Bonus Chapter
Beberapa tahun kemudian...
Lynna melihat anaknya sedang membelek-belek sebuah photo album di meja ruang tamu. Lynna tersenyum melihat Rifqi begitu teruja melihat gambar ibu dan ayahnya sewaktu zaman dahulu
"Ibu, siapa mereka ni?" tanya Rifqi sambil menunjuk sekeping gambar kepada ibunya
"Itu nenek dan atuk Qiqi, ibu dan ayah kepada ayah kamu tapi mereka sudah lama tiada"
"Oh, mereka pergi mana?" tanya Rifqi
"Mereka sudah tiada lagi, Qiqi" Lynna duduk di sebelah Rifqi sambil melihat photo album itu bersama. Dia mengambil photo album yang terletak di atas meja ruang tamu dan lalu letak di atas ribanya. Rifqi duduk disebelah ibunya
"Uncle Pang Pang nampak comel masa dia kecik dulu" Lynna tergelak sedikit semenjak Rifqi memanggil pak ciknya 'uncle Pang Pang' Ini semua Kaizo punya kerja. Dia yang ajar anaknya memanggil Fang, Pang "Uncle Pang Pang dulu-dulu nakal tak?"
"Nakal lah juga. Dia tu selalu kena kejar dengan ayah sebab terlampau nakal sangat. Dia suka cari pasal dengan orang tapi Qiqi jangan ikut perangai tu, ok"
"Tapi Qiqi suka uncle Pang Pang. Uncle Pang Pang selalu bawa Qiqi pergi ke taman permainan, lepas tu dia selalu belanja Qiqi makan ice cream"
"Ibu tahu" Lynna cium kepala anaknya "Ibu cuma berharap Qiqi jadi budak yang baik"
"Mestilah! Qiqi baik bukan jahat tapi.. kenapa ayah selalu garang dan buli uncle Pang Pang? Ayah memang selalu buat macam tu dekat uncle Pang Pang ke?" tanya Rifqi
"Hmm.. kalaulah Qiqi tahu kisah mereka berdua, tentu Qiqi akan tergelak. Ibu pun dulu sabar sahaja dengan perangai mereka. Rumah ini sentiasa ada kekecohan atau pergaduhan diantara mereka berdua tapi dia orang tu rapat, mesra dan sayang satu sama lain"
"Macam Qiqi dan ibu!" Rifqi peluk ibunya "Ibu, ceritalah kisah ayah dulu dengan uncle Pang Pang. Qiqi nak dengar"
"Hmmm... dulu-dulu masa ibu berkawan dengan ayah kamu, ibu selalu datang ke sini. Setiap kali ibu datang ke sini, mesti ayah kamu akan kejarkan adik dia tu tapi ibu suka melihat keakraban mereka. Ayah kamu memang sayangkan adik dia" kata Lynna sambil membuka muka surat photo album yang seterusnya "Ini masa dia orang berkelah dekat depan rumah. Masa tu ayah kamu ada cerita dekat ibu. Uncle Pang Pang kamu nak keluar pergi berkelah dekat tepi sungai tapi ayah kamu tak benarkan dia pergi sebab peperiksaan dia nak dekat dah"
"Lepas tu apa jadi ibu?" tanya Rifqi
"Lepas tu ayah kamu pujuk balik uncle Pang Pang kamu. Dia panggil semua kawan-kawan uncle Pang Pang kamu, dan terus dia orang berkelah dekat depan rumah" Lynna belai rambut Rifqi "Masa tu ibu tidak kerap sangat datang ke sini. Ibu sibuk tapi ayah kamu selalu cerita dekat ibu apa yang terjadi dekat sini. Ayah kamu akan cerita segala-galanya"
"Kenapa masa ni uncle Pizu takde?" tanya Rifqi lagi
"Masa tu uncle Pang Pang kamu belum kenal uncle Pizu lagi. Masa ni dia orang semua darjah 5. Lepas sahaja masuk darjah 6, terus uncle Pang Pang kamu dapat ramai kawan" Lynna tunjuk sekeping gambar kepada anaknya. Masa itu mereka semua berkumpul di depan kedai Tok Aba. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Ochobot, Rizu, Lily, Faye, Bella, Lynna, Kaizo dan juga Tok Aba. Masa tu cikgu Papa Zola yang ambil gambar mereka semua
