Kembali
Doktor, bagaiman keadaan dia?"
"Jangan risau, keadaan ibu dan anak stabil sahaja dan taniah kerana anda sudah menjadi seorang bapa"
Kaizo tak percaya apa yang dia dengar tadi. Aku menjadi seorang bapa? kata Kaizo dihatinya "Betul ke doktor?"
"Betul! Sekarang isteri kamu sedang rehat. Kejap lagi kamu boleh pergi melawat dia"
Kaizo melihat seorang bayi lelaki sedang tidur di atas katil. Lynna pun turut tidur juga "Selamat datang ke dunia, Makio" Dia gembira melihat bayi lelaki dia, anak pertama dia tetapi kerisauan melanda diri dia. Siapa yang menyerang Lynna semasa ketiadaan dia tadi? Siapa musuh terbaru mereka? Adakah musuh lama atau musuh baru? Pelbagai persoalan yang timbul di pemikiran Kaizo
"Jangan risau, aku akan melindungi kamu berdua" Kaizo duduk di atas kerusi sofa yang ada di dalam bilik ward itu. Dia terdengar pintu di bilik itu terbuka dan Fang masuk ke dalam untuk melihat anak buah dia
"Abang" Fang pergi memeluk abangnya "Tahniah abang" kata Fang "Tak sangka abang akan dapat seorang anak. Selama ini adik cuma bayangkan abang ni akan hidup single selama-lamanya di angkasa lepas" Lalu Fang melepaskan pelukan itu
"Kenapa kau kata begitu?"
"Yelah.. abangkan suka dengan keganasan dan perkahwinan bukanlah sesuatu benda yang sesuai untuk abang" Terus kepala Fang kena ketuk dengan abangnya "Betullah adik katakan tadi!" Fang hampir nak menjerit di dalam bilik itu
"Kau jangan nak marah-marah di dalam bilik ini boleh tak? Lynna dan Makio tengah tidur tu" Mata Fang bersinar-sinar apabila dapat tahu nama anak buah dia
"WAH!" Terus Kaizo tutup mulut adiknya
"Jangan menjerit aku kata!" Kaizo pun hampir nak menjerit. Lalu dia melepaskan mulut adiknya
"Nama dia Makio yea.. nama jepun lagi. Apasal tak ambik nama english ke? Macam Daniel ke, Adam ke, Leo ke, Wyatt ke, Zack ke..." Berkerut-kerut dahi Kaizo dengan adiknya yang banyak sangat karenahnya
"Habis tu.. kau nak namakan dia apa?"
"Namakan dia Fang" Fang kena ketuk lagi dengan abangnya "Cheh, itu pun dia nak ketuk juga" Fang gosok-gosok kepalanya yang kena ketuk tadi. Dia rasa ada sedikit benjol di kepalanya
"Takde nama lain ke.. atau kau nak abang tukar nama dia jadi Pang?"
"Pang ke Fang ke.. sama aje nak buli adik. Dah jadi seorang ayah pun, masih lagi nak buli adik" Fang bermasam muka kepada abangnya "Ingatkan dah insaf daripada buli adik, rupanya bukan. Entah-entah anak dia sendiri dia nak buli juga nanti" Kaizo sabar sahaja dengan adiknya
"Siap kau nanti Pang! Hukuman latihan tempur selama seminggu!" Fang mula berapi-api dengan abangnya "Tapi kalau kau tidak suka dengan nama Makio, aku akan tukar dengan nama lain tapi abang perlu berbincang dengan Lynna dulu" Mereka terdengar gelakan lembut dari Lynna. Fang pusing kebelakang dan gembira melihat Lynna sudah pun bangun dari tidurnya "Kak Lynna!" Fang berlari sedikit ke katil Lynna
"Fang suka dengan anak buah baru kamu?"
"Mestilah suka! Muka dia ikut kak Lynna tapi.. mata dia ikut siapa nanti?"
"Hmm.. mata dia ikut abang kamu. Merah seperti Fang dan abang kamu" Lynna cuit hidung Fang "Nanti Fang jaga dia dengan elok ok"
"Baik kak Lynna! Adik akan jaga Makio dengan baik! Dan tiada siapa akan mengambil dia atau mencederakan dia!" kata Fang dengan penuh semangat "Kak Lynna pergilah tidur balik. Adik tengok keadaan kak Lynna lemah sahaja. Kak Lynna ok ke?"
