Masa

"Ibu.. Rifqi tahu ibu sayangkan Rifqi tapi kenapa ibu abaikan Rifqi? Ibu sentiasa sibuk dengan hal-hal ibu. Ibu terlampau sibuk sangat sampai lupakan tentang Rifqi. Kenapa ibu perlu ada kuasa balik? Kenapa ibu sibuk sangat nak musnahkan musuh-musuh ibu. Ibu lupakan tentang Rifqi, ibu sanggup tinggalkan Rifqi di rumah keseorangan untuk pergi menentang musuh-musuh ibu. Ibu tak pernah nak luangkan masa bersama dengan Rifqi"

"Rifqi.. Rifqi perlu faham. Ibu buat begitu sebab ibu nak anak ibu selamat. Maafkan ibu, maafkan ibu kerana selalu abaikan Rifqi" Lynna mahu peluk anaknya tetapi Rifqi menolak ibunya sendiri. Lynna terjatuh di atas lantai rumah

"Bukan ibu sahaja yang abaikan Rifqi tetapi ayah pun sama juga. Sibuk dengan misi dia. Sampai lupakan Rifqi dekat bumi ni. Agaknya ibu dan ayah sudah tidak sayangkan Rifqi lagi" Mata Rifqi yang merah nyala terus bertukar menjadi hitam. Aura-aura kegelapan dia keluar "Sekarang ini, jangan anggap Rifqi adalah anak ibu dan ayah kerana ibu dan ayah tidak pernah nak tunjukkan kasih sayang kepada Rifqi. Selamat tinggal ibu" Rifqi mengangkat tangannya dan menghalakannya ke arah Lynna

"Apa kau nak buat ni Rifqi?"

"Ibu lihat sahaja" Rifqi tersenyum sinis kepada ibunya. Dia keluarkan satu bebola cahaya yang amat besar sekali

"RIFQI! JANGAAAANNNN!"

Lynna terbangun dari mimpi buruknya. Dia melihat di sekitar biliknya dan terus rasa lega. Dia keluar dari katilnya untuk pergi ke katil Rifqi. Dia melihat anaknya sedang tidur dengan nyenyak. Lynna membelai kepala Rifqi dengan penuh kasih sayang "Rifqi, ibu janji ibu tak kan abaikan Rifqi"

"Lynna?" Lynna menoleh kebelakang dan nampak Kaizo yang baru sahaja pulang dari dunia asal mereka. Dia kelihatan penat dan letih "Kenapa kau masih belum tidur lagi?"

"Aku terjaga dari mimpi buruk aku tadi"

"Mimpi?" Kaizo berjalan menuju ke arah Lynna "Kau mimpi apa?"

"Tentang Rifqi. Dalam mimpi tu, aku mimpikan anak kita sudah besar tapi kau dan aku abaikan dia sampai dia sanggup nak bunuh aku" Lynna menahan air matanya daripada mengalir keluar "Tak tahulah kenapa aku mimpi begitu"

"Mungkin kau terlampau banyak sangat fikir. Walaupun aku selalu sangat sibuk dengan hal-hal urusan di angkasa lepas, aku boleh lihat di mata kau. Kau terlampau risau sangat tentang anak kita. Kau risau dia membesar dengan serangan musuh-musuh dari aku dan kau" Kaizo mengambil kedua belah tangan Lynna "Tapi aku yakin, kau dan aku dapat membesarkan dia dengan sempurna. Dia mendapat seorang ibu yang hebat berlawan dan seorang bapa yang juga seorang pahlawan terhebat di angkasa lepas" Lynna tergelak sedikit "Anak kita memang cukup bertuah. Dia dapat melihat dunia fantasy kau dan juga dunia aku di angkasa lepas"

"Betul kata kau Kaizo tapi aku berharap, dia tidak akan berubah menjadi jahat"

"Kau tak perlu takut sebab bagi aku, kau adalah Lynna. Seorang puteri yang aku kenali dulu sehingga sekarang. Kau seorang penyayang, lemah lembut, berbudi bahasa, baik hati dan suka berikan nasihat dekat adik aku. Aku tahu kau tak kan benarkan anak kita berubah menjadi jahat dan hati dia tak kan di tenggelami oleh kegelapan" Lynna senyum kepada Kaizo

"Terima kasih Kaizo kerana ingatkan aku. Aku selalu sangat lupa sebab risaukan tentang Rifqi"

"Kau pergilah tidur. Biar aku jaga dia"

"Tapi.. kau kan letih. Kau perlu berehat juga" Kaizo melepaskan kedua belah tangan Lynna "Kaizo?"

