Perang di Angkasa

"Daddy, macam mana? dapat tak kesan kapal terbang Kapten Chaos tu?" tanya Faye sambil melihat ayahnya sedang mencari-cari koordinasi Kapten Chaos berada

"Daddy belum jumpa lagi. Apa kata kau pergi duduk dekat bilik. Daddy nak buat kerja tanpa di ganggu oleh sesiapa" Faye angkur dengan kata-kata ayah dia. Lalu dia keluar dari bilik kawalan itu. Dia bertembung dengan Fang. Muka dia agak suram, Faye faham dengan apa yang dia lalui sekarang ini

"Fang, kau kena kuatkan diri demi abang kau dan juga kak Lynna. Sekarang tinggal kau seorang sahaja untuk pergi selamatkan Rifqi"

"Aku tahu Faye" Fang terus melihat di luar tingkap. Dia melihat bintang-bintang di luar yang berkelip-kelip begitu cerah sekali tetapi hati Fang tetap sayu "Sebenarnya aku terima berita daripada Rizu"

"Berita apa?"

Fang pejamkan matanya dan tidak sanggup untuk memberitahu berita buruk itu kepada Faye "Fang? Kenapa? Ada apa-apa yang terjadi lagi ke?"

"Kak Lynna.. kesihatan dia merosok sekarang ini dan paling buruk sekali ialah kak Lynna tak bangun walaupun abang Kiddi sudah pun hilangkan kuasa tidur dia" Fang duduk tersandar di bawah tingkap kapal angkasa itu "Aku tak nak keluarga abang aku musnah sebab Kapten Chaos tu. Dulu dia cuba bawa lari kak Lynna, sekarang ini dia bawa lari Rifqi pula" Faye duduk bersila di sebelah sepupu dia

"Fang, kau masih lagi ada kawan-kawan untuk membantu kau. Mereka semua dapat menolong kau untuk kembalikan kebahagian mereka dan kak Lynna pasti akan sembuh apabila Rifqi pulang ke tangan dia nanti. Abang Kaizo pun akan pulang bersama juga dan mereka berbahagia semula. Itu semua yang kami inginkan untuk mereka. Dia orang tu sudah menjadi kakak dan abang kepada kami semua. Kami semua sayangkan mereka berdua. Kau pun tahu kami semua sudah menjadi saksi kebahagian mereka semenjak mereka berkawan lagi dan aku tak kan benarkan kebahagian mereka musnah"

"Terima kasih Faye. Kau lah satu-satunya sepupu yang aku paling rapat" Fang tersenyum sedikit

"Mestilah, aku kan sepupu kesayangan kau. Aku sudah anggap kau dan abang Kaizo seperti adik beradik aku sendiri"

"Kenapa korang duduk dekat sini?" muncul Boboiboy bersama dengan dua cawan hot chocolate "Aku cari korang berdua tadi sebab aku ada sediakan hot chocolate" Dia terus berikan cawan hot chocolate itu kepada dua kawan baik dia "Boleh aku join sekali?"

"Boleh" Fang memberikan ruang sedikit untuk Boboiboy duduk di situ. Boboiboy duduk di antara Fang dan Faye "Terima kasih kerana buatkan hot chocolate untuk kita orang"

"Sama-sama. Aku buat pun sebab nak bagi kau tenang sedikit. Aku dari tadi nampak kau nampak muram, suram, sayu dan macam orang tiada semangat"

"Hmmm... aku tengah fikirkan nasib abang aku, kak Lynna dan Rifqi. Aku tak tahulah apa yang akan terjadi lepas ni. Abang aku, kapal angkasa dia terhempas, kak Lynna tak nak bangun dan kesihatan dia semakin teruk. Rifqi pula, masih lagi belum di selamatkan. Macam-macam dugaan mereka dapat selepas sahaja Rifqi ada" Boboiboy pegang bahu Fang

"Ini mungkin satu ujian untuk mereka dan kau juga"

"Ujian?" Fang pandang ke arah kawan baik dia "Ujian untuk apa?"

"Ujian untuk tabahkan hati dan kuatkan semangat walaupun apa-apa yang terjadi, lebih-lebih lagi untuk kau. Aku tahu kau terlampau sayangkan mereka. Jadi ini mungkin misi kau untuk betulkan keadaan" kata Boboiboy "Kita semua ada di sisi kau. Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Lily, Faye dan juga Bella. Mereka kawan kau semenjak dari dulu lagi. Jadi kau tidak akan keseorangan dalam misi ini"

"Terima kasih Boboiboy kerana sentiasa membantu aku"

"Itulah gunanya kawan" Fang tersenyum sedikit dan lalu dia minum air hot chocolate itu "Kau jangan susah hati. Apa jua rintangan yang kau hadapi, kita akan sentiasa bersama" Boboiboy rasa lega melihat kawan dia tersenyum sedikit. Mereka duduk di situ untuk beberapa minit sehinggalah pintu bilik kawalan dibuka. Ayah Faye keluar dari bilik itu dan terkejut melihat mereka bertiga

"Daddy, ada apa-apa berita tak?" tanya Faye

"Nampaknya Kaizo sedang menuju ke sini. Dia di dalam kapal angkasa lain. Kapal angkasa dia masih lagi dalam perbaiki" kata ayah Faye

"Abang ke sini?" Fang cepat-cepat bangun dari tempat duduknya "Tapi abang masih dalam keadaan lemah, takkan dia nak pergi ikut berlawan pulak" Boboiboy dan Faye bangun dari tempat duduk mereka