"Akak ok sahaja tapi terima kasih kerana risaukan tentang akak" Lynna membelai rambut Fang "Fang, kalau akak sudah tiada nanti. Fang lindungilah dia seperti mana abang kamu sentiasa melindungi Fang" kata Lynna dengan nada sedih
"Kenapa kau kata begitu?" muncul Kaizo di sebelah adiknya "Aku tak kan benarkan kau pergi buat selama-lamanya dan kau jangan kata begitu lagi"
"Maafkan aku, Kaizo" Lynna menangis sedikit. Dia takut Kapten Chaos akan kembali lagi dan akan cuba untuk mengambil anaknya dari tangan dia sendiri. Dia juga takut kalau Kapten Chaos berjaya membunuh dia. Dia sudah tiada kuasa lagi. Dia ingat anak dia tidak akan mempunyai kuasa seperti dia juga tetapi dia silap. Semuanya salah dia kerana membuat keputusan untuk tidak mempunyai kuasa. Dia tidak dapat lagi melindungi anak pertama dia. Kaizo nampak kesedihan dan kerisauan di wajah Lynna. Dia lap air mata Lynna menggunakan ibu jarinya
"Kau tidak perlu minta maaf. Aku tahu kau risaukan tentang anak kita"
"Kak Lynna jangan risau. Abang dan adik sentiasa bersama dengan kak Lynna dan juga Makio!" Lynna menggenggam tangan Fang dan tersenyum sedikit. Kaizo membelai rambut isterinya
"Kita sama-sama akan melindungi dia" kata Lynna
---------------------------
Keesokan harinya, Lynna masih lagi ada di hospital bersama dengan anaknya yang telah bertukar dengan nama baru iaitu Rifqi. Kazio datang ke hospital dengan sejambak bunga mawar berwarna merah. Dia datang ke hospital bersama dengan Faye. Keluarga Lynna ada datang pada pagi itu bersama dengan atuk dan nenek Kaizo. Kini Fang berada di hadapan bilik bayi. Dia melihat anak buahnya yang ada didalam katil bayi.
"Wuuu.. comelnya anak buah kau" Fang kenal sangat dengan suara itu walaupun sudah lama tidak jumpa
"Wei, yang kau ada dekat sini apasal? Bukan ke kau sepatutnya berada di jepun sekarang ini" Lily tersengih sambil garu kepala
"Ala, aku ada dekat sini sebab nak tengok baby si itik. Tak sangka pula dia sudah menjadi seorang bapa. Mesti dia akan ajar anak dia jadi ganas, serius, bermasam muka, sadis, kejam, masakan masin dia dan dan.. dan apa lagi yea.. hah! dan buat rambut macam ekor itik juga" Fang merenung tajam ke arah Lily "Hehehe.. jangan marah landak tapi anak buah kau memang comel. Baby girl pulak tu. Dia jauh lebih comel daripada kau"
"Woi, baby boy lah! Kau tengok baby siapa tu. Baby dia orang dekat depan aku ni hah" kata Fang sambil tunjuk Rifqi
"Heehehehe.. silap pulak"
"Macam mana kau boleh ada dekat sini? Betul ke kau tiada kuasa selama ini?"
"Hehehe.. si Faye yang pergi ambik aku dekat jepun. Dia menggunakan alat untuk pergi ke mana-mana sahaja!" Lily menjerit sedikit. Terus dia kena marah dengan jururawat yang ada dekat situ "Maaf yea"
"Suka hati kau lah.. oh yea, lupa nak bagitahu. Boboiboy sudah pun berpunya" Terus Fang larikan diri daripada situ. Sebenarnya Fang tipu sahaja. Dia saja nak kenakan si Lily
"BBB ku.. sudah... berpunya.." Lily terdampar di situ sambil menangis seperti bayi "Macam mana aku boleh terlepas BBB ku..." Muncul muka Boboiboy sambil melihat Lily terdampar di atas lantai hospital "Boboiboy ku... kenapa wajah kau sangatlah real di mata ku sekarang ini"
"Err... ini memang Boboiboy pun. Kenapa Lily baring dekat atas lantai?" Mata Lily terus bertukar menjadi bersinar-sinar "Hehehe... Lily, kau ok ke?" Lily hanya senyum sahaja melihat Boboiboy "Aku rasa.. aku patut pergi dulu" Boboiboy terus larikan diri. Lily bangun dan lalu dia mengejar Boboiboy sampai ke bilik Lynna. Di dalam bilik tersebut, terdapat Kaizo, Faye dan Fang
"Wujud lagi rupanya kau ni" Kaizo nampak Lily memasuki bilik itu bersama dengan Boboiboy
"Hehehe.. apa khabar abang Kaizo?"
