Misi

Lynna tersenyum apabila dia terbau aroma harum chocolate menusuk ke dalam hidungnya. Dia melihat Tok Aba membuat air Hot Chocolate Special dengan begitu tekun sekali. Ochobot pula sedang mengelap cawan-cawan yang baru sahaja siap di basuh

"Saya tidak pernah nampak awak di sini sebelum ni" tanya Ochobot

"Ini pertama kali saya jejak ke Pulau Rintis. Saya datang ke sini pun sebab kawan saya yang ajak saya datang ke rumah dia di sini"

"Hah, kalau macam tu.. biar atuk sediakan makanan yang special untuk kamu" Tok Aba berikan Hot Chocolate Special kepada Lynna "Atuk buatkan cekodok chocolate untuk kamu"

"Terima kasih atuk" kata Lynna sambil mengambil bau air Hot Chocolate Special. Lalu dia merasa sedikit air itu dan terus dia suka

"Atuk, bagi saya air kosong satu" Lynna pandang ke tepi dan nampak seseorang yang berwajah seperti orang jepun tapi mata dia merah. Lynna hanya berikan senyuman kepada lelaki itu dan terus dia sambung menghirup air Hot Chocolate Special itu

"Baru balik dari senaman ke, Kaizo?" tanya Tok Aba. Kaizo menoleh sedikit dan lalu dia ternampak Lynna sedang menikmati air Hot Chocolate itu

"Hah Kaizo, apa kata kau berborak dan berkenalan dengan dia. Atuk nampak dia sebaya sahaja dengan kamu, Kaizo"

"Eh, tak perlu lah atuk. Saya dekat sini pun untuk beberapa hari sahaja. Lusa nanti saya sudah kena balik dah" kata Lynna. Lalu dia tersengih kepada Kaizo yang bermuka serius itu. Kaizo perhatikan muka Lynna lama-lama "Ke-kenapa? Ada sesuatu ke dekat muka saya?" Kaizo rasa dia pernah nampak muka Lynna tapi di mana, fikir Kaizo

"Tak tapi aku macam pernah nampak muka kau" kata Kaizo

"Saya? dekat mana? mungkin ada orang lain kot yang muka sama macam saya"

"Mungkin" Kaizo terus mengambil air kosongnya yang telah diberikan oleh Tok Aba "Nama saya Kaizo"

"Saya tahu sebab atuk panggil kamu Kaizo tadi. Saya pula Lynna, salam berkenalan tapi kamu ni orang jepun ke? Fasih betul kamu bercakap dalam bahasa melayu"

"Dia ni bukan orang jepun" tiba-tiba Ochobot menyibuk

"Aku sebenarnya alien, berasal dari planet lain. Aku tinggal di sini sebab ingin bersama dengan adik aku kerana aku pergi tinggalkan dia duduk di bumi ini seorang diri" Kaizo ternampak Lynna ketawa sedikit "Kenapa? Ada sesuatu yang lucu ke?"

"Takdelah" Lynna berhenti ketawa "Kalau betul kamu ni alien, saya tak sangka pula dapat berkenalan dengan alien"

"Dia memang alien pun" Ochobot menyibuk lagi

"Baiklah alien yang bernama Kaizo, saya percaya kata-kata kamu tadi. Jadi awak tinggalkan adik awak duduk di bumi seorang diri kenapa? Mana ibubapa awak dan adik awak?" tanya Lynna

"Sebenarnya ibubapa aku sudah lama meninggal dunia. Kini hanya tinggal aku dan adik aku sahaja. Aku tinggalkan dia di sini sebab aku ingin dia jalankan misi dia iaitu merampas jam-jam kuasa kawan dia tapi akhirnya, kawan-kawan dia dapat buktikan kepada aku yang mereka dapat menggunakan jam-jam kuasa itu dengan sempurna. Selepas itu dia tidak mengikut aku dengan misi-misi yang lain. Aku benarkan dia tinggal di bumi untuk menjaga power sphera dan juga bumi ini bersama kawan-kawan dia" Lalu Kaizo bercerita lagi "Tapi selepas itu, adik aku diculik oleh musuh lama aku"

"Maaf saya tidak tahu ibubapa sudah lama tiada" kata Lynna secara perlahan

"Takpe, kau tidak tahu" Lynna senyum sedikit tetapi dia tidak melihat Kaizo kerana dia rasa bersalah