"Itu sebab abang kau buat apa sahaja untuk selamatkan kebahagian dia dengan bersama kak Lynna dan juga Rifqi. Abang kau sayangkan kak Lynna, dia langsung tidak kisah tentang kesakitan dia" kata Boboiboy

"Betul kata kawan kau" Ayah Faye pegang bahu Fang "Kaizo seorang yang kuat, dia tak kan tunjuk kelemahan dia. Uncle yakin, dengan kekuatan yang masih lagi ada di dalam diri dia, dia akan tetap berjuang. Jadi kamu semua jangan sia-siakan misi ini"

"Baik uncle!" kata Boboiboy dan Fang

"Baik daddy!" Faye peluk ayahnya

"Oh yea, uncle telah jumpa pun koordinasi kapal angkasa Kapten Chaos. Kawan uncle sedang mengawasi kapal angkasa dia. Jadi kita tunggu Kaizo sampai di sini sebelum kita bergerak"

-------------------------------

"Kaizo, apa perasaan kau apabila kau sudah duduk di bumi?" tanya Lynna sambil bermain dengan pasir pantai. Mereka berdua sering kali keluar bersama pada waktu siang. Lynna telah menjadi sahabat baik kepada Kaizo tetapi mereka tidak sedar dengan perasaan cinta sudah pun timbul di hati masing-masing

"Aku rasa bahagia sekali duduk di sini bersama dengan adik aku. Aku juga dapat kenali pelbagai benda baru di sini" kata Kaizo yang sedang menikmati keindahan pantai pada hari itu

"Jadi kau tak mahu pergi balik ke kapal angkasa kau dan sambung dengan misi kau?"

"Aku boleh sahaja jalankan misi aku dan tinggal di sini. Lagipun adik aku mahu tinggal di sini kerana kawan-kawan dia ada di sini. Dia tidak sanggup tinggalkan kawan-kawan dia setelah apa yang mereka lakukan terhadap dia. Merekalah sahabat sejati adik aku dan kerana merekalah yang sanggup mengejar aku untuk pulangkan Fang kepada mereka" Kaizo teringat lagi kisah itu

"Baiknya kawan-kawan adik kau. Mesti seronok berkawan dengan mereka"

"Kawan-kawan dia memang baik tapi adik aku sahaja yang nakal, suka cari pasal dengan semua orang kecuali kau" Kaizo melihat Lynna yang tersenyum itu

"Aku?"

"Sebab adik aku sayangkan kau. Entah apa kau sudah buat dekat adik aku" Lynna tergelak sedikit

"Aku tak buat apa-apa pun. Mungkin dia rasa selesa dan selamat dengan aku tapi aku juga sayangkan dia. Dia sudah menjadi seperti adik aku sendiri tapi kau jangan risau, aku tak kan ambil adik kau" Lynna kumpul pasir banyak-banyak di hadapan dia untuk membuat sebuah istana pasir "Aku tengok adik kau suka sahaja aku datang ke sini. Dia siap nak bawa aku pergi berjalan-jalan dekat bandar dan kau pula, rasa cemburu sebab adik kau keluar dengan aku"

"Aku bukannya cemburu pun" kata Kaizo yang tidak mahu mengaku "Aku cuma ingin tahu dengan siapa yang dia selalu keluar"

"Yelah tu Kaizo" Lynna mengutip beberapa kulit kerang yang ada di tepi-tepi dia dan lalu dia menghiasi istana pasir dia yang tidak begitu menjadi

"Apa yang kau cuba lakukan?" tanya Kaizo sambil melihat istana pasir itu

"Aku nak buat istana menggunakan pasir dan kerang-kerang yang ada dekat pantai tapi istana aku tidak begitu indah pulak" Lynna membuat korek-korek di sekeliling istana pasir dia untuk membuat sebuah laluan dan lalu dia meletakkan kerang-kerang di dalam laluan itu. Kaizo ternampak sebuah kulit kerang yang begitu cantik. Kerang itu tidak berada jauh dari mereka dan lalu dia bangun untuk mengambil kerang itu. Lynna masih lagi membuat istana pasir dia. Kaizo kembali dengan kerang tersebut

"Lawanya kerang yang kau ambil tu" kata Lynna. Kaizo tidak berkata apa, dia terus letakkan kerang yang cantik itu di atas istana pasir Lynna

"Walaupun tidak begitu indah, aku pasti orang-orang yang tinggal di istana itu mesti bahagia"

"Seperti rumah kau yang kelihatan seperti rumah terbiar" kata Lynna. Kaizo terus bermasam muka "Aku bergurau sahaja Kaizo tapi aku yakin, kau dapat ceriakan rumah terbiar itu dengan gelak ketawa adik kau, pergaduhan korang berdua dan juga kasih sayang di antara adik dan abang"

"Terima kasih"

"Sama-sama Kaizo" Tiba-tiba sahaja air laut naik ke pantai dan musnahkan sedikit istana pasir Lynna "Alamak, istana bahagia aku" Lynna cepat-cepat bangun tetapi pakaian dia terkena sedikit air laut. Baju dan seluar dia sedikit basah. Kaizo cuba bina balik istana pasir Lynna "Apa yang kau ingin lakukan?"

"Bina balik istana bahagia kau" kata Kaizo dengan nada serius dia. Lynna tidak berkata apa, lalu dia kembali duduk dan mereka berdua bina balik istana pasir itu bersama. Istana pasir itu menjadi lebih cantik daripada sebelumnya

-------------------------

"Abanggg!" Fang peluk abangnya yang dalam kesakitan itu "Abang ok ke?" Kaizo sudah pun tiba di kapal angkasa ayah Faye

"Abang ok sahaja tapi kita perlu cepat"

"Abang boleh ke berlawan dengan si Kapten Chaos dalam keadaan abang begini?"

