dia sudah ada, baru kita orang bercerita"

"WAH! ayah pun nak bercerita juga!" Rifqi berdiri di atas katil, lalu dia melompat-lompat kegembiraan "YEAH! YEAH! YEAH! AYAH BAIK! AYAH BAIK!" Lynna tergelak sedikit melihat Rifqi yang terlampau gembira itu

"Apasal pulak ni?" Kaizo masuk ke dalam bilik. Dia terkejut melihat anaknya meloncat-loncat di atas katil. Dia pergi ke katil dan tiba-tiba sahaja Rifqi melompat ke diri dia. Kaizo sempat menyambut Rifqi "Anak ayah ni, memang hyper semacam"

"Dia hyper sebab ada orang bagi dia makan ice cream terlampau banyak sangat" kata Lynna sambil memandang Kaizo tetapi Kaizo buat-buat tidak tahu sahaja. Kaizo terus duduk dan letak Rifqi di tengah-tengah antara dia dan Lynna "Qiqi nak dengar cerita ibu dan ayah tak?" Rifqi mengangguk sambil melihat ibu dan ayahnya

"Tapi Qiqi jangan takut tau"

"Baik ibu!"

"Hmmm... sebenarnya Qiqi adalah anak paling istimewa. Ayah kamu bukanlah seorang manusia yang berasal dari bumi ni" Terus Rifqi jauhkan dirinya sedikit. Tangan dia peluk tangan ibunya. Dia rasa takut sedikit "Ayah kamu sebenarnya alien tapi dia bukan alien jahat. Dia alien yang baik, seperti uncle Pang Pang kamu juga. Dua-dua alien yang baik"

"Jadi... Qiqi pun alien jugak? Ibu pun alien jugak ke?"

"Tak Rifqi. Hanya ayah dan uncle Pang kamu sahaja yang alien" Kaizo rapatkan dirinya kepada Rifqi "Rifqi bukan alien sepenuhnya. Rifqi separuh alien, separuh manusia tapi manusia yang sangat istimewa. Ibu kamu adalah seorang puteri dulu. Sekarang ini, dia adalah permaisuri" Mata Rifqi terus membulat besar dan bersinar-sinar

"Betul ke ibu? Jadi Qiqi ialah PUTERA QIQI!"

"Comelnya anak ibu ni" Lynna cium bau rambut Rifqi yang harum itu, lalu dia cium kepala anaknya "Iyea, Qiqi adalah putera Qiqi tapi bukan di sini. Di dunia lain"

"Ohh! mesti dunia best! Ayah pula putera alien ke? Qiqi selalu dengar kisah dongeng dari aunty Yaya dan aunty Yiyi. Dia orang cakap princess and prince akan berkahwin.. AND THEY LIVE HAPPILY EVER AFTER! Macam ibu dan ayah lah kan?" Rifqi melihat muka ibu dan ayah dia dengan muka comel "Uncle Pang Pang jadi apa?"

"Dia tu jadi tukang kuli aje"

"OHHH! Kuli tu maksudnya buli kan?" tanya Rifqi kepada ayah dia. Kaizo angguk kepalanya "WAHHH! QIQI SUKA BULI UNCLE PANG PANG!"

"Kaizo!" marah Lynna kepada Kaizo "Janganlah ajar Qiqi buli uncle dia"

"Tapi ibu.. uncle Pang Pang suka kena buli. Ayah selalu cerita yang uncle Pang Pang terima apa sahaja yang ayah akan buat dekat dia tapi Qiqi janji, Qiqi akan kurangkan buli uncle Pang Pang!" Lynna tersenyum sambil gelengkan kepalanya. Dia angkat Rifqi dan letakkan anaknya di atas pangkuan dia

"Yelah Qiqi tapi jangan buli selalu, nanti uncle Pang Pang kamu tak suka kawan dengan Qiqi dah" Lynna belai rambut Rifqi "Qiqi budak baik kan"

"Mestilah! tapi... uncle Pang Pang tu bela hantu, dia jahat ke? Qiqi takut kalau dia buat apa-apa dekat Qiqi"

"Dia tak bela hantu pun" jawab Kaizo "Dia cuma ada kuasa. Jam kuasa dia dapat membentuk semua bayang yang dia mahukan"

"Kuasa? Ayah dan ibu pun ada kuasa?"

"Ayah kamu pun mempunyai jam kuasa juga. Dia mempunyai pedang tenaga" Mata Rifqi bersinar-sinar apabila terdengar perkataan pedang "Tapi Qiqi tidak boleh bermain dengan pedang sebab Qiqi masih kecik lagi. Lagipun pedang bahaya untuk budak-budak kecik seperti Qiqi"

"Kalau pedang permainan boleh?"