"Takde apa.. kau pergi sahaja berehat" Lynna tidak membantah. Dia terus pergi ke katil dia dan melihat Kaizo sedang perhatikan Rifqi yang sedang tidur nyenyak. Dia naik ke atas katilnya dan lalu dia baring. Lynna pejamkan matanya. Dengan serta merta, Lynna terus tertidur tetapi kali ini, tiada lagi mimpi buruk. Hanyalah mimpi indah tentang dia, Rifqi dan Kaizo

Kaizo melihat isterinya sudah tertidur. Lalu dia menghubungi Lahap. Hologram Lahap terpacar di jam kuasa Kaizo "Kenapa Kapten?"

"Bagaimana keadaan di angkasa lepas? Kau dapat kesan di mana kapten Chaos berada sekarang?"

"Semua ok kapten tapi saya tidak dapat mengesan di mana kapal angkasa Kapten Chaos berada sekarang. Mungkin dia sedang sembunyikan diri tapi kapten perlu berhati-hati. Aku takut dia hantar seorang pengintip di bumi untuk mengesan lokasi Lynna dan juga anak kapten"

"Jangan risau Lahap. Dia tak kan tahu Lynna dan Rifqi ada di sini. Aku tidak akan benarkan dia mengambil Lynna ataupun Rifqi dari aku" kata Kaizo

"Kapten.. sampai bila kapten akan duduk di sana?"

"Aku tidak tahu Lahap. Mungkin sampai aku sendiri dapat hapuskan Kapten Chaos dengan tangan aku sendiri"

"Kalau begitu, aku akan berusaha untuk dapatkan lokasi di mana dia berada. Kapten jangan risau, saya akan tetap membantu kapten"

"Terima kasih Lahap" Kaizo menutup hologram Lahap dan lalu dia berjalan ke katilnya. Dia mengusap-usap kepala Lynna yang kini sudah tidur dengan nyenyak. Dia terfikir, dia perlu lakukan sesuatu untuk Lynna supaya dia tidak begitu risaukan sangat. Mungkin dia akan membawa Lynna pergi bersiar-siar di sekitar istana itu atau mungkin benda lain tapi dia kini, perlu menjaga dua orang yang dia sangat sayangi. Sudah sebulan mereka duduk di sini kecuali dia yang terpaksa ulang alik dari dunia sini ke dunia sana dan lalu ke angkasa lepas. Memang sesuatu yang memenatkan tapi itu sudah menjadi tanggungjawab dia. Walaupun diri dia sudah menjadi seorang ayah, dia tidak akan lupakan tentang misi-misi dia yang tidak pernah sudah. Dia tetap seorang kapten yang terhandal di seluruh galaxy. Kaizo melihat Lynna dengan penuh perasaan gembira, dia tidak sangka kawan baik dia sendiri kini sudah menjadi milik dia buat selama-lamanya

"Selamat malam, tuan puteri tapi kau sudah menjadi tuan permaisuri sekarang ini. Aku akan sentiasa buat dirikan kau bahagia selama-lamanya" Kaizo cium dahinya isterinya dan terus dia duduk di atas kerusi yang berdekatan dengan katil itu

-------------------------

"Kak Lynna.. bangun" Lynna membuka mata secara perlahan-lahan "Selamat pagi kak Lynna" Lynna nampak Fang dan tiga orang kawan perempuannya sedang tersengih kepada diri dia

"Eh, kenapa kamu semua ada di sini?" tanya Lynna yang berasa pelik dengan mereka berempat

"Lily datang sebab nak jadi baby-sitter kepada Rifqi!" kata Lily dengan penuh semangat

"Ha ah, kami akan menjaga dia selama satu hari. Kak Lynna tak perlu risaukan tentang Rifqi, kami semua akan menjaga dia dengan baik" kata Bella pula

Lalu Faye meletakkan sebuah dulang berbesar di hadapan Lynna "Hari ini kak Lynna cuma perlu berehat daripada menjaga Rifqi. Sarapan pagi ni, Fang yang buatkan khas untuk kak Lynna" Lynna tersenyum melihat mereka berempat

"Adik tahu kak Lynna suka sangat dengan sandwich buah. Jadi adik buatkan khas untuk kak Lynna" Fang peluk Lynna seerat-eratnya "Kak Lynna makan puas-puas tau. Lepas tu kak Lynna cepat-cepat siap sebab abang nak bawa kak Lynna ke sesuatu tempat"

"Dekat mana tu?"