"Itu kau tidak perlu risau" Kaizo berjalan dengan menggunakan tongkat dia. Dia terus ke bilik kawalan utama untuk berbincang dengan ayah Faye

"Adik tahu abang risaukan tentang kak Lynna. Adik tahu apa yang terjadi dekat dia sekarang ni"

"Hmmm.. yea, abang memang risaukan tentang kesihatan dia. Abang perlu cepat sebelum semuanya terlambat" kata Kaizo dengan suara dia yang agak perlahan tapi serius "Abang kenakan selamatkan mereka"

"Adik akan bantu abang. Adik tidak akan biarkan abang keseorangan dalam misi ini"

"Terima kasih" Mereka berdua masuk ke dalam bilik kawalan utama. Faye dan ayahnya sudah pun berada di dalam bilik itu. Mereka sedang memerhatikan koordinasi kapal angkasa Kapten Chaos

"Kaizo, akhirnya kau selamat juga sampai ke sini. Bagaimana dengan kapal angkasa kau?" tanya ayah Faye

"Belum baik pulih lagi tapi Lahap sedang usahakannya. Mana kedudukan Kapten Chaos itu?" Lalu ayah Faye tunjuk koordinasi kapal angkasa itu kepada Kaizo "Hmm.. kita tidak berada jauh daripada mereka tapi kita perlu berhati-hati. Aku takut dia akan serang kapal angkasa ini pula"

"Itu kau tidak perlu risau. Uncle dapat bantuan ramai daripada kawan uncle. Kalau mereka serang, kawan-kawan uncle akan serang mereka balik dan kita akan cuba masuk ke dalam kapal angkasa Kapten Chaos" Ayah Faye pegang bahu Kaizo "Uncle pasti Rifqi tidak dalam keadaan bahawa kerana dia cuma inginkan Rifqi dan juga kuasa isteri kau. Kita akan selamatkan kedua-duanya dan selepas itu, kita terus ke bumi. Lynna sedang menunggu di bumi"

"Saya tahu dia sedang menunggu tapi dalam keadaan sakit" Kaizo menggenggam tangannya. Fang nampak muka marah abangnya "Aku akan ajar dia. Berani dia buat begini terhadap Lynna"

"Abang, kita akan ajar dia sama-sama. Adik akan belasah dia sepuas-puasnya!"

"Kau nak ceriakan hati abang ke?" tanya Kaizo. Fang terus tersengih

"Yelah, adik tak nak lah tengok abang nampak marah sahaja. Abang kenalah tenang. Nanti adik buatkan teh hijau untuk abang"

"Hmmm... suka hati kaulah tapi terima kasih" Kaizo usap-usap kepala adiknya "Tapi apa-apa pun terjadi, kau kena ikut arahan aku. Jangan main sesuka hati sahaja. Aku tak nak apa-apa terjadi dekat kau juga. Kalau abang kehilangan Lynna atau Rifqi, abang tak nak kehilangan kau juga"

"Jangan risaulah abang. Adik kan sama kuat dengan abang dan adik pasti, kita akan berjaya kalahkan Kapten tak guna tu"

"Betul tu landak!" muncul Lily bersama dengan kawan-kawan Fang yang lain

"Dia ni pun ada dekat sini juga?" Kaizo mengangkat kening sebelah sambil matanya melirik ke arah Lily "Aku ingat kau, Faye dan rakan-rakan superhero kau ada sahaja di sini. TAPI APASAL BUDAK DUA ORANG NI ADA SEKALI DEKAT SINI? INGAT INI ROMBONGAN KE APA?!" dia tunjuk dekat dua orang itu iaitu Lily dan Bella

"Errr.. jangan marah abang Kaizo. Kami datang ke sini untuk bantu abang Kaizo" kata Boboiboy

"Apasal yang dua tu ikut sekali?" tanya Kaizo

"Sebab Lily nak tolong abang Kaizo! Macam dulu-dulu tu, masa kita pergi selamatkan kak Lynna. Mesti abang Kaizo tak ingat sebab kepala abang Kaizo kena balut tapi takpe, biar Lily ingatkan abang Kaizo! Pada suatu-" Mulut Lily kena tutup dengan tangan Fang

"Abang pergi berehat. Biar adik uruskan budak pelik ni" kata Fang sambil tersengih di situ. Kaizo tidak berkata apa lagi, terus dia keluar dari bilik kawalan itu. Kepala dia terasa sakit pula. Tak tahulah sakit kepala sebab sakit atau sakit kepala sebab Lily ada. Dia masih lagi tidak puas hati dengan Lily semenjak pertama kali dia jumpa Lily. Entah apa yang dia tidak puas hati, kita abaikan sahajalah

"Yang korang semua ada dekat sini apasal?" tanya Fang

"Sebab nak tengok abang kau lah. Tak kan tak boleh kot" kata Gopal "Dey, abang kau tu ok ke tak ok? Boleh ke dia nak pergi berlawan?"