"Adik kau diculik sebelum ini? Siapa musuh kau yang culik adik kau tu?" tanya Lynna untuk menukar perbualan topik mereka. Dia sebenarnya tertarik dengan cerita Kaizo

"Dia adalah seseorang yang telah membunuh ibubapa aku" Kaizo menggenggam tangannya "Dia adalah Ratu Lily. Dia yang culik adik aku dan aku terpaksa pergi ke sini semula untuk selamatkan dia. Sebenarnya aku menyesal juga benarkan dia duduk di sini tapi aku rasa kasihan melihat adik aku terpaksa tinggalkan kawan-kawan dia. Lagipun mereka yang temankan dia semasa dia dalam kesunyian"

"Baguslah kamu benarkan. Kalau tidak, tak mungkin kita dapat bertemu di sini.. hehehe" Lynna tergelak sedikit tetapi wajah Kaizo tetap serius sahaja "Maaf.. saya bergurau sahaja" Lynna terus pandang kearah cawan dia. Dia takut dia ada tersinggung hati Kaizo

"Takpe, lagipun aku sudah lama tidak meluangkan masa bersama adik aku. Dulu aku selalu abaikan dia. Aku sering terlupakan dia dan sekarang ini, aku ingin tebus balik kesalahan aku terhadap dia tapi aku tidak akan lupakan tentang misi aku"

"Apa misi kau? Maaf aku banyak sangat bertanya" Kaizo gelengkan kepala

"Tak, aku tak kisah kalau kau ingin bertanya" Lynna terus tersenyum kepada Kaizo "Misi aku adalah untuk menyelamat dan melindungi Sphera Kuasa. Sphera Kuasa itu mempunyai kuasa-kuasa yang amat dasyat dan sangat dikehendaki oleh alien-alien di galaxy"

"Jadi, kau juga mempunyai kuasa?"

"Yea.. aku dan adik aku mempunyai jam kuasa tapi kuasa kami adalah berlainan. Kuasa aku adalah manupulasi tenaga dan adik aku pula adalah manupulasi bayang. Aku kagum dengan adik aku, dia dapat menggunakan kuasa bayang dia dengan cukup baik tapi dia masih lagi memerlukan latihan yang secukupnya" kata Kaizo sambil melihat Tok Aba meletakkan semangkuk cekodok chocolate di atas meja kaunter

"Makanlah yea, kamu kongsilah bersama"

"Terima kasih atuk" Lynna mengambil sebijik cekodok chocolate itu dan lalu makan "Sedap atuk buat"

"Makan puas-puas.. kalau nak lagi, bagitahu dekat atuk" Tok Aba rasa senang hati melihat Lynna menikmati cekodok chocolate itu

"Kau suka dengan cekodok chocolate ni?" tanya Kaizo

"Suka! Sedap dan kelazatan dia tidak terhingga" Tiba-tiba sahaja Kaizo tersenyum apabila dia melihat gelagat Lynna menikmati cekodok chocolate itu "Kau makanlah sekali" Dia menolak mangkuk itu kearah Kaizo tetapi Kaizo gelengkan kepala

"Kau makan ajelah sebab kau terlampau suka sangat"

"Betul ni? Baiklah, aku akan makan sampai habis tapi kau jangan menyesal pulak" Lynna cuba untuk suapkan sebijik cekodok chocolate kepada Kaizo tetapi Kaizo menolak. Tok Aba dan Ochobot melihat gelagat mereka berdua. Mereka tidak tahu ia akan bertukar menjadi kawan atau sesuatu yang lebih daripada kawan pada hari kelak nanti "Kau memang sentiasa dengan muka serius ke?"