"RAHSIA!" kata Lily, Bella dan Faye serentak

"Tapi.. boleh ke kamu semua jaga Rifqi? Nanti dia menangis, macam mana? Mesti dia nak ibu dia nanti" Lynna mulai risau

"Jangan risau kak Lynna, adik akan menjaga dia. Lagipun ini semua rancangan dari abang. Dia tak nak kak Lynna terlampau risaukan sangat" kata Fang sambil mengangkat sekeping sandwich buah dan lalu berikan kepada Lynna "Kak Lynna relax sahaja hari ini. Kami semua sayangkan kak Lynna dan juga Rifqi. Kami nak kan yang terbaik untuk kak Lynna"

"Terima kasih semua" Lynna menggigit sandwich buah itu dengan penuh nikmat. Lalu dia kunyah sandwich itu secara perlahan-lahan "Sedap Fang buat" Fang tersenyum lebar kepada Lynna

"Kak Lynna makanlah dulu yea. Kami bawa Rifqi pergi berjalan-jalan!" kata Bella sambil mengangkat Rifqi dari katil buaian dia "Jom Rifqi, ikut aunty dan uncle jalan-jalan. Mama dan papa awak nak berdating sekejap. Kita jangan kacau dia orang yea" Rifqi terus berikan senyuman kepada Bella

"Wuuuu! Dia setujulah dengan kata-kata kau tadi, Bella" Lily cuba untuk buatkan Rifqi senyum balik tetapi gagal

"Kita nak bawa dia pergi ke mana?" tanya Faye

"Bawa dia pergi taman bunga tapi.. sebelum tu... Rifqi perlukan mandi" Bella bau Rifqi yang sudah busuk itu "JOM KITA MANDI KAN DIA!" Lynna hanya tersenyum sahaja melihat gelagat empat orang itu ingin menjaga Rifqi. Lynna ditinggalkan seorang diri di dalam bilik itu. Dia makan sandwich itu sehingga selesai kesemuanya. Selepas itu dia cepat-cepat pergi mandi untuk pergi bersiar-siar bersama dengan Kaizo

1 jam kemudian..

Lynna turun dari tangga istana untuk pergi mencari Kaizo tapi dia hanya nampak Kiddi sedang memegang sekuntum bunga mawar merah. Dia berdiri di tepi tangga sambil tersenyum seorang diri "Selamat pagi Kiddi, untuk siapa bunga itu?"

"Bunga itu khas untuk tuan permaisuri dari tuan raja"

"Kaizo yang berikan?" Kiddi tidak bercakap apa. Dia hanya membawa Lynna ke kandang kuda. Di situ dia nampak Kaizo sudah sediakan sebuah kuda putih untuk mereka menunggang kuda itu bersama. Kiddi sudah pun menghilangkan diri. Dia ingin meninggalkan mereka berdua di situ "Kaizo, apa yang kau cuba lakukan pada hari ini?" tanya Lynna dengan senyuman manis dia

"Aku cuma ingat melihat kau bahagia sahaja"

"Tapi aku sudah pun bahagia. Aku bahagia dengan adanya kau di sisi aku. Terima kasih kerana tidak henti-henti buat aku rasa bahagia selama ini" Kaizo membelai kepala isterinya. Dia masukan beberapa helaian rambut Lynna di belakang telinga dan lalu dia pegang kedua belah pinggang Lynna. Dia mengangkat Lynna dan dudukkan Lynna di atas kuda putih itu. Giliran Kaizo pula untuk naik ke atas kuda putih itu. Selepas itu dia menunggang kuda itu dan bawa mereka pergi ke sebuah tasik yang tidak jauh daripada istana itu. Di situ, Kaizo telah sediakan sebuah tempat perkelahan untuk mereka berdua. Beberapa makanan yang telah dibuat oleh Fang untuk mereka berdua menikmati. Air juice apple kegemaran Lynna sudah telah disediakan di situ. Dua buah bantal berwarna merah ada di atas tikar itu, untuk mereka berdua duduk sambil menikmati permandangan indah pada hari itu. Kaizo berhentikan kuda putih itu dan lalu dia turun dari kuda tersebut. Dia pegang kedua belah tangan Lynna dan lalu menurunkan Lynna dengan begitu lembut sekali

"Romantiknya kau pada hari ini tapi kau sudah lama tidak buat begini" kata Lynna sambil melihat tempat perkelahan mereka. Dia menghirup udara segar pada pagi itu dan terus mendongak ke langit. Awan-awan putih dalam pelbagai bentuk telah menghiasi langit biru itu, Lynna pandang ke tasik dan nampak beberapa ekor ikan sedang berlompat-lompat dengan seronoknya. Lynna pusing kebelakang dan terus senyum kepada Kaizo "Terima kasih kerana buat semua ini untuk aku"

"Aku hanya mahu kau kelihatan tenang dan tidak perlu risaukan tentang anak kita" Kaizo mengambil tangan Lynna dan memimpin dia ke arah tempat perkelahan. Lalu dia dudukkan Lynna di atas bantal merah itu. Kaizo mengambil tempat duduk di atas bantal merah satu lagi "Hari ini kita luangkan masa bersama. Esok-esok, kita risaukan balik tentang Rifqi"