"Khabar baik" jawab Kaizo dengan nada serius dia "Kau ke sini untuk melawat Lynna ke?"
"Ha ah!" Lily terus ke katil Lynna "Kak Lynna! Kak Lynna sihat ke?"
"Akak sihat sahaja. Terima kasih kerana sudi melawat akak di hospital" kata Lynna yang sudah kembali sihat sedikit "Lily datang dari jauh ke?"
"Ha ah.. Faye yang beritahu Lily tentang kak Lynna. Lily ada bawakkan buah tangan untuk kak Lynna dan juga baby kak Lynna" Lily keluarkan sebuah towel bayi berwarna kuning yang ada corak gambar itik dan juga sebuah buku novel untuk Lynna "Ini novel tentang kisah satu family duduk di alam fantasy. Kalau kak Lynna bosan, kak Lynna bacalah novel ni"
"Terima kasih Lily" Lynna bangun sedikit untuk peluk Lynna "Tentu Rifqi akan suka dengan towel yang Lily berikan" Lynna lepaskan pelukan dia "Tadi Rizu datang juga. Dia bawa teddy bear" Lily pandang di sebelah Lynna dan nampak sebuah teddy bear comel
"Sudah lama tak nampak Rizu. Agaknya, dia macam manalah sekarang ni"
"Makin handsome adalah" kata Lynna
"Siapa lagi yang datang melawat kak Lynna?" tanya Lily
"Banyak tanya pulak kau ni" Kaizo terus bangun dari tempat duduk dia dan terus berdiri di sebelah katil Lynna "Ibubapa kau tahu ke yang kau datang ke sini?" tanya Kaizo kepada Lily tetapi Lily hanya tersengih sahaja "Itu tandanya, kau tidak memberitahu mereka"
"Maaf abang Kaizo. Faye ambik dia sebab dia yang nak sangat melawat kak Lynna" kata Faye
"Hmmm... tapi selepas ini, beritahu ibubapa kamu dulu. Minta izin dulu. Jangan sesuka hati sahaja walaupun kau sudah pun duduk jauh daripada mereka"
"Ala, baru nak hidup bebas" Lily terus bersedihan. Lalu dia pergi duduk di sebelah Boboiboy dan menangis di bahu Boboiboy "Apalah nasib ku ini!" Boboiboy usap-usap belakang Lily supaya jangan bersedihan tetapi Lily tidak sedih, dia lagi suka adalah sebab Boboiboy sedang cuba untuk memujuk dia
Tiba-tiba sahaja pintu bilik ward itu dibuka. Lynna terkejut dengan kehadiran Kiddi "Kiddi?"
"Boleh tak kamu berempat keluar dulu. Saya ada hal penting untuk berbincang dengan Lynna dan Kaizo" Boboiboy, Fang, Lily dan Faye tidak membantah. Mereka terus keluar dari bilik tersebut. Lynna boleh lihat riak wajah Kiddi yang begitu risau sekali
"Kiddi, kenapa? Ada kecemasan ke?" tanya Lynna
"Sebenarnya, aku datang ke sini untuk memberikan balik kuasa kau" Kiddi keluarkan sebuah crystal putih dari poket seluarnya "Kau perlukannya kerana aku nampak kau dan anak kau dalam keadaan bahaya"
"Betul ke apa yang kau nampak?" tanya Kaizo sambil dekatkan Lynna kepada diri dia. Dia pegang bahu Lynna begitu erat sekali "Lynna ada cerita kepada aku tentang Kapten Chaos kembali menghantui kami. Dia yang cekik Lynna pada hari itu dan dia juga yang akan mengambil anak kami berdua tapi aku tak kan benarkan" Kaizo menggenggamkan tangannya
"Sebab itu kamu perlukan kuasa kau balik, Lynna" Lynna hanya berdiam diri sahaja "Ini semua untuk anak kau juga tapi kalau kau tidak mahu, kau boleh duduk di dunia lain untuk sementara waktu"
Lynna dan Kaizo melihat sesama sendiri "Kaizo, apa yang kau fikirkan"
"Lynna, kau perlu ambil balik kuasa kau. Kembali ke diri kau yang sebelum ini. Aku tahu kau tidak mahu tapi sekarang ini, bukan masanya untuk berfikir panjang" Lynna menghela nafas dan angguk kepalanya tanda setuju "Jadi kau setuju?"