"Jawapan dia mestilah boleh. Dia tu sakit ke tak, dia akan pergi berlawan tapi ini demi selamatkan kebahagian dia" Fang melihat koordinasi kapal angkasa mereka. Makin lama makin dekat. Hati dia berdebar-debar rasanya kerana dia tidak tahu apa akan terjadi selepas ini. Harap-harap semuanya selamat dan tiada benda buruk akan berlaku tapi dia silap, kapal angkasa mereka telah diserang oleh orang-orang Kapten Chaos

"PERGI DUDUK DI TEMPAT KAMU!" Jerit ayah Faye. Dia terpaksa memandu kapal angkasa dia untuk menggelakkan kapal angkasa dia terkena peluru berpandu. Dia telah memanggil beberapa bantuan untuk menolong mereka. Fang pergi mencari abang tetapi dia terkejut, kerana abang telah memandu salah satu pesawat kecil untuk mempertahankan kapal angkasa mereka dan juga menyerang orang-orang suruhan Kapten Chaos. Dia perlu pergi menolong abang dia. Tinggal dua pesawat kecil untuk dipandu

"Boboiboy!" Fang pegang lengan kawan baik dia "Kita perlu tolong abang aku"

"Macam mana? Tak kan kau suruh kita orang keluar dari kapal angkasa ni pulak"

"Bukanlah. Kita guna pesawat perjuang dekat dalam kapal angkasa. Sekarang tinggal dua sahaja, kau dan aku kena tolong abang aku mempertahankan kapal angkasa ni" Boboiboy tidak membantah. Mereka terus ke ruangan yang tersimpannya pesawat itu. Boboiboy dan Fang mengambil pesawat perjuang mereka masing-masing. Mereka menaiki pesawat itu dan sudah bersedia untuk bertolak. Helmet mereka mempunyai sistem untuk berhubung dengan pesawat lain dan juga kapal angkasa mereka

"Boboiboy, kau sudah bersedia?" tanya Fang

"Sedia!"

Fang memandu keluar pesawat dia dan di belakang dia di ekori oleh Boboiboy

"Itu dia orang!" kata Yaya dekat tingkap kapal angkasa. Dia nampak Fang dan Boboiboy pergi terbang di luar kapal angkasa dengan pesawat mereka "Faye! Ayah kau tahu tak tentang ni?"

"Entahlah tapi aku rasa di akan tahu sebab sistem perhubungan mereka sudah tentu telah di aktifkan tapi dekat dalam kapal angkasa ni ada 3 sahaja pesawat perjuang. Kalau tidak, kita semua boleh pergi bantu. Aku harap bantuan akan tiba tidak lama lagi sebab dengan 3 sahaja pesawat yang kita ada, aku tidak pasti mereka boleh mempertahankan kapal angkasa ini dengan musuh kita yang begitu ramai"

"Jangan risau maaa... Kapten Kaizo, Boboiboy dan Fang pasti dapat selamatkan kita semua. Mereka kan hebat-hebat" kata Ying. Faye tersenyum sedikit dan berharap mereka semua akan selamat seperti yang dikatakan oleh Ying tadi

"Tapi.. aku rasa kita semua dapat membantu mereka" Faye tersenyum sinis sambil keluarkan sesuatu dari poket jaket dia

------------------------------

"Lynna. Bangun.." Kiddi masih berusaha untuk bangunkan Lynna tetapi keadaan Lynna masih sama cuma kesihatan dia makin lama makin merosot. Muka Lynna semakin pucat dan semakin kurus. Rizu tidak tinggalkan Lynna semenjak hari pertama Lynna sakit, setiap hari dia duduk di situ dan menunggu Lynna bangun "Rizu pergilah berehat, abang boleh jaga dia"

"Tapi Pizu tak nak tinggalkan kakak Lynna. Pizu sayangkan kakak Lynna. Pizu tak nak kehilangan kakak Lynna. Pizu tak nak kakak Lynna pergi buat selama-lamanya. Pizu kena berikan semangat kepada kakak Lynna agar dia bangun. Kalau Pizu tiada di sini, nanti kakak Lynna akan hilang semangat"

"Abang tahu tapi Rizu nampak penat. Rizu kenalah berehat. Abang tak nak Rizu sakit pulak, nanti macam mana nak jaga kak Lynna" Kiddi berkata elok dengan Rizu "Rizu dengar cakap abang ok"

"Baiklah abang Kiddi tapi kalau kakak Lynna bangun, panggil Pizu ok" Rizu pegang tangan Lynna sebelum dia keluar dari bilik tersebut. Kiddi melihat wajah pucat Lynna, dia fikirkan, kalau keadaan Lynna semakin teruk. Dia akan bawa pulang Lynna ke dunia lain. Di situ mungkin fairy-fairy atau makhluk lain dapat sembuhkan Lynna

"Lynna.. kau kena bangun" Kiddi cuba lagi untuk bangunkan Lynna "Kau kena bangun dan berikan semangat kepada Kaizo. Aku tahu dia berada di angkasa lepas tapi aku juga tahu, kamu berdua mempunyai pertalian yang amat kuat. Aku tahu kau dengar kata-kata aku sekarang ni, jadi aku nak kau tabah. Aku tidak mahu melihat Lynna yang lemah, aku mahu Lynna yang dahulu. Lynna yang kuat. Aku mahu Lynna dahulu kembali dan berikan semangat kepada orang-orang yang kau sayang. Aku rindu dengan senyuman manis kau tapi kalau kau pergi dulu, kami semua akan rindu dengan senyuman kau tu. Jangan pergi dulu Lynna, anak kau Rifqi mahu ibunya" Kiddi belai rambut Lynna "Bangun Lynna.. bangun"

Rizu perhatikan Kiddi di muka pintu. Dia tidak pergi berehat kerana dia tidak mahu tinggalkan Lynna. Hati dia sedih dan sayu, dia sendiri tidak tahu buat apa "Apa abang Paizo dan abang Fang buat sekarang ini? Mereka sudah dapat selamatkan Rifqi ke?" bisik Rizu. Tiba-tiba sahaja satu cahaya telah keluar di gelang bunga berlian Lynna. Rizu berlari masuk "Kakak Lynna? Kenapa ni abang Kiddi?"