"Baiklah sang raja ku yang garang" Lynna tergelak sedikit. Dia mengambil pau kacang itu dan lalu dia membahagikan kepada dua. Satu bahagian itu dia suap ke arah mulut Kaizo. Lynna tersenyum melihat Kaizo menerima suapan dia, lalu dia tergelak di situ

"Sudah lama aku tidak nampak kau ketawa begitu"

"Bukan ke kau nampak aku ketawa setiap hari?" tanya Lynna sambil suap diri dia sendiri dengan pau kacang itu

"Tapi gelakan kau yang tadi lain daripada yang sebelum ini. Gelakan tadi itu ialah gelakan yang tidak menunjukkan kau terlampau memikirkan sangat. Aku akui, aku memang rindu dengan gelakan tadi" Lynna cubit pipi Kaizo kerana Kaizo suka sangat berserius "Kenapa kau cubit pipi aku?"

"Sebab aku geram sangat dengan kau" Lynna gelak lagi "Kau suka sangat berserius tapi nampak comel pulak. Jarang nak tengok kau senyum dalam satu hari tapi takpe, itu memang sifat kau. Sentiasa berwajah serius, macam ni" Lynna mimik muka Kaizo yang sentiasa serius itu. Kaizo terus cubit hidung Lynna "KAIZOOOOOOOOO!"

"Masih lagi nak cuba tiru muka aku"

"Nak juga!" Lynna terus bermuka serius tetapi dia tidak boleh bertahan lama, lalu Lynna gelak sekuat hati "Macam manalah kau dapat bertahan yea. Aku sendiri pun tak boleh"

"Sebab kau tak tahu betapa pedihnya hati aku untuk menjaga Pang semasa dia masih kecil lagi. Aku hampir abaikan dia tapi semasa dia di serang oleh alien jahat, aku terus nekad untuk tidak biarkan dia keseoranga dan dari saat itu aku terpaksa bersikap tegas, garang dan kejam terhadap dia. Tapi akhirnya, aku terbawa-bawa dengan misi aku. Aku sanggup tinggalkan dia di bumi seorang diri untuk dia menjalankan misi dia tapi ada juga kebaikan dia tinggal di bumi daripada ikut aku pergi berlawan dengan musuh-musuh aku" kata Kaizo sambil melihat tasik di hadapannya

"Semuanya sudah berubah Kaizo. Fang pun sudah dewasa. Dia bukan lagi budak kecik yang kita kenali dulu. Dia sudah pandai mempertahankan diri dia dari ancaman musuh" kata Lynna "Aku pasti, dia akan menjadi pak cik yang baik untuk Rifqi"

"Jangan dia ajar benda-benda nakal sudah"

"Takdelah, dia tak kan buat begitu tapi kalau dia buat pun, kau mesti nak kejar adik kau tu" Lynna tergelak sambil bayangkan Fang kena kejar dengan abangnya sendiri "Macam-macam betul korang berdua ni. Tak tahulah macam mana Rifqi bila besar nanti. Ikut perangai kau atau ikut perangai pak cik dia" Kaizo senyum sedikit. Dia bayangkan kalau anak dia ikut perangai dia yang garang itu. Mesti meletup satu rumah sebab asyik nak bergaduh sahaja tapi dia rasa, lebih elok kalau Rifqi ikut perangai ibu dia yang sentiasa bersabar. Lebih elok kalau Rifqi di besarkan di dalam sebuah keluarga yang normal. Dia rasa keluarga dia bukannya normal tapi luar biasa. Apa-apa pun, dia mesti jauhkan Kapten Chaos daripada keluarga dia. Dia akan dapatkan Kapten Chaos dulu sebelum Kapten Chaos dapat keluarga dia, itulah kata-kata dihati Kaizo

-----------------------------

"Anak itik Kaizo mandi dalam kolam! Apa hobi Kaizo, suka menghukum orang" Lily bernyanyi-nyanyi sambil mandikan Rifqi di dalam sebuah kolam renang yang ada di dalam istana it "Anak itik suka tak mandi?" Rifqi tersenyum lebar melihat Lily "Anak itik suka yea"

"Wei, kalau kau tak panggil anak buah aku tu anak itik boleh tak?" marah Fang yang ada di situ

"Ala landak, aku nak bergurau nak dengan Rifqi ni. Kau tahu kan aku suka budak kecil. Lebih-lebih lagi si comel itik ni" Lily dukung Rifqi, lepas itu dia timang Rifqi tinggi-tinggi. Rifqi tersenyum gelak kepada Lily "Anak itik jangan ikut sangat perangai pak cik kau yang suka sangat mengamuk tak tentu pasal"

"Betul tu Rifqi! Aunty Bella nasihatkan, Rifqi ikut sahaja perangai ibu Rifqi ok" Bella belai kepala Rifqi yang botak itu

