EPISOD 9
"Buang cinta kau dan pergi dari hidup aku, Jebat Khuwailid! Aku tak nak bekas banduan jadi suami aku. Aku tak nak maruah keluarga aku tercalar disebabkan aib dalam keluarga kau!"
"Siallah! Aku struggle untuk kita tapi senang je kau minta putus dengan aku. Jahanamlah semua ni!" Puntung rokok dipijak. Amarah benar-benar membakar dinding hati Jebat tika ini. Apatah lagi semuanya berlaku hanya dalam satu malam saja.
Hina sangatkah dirinya ini sehingga cintanya dipermainkan oleh gadis itu? Mana janji-janji Adibah yang sanggup menantinya dan akan menerima apa saja kekurangan dalam dirinya ini?
Kenapa semua janji-janji itu bisa sirna sekelip mata? Sungguh, Jebat kecewa!
"Susah payah aku cari duit yang halal untuk kita tapi suka hati kau je buang aku macam sampah! Bingai punya perempuan!"
"Motor ni pun satu! Time aku broken nak mampuslah baru nak meragam! Apa kejadah sial betul hidup aku hari ni?" bentak Jebat lagi sambil menyepak tayar motosikalnya yang pancit. Terpaksa dia menuntun motosikalnya pulang ke rumah memandangkan bengkel sudah ditutup.
Semuanya benar-benar serba tak kena hari ini. Jebat serabut! Belum pun dia boleh terima kenyataan bahawa cintanya dikhianati oleh si kekasih, kini motor kapcainya pula yang buat hal malam-malam buta!
"Apalah malang sangat hidup kau ni Jebat! Jahat sangatkah aku ni sampai Tuhan nak uji aku bertubi-tubi!" Jebat mengusap kasar wajahnya yang meliar dengan jambang. Rambut panjangnya disebak ke belakang.
Rimas!
Bunyi kaca serentak dengan jeritan yang kedengaran berhampiran rumahnya membuatkan Jebat tersentak. Matanya membuntang. Degupan jantung mula kencang serentak dengan langkahnya yang sudah meluru ke rumahnya yang terletak berhampiran ladang kelapa sawit itu.
"Lepaskan aku! Tolonglah jangan buat aku macam ni! Kau orang nak apa hah!"
Suara itu semakin jelas di pendengaran Jebat. Dari luar saja dia melihat ruang tamu rumahnya sudah berantakan. Tatkala kaki melangkah masuk, hampir saja Jebat terpelongo melihat tubuh kaku Puan Nijah yang sudah terlingkup di atas lantai.
"Mak! Kenapa ni mak?"
Perlahan-lahan, Jebat meletakkan kepala ibunya di atas pangkuan. Alangkah kagetnya Jebat melihat darah mengalir di dahi ibunya. Tepi bibir si ibu juga sudah luka dengan darah kering. Tatkala dia periksa nadi si ibu, Jebat menghela nafas lega. Masih berdenyut.
"Akak... Kak Shana!"
Buru-buru, Jebat meluru ke arah kamar kakaknya. Dia yakin suara yang didengarnya itu milik Shana. Namun, langkah Jebat terhenti tatkala melihat empat orang lelaki serba hitam menggeledah kamarnya.
Tanpa berlengah, Jebat menyerang dari belakang. Tendangan ditujahkan ke tubuh kedua-dua lelaki itu silih berganti seraya mencengkam baju si lelaki yang sedang menyelongkar pakaiannya. Tangkas, Jebat menghentak kepala si lelaki ke dinding.
"Kau orang siapa? Apa yang kau orang nak?"
Ketiga-tiga lelaki itu sudah merengis kesakitan dengan penangan Jebat. Belum pun sempat salah seorang daripada mereka bangun, kedua-dua kolar bajunya sudah dicekak seraya dihempas ke dinding. Jebat tangkas menarik topeng lelaki asing itu.
"Kita orang nak tuntut hutang...."
"Tolong! Jangan apa-apakan aku! Aku merayu dekat kau orang! Ambillah apa je yang kau orang nak tapi aku mohon jangan apa-apakan aku!"