"Boleh Qiqi" Lynna peluk anaknya seperti memeluk teddy bear "Ibu pun mempunyai kuasa juga tapi kuasa ibu bukan dari jam kuasa. Kaizo tunjukkan jam kuasa dia yang keemas-emasan itu "Kuasa ibu adalah semulajadi. Ibu mempunyai kuasa semenjak lahir lagi"

"Kejap.. kalau ibu ada kuasa semulajadi. Maknanya Qiqi pun ada kuasa juga?"

"Pandai anak ibu"

"WAHHH! QIQI PUN ADA KUASA!" Rifqi turun dari katil, dia berkung-fu di dalam bilik tu "Yah! Yah! yah!" Dia bagi tendangan comel dekat angin-angin. Kaizo dan Lynna tergelak melihat gelagat anak mereka yang semestinya terlalu hyper. Lalu Rifqi berhenti, dia pergi ke ibunya "Ibu, apa kuasa Qiqi?"

"Hmmm... Qiqi nak tahu ke?"

"NAK!" Rifqi berkelip-kelip mata kepada ibunya supaya beritahu kuasa dia yang sebenarnya "Apa kuasa Qiqi, ibu? Ayah, apa kuasa Qiqi?"

"Patut ke kita beritahu dia?" tanya Lynna kepada Kaizo

"Aku rasa.. dia tak kan gunakan untuk kenakalan atau kejahatan kerana dia ada kau. Aku percaya yang kau dapat ajar dia menggunakan kuasa dia untuk kebaikan"

"Betul cakap ayah tu, ibu! Qiqi tak kan gunakan kuasa untuk buli uncle Pang Pang!"

"Baiklah, kuasa Qiqi adalah kuasa healer. Dapat menyembuh luka atau penyakit seseorang" Mata Rifqi membulat besar "Qiqi suka?" Lalu dia angguk dengan begitu cepatnya

"Hehehee! best kuasa Qiqi.. tak payah pergi hospital nanti. BOLEH QIQI RAWAT IBU DAN AYAH! Tapi.. kuasa ibu pun sama juga ke?" Lynna gelengkan kepala "Apa kuasa ibu?"

"Itu.. esok ibu akan cerita. Sekarang sudah malam, Qiqi kena masuk tidur" Rifqi terus panjat katil tersebut. Dia merangkak ke tengah katil "Pandai anak ibu, dengar cakap"

"Mestilah!" Rifqi terus baring di tengah-tengah katil. Lynna cium dahi anaknya "Selamat malam ibu. Esok ibu cerita lagi ok"

"Yea, ibu akan cerita lagi esok" Lynna baring di sebelah Rifqi sambil memeluk anaknya sedikit. Kaizo terus tutup lampu bilik mereka. Lalu dia menyelimutkan kedua-dua orang yang dia sayang. Dia melihat mereka berdua sekejap sebelum dia masuk tidur. Rifqi sudah pun nyenyak tidur, begitu juga dengan Lynna

"Selamat malam Lynna dan Rifiqi"

-------------------------------------

Rifqi terjaga dari tidurnya kerana dia terdengar satu bisikan. Suara itu asyik memanggil nama Rifqi tetapi hanya Rifqi sahaja yang dengar. Dia melihat ibu dan ayahnya sedang nyenyak tidur. Lalu dia turun dari katil kerana bisikan itu tidak henti-henti memanggil dia. Dia ternampak sebuah cermin berdiri di sebelah almari pakaian, cermin itu bercahaya dan muncul seorang kanak-kanak perempuan di dalam cermin itu

"Kamu siapa?" tanya Rifqi dengan nada ketakutan

"Saya cuma nak main dengan kamu sahaja.. marilah Rifqi.. kita bermain-main di dunia ibu kamu" Kanak-kanak perempuan itu menghulurkan tangannya. Rifqi rasa takut hendak memegang tangan budak perempuan itu "Jangan risau, saya bukan orang jahat"

"Tapi... nanti ibu dan ayah akan cari Qiqi dan ibu pesan, jangan ikut orang yang kita tidak kenal" Lalu budak perempuan itu tersenyum mesra

"Tapi ibu kamu kenal saya. Jangan risau, ini akan menjadi rahsia kita berdua" Langkah Rifqi terus ke depan, tangan dia terus pegang tangan budak perempuan itu "Rifqi jangan takut, kita ke sini untuk bermain sahaja. Nanti Rifqi balik sebelum dia orang terjaga, ok?"

"Ok! Qiqi suka main!"

"Saya tahu" terus budak perempuan itu menarik Rifqi masuk ke dalam dunia lain. Rfiqi tidak tahu bahawa budak kecil itu adalah seorang ahli sihir yang menyamar sebagai kanak-kanak perempuan untuk memerangkap Rifqi. Dia tahu keistimewaan Rifqi tapi dia bukan untuk merampas kuasa Rifqi, dia ingin membentuk Rifqi menjadi orang jahat yang hanya pentingkan kuasa sahaja. Dia mahu gelapkan hati Rifqi sedikit demi sedikit

"Heheeheee... jaga kau Lynna, kau tengoklah apa akan aku buat dekat anak kau nanti"

to be continued

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top