"Seronoknya mereka semua tapi ibu nampak muda. Ayah pun sama tapi ayah memang suka buat muka serius yea" Lynna tergelak sedikit
"Ha ah, muka ayah kamu sentiasa serius. Kalau senyum pun, kadang-kadang sahaja"
"Apa kamu berdua sedang berborak?" muncul Kaizo yang baru sahaja pulang dari kapal angkasa
"AYAHHHH!" Rifqi bangun dan terus peluk ayahnya "Ayah takde beli apa-apa untuk Qiqi hari ni?" Rifqi buat muka comel dekat ayahnya tetapi Kaizo tetap dengan muka serius dia
"Takde"
"Alaaa.. semalam ayah belikan Qiqi ice cream, hari ini ayah takde belikan apa-apa pula" Rifqi terus muka muka sedih dia. Lynna bangun dan peluk anaknya yang sedang kesedihan itu. Lynna dan Kaizo melihat anak dan lalu pandang satu sama lain
"Qiqi lupa ke hari ini hari apa?" tanya Lynna
"Tak tahu" Lalu Kaizo mendukung anaknya "Kenapa ayah? Kenapa ibu?"
"Kejap lagi ibu dan ayah nak bawa Qiqi ke satu tempat. Sebab itu ayah kamu tak belikan apa-apa untuk Qiqi hari ini"
"WAHHH! SERONOKNYA! QIQI TAK SABAR!"
---------------------------
Rifqi terlalu seronok sangat dapat keluar berjalan dengan ibu dan ayahnya. Tangan dia pegang kedua tangan ibubapanya sambil bernyanyi-nyanyi riang ria "Suka betul anak ibu"
"Aku rasa dia ikut perangai kau"
"Yea ke Kaizo. Entah-entah besar nanti dia ikut perangai kau yang garang tu" Lynna tersenyum melihat Rifqi berjalan bersama dengan mereka berdua. Mereka bertiga dalam perjalanan ke kedai ice cream yang terletak di bandar Pulau Rintis. Kaizo dan Lynna ada sesuatu yang istimewa untuk anak mereka
"Tapi aku tengok dia seorang yang periang seperti kau" Lynna tersenyum lagi "Kau sekali pun tidak pernah marah Rifqi sebab kau memang sayangkan dia"
"Terima kasih Kaizo tapi kau pun apa kurangnya. Aku pun tidak pernah melihat kau marah Qiqi. Cuma kau masih lagi nak buli adik kau tu"
"Ayah selalu buli uncle Pang Pang macam mana?"
"Rifqi tidak perlu tahu" kata Kaizo
"Ala, Qiqi nak tahu. Bolehlah Qiqi buli uncle Pang Pang nanti" Lynna dapat teka, anak dia akan ikut perangai ayah dia "Mesti ayah selalu buli uncle Pang Pang cara kasarkan"
"Ayah selalu buli dia dengan macam-macam cara. Nanti ayah akan ajar kamu"
"Kaizo, janganlah ajar dia yang bukan-bukan. Dia kan kecil lagi" marah Lynna
"Aku ajar dia buli cara ringan sahaja" Lynna gelengkan kepala. Mata Rifqi terus bersinar-sinar "Rifqi kalau boleh, jangan buli dia selalu sangat. Kalau ayah, takpe. Lagipun ayah buli dia sebab ayah sayangkan dia"
"Wahh! Qiqi pun sayangkan uncle Pang Pang! Nanti setiap hari Qiqi buli uncle Pang Pang sebab setiap hari Qiqi sayangkan uncle Pang Pang!" Kaizo terus mendukung anaknya "Mesti uncle Pang Pang suka kena bulikan!" Lynna tidak tahu hendak cakap macam mana "Tapi.. ayah sayangkan ibu, tak pernah Qiqi nampak ayah buli ibu"
"Itu sayang lain" kata Kaizo. Lynna tergelak sahaja
"Takpelah Qiqi, Qiqi masih kecil lagi. Nanti bila Qiqi sudah dewasa, Qiqi akan faham"
"Baik ibu!" "Qiqi terus peluk leher ayahnya "Qiqi sayang ayah dan ibu!" Kaizo dan Lynna tersenyum sahaja melihat gelagat anak mereka yang comel. Sampai sahaja di kedai Ice Cream, Rifqi berlari masuk dan dia begitu teruja sekali melihat belon-belon yang ada di dalam kedai itu. Pelbagai bentuk dan warna belon yang ada di situ "WAHHH! QIQI SUKA BELON!" Rifqi pegang salah satu tali belon yang terapung itu "Ini semua untuk Qiqi ke?"