"Aunty Faye pun setuju juga!" Rifqi gelak lagi kuat dan mereka bertiga rasa sangat teruja melihat Rifqi gelak "Wah! Pandai betul kita buat dia gelak"

"Ala, aku pun pandai juga" Fang mengambil Rifqi di tangan Lily "Rifqi sayang Fang?" Terus Rifqi menangis. Bella, Lily dan Faye tergelak di situ dan lalu Lily mengambil Rifqi semula. Rifqi berhenti menangis dan suka pula dia di dukung oleh Lily "Cheh, tak guna punya anak buah" bisik Fang dengan muka masam dia

"Alolo... Rifqi tak suka dengan pak cik Pang yea"

"Woi, nama aku Fang lah!" marah Fang kepada Lily

"Entah-entah abang kau sudah ajar Rifqi panggil kau Pang, betul tak Rifqi?" Bella main-main dengan tangan Rifqi yang comel itu "Kalau dia sudah boleh bercakap, mesti dia akan cakap, betul tu aunty Bella. Papa suruh Rifqi panggil pak cik Pang sebab nama tu lagi best daripada Fang" Fang mula berapi-api dengan Bella "Tapi kan Rifqi, pak cik awak tu tak kan berani nak mengamuk tak tentu pasal dengan Rifqi. Yelah, dia takut nanti Rifqi terikut-ikut dengan perangai buruk dia tu ataupun dia takut nanti Papa awak akan kejar dia" Lily dan Bella ketawa di situ sambil rendamkan Rifqi di dalam kolam renang

"Lepas ni, kita nak bawak dia ke mana pula?" tanya Faye sambil berikan tuala kepada Bella

"Aku tahu! Kita pergi main dengan dekat taman perkampungan Fairy! Rifqi suka main dengan Fairy kan" Rifqi terus tergelak lagi sekali "Hah! Dia sukalah! Jom kita pakaikan dia baju, lepas tu kita pergi bergembira dengan Rifqi!" Lily, Bella dan Faye terus keluar dari bilik kolam renang itu bersama dengan Rifqi. Fang ikut sahaja dari belakang dengan muka masam dia

"Isk, menyesal aku bawak tiga orang ni. Apasal Yaya dan Ying sibuk sangat hari ini. Kalau tidak, aman sikit aku rasa" mengeluh Fang. Dia melihat tiga orang di hadapannya sedang bergurau sedang dengan Rifqi. Dia rasa bahagia pula melihat Rifqi tergelak tak henti-henti dengan layanan yang diberikan oleh Bella, Faye dan Lily. Mereka sudah pun sampai di bilik Lynna dan Kaizo. Faye membuka pintu bilik yang besar itu dan lalu dia terkejut melihat seorang lelaki yang tidak di kenali telah menyelongkar almari baju milik Lynna dan Kaizo

"Kamu siapa?" Fang terdengar jeritan sedikit dari Faye. Dia berjalan begitu laju dan terus masuk ke dalam bilik itu. Mata lelaki itu terpandang ke arah Rifqi yang ada di tangan Lily dan lalu Fang perasan dengan pandangan lelaki itu. Dia mengangkat tangannya supaya lelaki itu tidak cuba untuk mendekati Rifqi ataupun kawan-kawan dia

"Kau nak apa hah?" tanya Fang "Kau mesti salah satu orang suruh Kapten Chaos tu kan! Aku tak kan benarkan kau mengambil Rifqi dari abang aku dan juga kak Lynna" Fang mengeluarkan aura-aura bayang dia untuk menyerang lelaki itu

"Mana ada, saya cuma ingin mengambil kain-kain kotor yang ada di dalam bilik ini" kata lelaki itu secara berbohong. Dia mengangkat pakaian Lynna dan Kaizo dan terus tersengih kepada Fang tetapi mata dia masih lagi memandang ke arah Rifqi. Tiba-tiba sahaja Rifqi menangis di situ. Lily cuba untuk memujuk Rifqi tetapi tidak berjaya. Lelaki itu cepat-cepat keluar dari bilik tersebut. Lily jauhkan diri dia dan juga Rifqi daripada lelaki yang tidak dikenali itu

"Rifqi jangan menangis. Lelaki itu sudah pun pergi" kata Lily sambil menepuk-nepuk belakang Rifqi. Mereka berempat masuk ke dalam bilik. Fang dan Bella pergi periksa almari yang telah di selongkar oleh lelaki tadi. Tiada benda yang di ambil oleh lelaki itu tetapi Fang masih rasa curiga dengan lelaki itu. Dia perlu beritahu abang dia tentang kejadian tadi. Bella mengeluarkan baju Rifqi untuk di pakaikan

