Istimewa

Kebahagian sentiasa setia bersama Kaizo dan Lynna. Ke mana sahaja mereka pergi, kebahagian akan ikuti mereka tetapi kebahagian itu tinggalkan mereka walaupun sekejap sahaja. Ini semuanya bermula apabila Lynna mengandung 3 bulan dengan anak pertama mereka. Kaizo dan Lynna telah pun setahun berkahwin dan akhirnya, mereka berdua akan memiliki cahaya mata tersendiri. Mereka tidak sabar untuk membina keluarga baru dan Fang juga tidak sabar untuk melihat anak buah dia yang pertama. Pada suatu malam, ketika mereka semua sedang nyenyak tidur kecuali Fang. Kaizo termimpi tentang saat Lynna setuju dengan lamaran dia. Hari itu adalah hari kegembiraan dia. Selepas sahaja Lynna menerima lamaran itu, dia membawa Lynna pergi berjumpa dengan atuk dan nenek tetapi ada sesuatu yang pelik berlaku di dalam mimpi Kaizo. Dia termimpi adiknya si Fang membunuh Lynna ketika Lynna sedang tidur nyenyak di atas katil. Kaizo terjaga dari mimpi itu. Dia melihat sebelah, Lynna sedang nyenyak tidur sambil memegang kandungannya yang baru sahaja 3 bulan. Kaizo turun dari katil tersebut secara perlahan supaya Lynna tidak terjaga. Dia keluar dari bilik mereka dan terus turun ke dapur. Kaizo mengambil segelas air untuk tenangkan diri dia

"Mimpi apakah tadi itu?" bisik Kaizo

"Abang?" Kaizo menoleh kebelakang dan nampak adiknya sedang berdiri di muka pintu dapur "Kenapa muka abang pucat?"

"Tiada apa, abang cuma mimpi buruk sahaja" kata Kaizo. Adiknya Fang sudah meningkat dewasa. Tahun ini sahaja dia sudah 15 tahun, tahun peperiksaan PT3 untuk diri Fang "Kenapa kau tidak tidur lagi?" Kaizo melihat jam dinding yang ada di dalam dapur itu. Jam itu menunjukkan sekarang sudah pukul 1 pagi

"Adik tengah ulangkaji tadi. Adik turun ke bawah untuk minum air sebelum adik masuk tidur"

"Hmmm... kau jaga kesihatan kau. Jangan nak asyik tidur lewat sahaja" kata Kaizo. Dia terus minum airnya sampai habis "Abang masuk tidur dulu"

"Baik abang" Fang melihat abangnya. Muka abangnya masih lagi kelihatan pucat tapi mimpi apakah yang membuat abangnya rasa risau, fikir Fang "Jangan fikir yang bukan-bukanlah Fang, mimpi buruk hanyalah mimpi mainan sahaja" bisik dia seorang diri tetapi kalau diri dia yang mimpi buruk. Mimpi itu akan menjadi kenyataan. Dia malas untuk berfikir lagi, lalu dia terus mengambil segelas air untuk legakan tekak dia yang sudah kehausan

Kaizo pula, dia tidak boleh tidur lena kerana asyik terfikirkan mimpi tadi. Dia berpusing ke kiri dan ke kanan tetapi setiap kali mata dia pejam, dia nampak diri adiknya bunuh Lynna. Akhirnya Kaizo terpaksa pergi ke kapal angkasa untuk menghilangkan bayangan mimpi buruk itu dengan menjalani latihan tempur bersendirian. Dia meninggalkan Lynna tidur seorang diri di dalam bilik tetapi dia tidak sedar, bahawa musuh mereka sebelum ini sedang asyik memerhatikan Lynna sahaja. Bukan Lynna yang dia mahukan tetapi kandungan Lynna yang dia ingin mahukan

"Bayi itu akan menjadi milik aku selama-lamanya"

------------------------

Pagi itu, Lynna telah pun siapkan sarapan untuk Kaizo tetapi Kaizo masih belum pulang lagi dari kapal angkasanya. Dia hanya menunggu kepulangan Kaizo sambil membaca buku novel hantu di ruang tamu. Fang dan Faye sudah pun pergi ke sekolah bersama. Faye masih lagi duduk di bumi kerana dia terlampau seronok sangat duduk di sini. Dia rasa agak sedih apabila Lily sambung belajar di luar negara iaitu Jepun tetapi dia rasa gembira dengan kawan baik dia kerana impian Lily tercapai akhirnya. Sekarang ini hanya tinggal dia dan Bella sahaja. Tiada lagi trio huru-hara, hanya jadi duo huru-hara sahaja

"Lynna" Lynna terus tersenyum apabila dia mendengar seseorang sedang memanggil nama dia. Lynna pusing kebelakang tetapi bukan seseorang yang dia sedang tunggu sekarang ini

"Kiddi? Kau buat apa dekat sini" tanya Lynna kepada penjaga istana dia di dunia lain. Dia meletakkan novel hantu itu di atas meja ruang tamu. Kiddi tidak bercakap apa, dia hanya duduk di sebelah Lynna sahaja "Kiddi? Ada sesuatu yang terjadi ke?"