"Aku setuju. Ini untuk anak kita juga. Kau terjadi apa-apa dekat dia, aku akan rasa bersalah nanti" Kiddi pulangkan kesemua kuasa Lynna. Crystal putih itu terapung di bilik itu dan lalu beberapa pancaran cahaya putih pergi ke arah Lynna. Sedikit demi sedikit kuasa Lynna sudah kembali. Lynna rasa diri dia yang lama sudah kembali. Semua rasa keletihan dia sudah hilang, dia sudah kembali bertenaga dan semua kesakitan dia sudah pun hilang dan sembuh
"Lynna?" tanya Kaizo
"Terima kasih Kiddi kerana menjaga kuasa aku dengan baik tapi aku rasa, aku perlu tinggal di dunia sana buat sementara. Aku tidak mahu mengambil risiko tinggal di sini dan tunggu masa untuk Kapten Chaos menyerang aku lagi. Kau ok dengan keputusan aku, Kaizo?" Kaizo cium dahi Lynna
"Aku ikut sahaja dengan keputusan kau"
Kiddi tersenyum melihat kemesraan mereka berdua "Kalau begitu, aku akan membuat persediaan untuk katil Rifqi nanti. Aku lupa pula untuk ucapkan tahniah kepada kamu berdua. Semoga kebahagiaan kamu berdua akan kekal selama-lamanya"
---------------------------
Dua hari selepas itu, Lynna dan Kaizo telah kembali ke dunia lain. Mereka membawa Rifqi sekali. Fang pun turut ikut mereka bersama kecuali Faye. Dia duduk di rumah Bella buat sementara waktu. Fang telah pun pergi ke kandang kuda sebab nak pergi mengembara di sekitar hutan yang berdekatan dengan istana Lynna. Dia tidak keseorangan kerana kawan-kawan dia juga ada di situ, iaitu Boboiboy, Gopal, Yaya dan Ying. Lynna melihat sekitar bilik dia. Dia sangat rindu dengan bilik itu. Bilik Lynna telah berubah menjadi lebih sesuai untuk bayi Lynna. Katil bayi juga turut tersedia di dalam bilik itu
"Rifqi, ini bilik ibu dulu dan sekarang ini, bilik ini kepunyaan Rifqi sekali dan juga ayah kamu" Lynna dukung anaknya dan cium pipi anaknya "Kita akan tinggal di sini buat sementara waktu kerana ibu tak nak orang jahat mengambil kamu dari ibu"
"Jangan risaukan tentang perkara itu sekarang ini" Kaizo mengambil Rifqi di tangan Lynna "Kau pergi lah berehat dulu"
"Tapi aku nak bawa Rifqi berjalan-jalan di dunia ini. Mesti dia akan suka nanti" Lynna senyum kepada Kaizo yang sedang membelai kepala Rifqi "Mari kita pergi ke tempat kegemaran aku" Muka Kaizo yang serius terus dia tersenyum sedikit. Mereka berdua terus ke tempat kegemaran Lynna, di tepi istana. Tanpa mereka sedari, sekumpulan fairy sedang mengikut mereka dari belakang. Mereka ingin membuat suasana Kaizo, Lynna dan Rifqi lebih ceria dan indah. Seekor Fairy datang ke arah Rifqi dan Rifqi rasa gembira melihat fairy itu. Dia tersenyum melihat Fairy yang berwarna biru itu
"Suka pula dia lihat fairy tu" kata Lynna sambil melihat Rifqi di dalam dukungan Kaizo "Mesti Fairy tu nak bermain dengan Rifqi"
"Baguslah ada yang nak bermain dengan dia" Mereka turun dari tangga dan Lynna membuka pintu di tepi istana. Kaizo ingat lagi tempat itu. Tempat pertama kali Lynna bawa setelah mereka sampai di istana beberapa tahun dulu. Dia teringat lagi dia buaikan Lynna di atas buaian itu, tempat pertama kali dia ingin berikan kejutan kepada Lynna. Mereka berdua menjejak kaki di kawasan itu dan terus masuk ke dalam gazebo putih. Semuanya masih sama lagi, tiada perubahan yang telah dibuat. Kerusi dan meja di dalam gazebo itu masih lagi cantik seperti dulu. Fairy-fairy tadi terbang mengeliling mereka bertiga dan baju mereka bertukar menjadi baju kerabat di raja. Bukan itu sahaja, makanan di atas meja juga muncul. Sebuah teko berbentuk bunga muncul di atas meja, berserta dengan beberapa hidangan yang lazat seperti roti bun berbentuk bunga, kek berperisa strawberry dan juga sebuah kuih yang mereka tidak pernah lihat sebelum ini