"Rifqi sayang, jangan menangis. Aunty Lily akan jaga kamu dan akan melindungi kamu dari lelaki tadi, ok! Nanti pak cik kamu si landak tu akan belasah lelaki tadi tu. Dia belasah macam orang gila mengamuk tak tentu pasal" kata Lily sambil tenangkan Rifqi. Makin lama makin tenang Rifqi dan dia berhenti menangis "Bijak betul budak ni"

"Mestilah, dia mesti bijak macam aku. Aku nak bijak dan rajin!" kata Fang dengan berlagaknya

"Eleh, bijak dan rajin konon" bisik Bella sambil pakaikan baju Rifqi. Pintu bilik itu dibuka dan mereka semua menoleh ketepi untuk melihat siapa yang masuk. Kiddi masuk ke dalam bilik itu dengan muka yang serius

"Saya datang kerana ingin memberikan amaran kerana ada seorang lelaki tidak diketahui telah masuk ke dalam istana ini. Kamu berempat jaga Riqfi dengan baik dan jangan bagi sesiapa mendekati dia. Saya sudah pun menyuruh pengawal istana untuk pergi menangkap lelaki itu" kata Kiddi

"Tapi dia tadi ada dekat dalam bilik ini" kata Faye

"Ha ah, mata dia asyik pandang ke arah Rifqi sahaja" kata Fang pula

"Hmmm.. itu mesti orang suruh Kapten Chaos. Nampaknya mereka dapat mengesan di mana Lynna dan Rifqi berada sekarang ini. Saya kena pergi dulu, saya terpaksa berikan amaran kepada permaisuri dan raja kita. Kamu berempat jangan pergi ke mana-mana, duduk sahaja di dalam bilik ini" kata Kiddi sambil keluar dari bilik itu

"Kasihan mama dan papa awak. Dia orang dapat berdating sekejab sahaja" kata Bella kepada Rifqi tetapi kali ini Rifqi tidak gelak ataupun senyum. Bella dan Lily nampak muka kesedihan di wajah Rifqi

------------------------------

Kaizo dan Lynna baring di atas tikar itu sambil melihat awan-awan di langit. Tangan mereka saling berpegang satu sama lain. Kaizo menggenggam tangan Lynna seerat-eratnya, dia tidak mahu lepaskan tangan yang lembut itu

"Aku rasa tenang sangat" kata Lynna "Terima kasih, Kaizo"

"Sama-sama" Kaizo melihat wajah Lynna yang begitu tenang sekali. Dia berharap sangat jangan ada sesiapa cuba untuk menghancurkan ketenangan dia dan isteri dia pada hari itu tetapi harapan dia tidak tercapai kerana Kiddi sudah pun berada di situ

"Lynna!" panggil Kiddi. Lynna bangun dari tempat dia baring dan menoleh kebelakang "Maafkan aku Lynna tapi kau dan Kaizo perlu balik ke istana dengan segera"

"Kenapa? Ada yang berlaku dekat Rifqi ke?" Lynna menjadi cemas

"Ada penceroboh masuk ke dalam istana kau. Tadi adik kau ada beritahu penceroboh itu ada di dalam bilik kau dan mata dia asyik pandang ke arah Rifqi sahaja" kata Kiddi. Lynna tidak berkata apa, dia terus menggunakan kuasa dia untuk balik ke istana dengan cepat. Dia perlu pergi melindungi anak dia dengan segera. Sampai sahaja di istana, Lynna dan Kaizo berlari di atas tangga untuk pergi ke bilik mereka. Lelaki tadi itu nampak Lynna dan Kaizo sedang berlari ke arah bilik mereka yang adanya Rifqi

"Akhirnya, Kapten aku tentu akan rasa gembira sekali kerana aku dapat mengesan kau dan anak kau" kata lelaki itu yang bernama Hypnos. Dia berdiri di belakang tiang supaya diri dia tidak di nampak oleh Lynna dan Kaizo yang bersedang berlari berhampiran dengan dia. Lynna tidak berfikir apa, dia cuma ingin pergi dan dukung anak dia sahaja. Mereka berdua membuka pintu tersebut dan terus Lynna mengambil Rifqi di tangan Lily