Tak semena-mena, rayuan Shana yang kedengaran di kamar sebelah semakin membuatkan Jebat tak keruan. Buru-buru, dia meluru ke bilik Shana yang terletak berhampiran dapur.
Sontak, hampir saja Jebat menggelupur melihat keadaan kakaknya yang sudah dikelilingi oleh lima orang lelaki bertopeng. Betapa hancurnya Jebat melihat pakaian Shana yang sudah terkoyak di bahagian bahu itu.
Bahkan, seorang lelaki sedang merakam aksi jahil rakannya yang sedang memegang kedua-dua belah tangan Shana yang terbaring lemah di atas kasur.
"Binatang! Kau jangan berani-berani sentuh maruah kakak aku!"
Nada suara Jebat naik seoktaf. Laju saja dia merembat telefon si lelaki bertopeng seraya dihempas ke atas lantai. Tendangan ditujahkan ke tubuh si lelaki yang sudah mahu meragut kesucian Shana yang sudah teresak-esak itu.
"Datang pun kau anak teruna si perogol! Lama kita orang tunggu kau datang!"
Jebat hanya menulikan saja telinganya. Hoodie ditanggalkan seraya disarung ke tubuh Shana yang sudah menggeletar itu. Perlahan-lahan, Jebat menarik lembut lengan kakaknya yang kelihatan ketakutan.
"Kakak kau cantik. Kita orang nak rasa sikit je..."
Belum sempat si lelaki menyentuh pipi Shana yang sudah berdiri di belakang Jebat, lolongan kesakitannya kedengaran tatkala jarinya dipulas ke belakang sehingga bunyi tulang patah kedengaran!
Sakitnya bukan kepalang!
"Kakak aku bukan lawan kau orang!"
"Wow! Adik mithali juga kau ni kan Jebat. Ingatkan anak mithali je sampai sanggup meringkuk dalam penjara semata-mata nak tahu siapa yang dah buat bapa kau bunuh diri!"
Kata-kata si lelaki disambut dengan tawa sinis rakan-rakannya. Hatinya semakin berkobar-kobar ingin melaksanakan tugasan daripada ketuanya. Demi habuan yang lumayan!
"Jebat..."
"Jangan takut, akak. Jebat ada kat sini."
Jebat memegang tangan Shana yang sudah merintih sayu itu. Selangkah demi selangkah, dia berganjak ke pintu kamar. Dengan harapan Shana keluar dari rumah ini. Jebat mengerti pasti penyerang-penyerang ini musuh ayah mereka.
"Kau orang nak lari mana? Huh? Ayah kesayangan kau orang tu dah berhutang dan dia tak bayar lagi hutang dia. Sebagai warisnya, kau oranglah yang kena bayar hutang-hutang ayah kau orang tu!"
Tak semena-mena, Shana dan Jebat dikepung dalam bulatan. Tiada lagi ruang untuk mereka meloloslan diri. Lima daripada lapan orang penyerang juga masing-masing memegang senjata.
Kayu, parang, rantai besi yang sudah ditegangkan. Ya Tuhan, Jebat buntu. Bagaimana dia mahu menyelamatkan kakaknya di saat mereka memiliki senjata sementelah dia pula bertangan kosong?
"Berapa yang ayah aku hutang dengan kau orang?"
"Dua puluh ribu. Kau ada?"
Jebat mendengus. Beg galas berisi wang kemenangannya di arena tinju dilempar ke arah salah seorang daripada penyerang yang memegang senjata. Bagaikan kelaparan, laju saja mereka memeriksa wang yang ada di dalam beg itu.
"Ambil duit tu dan berambus!"
"Banyak juga duit kau ni Jebat. Kau mencuri ya?"
"Bukan urusan kau! Sekarang kau orang pergi ambil duit tu dan berambus dari rumah aku!"
Amarah Jebat semakin meluap-luap. Pegangan tangannya dieratkan lagi. Risau jikalau Shana diapa-apakan oleh manusia durjana itu.
"Tapi..."
"Apa lagi sial!"