"Aku sudah terbiasa dan ada sebabnya kenapa aku tidak lagi seperti dulu"

"Kau berubah demi adik kau? Betul tak tekaan aku" Kaizo angguk dan lalu Lynna sambung lagi bercakap "Kau berubah demi keselamatan dia tapi disebabkan kau terlampau leka sangat dengan misi kau, kau terlupa tentang dia dan sekarang ini, kau mahu tebus balik kesalahan kau. Kau memang seorang abang yang baik, Kau memang sayangkan dia"

"Yea, aku memang sayangkan dia. Dialah satu-satunya adik aku. Nama dia Fang dan dia masih kecil lagi, umur dia baru 11 tahun tetapi dia tu, kecik-kecik lagi sudah pandai nak berpanas baran dan juga seorang yang nakal. Tapi... dia juga seorang yang bijak, rajin, pandai menjaga kebersihan dan juga masak"

"Aku seperti mahu berjumpa dengan adik kau pula. Mesti dia comel" Lalu Lynna terbayangkan bagaimana rupa adik Kaizo. Mesti seseorang yang comel dan kacak seperti abang dia

"Nanti kalau kita ada masa, aku akan bawa kau berjumpa dengan dia. Mungkin esok?"

"Esok aku masih ada lagi di sini. Aku boleh berjumpa dengan kau lagi di sini tapi aku dengar dekat bandar ada festival pada malam esok, kita boleh berjalan-jalan di festinal itu nanti. Itu pun kalau kau nak, aku tidak memaksa" kata Lynna

"Hmm.. boleh juga" Kaizo setuju untuk berjumpa dengan Lynna esok

"Ceritalah lagi tentang adik kau dan misi kau lagi. Aku rasa sangat teruja pula" Lalu Kaizo sambung balik kisah-kisah dia dengan misi-misi dia sebelum ini. Lynna tidak henti-henti mendengar cerita dari Kaizo. Tok Aba dan Ochobot tersenyum melihat kemesraan mereka berdua. Walaupun mereka baru sahaja kenal tetapi mereka berdua seperti sudah lama kenal dan dari situlah kisah mereka berdua bermula

---------------------------

"Kak Lynna, makanlah" Fang cuba untuk suapkan Lynna makan bubur tetapi Lynna hanya terbaring sahaja di atas katil. Wajah kemurungan Lynna menyebabkan Fang rasa risau sangat "Kak Lynna.. adik ada masak bubur untuk kak Lynna. Kak Lynna makanlah, adik tak nak kak Lynna jatuh sakit nanti" Tetapi Fang hanya nampak air mata Lynna mengalir keluar. Lynna rasa sangat rindu dan risau tentang Rifqi dan Kaizo pula belum jumpai lagi di mana Kapten Chaos bawa lari anak mereka. Sudah dua hari Lynna menunggu kepulangan Kaizo dan Rifqi dan dia tidak menerima sebarang berita daripada Kaizo. Akhirnya Fang mengalah, dia letak semangkuk bubur itu di atas sebuah meja kecil "Kak Lynna makan tau" Lalu Fang tinggalkan bilik itu dan biarkan Lynna keseorangan. Yaya dan Ying ada di luar bilik, mereka juga risau tentang Lynna

"Macam mana?" tanya Yaya. Fang gelengkan kepala dengan perasaan sedih dia

"Haiyaa.. macam mana mahu pujuk kak Lynna. Kita sudah pujuk dia tapi dia tidak mahu makan juga"

"Entahlah Ying tapi kita tidak boleh memaksa dia. Hati kak Lynna tengah kesedihan sekarang ini. Aku cuma takut kalau kak Lynna akan meroyan di dalam bilik tu sebab Rifqi" kata Yaya

"Takpelah, korang sudah pun bantu aku. Terima kasih Yaya, terima kasih Ying" Fang turun ke bawah dengan hati dan perasaan sedih dia. Yaya dan Ying melihat Fang turun dari tangga dengan begitu perlahan sekali. Mereka perlu buat sesuatu untuk memujuk Lynna dan juga untuk menolong Fang supaya bebanan tanggungjawab dia menjadi ringan sedikit. Yaya dan Ying terpaksa menghubungi rakan mereka yang lain untuk membantu Fang

"Apa rancangan kau, Yaya?" tanya Ying

"Kita minta bantuan mereka untuk kembalikan semangat kak Lynna" kata Yaya. Dia berdiri di muka pintu sambil melihat Lynna terbaring di atas katil. Bubur tadi tidak terusik oleh Lynna "Aku nak kak Lynna kembali seperti dulu. Kak Lynna yang kuat dan tabah sebelum ini tapi sekarang, dia seperti seseorang yang sudah putus harapan"