"Yea sayang" kata Lynna yang berada di belakang Rifqi "Sebab.. hari ini adalah.." Lynna dukung Rifqi dan lalu
"SELAMAT HARI JADI RIFQI" Semua yang sayangkan Rifqi, semuanya ada di situ untuk menyambut hari jadi Rifqi. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya, Ying, Rizu, Bella, Lily, Faye dan juga Ochobot
"HARI INI HARI JADI QIQI! QIQI SUKA!" Fang datang dengan sebuah ice cream kek
"Qiqi tiuplah lilin tu" kata Fang dan lalu Rifqi tiup tetapi hanya air liur sahaja yang keluar
"Qiqi tak reti nak tiup"
"Qiqi tiup sama-sama dengan ibu ok" kata Lynna
"Ayah pun kena tiup juga" Kaizo terpaksa ikut kata-kata anaknya. Jadi mereka bertiga tiup keempat-empat lilin yang tercucuk di atas ice cream kek itu. Api-api kecil itu terpadam dan Rifqi terus menepuk tangan "Yeahhhh! Terima kasih ibu, terima kasih ayah!"
"Sama-sama Qiqi tapi ini semua rancangan dari uncle Pang Pang kamu" kata Lynna
"Ha ah Qiqi, uncle Fang kamu sanggup panggil kita orang semua untuk sambut hari jadi Qiqi" kata Boboiboy "Uncle ada bawakan hadiah untuk Qiqi" Rifqi menjadi lebih gembira kerana dia mendapat hadiah dari kawan-kawan pak cik dia "Qiqi jadi budak yang baik dan dengar kata-kata ibu dan ayah kamu yea"
"Baik uncle BoyBoy!" Boboiboy tergelak sedikit dan terus berikan hadiah kepada Rifqi. Selepas itu, mereka semua menikmati ice cream kek itu bersama. Kaizo sempat lagi cuit hidung Lynna dengan ice cream. Rifqi pula suap ayah dan ibunya ice cream kek tersebut. Selesai sahaja mereka makan ice cream kek itu, Rifqi terus membuka hadiahnya. Dia buka hadiah dari Boboiboy dan dia membawa sebuah bola sepak yang bersize kecil. Gopal pula berikan mainan playdoh kepada Rifqi. Yaya dan Ying hadiahkan beberapa buah buku cerita kepada Rifqi
"Uncle Pizu nak bagi anak patung penguin dekat Qiqi. Jaga baik-baik tau anak patung ni sebab ini anak patung penguin semasa uncle kecil dulu. Banyak kenangan yang uncle laluan bersama dengan anak patung penguin ni" Terus Rifqi memeluk anak patung penguin itu
"Terima kasih uncle Pizu! Qiqi janji, Qiqi akan menjaga anak patung penguin ini dengan baik!" Rizu usap-usap kepala Rifqi. Seterusnya Rifqi membuka hadiah daripada Faye. Dia mendapat sebuah mainan kapal angkasa, siap ada anak patung kecil berbentuk Lahap. Lily dan Bella pula berikan hadiah lego duplo kepada Rifqi. Dia suka dengan kesemua hadiah yang dia terima. Kaizo menarik tangan Lynna dan lalu mereka keluar dari kedai tersebut
"Kau bahagia?" tanya Kaizo
"Mestilah. Selamanya"
"Selamanya"
-Tamat-
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top