"Abang tak tahu" Kiddi bangun dan melihat pacaran cahaya di gelang Lynna. Ia masih lagi bersinar-sinar dan Lynna pula masih tidak lagi bangun "Apa yang terjadi ni?"

"Kakak Lynnaaaa! BANGUNNN!"

"Ka-Kai-Kaizo" Lynna memanggil nama Kaizo tetapi mata dia masih lagi tertutup "Aku... akan.. melindungi.. kau"

"Abang rasa, berlian gelang bunga itu ada kena mengena dengan kak Lynna dan abang Kaizo kamu. Bunga gelang itu terhasil sebab cinta sejati mereka dan abang rasa, bunga gelang itu seperti sedang menghubungkan perasaan mereka ketika kini masing-masing dalam bahaya"

"Jadi maksudnya abang Paizo dapat dengar suara kak Lynna sekarang ni?" tanya Rizu

"Mungkin juga" Kiddi melihat Lynna sudah berhenti bercakap dan cahaya gelang itu sudah pun hilang "Dan mungkin gelang bunga itu juga melindungi mereka berdua" Muka Lynna pucat tetapi gelang bunga itu melindungi Lynna dan Kaizo yang kini dalam bahaya. Sementara Kaizo di dalam pesawat perjuang dia, Kaizo terdengar suara Lynna

"Aku akan melindungi kau"

"Lynna?"

"Jangan mengalah Kaizo. Aku tahu kau boleh selamatkan Rifqi dan lindungi kita semua"

"Terima kasih Lynna. Aku akan tidak akan mengalah" kata Kaizo seorang diri di dalam pesawat itu. Dia memandu pesawat dia tanpa yang begitu bahaya tapi ini semua kerana ingin mempertahankan kapal angkasa pak cik dia. Kaizo menembak beberapa pesawat kecil milik Kapten Chaos supaya tidak menyerang kapal angkasa pak cik dia. Dia mengejar beberapa pesawat milik musuh dan lalu dia menembak pesawat itu sepuas hati dia

"Kaizo, hati-hati dekat luar tu" Kaizo terdengar suara pak cik dia dari sistem pertalian perhubungan mereka

"Baik" kata Kaizo sambil mengejar lagi pesawat musuh dia. Tiba-tiba datang pesawat musuh yang lain untuk menyerang Kaizo. Dia menggelakkan diri tetapi ada pesawat musuh yang lain pula datang mengejar dia. Kaizo tenangkan diri dan cuba untuk mencari jalan daripada dikejar oleh musuh dia. Kaizo pusing-pusingkan pesawat dia dan lalu di ruangan kecil kapal angkasa milik pak cik dia. Tiba-tiba sahaja muncul pesawat musuh di hadapan dia. Pesawat perjuang Kaizo telah dikepung tetapi bantuan datang untuk menolong Kaizo. Fang dan Boboiboy menembak musuh-musuh mereka

"Siapa tu?"

"Ini adiklah! Adik datang untuk menolong abang" kata Fang di sistem perhubungan mereka semua

"Dan juga Boboiboy!"

"Baiklah. Kamu berdua lindungi aku. Aku akan menyerang sesiapa yang dekat dengan kapal angkasa kita"

"BAIK!" kata Fang dan Boboiboy serentak. Fang di kiri abangnya dan Boboiboy berada di sebelah kanan. Mereka terbang bersama dan menyerang bersama. Makin ramai musuh mereka datang tetapi mereka bertiga tidak gentar dengan musuh-musuh mereka kerana mereka adalah pahlawan yang terhebat tapi jangan terlalu yakin sangat

"Fang! Hati-hati dekat sebelah kau!" jerit Boboiboy dekat sistem perhubungan. Fang pandang ketepi dan terus terbang ke atas. Dia terpaksa meninggalkan abang dia dan Boboiboy untuk menyerang musuh dia yang sedang mengejar dia "FANG! KAU OK KE?"

"Aku ok sahaja Boboiboy tapi dia tu memang cari nahas dengan aku" Fang memandu pesawat dia begitu cepat dan menggelakkan pesawat dia daripada terkena tembakan. Semasa dalam kejar mengejar itu, Fang ternampak sebuah kapal angkasa yang lain besar daripada kapal angkasa pak cik "Besarnya... ini gergasi kapal angkasa" Mata dia terkebil-kebil melihat kapal angkasa itu

"PANGGG! FOKUS KAN DIRI KAU! BUKANNYA PERGI LIHAT KAPAL ANGKASA KAPTEN TAK GUNA TU!" Menjerit abang dia

"Maaf abang!" Fang terus memecut dan lalu dia gunakan kuasa dia "PELINDUNG BAYANG!" Dia menutup pesawat dia dengan pelindung bayang dan lalu dia pusingkan pesawat dia. Fang tahu musuh dia sedang menembak pelindung bayang dia. Dia tersenyum sinis dan terus dia memecut ke hadapan sambil memberikan tembakan laser kepada musuh dia. Pesawat musuh dia meletup dan lalu hancur di situ "RASAKAN DARI AKU! PADAN MUKA KAU! SIAPA SURUH CARI NAHAS DENGAN AKU!"

"Wei wei, itu baru satu sahaja"

"Senyaplah kau Boboiboy!" kata Fang dengan nada marah dia "Isk! datang lagi dia orang" Fang tidak membuang masa, dan terus memecut pesawat perjuang dia. Ada tiga musuh sedang mengejar dia

"Pang! hati-hati! Jangan sampai abang kena pergi tolong kau pulak!"

"Jangan risaulah- ALAMAK!" Fang terpaksa memandu pesawat dia ke atas untuk menggelak pesawat dia di tembak

"Kenapa adik?"