"Aku faham perasaan kau Yaya tapi Rifqi kena culik, kuasa kak Lynna tiada, Kapten Kaizo pula.. kita sendiri tidak tahu di mana dia sekarang. Langsung tiada berita dari dia dan kak Lynna... sudah hilang semangat dia. Fang pula, sudah tidak tahu hendak buat apa. Dia sendiri tidak boleh jaga kak Lynna. Aku cuma takut kebahagian mereka sampai di sini sahaja" Yaya angguk dengan kata-kata Ying tadi

"Tapi kita jangan berputus asa. Aku pasti, kebahagian mereka tidak berhenti di sini sahaja" kata Yaya. Lalu mereka berdua turun dari tingkat atas dan terus ke ruang tamu. Mereka nampak Fang dalam kelihatan putus asa "Fang, aku dan Ying ada hubungi kawan-kawan kita semua tadi. Mungkin salah satu daripada kita dapat bantu kak Lynna. Kau pun jangan putus asa, kak Lynna perlukan sokongan dan semangat sekarang ini. Lebih-lebih lagi dari kau"

"Ha ah, betul kata Yaya. Jangan bersedihan sangat maaa... kalau kau sedih, nanti tiada siapa mahu naikkan semangat kak Lynna. Nanti semua orang akan susah hati"

"Terima kasih korang" Fang tersenyum melihat Yaya dan Ying "Tapi korang nak tolong kak Lynna macam mana?"

"Hmm.. entahlah tapi kita kenalah cuba daripada duduk dan melihat sahaja. Kau pun kena bantu kita orang juga. Hiburkan hati dia, tenangkan dia dan paling penting sekali, jangan putus dan banyakkan berdoa agar Rifqi dan Kapten Kaizo selamat. Semoga mereka pulang dalam keadaan selamat" kata Yaya. Fang angguk dan tidak berkata apa lagi. Dia sangat bersyukur kerana dapat kawan-kawan yang sudi menolong dia yang dalam kesusahan sekarang ini. Sementara mereka menunggu kawan mereka yang lain sampai, Yaya dan Ying pergi sediakan makanan dan minuman untuk kawan-kawan mereka yang lain. Fang pula, dia dipaksa untuk berehat sahaja kerana mereka tahu, dia terlampau penat sekarang ini

10 minit kemudian..

Boboiboy, Gopal, Ochobot, Bella, Lily, Faye dan juga Rizu, sudah pun tiba di rumah Fang. Semuanya berkumpul di ruang tamu dan berbincang apa yang mereka perlu lakukan. Selepas itu, satu per satu naik ke atas dan masuk ke dalam bilik Lynna, untuk memujuk dan naikkan semangat Lynna. Boboiboy dan Ochobot menjadi orang pertama yang pergi dulu. Dia cuba berikan kata-kata semangat tetapi Lynna masih lagi seperti biasa. Dia cuba untuk memujuk Lynna makan tetapi tidak berjaya. Seterusnya Gopal pula. Dia menggunakan kuasa dia untuk hiburkan hati Lynna yang sudah parah itu tetapi tidak berjaya juga. Bella dan Lily pula selepas itu. Faye tidak dapat nak sertai mereka kerana dia dapat panggilan daripada ayah dia. Mereka berdua ceritakan tentang kisah-kisah lucu si Fang semasa dia buat nakal di sekolah tetapi Lynna seperti tidak senyum ataupun gelak dengan kisah lucu mereka. Lily cuba buat perkara pelik-pelik kepada Lynna tetapi gagal. Yaya dan Ying masuk bersama dan mereka cuba untuk memaksa Lynna makan. Mereka siap ada buatkan teh hijau untuk Lynna tetapi Lynna tidak mahu minum. Mereka putus asa dan kini giliran Rizu pula

"Kakak Lynna.. ini Pizu" Rizu datang dengan anak-anak kucing dia "Tengoklah anak kucing Pizu. Comelkan? Nama dia orang ialah Fifi dan Fofo" Lynna melihat anak-anak kucing yang sedang bermeow meow itu. Lynna menangis dan teringatkan tentang Rifqi "Kakak Lynna jangan menangis, nanti anak-anak kucing ni pun menangis juga. Kalau kakak Lynna nak tahu, Pizu jumpa anak-anak kucing ini dekat tepi jalan. Dia orang tiada ibu, jadi Pizu ambik dia orang. Kasihan dia orang kelaparan dan tiada tempat untuk berteduh"

"Rifqi..." Akhirnya Lynna bersuara "Rifqi..." Lynna belai kepala anak kucing yang bernama Fifi itu. Rizu boleh nampak air mata Lynna mengalir keluar "Ibu rindukan Rifqi.."

