SNEEK PEEK 2 SPECIAL EPISOD

"Elman ada masalah ke? Abah tengok sejak Elman balik asyik senyap. Kalau tak mesti ada je benda Elman nak cerita pasal patient. Kenapa anak abah ni? Cuba cerita dekat abah."

Jebat menepuk-nepuk bahu Elman tatkala anaknya itu hanya berdiam diri sepanjang mereka berlatih bertinju. Hanya tangan dan kaki Elman saja lincah bergerak tapi tatapannya kosong.

"Abah... macam mana nak confess dekat orang yang kita suka?"

Pandangan Jebat bertaut dengan Elman buat seketika. Senyuman nipis terkulum di bibir Jebat. Tak menyangka Elman Zarith sudah mula pandai bermain dengan hati.

"Elman suka siapa?"

Tatkala soalan itu diajukan, wajah Elman serta-merta membahang panas. Dia tersengih sambil mengusap belakang tengkuknya. Segan mahu memberitahu si ayah bahawa dia mula pandai bermain dengan hati.

"Err... adalah. Dia buat Elman teringat dekat arwah ibu. Pesakit Elman sendiri."

"Apa yang sama dengan arwah ibu? Dia sakit apa?"

"Dia... ada tumor otak. Walaupun dia sakit tapi dia selalu positif macam ibu. Elman yang rasa kerdil bila dia selalu bagi nasihat dekat Elman tentang hidup. Satu lagi... Elman suka tengok dia senyum. Manis."

Tika itu, senyuman Jebat melebar. Dia memaut bahu Elman seraya beriringan ke kafe Fawwaz yang terletak di tingkat dua bangunan kelas tinju milik Jebat.

"Anak abah dah dewasa... dah nak bawa menantu untuk abah dah..."

Elman tertawa kecil tatkala rambutnya diusap oleh Jebat.

"Abah bagilah Elman tips... macam mana abah confess ibu dulu? Elman teringin nak tahu. Boleh ke?"

Sebaik saja Elman dan Jebat melabuhkan duduk di kerusi, Elman lantas mengeluarkan isi hatinya. Dia mahu tahu tentang kisah Jebat dan Jasmine dengan lebih dalam.

"Apa reaction ibu bila abah confess dia?" soal Elman lagi.

Tatkala Elman bertanya tanpa henti, titik kerinduan buat Jasmine bermain di hati Jebat. Samar-samar ruang memori mengimbas kejadian dia meluahkan perasaannya kepada Jasmine. Tak mudah. Terlalu banyak halangan di antara dia dan Jasmine Qasrina.

"Aku... cin... aku nak minum cincau. Aku craving. Dari aku bangun koma lagi aku teringin nak minum cincau. Terkejut tak?"

"Ya Allah abah seriuslah abah sampai tergagap macamtu? Susah betul Elman nak percaya. Yelah abah tu fighter kot dengan ibu jadi selembik cincau terus ya. Hebat betul penangan Puan Jasmine Qasrina."

Tak semena-mena, Jebat tertawa bersama-sama dengan Elman. Masing-masing terhibur dengan kenangan yang sudah 17 tahun berlalu.

"Ibu memang wanita hebat..."

Jebat kematian bicara tika kerusi di sisinya ditarik. Senyumannya sirna. Baik Jebat mahupun Elman, kedua-duanya kaget dengan kehadiran si wanita.

FULL SPECIAL EPISOD REALISE BILA CUKUP 50 KOMEN ✨️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top