"Ibu ada dekat sini, sayang" kata Lynna sambil memeluk bayi comel itu "Ibu tak kan sesiapa mengambil Rifqi dari ibu" Lily rasa kasihan melihat Lynna yang baru sahaja hendak tenangkan diri, timbul satu lagi kerisauan untuk Lynna. Bella, Faye dan Fang hanya melihat Lynna membelai Rifqi dengan penuh kasih sayang. Kaizo sudah pun keluar balik dari bilik itu untuk mencari penceroboh tersebut. Dia tidak akan lepaskan penceroboh itu larikan diri daripada istana itu. Dia akan cari sampai dapat. Dia mahu tahu samada itu adalah orang suruhan Kapten Chaos ataupun bukan. Pada malam itu, istana itu di kawal dengan ketat. Lynna telah meletak Rifqi di tengah-tengah katil supaya dia tidak berjauhan dari anaknya. Kaizo baring di tepi sambil melihat Lynna dan Rifqi tidur dengan lena. Dia tidak begitu mengantuk kerana dia perlu berjaga sekarang ini. Dia tidak mahu penceroboh itu mengambil kesempatan ini. Jadi malam itu, dia hanya berjaga sahaja sehinggalah keesokan paginya. Hypnos pula dapat larikan diri ke dunia asal dan terus pergi ke kapal angkasa milik kapten dia. Dia melaporkan di mana Lynna, Kaizo dan Rifqi berada sekarang

"Bagus Hypnos.. bagus.. tak sia-sia aku mengambil kau sebagai pengintip aku. Sekarang kita tunggu sahaja mereka pulang ke dunia asal"

"Tapi kapten pasti ke mereka akan pulang?"

"Aku pasti... mereka tidak akan duduk diam sahaja di sana. Mereka akan pulang juga ke dunia asal kerana mereka tahu, kehidupan sebenarnya mereka adalah di dunia asal mereka bukan di dunia fantasy mereka" Kapten Chaos tergelak di situ sambil melihat planet bumi yang indah permai itu "Tak lama lagi, anak mereka akan menjadi milik aku tapi sebelum itu. Aku nak kau pergi dapatkan crystal putih. Aku perlu bersedia untuk menghadapi Lynna. Aku tahu kuasa dia sudah pun kembali"

"Baik kapten!" kata Hypnos dengan begitu bangga sekali

"Jaga kau Kaizo. Aku akan musnahkan kebahagian kau! HAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAAAAA!"

------------------------

Dua minggu selepas sahaja kejadian itu. Lynna dan Kaizo sudah pun pulang ke rumah. Mereka terpaksa pulang kerana mereka tahu mereka tidak boleh sembunyikan diri di sana dengan begitu lama. Apa yang terjadi pun, mereka terpaksa menghadapi dengan Kapten Chaos juga. Lagipun mereka juga mempunyai kehidupan mereka di dunia asal mereka, lebih-lebih lagi Lynna. Kaizo telah pun pergi ke bandar bersama dengan adiknya, Fang, untuk membeli barang-barang Rifqi. Hari itu mereka tidak sempat untuk membeli apa-apa kerana selepas sahaja Lynna dan Rifqi keluar dari hospital, mereka terus ke dunia fantasy

Lynna berada di dalam bilik untuk tidurkan Rifqi. Dia memdodoikan Rifqi sambil nyanyikan sebuah lagu. Lama kelamaa, Rifqi tidur di dalam pelukan manja ibunya "Anak ibu tidur ok. Ibu nak kemaskan barang-barang kita semua. Lynna letakkan Rifqi di atas buaian katilnya dan lalu menyelimutkan Rifqi. Dia terus pergi lipatkan baju yang ada di atas katil dia sendiri. Semua baju itu sudah siap di basuh oleh Fang sendiri. Pintu bilik di buka dan Lynna menoleh kebelakang "Kaizo" tapi bukan Kaizo yang masuk

"Maaf tuan permaisuri. Aku datang untuk mengambil bayi yang comel itu" Kapten Chaos masuk ke dalam bilik itu dengan senyuman sinis. Lynna sudah bersiap sedia untuk melindungi anak dia sendiri

"Kau tak kan ambil Rifqi daripada aku" kata Lynna

"Hahahahaa.. kau nampak begitu yakin tapi aku ada satu kelebihan" Kapten Chaos makin lama makin dekat dengan Lynna

"Kelebihan apa?" Lynna sudah pun keluarkan bebola api dia "Kau jangan nak dekati aku. Kalau tidak, aku akan hapuskan kau"

"HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAAAA!" Lynna terkejut dengan gelakan seperti orang gila dan dia juga terkejut seseorang menutup mulut Lynna dari belakang "Hahahahahaaa! Serah kesemua tenaga kuasa dia!" Mata Lynna terbulat besar apabila Hypnos tunjukkan crystal putih di depannya. Kuasa-kuasanya begitu cepat di serap oleh crystal putih itu tetapi Lynna tidak mahu mengalah. Dia menumbuk perut Hypnos menggunakan siku dia dan lalu tangan Hypnos terlepas dari mulut Lynna tetapi Kapten Chaos begitu cepat sekali. Dia mencengkam leher Lynna