"Abang pergi fokuskan diri masuk ke dalam kapal angkasa tak guna tu, biar adik uruskan musuh-musuh adik!" kata Fang sambil melihat di belakang pesawat dia

"Jangan risau abang Kaizo! KAMI TRIO HURU HARA DATANG UNTUK MEMBANTU SI LANDAK!" Suara Lily pula keluar dekat sistem perhubungan mereka. Fang terkejut dan nampak tiga orang gadis berhelmet putih sedang terbang dengan sayap besi mereka di ruang angkasa lepas. Lily menyerang pesawat musuh dengan tembakan laser dia. Dia juga turut di bantu oleh dua kawan baik dia iaitu Bella dan Faye

"Macam mana korang boleh ada pakaian tu?" tanya Fang

"Hehehee.. sebenarnya alat menukar pakaian Faye dapat menghasilkan pakaian serba berteknologi tinggi. Jadi Faye hasilkan pakaian angkasa lepas yang mempunyai sayap untuk membolehkan kami terbang di ruang angkasa" Faye lalu di depan pesawat Fang sambil kenyitkan mata dia. Baju Faye berwarna pink, manakala Bella pula berwarna hijau dan Lily berwarna biru

"Kami pun ada juga di sini!" timbul suara Yaya "Fang! aku, Boboiboy, Ying dan Gopal akan bantu abang kau untuk masuk ke dalam kapal angkasa Kapten Chaos. Kau pula cuba mempertahankan kapal angkasa pak cik kau. Bantuan akan sampai tidak lama lagi. Selamat berjaya Fang"

"Sama-sama Yaya" kata Fang "Baiklah. Trio Huru Hara, korang terbang di sekeliling aku dan kita hapuskan musuh-musuh tak guna ni. Bella, kau lindungi aku dari belakang!"

"Baiklah Pang. RASAKAN LASER BERAPI BELLAAAA!" Bella berpusing-pusing untuk menembak musuh mereka dari belakang. Dia dengan gerak geri begitu pantas, dapat mengalahkan musuh mereka dengan begitu mudah sekali

"Lily dan Faye! Korang lindungi dari tepi" kata Fang lagi

"YEAHHHHH!" menjerit Lily dengan gembiranya

"Woi! Jangan terlalu gembira sangat boleh tak. Benda ni benda serius"

"Maaf landak.. hehehee" Lily tergelak sedikit dan terus dia terbang di atas pesawat Fang. Manakala Kaizo pula, dia di bantu oleh Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Mereka melintasi musuh-musuh mereka dengan begitu mudah. Ying menggunakan kuasa slow mo dia dan terus menyerang musuh-musuh mereka dengan tembakan laser. Gopal sempat lagi menukar pesawat musuh dia menjadi makanan

"Abang Kaizo! kita sudah semakin dekat. Abang Kaizo nak kami masuk sekali ke?" tanya Boboiboy

"Tak perlu. Kau pergi bantu adik aku dan aku akan kalahkan Kapten Chaos dan dapatkan Rifqi semula"

"Baik abang Kaizo" Boboiboy menyerang beberapa pesawat musuh yang adai di depan mereka "Apasal lah aku rasa aku macam berada di dalam movie Star Wars" bisik Boboiboy Kaizo lajukan pesawat dia dan terus dia masuk ke dalam kapal angkasa milik Kapten Chaos. Dia mendarat dengan selamat tetapi pesawat dia telah di kepung oleh musuh-musuh. Mereka semua menghalakan pistol mereka ke arah pesawat Kaizo. Yaya dan Ying terbang masuk dan menyerang musuh-musuh itu

"KUASA SLOW MO!"

"TUMBUKAN PADU!" Yaya menumbuk beberapa musuh di situ yang bergerak secara perlahan. Kaizo keluar dari pesawat kecilnya dan terus pergi mencari Rifqi. Kapten Chaos telah diberi tahu tentang Kaizo sedang menuju ke arah dia

"Nampaknya ayah kamu dalam perjalanan ke sini tapi jangan risau, aku akan hapuskan dia dengan menggunakan kuasa ibu kau sendiri" kata Kapten Chaos kepada Rifqi yang sedang menghisap mainannya "Kaizo tak kan dapat anak dia balik" Dia tergelak sinis di situ. Dia pegang crystal putih yang dibuat seperti rantai dia sendiri "Mari ke sini Kaizo, aku akan hapuskan kau.. HAHAHAHAHAAA!"

"Hapuskan dia Kapten" kata Hypnos. Mereka melihat skrin CCTV untuk perhatikan Kaizo berada di mana sekarang ini. Kaki Kaizo masih lagi dalam kesakitan tetapi dia endahkan sahaja kesakitan itu. Dia teruskan berjalan dan bertembung dengan beberapa orang pengawal musuh di dalam kapal angkasa itu. Dia berjaya tumpaskan pengawal-pengawal itu dan terus berjalan lagi. Kaizo mengintai-intai di setiap bilik dan cari dimana Rifqi berada sekarang sehinggalah dia jumpa Hypnos

"Kapten Kaizo memang hebat. Kapal terbang sudah terhempas pun, masih lagi boleh sampai ke sini" kata Hypnos

"Kau jangan nak bermain dengan aku. MANA ANAK AKU?" Hypnos tersenyum sinis sahaja

"Dia selamat tapi kau perlu berlawan dengan aku jika kau mahu teruskan perjalanan kau" Hypnos keluarkan pedang dia untuk bersiap sedia berlawan dengan Kaizo "Kau tak kan berjaya Kaizo. Aku akan tamatkan riwayat kau di sini sebelum kau dapat berlawan dengan kapten aku"

"Dia tak kan berlawan seorang sahaja" muncul Fang di sebelah Kaizo "Kau ingat kau dapat kalahkan abang aku. Abang aku alien yang terkuat di alam semestar!"