Kiddi menghela nafas dan lalu berkata "Aku datang ke sini kerana aku ada amaran untuk kau. Bayi di dalam kandungan kau itu adalah bayi yang sangat istimewa"

"Istimewa? Maksud kau?"

"Bayi itu mempunyai kuasa yang tersendiri juga nanti tapi lebih hebat. Bukan itu sahaja, bayi itu memilik campuran darah alien, darah kerabat diraja kau dan juga darah kuasa yang kau pernah memiliki sebelum ini" Lynna terkejut. Lalu dia pegang kandungan dia "Bayi kau akan menjadi buruan musuh-musuh kau dan juga Kaizo"

"Tapi.. macam mana bayi aku mempunyai kuasa? Aku sudah lama tiada kuasa semenjak Kaizo melamar aku. Kuasa aku semuanya aku telah serah kepada kau untuk menyimpan dengan baik"

"Lynna.. walaupun kau menyerahkan kuasa kau kepada aku tetapi kau tidak boleh lari dari hakikat yang sebenarnya. Kuasa kau akan sentiasa bersama dengan diri kau walaupun kau sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa. Aku nak kau berhati-hati selepas ini. Kau kawan baik aku, aku tidak mahu sesiapa musnahkan kebahagiaan kau bersama dengan Kaizo. Aku perlu pergi sekarang, kau jaga diri kau baik-baik" Kiddi bangun dari situ dan buka satu pintu portal

"Terima kasih Kiddi kerana memberikan amaran kepada aku"

"Sama-sama Lynna. Sehingga kita bertemu lagi" Kiddi masuk ke dalam portal itu dan serta merta, portal itu terus hilang. Lynna pegang kandungan dia yang 3 bulan itu, dia tidak mahu sesiapa mengambil bayinya. Adakah dia perlu beritahu Kaizo tentang amaran yang diberikan oleh Kiddi tadi atau dia hanya perlu rahsiakan sahaja. Lynna gelengkan kepala

"Tak, setiap rahsia aku adalah rahsia Kaizo juga. Aku tidak mahu sembunyikan apa-apa dari Kaizo" kata Lynna. Air mata dia mengalir sedikit "Nampaknya, keinginan aku untuk hidup bebas tidak kekal selama-lamanya" Perasaan Lynna ketika itu agak sayu. Dia tidak tahu bagaimana hendak beritahu Kaizo nanti tetapi dia yakin, mereka akan tabah menghadapi dugaan yang mereka akan lalui seterusnya. Pintu rumah terbuka, Lynna menoleh sedikit dan nampak Kaizo sedang masuk ke dalam rumah dengan keadaan letih tapi masih lagi ada tenaga

"Kau pergi mana tadi? Aku tunggu kau dari tadi lagi, supaya kita dapat makan sarapan pagi bersama" tanya Lynna. Dia cepat-cepat mengelap air matanya sebelum Kaizo nampak diri dia dalam kesedihan

"Maaf. Aku pergi ke kapal angkasa untuk latihan tempur. Aku tidak dapat tidur dengan lena malam tadi" kata Kaizo. Dia langsung tidak melihat wajah Lynna, dia hanya memandang ke arah lain kerana dia takut, kalau dia melihat Lynna. Dia takut bayangan mimpi dia akan terlintas di pemikiran dia tetapi Lynna kenal dengan diri Kaizo. Dia tahu ada sesuatu yang membuat Kaizo tidak boleh tidur dengan lena

"Kaizo, ada sesuatu yang terjadi ke?"

"Tak" itu sahaja jawapan dari Kaizo "Aku pergi mandi dulu"

"Sebelum itu, aku ada suatu benda nak beritahu" Kaizo berhenti di belakang sofa yang Lynna sedang duduk "Benda ini penting Kaizo. Ianya tentang bayi kita" Kaizo tidak boleh menggelakkan diri daripada perkara penting atau hal-hal tentang anak dia. Kaizo terus pergi ke depan dan lalu duduk di sebelah Lynna. Sedikit demi sedikit, dia melihat wajah Lynna yang sangat suram itu

"Kenapa? Kenapa dengan anak kita nanti?"

"Sebenarnya tadi Kiddi datang ke sini kerana ingin memberitahu aku tentang sesuatu. Bayi kita adalah bayi paling istimewa sekali. Bayi kita mempunyai kuasa tersendiri nanti tetapi lebih hebat daripada aku" Muka Kaizo terus berubah menjadi gembira "Selebihnya bayi kita istimewa sebab darah campuran alien dan darah puteri aku tetapi bukan tentang itu dia berikan aku amaran. Bayi kita akan menjadi buruan dari musuh-musuh kau dan aku sekali" Kaizo nampak air mata mengalir keluar. Titisan air mata Lynna jatuh ke atas tapak tangan Lynna. Kaizo lap air mata itu dengan ibu jari dia

"Kau tidak perlu menangis. Kita akan sama-sama melindungi bayi kita. Tiada siapa akan cuba merampas bayi istimewa ini" kata Kaizo "Aku janji akan melindungi kau dan bayi kita" Kaizo cium pipi Lynna dan lalu dia memeluk isterinya "Tiada siapa akan mengambil kau dari aku lagi" bisik Kaizo

"Err.. Kaizo" Lynna rasa nak muntah. Terus dia lepaskan pelukan itu dan berlari ke bilik air "KAIZO BUSUK SANGAT!"