"Kakak Lynna bersabar ok. Abang Paizo sedang cuba selamatkan baby Rifqi" Lynna terus menangis lagi. Fang muncul di muka pintu dengan guitar dia

"Rizu.." panggil Fang

"Abang Fang" Fang masuk ke dalam "Pizu buat kakak Lynna tambah sedih"

"Rizu duduk dekat luar, biar abang pula pujuk kak Lynna" Rizu angguk dan lalu dia letakkan dua anak kucing itu di atas katil

"Kakak Lynna mainlah dengan anak kucing ni ok" Rizu terus keluar dari bilik tersebut. Fang melihat bubur tadi. Lynna masih lagi tidak sentuh bubur itu

"Kak Lynna makanlah. Adik buatkan untuk kak Lynna atau kak Lynna nak makan benda lain? Adik boleh buatkan sandwich buah untuk kak Lynna" Lynna tidak berkata apa, tangan dia asyik membelai kepala anak kucing itu "Kak Lynna, janganlah diam sahaja"

"Fang.." Fang melihat di pintu dan nampak Kiddi

"Eh, abang Kiddi buat apa dekat sini?"

"Fang, biar abang cakap dengan Lynna sekejap. Fang duduk dekat luar ok" Fang tinggalkan guitar dia di tepi katil dan terus duduk di luar bilik. Dia tidak mahu pergi ke ruang tamu kerana dia ingin dengar percakapan Kiddi. Dia bersandar di tepi pintu bilik "Lynna, ini aku. Aku datang ke sini untuk menolong kau. Kau kena kuatkan semangat kau. Kau tidak boleh lemah. Kalau kau lemah, kau akan sakit nanti. Aku sebenarnya tidak pernah melihat kau kelihatan seperti ini, seperti orang sudah putus harapan. Kau tidak pernah berputus asa, kau selalu bangkit tapi kali ini, kau nampak berubah. Kenapa Lynna? Beritahu aku, aku mungkin dapat bantu kau"

"Aku nak Rifqi.. aku rindukan dia.. aku nak Rifqi. Tolong aku, Kiddi" Fang terdengar suara Lynna. Lalu dia mengintai sedikit "Kenapa lama sangat Kaizo nak dapatkan balik Rifqi. Mana dia? Mana Kaizo dan Rifqi" Lynna terduduk sambil menangis di hadapan Kiddi "Aku sudah tiada kuasa. Aku tidak dapat menolong Kaizo untuk selamatkan Rifqi. Ini semua salah aku kerana aku gagal melindungi Rifqi. Aku gagal.. aku gagal.. maafkan ibu, Rifqi. Maafkan ibu, Rifqi. RIFQI! RIFQI!" Lynna mulai meracau. Fang cepat-cepat masuk ke dalam bilik

"Kak Lynna! Sabar kak Lynna. Ini bukan salah kak Lynna"

"Tak.. ini semua salah akak" Pemikiran Lynna sudah tidak menentu "RIFQI! IBU NAK RIFQI!" jeritan Lynna tadi, menyebabkan ramai yang berkumpul di pintu bilik Lynna. Mereka melihat Lynna menjerit-jerit nama anaknya

"Abang Kiddi, buatlah sesuatu" kata Fang

"Lynna.. maafkan aku" Kiddi terpaksa tidurkan Lynna dengan menggunakan kuasa dia. Akhirnya Lynna redah di atas katil itu dan lalu tertidur "Fang, abang terpaksa tidurkan dia. Kalau tidak, dia akan meracau-racau mencari Rifqi. Saya risau kalau Kaizo masih lagi belum jumpai Rifqi dan saya juga risau kalau kesihatan Lynna akan merosot"

"Ermmm.. boleh Faye cakap sesuatu?" Faye masuk ke dalam bilik tersebut

"Kenapa Faye?" tanya Fang

"Sebenarnya.. ada sesuatu terjadi dekat abang Kaizo"

"Abang aku? Kenapa dengan dia?" Fang mulai risau. Faye tidak tahu bagaimana untuk sampaikan berita buruk kepada Fang "Faye, kenapa? Apa terjadi dekat abang aku?"