"Pang! Apa kau buat dekat sini?"

"Maaf abang. Adik tak kan biarkan abang keseorangan. Lagipun bantuan sudah pun tiba dan adik terus ke sini untuk membantu abang" Kaizo tersenyum kepada adiknya. Lalu adik beradik alien itu bergabung untuk hapuskan Hypnos tetapi Hypnos terus larikan diri dari situ "Dia larikan diri!" Fang terus mengejar Hypnos tetapi Kaizo terpaksa berlari begitu perlahan kerana kesakitan di kakinya

"Adik pergi kejar dia, abang akan berada di belakang adik" Fang tidak membantah, dia teruskan berlari. Kaizo berlari sehingga dia tidak nampak adiknya berlari begitu pantas. Dia menahan kesakitan dia dan dia tidak berhenti mengejar Hypnos walaupun musuh dia sudah lari jauh daripada dia

"Kaizo, aku yakin dengan diri kau"

Kaizo terdengar lagi suara Lynna. Dia semangat dia berkobar-kobar, dia abaikan kesakitan itu dan dia memecutkan larian dia. Makin lama dia semakin hampir dengan adiknya, sehinggalah mereka berhenti berlari kerana mereka sudah pun berada di dalam sebuah bilik yang begitu luas. Di situ terdapat pelbagai alat kawalan dan juga skrin-skrin yang begitu banyak. Kapten Chaos pusingkan kerusinya dan terus dia tergelak sinis

"Sampai juga akhirnya kau"

"Baik kau pulangkan Rifqi kepada aku, sebelum aku hapuskan kau" kata Kaizo dengan nada marah dia. Tangan kanan dia sudah bersiap sedia untuk mengeluarkan pedang tenaga dia

"Hahahaha.. kalau kau nak dia, marilah berlawan dengan aku"

"Abang aku tak kan keseorangan dalam pertarungan dia. Aku dan abang aku akan hapuskan kau" kata Fang dengan penuh keyakinan. Kuasa bayang dia sudah mulai keluar di kedua belah tangannya. Kapten Chaos dengan serta merta menyerang mereka dengan kuasa api ungu Lynna. Dia semburkan api berwarna ungu ke arah mereka. Belum sempat Kaizo hendak melindungi diri dia dengan dinding tenaga, sebuah kubah berwarna ungu tercipta di sekeliling dia

"Kuasa siapa ni?" tanya Fang

"Abang rasa, ini kuasa Lynna sedang melindungi kita kerana abang asyik terdengar suara dia"

"Jadi dia melindungi kita dari jauh?" Kaizo angguk dan terus dia lompat untuk menyerang Kapten Chaos "Baiklah, demi kak Lynna. Aku akan hapuskan kapten tu. TUSUKAN BAYANGGG!" Mereka bertiga bertembung di udara. Kapten Chaos berlawan dengan dua alien adik beradik. Serangan demi serangan yang diterima oleh Kaizo dan Fang. Kaizo melibas pedang tenaganya supaya bebola api ungu tidak terkena dia. Kaizo dan Fang mendarat di atas lantai kapal angkasa bersama

"Macam mana ni abang, dia terlampau kuat sangat"

"Kita kena rampas kuasa kak Lynna dari dia. Tanpa kuasa itu, dia akan menjadi lemah" kata Kaizo. Kapten Chaos tergelak di udara bilik kawalan itu

"Kalau macam tu, adik akan cuba mengambil crystal putih itu"

"Baik tapi hati-hati" Fang angguk dan terus mereka menyerang lagi "HARIMAU BAYANG! SERANG DIA!"

"PEDANG TENAGA!" Kapten Chaos terbang untuk elakkan dirinya. Fang terus keluarkan helang bayang dia pula untuk menyerang dari udara

"HELANG BAYANG! TUSUKAN JARI BAYANG!"

"PANG! HATI-HATI" Kaizo memberi amaran kepada adiknya kerana Kapten Chaos menyerang mereka dengan bebola api. Tusukan jari bayang Fang dapat musnahkan beberapa bebola api. Di dalam kelam kabut itu, Fang terbang dengan helang bayang untuk menuju ke sasaran dia iaitu crystal putih itu. Dia tidak akan mengalah, dia akan dapatkan crystal itu

"TANGAN BAYANGGG!"

Kaizo melompat untuk mengalihkan permandangan Kapten Chaos supaya adiknya dapat mengambil crystal putih itu "TOLAKAN TENAGA!" Kapten Chaos terpelanting dan Fang mengarah tangan bayangnya mengambil crystal putih itu. Tangan bayang tersebut putuskan rantai itu dan lalu Fang mengambil crystal itu. Kapten Chaos terjatuh di tepi mesin kawalan. Baru dia sedar crystal putihnya telah berjaya di ambil oleh Fang

"Hah! Kau akan kalah nanti" kata Fang dengan berlagaknya. Kaizo mendarat di depan Kapten Chaos

"Kau sudah tiada kuasa. Baik kau mengaku kalah sahaja" Tetapi Kapten Chaos tergelak sahaja. Kaizo begitu geram sekali dengan gelakan Kapten Chaos

"Kau ingat kau sudah menang tapi kau masih belum jumpa lagi anak kesayangan kau tu.. HAHAHAHAHAAAA!"