"Lepaskan... aku..." Kapten Chaos mengangkat Lynna ke atas dan kaki dia cuba untuk menendang Kapten Chaos tetapi ianya tidak sampai "Baik.. kau.. lepaskan.. aku" Hypnos masih lagi menyerap kesemua kuasa Lynna ke dalam crystal putih. Makin lama makin hilang kuasa Lynna

"Hypnos, ambil baby itu"

"Jangan... sentuh.. anak..." Lynna sudah tidak berdaya lagi untuk berlawan. Dia hanya dapat melihat Rifqi di angkat dukung oleh Hypnos "Rifqi..." Lalu Lynna pengsan di dalam cengkaman Kapten Chaos. Leher Lynna telah di lepaskan oleh Kapten Chaos. Lynna jatuh di atas lantai bilik itu. Kapten Chaos mengusap-usap pipi Lynna

"Jangan risau tuan permaisuri, aku akan jaga anak kau dengan baik. Nak ikutkan hati aku, aku mahu sahaja bawa kau pergi bersama tapi aku ingin melihat kau menderita dahulu. Kau dan Kaizo pasti akan merana tapi jangan risau Lynna, satu hari nanti, aku akan bawa kau jumpa anak kau sendiri. Tapi dengan satu syarat, kau perlu ikut aku sekali.. hehehehehehehehee... buat masa sekarang ini, biarkan diri kau menderita" Kapten Chaos mengambil Rifqi dari tangan Hypnos "Mari kita balik, kerja kita sudah pun selesai"

1 jam kemudian...

Keadaan rumah yang sunyi, terus menjadi riuh rendah dengan kebisingan dari Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying. Mereka berempat membantu Kaizo untuk mengangkat barang-barang bayi khas untuk Rifqi. Paling banyak sekali Kaizo beli adalah barangan permainan bayi "Banyak betul abang kau beli. Kau tak rasa membazir ke?" tanya Boboiboy

"Entahlah.. abang aku tu, dari dulu sampai sekarang suka beli barang-barang dan semuanya untuk aku. Macam pertama kali dia duduk dekat bumi, semua barang dekat dalam dapur tu sampai ke bilik aku, semuanya dia belikan khas untuk aku" kata Fang sambil meletak beg plastik di atas sofa

"Kenapa? Kau tak suka dengan barang yang aku belikan untuk kau?" tanya Kaizo

"Mestilah suka!" Fang tersengih "Mana si Gopal tu?"

"Dia ada dekat luar. Tengah seronok main dengan permainan microphone tu" kata Yaya. Mereka semua pandang ke arah pintu apabila mereka terdengar Gopal nyanyikan sebuah lagu hindustan sambil bergelek-gelek masuk ke dalam rumah "Fang, mana kak Lynna?"

"Dia ada dekat atas. Entah-entah tengah tidur" Fang keluarkan beberapa anak patung dalam pelbagai bentuk binatang yang abang dia nampak dekat kedai permainan tadi. Semuanya dia pergi beli "Aku panggil kak Lynna sekejap" kata Fang. Yaya rasa seronok pula melihat anak-anak patung tersebut

"Comel betul anak patung penguin ni!" kata Ying "Teringat dekat Rizu masa dia kecik-kecik dulu"

"Ha ah, betul kata kau Ying tapi sekarang dia sudah besar, makin handsome" kata Boboiboy. Gopal masih nyanyi lagu hindustan dia. Kaizo pula berada di dalam dapur sedang kemaskan barangan bayi. Tiba-tiba mereka terdengar jeritan dari Fang

"KAK LYNNAAAAAAAAA!" Kaizo keluar dari dapur dengan secepat mungkin dan terus ke bilik tidur dia yang berada di tingkat atas. Dia masuk ke dalam bilik dan terkejut melihat Lynna terbaring di atas lantai "Kak Lynna bangun... mana Rifqi? Kak Lynnaaaa!" Kaizo melihat di atas katil dan juga di dalam buaian katil, Rifqi sudah pun tiada. Boboiboy, Yaya, Ying dan Gopal muncul di muka pintu bilik itu untuk melihat apa yang berlaku

"Apa yang terjadi?" tanya Boboiboy. Fang dan Kaizo berdiam sahaja. Kaizo menggenggamkan tangannya, dia tahu siapa yang menculik anaknya "Abang Kaizo?"

"Pang! Kau jaga kak Lynna" Kaizo terus pandang ke arah kawan-kawan adiknya "Kamu pun sama, jaga dia" Kaizo terus ke pintu bilik

"Abang nak pergi mana?" tanya Fang

"Abang kena pergi dapatkan semula Rifqi. Aku tak kan maafkan dia" Kaizo terus keluar dari bilik itu dengan perasaan marah dia. Dia akan mengejar kapal angkasa Kapten Chaos. Dia akan ajar Kapten Chaos secukup-cukupnya "Nahas kau nanti"

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top