"Sebenarnya tadi Faye terima panggilan daripada ayah aku. Dia cakap kapal angkasa abang kamu terhempas akibat diserang oleh pesawat-pesawat perjuang Kapten Chaos" kata Faye. Fang tergaman, seperti juga yang lain "Kalau kak Lynna tahu, dia mesti akan lebih sedih"

"Abang ok ke?" tanya Fang

"Dia ok, ayah aku yang pergi bantu dia tapi sekarang ini, abang kau ada dekat rumah atuk dan nenek kita. Ayah aku kata, abang kau perlukan masa untuk pulih" Faye boleh nampak Fang menggenggamkan tangan dia "Fang, aku tahu kau tengah marah sekarang ini tapi kita semua mahu bantu abang Kaizo dan kak Lynna. Kita semua mahu melihat mereka bahagia balik. Jadi, kau jangan ikut dengan emosi marah kau"

"Fang, betul kata Faye. Kita semua mahu pergi bantu kau. Biar kami semua hapuskan Kapten Chaos. Ini semua demi abang Kaizo, kak Lynna dan juga Rifqi" kata Boboiboy

"Lily pun nak bantu juga! Tanpa abang Kaizo, dengan siapa lagi Lily nak cari masalah" Fang tersenyum

"Tapi.. tak kan semua nak ikut sekali?" Boboiboy melihat semua kawan-kawan dia. Semuanya mahu ikut dengan misi menyelamatkan Rifqi "Kalau semua ikut, siapa nak jagakan kak Lynna dekat sini?"

"Abang Boboiboy jangan risau. Biar Pizu jaga kakak Lynna!"

"Kalau macam tu, Rizu tolong abang jagakan kak Lynna ok" Rizu terus berikan tabik kepada Kiddi "Jadi kamu semua nak pergi selamatkan Rifqi untuk Kaizo dan Lynna?"

"BETUL TU!" kata Lily dengan begitu semangat

"Kami kan kawan kepada si Pang ni, mestilah kena tolong. Lagipun, kami semua sayangkan abang Kaizo dan kak Lynna. Dia orang sudah menjadi kakak dan abang kepada kami semua" kata Bella

"Terima kasih semua" Fang rasa sangat terharu dengan kawan-kawan dia "Tapi.. macam mana nak tolong kalau kita tiada kapal angkasa?"

"Itu kau tidak perlu risau. Ayah aku akan berikan koordinasi kapal angkasa dia dan Ochobot akan buka portal koordinasi kapal angkasa ayah aku" Faye menghantar mesej kepada ayah dia untuk mengatakan yang mereka semua sudah bersedia dengan misi untuk menyelamatkan Rifqi dan juga menyelamatkan kebahagiaan Kaizo dan Lynna

"Kak Lynna tunggu tau, adik akan pergi dapatkan abang dan juga Rifqi" Fang melihat wajah Lynna yang sedang tidur itu. Sebutir air mata Lynna mengalir keluar. Fang belai rambut Lynna dan lalu dia cium pipi Lynna "Adik pergi sekejap sahaja"

---------------------------

"Nampaknya, adik aku sudah pun mengenali kau" kata Kaizo. Dia tahu tentang adiknya pergi menghendap Lynna. Dia sedar dengan adiknya yang sedang mengekori dia pada siang tadi "Maaf kerana adik aku pergi menghendap kau"

"Dia nak tahu dengan siapa kau keluar" kata Lynna sambil melihat seorang tukang masak sedang sediakan mee goreng di dalam festival makanan di bandar Pulau Rintis

"Itu pun dia nak tahu juga ke dengan siapa aku nak pergi berjumpa tapi.. salah aku juga sebab rahsiakan kepada dia"

"Hehehee.. tapi aku tak marah pun dekat dia" Lynna berhenti di depan gerai kecil yang jual pau kacang merah "Pak cik, bagi dua yea" kata Lynna kepada pak cik jual pau itu "Dia dengan kawan dia tu, memang kawan baik ke?"