Tawa mereka meledak lagi. Beg galas itu dilempar ke wajah Jebat. Mereka semakin menghampiri. Dua beradik itu seakan-akan dua ekor tikus yang akan dibaham oleh helang.
"Tak cukup! Ayah kau lambat bayar dan bunganya dah bertambah!"
"Aku boleh bayar..."
"Dah terlambat! Dateline dah lepas! Malam ni kau akan jadi saksi kehancuran keluarga kau sekali lagi Jebat!"
Sekonyong-konyongnya, tubuh Jebat dihambat dengan besi sehingga Shana terlepas daripada pegangannya. Sungguh, sakitnya bukan kepalang! Kedua-dua belah lututnya terasa goyah dengan serangan hendap itu.
"Kau settle kakak dia. Aku settle adik dia!"
"Jebat!"
Sekali lagi jeritan Shana kedengaran tatkala dua penyerang mengheretnya ke arah sofa. Tangisannya kembali pecah. Setiap kali dia menentang, tamparan ditujahkan ke pipinya sehingga kepalanya berpinar. Sakit!
Buru-buru, Jebat menegakkan posisinya. Matanya melingas ke sekeling memerhatikan gerak penyerangnya. Jebat melonjak ke dinding seraya menghayunkan tendangannya ke tengkuk si lelaki yang tak bersenjata. Sesekali, tubuhnya tersentak ke hadapan tatkala dia diserang dari belakang.
Tak. Jebat takkan sesekali biarkan maruah kakaknya tergadai di tangan orang-orang hina seperti mereka!
Dengan sisa tenaganya, tak henti-henti Jebat menghayunkan tendangan dan tumbukan silih berganti ke arah lawannya. Pasu bunga di atas meja dicapai seraya dihentak ke kepala salah seorang lawannya sehingga tersungkur.
Apabila seorang lagi mara dengan sebatang kayu, buru-buru Jebat mencengkam pergelangan tangan si penyerang seraya dipulas ke belakang. Tangkas, Jebat menghempas tubuh lawannya di atas meja makan sehingga lolongan kesakitan kedengaran.
"Lepaskan kakak aku sial!"
Amarah Jebat sudah seluas samudera melihat Shana yang sudah terbaring kaku di atas lantai itu. Menggigil seluruh tubuhnya melihat Shana tak berdaya mahu melawan tatkala dua orang penyerang silih berganti merosakkan maruah kakaknya.
"Kakak!"
"Jebat!"
Belum pun sempat Jebat menyelamatkan Shana, langkah Jebat terhenti tatkala tubuh belakangnya ditetak dengan senjata parang. Bibirnya digigit menahan sakit. Lantas, Jebat berpaling mahu menetang. Malangnya, libasan itu terkena lagi pada tubuhnya sehingga Jebat tersungkur.
Pandangan Jebat berbalam-balam. Bau hanyir darah menusuk rongga hidung pemuda itu. Seluruh tubuhnya terasa dingin. Bahkan, mahu bergerak saja Jebat tak mampu tatkala tubuhnya sudah dijadikan sepak terajang penyerang-penyerang tak berperikemanusiaan itu.
"Lepaskan aku! Jangan... jangan bunuh adik aku... aku merayu..."
Shana hanya mampu mengongoi saja tatkala lelaki-lelaki durjana itu seolah-olah dirasuki syaitan. Menjadikan tubuhnya sebagai pemuas nafsu. Membelasah Jebat seakan-akan mereka mahu membunuh adiknya yang sudah tak berdaya.
Apa saja kudratnya sebagai seorang wanita? Apa saja kudrat Jebat untuk menentang penyerang bersenjata itu? Ya Tuhan, ketakutan benar-benar menyelubungi Shana.
"Kau jangan tunjuk kuat sangat dengan kita orang Jebat!" Salah seorang daripada mereka menjambak rambut Jebat. Diludahnya wajah lelaki yang separuh sedar itu. Dia tersenyum sinis melihat darah membasahi wajah Jebat.