"SIAPA KATA DIA TAK JUMPA!" Kaizo dan Fang melihat belakang mereka dan nampak Faye sedang mendukung Rifqi. Lily dan Bella ada di situ juga dengan wajah keceriaan mereka. Hypnos telah dikalahkan oleh pasukan Trio Huru-Hara dan sekarang tangan dia telah di gari dan ditangkap oleh ayah Faye sendiri. Kapten Chaos menjadi cemas kerana dia sudah kalah. Lalu dia bangun untuk larikan diri tetapi dinding bilik kawalan itu dimusnahkan dari luar. Pesawat Boboiboy telah musnahkan olehnya. Yaya, Ying dan Gopal terbang masuk ke dalam bilik itu. Kapten Chaos dikepung oleh mereka semua. Kaizo berjalan menghampiri Kapten Chaos

"Kau sudah pun kalah. Kau tidak boleh lari ke mana lagi.. TETAKAN TENAGA!" Kaizo tidak hapuskan Kapten Chaos tetapi dia diserahkan kepada ayah Faye. Tangan dia di gari seperti Hypnos. Ayah Faye akan membawa mereka berdua ke penjara alien dan dia juga menghantar mereka semua pulang ke bumi dengan sepantas kilat. Sekarang Kaizo perlu pergi selamatkan Lynna yang masih lagi belum bangun

-------------------------------

"Abang Kiddi.. badan kak Lynna sejuk"

"Abang tahu Rizu tapi abang tidak boleh buat apa. Abang cuma berharap mereka sampai ke sini secepat mungkin" Kiddi tiada kuasa untuk pulihkan kesihatan Lynna. Dia menghela nafas sambil melihat kawan baik dia terbaring di atas katil

"Abang bawalah kakak Lynna pergi ke hospital. Kita tidak boleh duduk di sini sahaja abang Kiddi. Nanti kita kehilangan dia macam mana? Nanti abang Kiddi juga yang akan menyesal dan abang Paizo yang akan merana nanti. Pizu tak naklah abang Kiddi salahkan diri sendiri sepanjang hidup abang Kiddi" Kiddi terpaksa angkur dengan kata-kata Rizu. Dia setuju, dia perlu bawa Lynna pergi ke hospital tetapi sebelum dia angkat, pintu bilik Lynna terbuka

"ABANG PAIZO!" Rizu gembira melihat Kaizo tiba di situ dengan Rifqi. Kaizo cepat-cepat pergi ke katil Lynna

"Lynna, bangun.. Rifqi sudah pulang" Kaizo tunjuk Rifqi di hadapan wajah Lynna tetapi Lynna tidak bangun. Kiddi merasa nadi Lynna dan dia berubah menjadi sedih "Kenapa? Apa yang sudah berlaku? Kau jangan cakap aku sudah kehilangan Lynna" Kiddi tidak berkata apa. Fang yang baru sahaja muncul di muka pintu, nampak perubahan di wajah abangnya "Lynna.. jangan tinggalkan aku dan Rifqi" Rifqi yang masih bayi lagi, dia tergelak tersenyum di situ sambil melihat ibunya. Rizu menangis di situ. Fang masuk ke dalam bilik dan terus pegang tangan sejuk Lynna

"Kak Lynna" Fang memanggil kakak ipar dia dengan suara perlahan dia. Kaizo membawa Rifqi dekat dengan tangan Lynna dan lalu Rifqi mencapai salah satu jari Lynna. Rifqi tersenyum dan lalu satu pancaran cahaya mengalir keluar dari badan Rifqi dan terus ke badan Lynna "Eh, apa yang berlaku ni?"

Kiddi terus tersenyum kerana dia sudah tahu apa kuasa Rifqi yang sebenarnya "Nampaknya Rifqi mempunyai kuasa healer. Kuasa yang dapat pulihkan seseorang" Mereka semua melihat wajah pucat Lynna semakin lama semakin kembali kepada normal. Cahaya dari Rifqi terus hilang, Rizu cepat-cepat mengesat air matanya

"Lynna?" Kaizo usik sedikit bahu Lynna

"Kak Lynna?" panggil Fang. Perlahan-perlahan Lynna membuka matanya, hati Kaizo menjadi gembira apabila melihat Lynna membuka matanya "Kak Lynna!" Fang dan Rizu terus memeluk Lynna "Kak Lynna selamat, kak Lynna tak tinggalkan kami" Tangan Lynna terangkat lemah dan lalu membelai kepala Fang

"Terima kasih kerana tidak putus harapan" suara Lynna begitu lemah sekali

"Tapi kak Lynna jangan buat begitu dekat kita orang lagi" kata Fang di dalam dakapan Lynna

"Maaf sebab akak buat kamu semua risau. Maafkan akak. Akak cuma fikirkan tentang Rifqi sahaja dan lupa tentang kamu semua dan juga tentang kesihatan Rifqi" Air mata Lynna mengalir keluar "Maafkan akak"

"Kau tidak perlu sedih Lynna. Tadi semasa aku dalam misi selamatkan Rifqi, aku terdengar suara kau"

"Aku sebenarnya tidak henti-henti menjerit nama kau dan juga Rifqi" Fang dan Rizu bangun dan berikan laluan kepada abang dia untuk menyerahkan Rifqi kepada Lynna "Rifqi, ibu rindukan kamu. Kau kembali dengan selamat, Rifqi" Lynna mendukung bayinya dengan hati gembira. Lynna tersenyum menangis melihat anaknya. Rindu dia kepada Rifqi, akhirnya terubat

Boboiboy, Gopal, Yaya, Ying, Bella, Lily, Faye dan juga Ochobot, melihat Lynna bermanja-manja dengan Rifqi. Mereka turut menangis sedikit kerana Rifqi sudah pulang ke pangkuan ibunya. Kaizo berharap tiada lagi ancaman musuh selepas ini

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top