"Ha ah, si Boboiboy tulah yang dia suka sangat nak bersaing"

"Kawan baik tapi suka bersaing. Mesti dia orang selalu bergaduh tu. Kau juga mesti ada kawan dekat sini juga" Lynna mengambil beg plastik itu dari tangan pak cik jual pau. Lalu dia berikan RM 2 kepada pak cik itu untuk membayar pau kacang itu. Mereka teruskan berjalan untuk melihat lagi benda-benda menarik yang ada di festival itu

"Aku sebenarnya tiada kawan di sini. Aku sukar untuk berkawan dengan sesiapa. Jadi aku buat kerja aku sendiri, seperti pergi jalankan latihan tempur atau periksa satu galaxy" Kaizo nampak Lynna berikan satu besar kepada dia. Lalu dia mengambilnya dan terus dia bahagikan kepada dua. Dia berikan sebahagian pau itu kepada Lynna

"Eh, kenapa kau berikan kepada aku?" tanya Lynna

"Maaf sebab aku ni kurang makan benda-benda manis" Lynna mengambil sebahagian pau itu dan lalu makan

"Jadi kau memang tiada kawan di sini" Kaizo gelengkan kepala sambil makan pau kacang dia "Kau tak rasa sunyi ke kerana tiada kawan?"

"Hmmm.. aku tak pernah rasa sunyi. Lagipun aku ada Lahap untuk temankan aku tapi dia sentiasa ada di kapal angkasa"

"Kalau macam tu, aku akan menjadi kawan pertama kau di sini" kata Lynna sambil tersenyum "Kalau kau perlukan apa-apa bantuan, kau beritahu sahaja aku"

"Tapi kau duduk jauh dari sini. Macam mana aku mahu menjadi kawan kau"

"Itu kau tak perlu risau. Aku akan datang ke sini jika aku ada masa. Adik kau pun teruja sahaja dapat berkenalan dengan aku" Tiba-tiba Lynna teringatkan sesuatu "Oh yea, kita perlu belikan sesuatu untuk Fang. Dia suka apa yea"

"Donut lobak merah" Lalu Lynna pegang tangan Kaizo

"Aku tadi ada nampak satu gerai ni. Dekat situ ada jual donut lobak merah, jom kita ke situ" Lynna membawa Kaizo ke gerai tersebut. Mereka terus beli beberapa biji donut lobak merah khas untuk Fang. Seterusnya mereka pergi ke sebuah gerai kecil untuk duduk makan bersama. Di situ, mereka terus berbual. Sedikit demi sedikit, mereka dapat mengenali antara satu sama lain. Kaizo mula rasa senang berkawan dengan Lynna. Dia rasa Lynna seorang gadis yang lain daripada gadis-gadis lain. Dia juga dapat rasakan mereka berdua akan menjadi kawan baik tetapi dia tidak tahu dengan masa depan mereka yang akan menjadi lebih daripada itu. Mereka terus berborak sehingga sudah tiba masanya untuk mereka berdua pulang ke rumah. Lynna berjanji kepada Kaizo yang dia akan datang balik ke sini tetapi dia tidak tahu bila. Kaizo berharap Lynna akan kerap datang ke Pulau Rintis kerana dia rasa senang dengan kehadiran Lynna di dalam hidup dia

----------------------------

Kaizo membuka matanya. Dia melihat kiri dan kanan. Dia kini berada di rumah atuk dan nenek dia "Kaizo" Dia melihat di pintu dan nampak nenek dia sedang pegang sebuah cawan "Kau sudah bangun"

"Nenek, bagaimana saya berada di sini?" tanya Kaizo

"Kapal angkasa kau terhempas dekat sebuah planet tapi kau begitu nasib baik kerana pak cik kau selamatkan kau" Nenek Kirana masuk ke dalam bilik itu dan terus dia berikan cawan itu kepada Kaizo

"Terima kasih nenek" Kaizo mengambil cawan itu dan lalu dia minum sedikit "Tapi, bagaimana dengan kapal angkasa saya dan juga Lahap?"