"Kau nak sangat tahu siapa bunuh ayah kau kan? Huh! Aku rasa... sampai kau mati pun kau takkan tahu! Kau kena terima kenyataan ayah kau memang perogol. Dia lupa agaknya dia ada anak perempuan! Tak pasal-pasal kakak kau jadi mangsanya!"
Lelaki itu melepaskan tubuh Jebat seraya mengeluarkan sekotak rokok dari poket seluarnya. Menyaksikan saja rintihan Shana yang tiada hentinya itu.
Mendengar hal itu, Jebat semakin tercabar. Rahangnya diketap. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat. Perlahan-lahan, dia bangun daripada pebaringannya. Malangnya, tubuhnya yang sudah dibelasah itu mematikan pergerakan Jebat. Mahu bernafas saja dadanya terasa sesak.
Tapi, Jebat tak akan sesekali membiarkan durjana itu bernyawa! Lantas, Jebat kembali bangun. Jiwa membunuhnya semakin membuak-buak. Jebat mengengsot menghampiri si lelaki yang diduga merupakan si ketua.
Malangnya... baru saja Jebat mahu menyerang...
Kepalanya semakin berpusing tatkala sebatang kayu dihentak ke tubuhnya dari belakang. Jebat terlingkup di atas lantai. Pandangannya bertaut dengan pandangan sayu Shana. Allahu... betapa kesalnya Jebat gagal menyelamatkan kakaknya yang sudah dijadikan habuan manusia kaparat itu.
Jebat terbangun tatkala kedua-dua belah lengannya dicengkam oleh si penyerang. Pandangannya tajam merenung wajah si penjahat yang sedang menghembus asap rokok ke wajahnya.
"Kau ingat sini baik-baik Jebat. Bapa kau dah cari nahas dengan kita orang jadi ni balasan yang kau kena hadap dengan keluarga kau. Dia tak dapat langsaikan hutang, inilah bayarannya. Terima kasih..."
Belum sempat si lelaki menoktahkan bicara, Jebat tiba-tiba diserang amuk. Jebat menghentakkan kepalanya ke kepala si lelaki. Malangnya serangannya hanya seketika tatkala si lelaki menghunuskan pisau ke perut Jebat. Mata Jebat membuntang menahan sakit yang bukan kepalang!
"Terima kasihlah sudi layan kehadiran kita orang malam ni. Kalau kau mati, jangan lupa kirim salam dengan ayah kau!" Jebat tersungkur tatkala tumbukan dihenyak ke wajahnya.
Kesakitan itu semakin melemahkan seluruh tubuh Jebat Khuwailid. Kekuatannya sirna. Tikaman itu benar-benar meragut kekuatannya. Tulang belulalangnya seakan dipatahkan sekelip mata. Ingin sekali Jebat menyambut huluran tangan Shana yang sudah mengerekot menghampirinya.
Ingin sekali Jebat memeluk kakaknya yang ketakutan.
Allahu... apa dosanya sehingga dia diuji seperti ini? Apa dosa Shana sehingga kakaknya dikerjakan manusia-manusia jahil itu?
Sungguh, Jebat benar-benar lelah. Dia lemah. Tak berdaya lagi tika ini.
🥀🥀🥀
WAJAH kudus Elman yang sudah tertidur di sisinya membuatkan Jasmine rasa senang. Dahi Elman disentuh. Demam si kecil sudah pun surut. Syukurlah. Tenang rasanya melihat anak kecilnya itu sudah kembali sihat.
Jasmine bangun daripada pebaringannya. Hujan lebat di luar membuatkan kedinginan dinihari mencengkam ke tulang temulang. Lantas, Jasmine menutup tubuh Elman dengan selimut seraya melangkah keluar dari kamarnya.
"Jasmine... kenapa tak tidur lagi? Esok kan nak ikut papa buat passport. Karang lambat bangun dah ramai orang kena beratur panjang."
Jasmine mengulum senyum seraya melabuhkan duduknya di sisi Nek Timah yang baru saja usai menunaikan solat Tahajud itu. Wajah si nenek yang sudah dimamah usia dipandang redup.
"Kenapa?"