"Selamat kembali sang permaisuri" kata salah seorang fairy itu "Dan kami semua ingin ucapkan tahniah dengan kelahiran putera, sang permaisuri" Dia memanggil beberapa rakan-rakan fairy yang lain dan terus mereka membawa sebuah mahkota kecil untuk Rifqi. Lynna tersenyum melihat fairy-fairy itu melayan Rifqi dengan begitu baik dan mesra sekali
"Sang raja juga turut kembali ke sini" kata fairy itu "Selamat kembali juga dari kami semua dan silakan menikmati hidangan yang kami telah sediakan" Lalu fairy-fairy itu terus terbang ke tempat lain untuk meninggalkan mereka bertiga berseorangan di situ
"Kasihan anak ibu tak dapat nak menikmati makanan ini tapi takpe, nanti bila Rifqi sudah besar. Ibu akan bawa kamu ke sini lagi" kata Lynna dengan nada mesra dia. Rifqi tersenyum lagi melihat ibunya "Aku rasa, anak kita adalah seorang yang ceria"
"Baguslah tu.. daripada dia ikut perangai aku atau si Pang tu, baik dia ikut perangai kau yang sentiasa ceria" kata Kaizo "Dengar tu Rifqi, jangan sesekali ikut perangai si Pang tu. Dia tu degil, nakal, suka cari pasal dengan orang tapi dia jugalah bijak dan pembersih" Lynna ketawa sedikit melihat Kaizo bercakap dengan Rifqi
"Hah, dengar tu Rifqi. Jangan jadi degil macam Fang tapi ibu yakin, anak ibu seorang yang baik" Lynna mengambil Rifqi dari tangan Kaizo "Rifqi tahukan ibu dan ayah sayangkan kamu dan kami berdua akan sentiasa melindungi Rifqi dari ancaman musuh tapi sekarang ni, Rifqi tidak perlu tahu tentang itu. Ibu nak Rifqi membesar dengan sempurna tanpa ada serangan dari musuh ibu ataupun ayah" Kaizo potong kek strawberry itu, sementara Lynna bermain-main dengan Rifqi dan lalu Kaizo suapkan kek itu di dalam mulut Lynna
"Rifqi nak dengar tak kisah ibu dan ayah dulu?" terus Rifqi senyum kepada ibunya
"Hmm.. dia faham pula apa yang kau katakan tadi" Lynna ketawa sedikit
"Mestilah dia faham. Dia kan bijak macam ayah dia, macam ibu dia, macam pak cik dia si Fang tu tapi pelik pula panggil Fang pak cik" Lynna dan Kaizo ketawa besar di situ. Lynna terus melihat gelakan Kaizo yang begitu besar dan dia rasa suka pula melihat gelakan itu "Hehehe.. comel" kata Lynna. Kaizo terus buat muka serius balik "Apalah Kaizo ni. Oh yea, kisah ibu dan ayah dulu. Masa tu, ibu dekat kedai Kokotiam Tok Aba. Minuman dekat situ sedap sebab Tok Aba yang buatkan dan masa itu juga ibu berkenalan dengan ayah kamu tapi ayah kamu yang mulakan dulu..." Lalu Lynna cerita dari permulaan mereka berkenalan sehinggalah persahabatan mereka terjalin. Rifqi begitu tekun mendengar cerita ibunya, dia tidak tidur atau rasa mengantuk. Setelah selesai Lynna bercerita, mereka tidak berkata apa lagi. Mereka hanya menikmati keindahan persekitaran mereka sahaja
-------------------------
"KENAPA KAU TIDAK BOLEH MENGESAN MEREKA BERADA DI MANA?!" Kapten Chaos marah kepada pengikut setia kerana gagal untuk mengesan Lynna "KAU MEMANG TIDAK BOLEH DIHARAP LANGSUNG!"
"Maaf Kapten.. saya akan cuba lagi" kata lelaki itu. Dia tahu dia bukanlah seperti Erebus yang sudah lama mati tapi dia akan cuba juga untuk menjadi yang terbaik terhadap kaptennya "Kapten jangan risau, saya akan berusaha untuk mencari dia"
"Hmm... cari dia sampai dapat dan jika kau datang ke sini dengan tangan kosong, aku akan hukum kau"
"Baik Kapten" Lalu lelaki itu keluar dari bilik kawalan kapal angkasa itu. Kapten Chaos pusingkan kerusi dia dan lalu memandang skrin di hadapannya
"Mana kau Lynna.. aku akan cari kau sampai dapat. Kau tak kan dapat sembunyikan diri daripada aku selama-lamanya"
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top