"Lahap selamat. Dia ada dekat sini, tengah betulkan kapal angkasa kamu yang rosak teruk tu tapi kamu kena duduk di sini untuk beberapa hari. Kaki kamu patah" Kaizo melihat kakinya yang telah pun dibalut. Dia juga sedar bahawa kepala dia juga ada balutan. Dia usik sedikit dan terus rasa kesakitan di kepalanya

"Tapi saya kena pergi.. saya perlu selamatkan anak saya. Lynna menunggu saya di rumah untuk membawa pulang Rifqi" Kaizo cuba untuk keluar dari katil itu tetapi badan dia rasa sangat lemah dan kaki dia pula sakit

"Maaf Kaizo, kamu perlu berehat tapi kamu jangan risau, pak cik kamu sekarang ini sedang menolong kamu. Dia dan rakan-rakan dia sedang memburu kapal angkasa Kapten Chaos" Nenek Kirana belai rambut Kaizo "Kaizo, sebenarnya nenek ada berita untuk kamu tapi nenek rasa, kamu tidak perlu tahu"

"Berita apa nek? Beritahu saya nek. Ini berkaitan dengan anak saya ke?" Nenek Kirana gelengkan kepala

"Ini tentang Lynna"

"Kenapa dengan dia" Kaizo menjadi risau "Apa terjadi dengan dia?"

"Hmm.. Faye beritahu nenek yang dia tidak mahu makan ataupun minum kerana dia risaukan tentang kamu dan juga Rifqi. Sekarang ini dia dibawah jagaan kawan dia dan juga Rizu"

"Adik saya mana?" tanya Kaizo yang menjadi semakin cemas

"Fang pergi ikut pak cik kamu untuk selamatkan Rifqi. Kawan-kawan dia ikut sekali"

"Saya perlu pergi juga. Saya kena bantu mereka dan saya perlu pulang. Saya tidak mahu Lynna jatuh sakit" Kaizo cuba untuk keluar dari katil itu. Dia kuatkan diri dia, dia tidak mahu terbaring sahaja di atas katil sementara adik dia pergi selamatkan anak dia dan dia juga tidak mahu Lynna menunggu kepulangan dia dan Rifqi begitu lama "Maaf nek, saya perlu pergi. Saya tidak boleh duduk di sini lama"

"Nenek faham tapi kamu tu. Boleh ke kamu pergi berlawan dengan kaki kau begitu?"

"Saya tahu keadaan saya tidak begitu kuat sekarang ini tapi saya terpaksa" Kaizo abaikan kesakitan di kakinya. Dia terus keluar dari katil itu dan lalu dia bangun. Dia berjalan begitu perlahan sekali dengan bantuan daripada nenek dia "Maafkan saya nek. Saya kena pergi juga"

"Hmm.. nenek tidak boleh menghalang kamu tapi kamu kena berhati-hati tapi macam mana kamu nak pergi, kapal angkasa kamu belum diperbaiki sepenuhnya" Kaizo terpaksa fikirkan jalan lain untuk pergi sertai adiknya yang kini di dalam kapal angkasa pak cik mereka. Dia tidak akan berputus asa kerana dia adalah Kaizo, seorang Kapten yang tidak pernah mengalah

"Tunggu ayah, Rifqi. Ayah akan datang untuk selamatkan kamu. Ibu sedang menunggu kamu, Rifqi" bisik Kaizo

---------------------------------

Keesokannya, Kiddi pegang tangan Lynna untuk merasa nadi jantung Lynna dan dia menjadi tidak sedap hati "Kenapa abang Kiddi?" tanya Rizu yang ada di sebelah dia

"Nampaknya kesihatan kakak kamu merosot. Nadi dia semakin lemah"

"Kakak Lynna tak ok? Abang Kiddi perlu buat sesuatu. Bangunkan dia, sembuhkan dia. Bawak dia pergi ke hospital" kata Rizu dengan nada cemas dia "Pizu tak nak kehilangan kakak Lynna. Abang Kiddi bangunkan dia"

"Baiklah" Kiddi bangunkan Lynna dengan kuasa dia tetapi Lynna tidak membuka mata dia "Lynna? Bangun Lynna" Lynna masih lagi tidak bangun

"Kakak Lynna.. bangun!"

"Lynna.. bangun, ini Kiddi"

"Kakak Lynna bangun! bangun!" Lynna tidak juga bangun. Mereka berdua bertambah risau. Rizu sudah pun menangis kerana Lynna tidak bangun "Kakak Lynna jangan tinggalkan kami"

"Kaizo, pulang ke sini cepat" bisik Kiddi. Wajah Lynna menjadi pucat sedikit. Kiddi risau kalau Lynna pergi buat selama-lamanya dan Kaizo mungkin akan terlambat. Mungkin juga Lynna tidak dapat melihat anaknya buat kali terakhir "Lynna, kau kena kuatkan diri"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top