"Jasmine sayang sangat dekat nenek." Jasmine memeluk erat tubuh Nek Timah. Entah mengapa hatinya diruntun rasa sayu tatkala ini. Ada rasa gusar bermain di lubuk hati wanita berbaju kurung Kedah itu.
"Kenapa tiba-tiba nak bermanja dengan nenek ni? Ada apa-apa ke?"
Perlahan-lahan, Nek Timah mengusap lembut rambut panjang Jasmine yang mengurai. Senyuman terukir di bibirnya melihat wajah cantik cucunya yang sudah mula manis dengan senyuman itu.
"Betul ke keputusan yang Jasmine buat ni nek? Jasmine tak pernah berpisah jauh dengan nenek. Jasmine risau... tinggalkan nenek seorang. Kalau nenek sakit, siapa nak jaga nenek? Siapa nak tolong nenek buat nasi lemak lagi? Siapa nak tolong..."
"Jasmine Qasrina cucu nenek..."
Nek Timah menepuk pahanya. Mengarahkan Jasmine untuk baring di atas ribanya. Senyuman terukir lagi di bibir tua Nek Timah tatkala Jasmine menurut. Pandangannya bertaut dengan wanita itu.
"Kita ada Allah. Kita serahkan semuanya dekat Allah. Allah itu maha melihat dan mendengar. Selagi doa Jasmine ada untuk nenek, Allah akan sentiasa lindungi nenek. Jasmine jangan risaulah. Nenek cuma nak cucu nenek ni sihat. Nenek nak Jasmine mulakan hidup baru dengan Elman. Jasmine kat sana nanti sambung belajar, dah habis belajar boleh tolong uruskan syarikat papa."
Jasmine menghela nafas panjang. Dia mengenggam tangan Nek Timah seraya dikucup lembut. Wangian di tubuh Nek Timah benar-benar menenangkan Jasmine yang dihurung rasa hiba.
"Jangan risaulah. Jiran-jiran kita kan ada. Dia orang boleh temankan nenek kalau nenek bosan. Jangan fikir sangat benda yang bukan-bukan. Jasmine tu muda lagi. Keputusan STPM Jasmine tu cemerlang, layak dapat biasiswa. Sayang kalau Jasmine sia-siakan."
"Tapi Jasmine tetap risau. Jasmine takut kalau nenek tinggalkan Jasmine macam abang Zafri. Kalau boleh... Jasmine nak selalu dengan nenek. Sejak mama tak ada, cuma nenek dengan abang Zafri je yang sudi sayangkan Jasmine."
"Papa pun sayangkan Jasmine..."
"Kalau papa sayang Jasmine, kenapa dia buang Jasmine kat kampung lepas dia kahwin dengan perempuan tu? Papa tak sayangkan Jasmine pun. Papa cuma pentingkan keluarga baru dia."
Jasmine memejamkan matanya. Dadanya terasa sesak mengenangkan betapa rindunya dia sosok seorang ayah. Namun, Jasmine mengerti bahawa ayahnya tak memerlukannya lagi.
"Papa sayangkan Jasmine. Cuma dia tak tahu nak tunjuk macam mana je. Kalau dia tak sayangkan Jasmine, mesti dia takkan bersungguh nak hantar Jasmine dapatkan rawatan. Dahlah. Jangan fikir bukan-bukan. Nanti Jasmine yang penat. Apa yang penting sekarang kita kena berdoa supaya hati kita sentiasa tenang. Doa tu senjata orang beriman."
Nasihat demi nasihat yang dituturkan oleh Nek Timah membuatkan Jasmine terkelu. Dia hanya membiarkan neneknya mengusap lembut ubun-ubunnya. Tenang rasanya apatah lagi saat kalimah-kalimah Allah menyapa telinga.
Ya, dia perlu akur. Datuk Zali menyayanginya meskipun sayang itu tak pernah dirasai oleh seorang Jasmine Qasrina lagi.
Bersambung...
28.7.2024
Kalau best tekanlah vote, tinggalkanlah komen supaya saya rajin dan semangat update...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top