------------------------------

9 bulan, akhirnya waktu tertunggu-tunggu sudah hampir tiba tetapi bila bayi itu akan keluar, semuanya terpaksa menunggu. Lynna dan Kaizo sudah mengetahui jantina bayi mereka, kecuali Fang sebab mereka ingin membuat kejutan kepada dia

"Kak Lynna.. bila baby ni nak keluar?" Walaupun umur Fang sudah meningkat dewasa, dia masih lagi ingin bermanja dengan Lynna "Adik tak sabar nak dukung anak buah adik yang comel ni!"

"Mana Fang tahu baby ni comel?"

"Mestilah! Kak Lynna cantik.. abang pula.. errr.. nak kata handsome, bolehlah juga. Campurkan kedua-duanya, mesti baby ni comel tapi adik mestilah lagi comel daripada baby ni" Lynna tergelak sedikit

"Boleh pula macam tu" Lynna membelai rambut Fang "Tapi Fang kena jaga baby ni dengan baik ok"

"Mestilah. Baby ini adalah anak kepada abang dan kakak Fang. Semenjak kak Lynna menjadi sebahagian keluarga kita orang, adiklah orang paling gembira sekali sebab adik dapat seorang kakak yang penyayang. Bukannya macam abang tu, tahu marah orang sahaja"

"Dia marah Fang sebab dia sayangkan Fang" Lynna cium dahi Fang "Fang pun sudah tidak nakal lagi seperti dulu. Jadi Fang kena selalu dengar nasihat abang kamu. Jangan nak ingkar kata-kata dia sebab dia nak Fang jadi orang yang berguna"

"Terima kak Lynna" Fang peluk Lynna sepuas hati. Dia rasa begitu bahagia apabila dia mendapat kasih sayang dari seorang kakak ipar yang sangat baik. Fang peluk Lynna berapa lama yang boleh sehingga dia melihat jam di tepi television "ALAMAK!" Fang lepaskan pelukan dia "Kak Lynna, adik kena pergi ke kedai sekejap untuk beli barang-barang masak malam ni" Fang bangun dari sofa itu "Kak Lynna duduk sini sahaja ok, jangan bergerak. Kalau nak apa-apa, tunggu abang atau Faye balik. Adik keluar pergi barang sekejap"

"Hati-hati!" kata Lynna sambil melihat Fang keluar dari rumah tersebut. Dia mengangkat dirinya untuk bangun dari tempat duduknya. Dia ingin pergi ke dapur untuk mengambil makanan tetapi muka Lynna berubah menjadi ketakutan kerana musuh lama dia kembali. Kapten Chaos muncul di depan Lynna "Kau! Apa kau buat dekat sini?" Lynna berundur kebelakang tetapi Kapten Chaos datang dekat ke arah Lynna

"Sudah lama kita tidak berjumpa tuan puteri" kata Kapten Chaos dengan nada sinis dia "Aku datang untuk mengambil kau dan bayi kau sekali tetapi.." Kapten Chaos makin lama makin dekat dengan Lynna dan lalu dia mencekik Lynna. Dia mencengkam leher Lynna sekuat hati "Bukan kau yang ingin aku ambil kali ini. Bayi kau akan menjadi milik aku kali ini" Lynna pegang tangan Kapten Chaos. Dia cuba untuk melepaskan tangan itu tetapi diri dia semakin lemah. Dia sudah tiada kuasa lagi untuk melawan musuh dia

"Lepas..kan... aku" kata Lynna dengan nada lemah

"Kau ingat aku akan lepaskan kau! Tapi aku tidak akan bunuh kau, aku cuma mahu melihat kesengsaraan kau sahaja selepas aku mengambil bayi kau dan Kaizo! HAHAHAHAHAHAAAA!" Pernafasan Lynna semakin lama semakin lemah, dia risau dengan kandungan bayi dia. Tiba-tiba sahaja pintu rumah terbuka. Kapten Chaos lepaskan leher Lynna dan terus menghilangkan diri. Faye tidak nampak Kapten Chaos tetapi dia nampak Lynna sudah pengsan di atas lantai

"KAK LYNNAAAAA!"

Semuanya menjadi begitu pantas. Faye cepat-cepat menelefon ambulance dan juga abang sepupu dia. Kaizo dan Fang begitu cemas sekali apabila menerima panggilan daripada Faye. Kaizo yang sampai dulu di kawasan perumahan dia dan terus dia berlari apabila nampak Lynna telah di angkat masuk ke dalam sebuah ambulance. Ada sebuah alat pernafasan telah dipakaikan di mulut Lynna dan Kaizo menjadi lebih cemas

"LYNNNNAAAAAAA!" Kaizo menjerit nama isterinya tetapi Lynna masih juga tidak sedarkan diri

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top