EPISOD 80
150 vote, 100 komen unlocked triple episode
KEDINGINAN musim salju di bumi Eropah menggigit hingga ke tulang-temulang. Sebaik saja kenderaan diparkir di halaman rumah teres, Jasmine menarik nafas sedalamnya. Dia memandang wajah Elman yang tertidur di kerusi penumpang. Jasmine mengulum senyum. Mengusap lembut kepala Elman.
Wajah budak lelaki itu sembap melepaskan tangis dengan perpisahannya bersama Jebat.
"Maaf anak ibu... ibu awak ni bodoh. Tapi, ibu tak ada kuasa nak bersatu dengan uncle abah, Elman. Ibu dah jadi isteri papa Ezhar..."
Ketukan di luar tingkap kedengaran. Kelihatan wajah Ezhar sudah menanti di luar kenderaan. Jasmine melangkah turun. Jelas, wajah Ezhar tampak berang. Apa lagi masalah si suami sehingga kepulangannya disambut dengan wajah bengis Ezhar?
"Cakap balik semalam. Kenapa malam ni baru balik?"
"Flight delay..."
"Alasan! Padahal, sengaja nak berlama dengan bekas kekasih kau tu kan?"
Jasmine tersentak tatkala kepalanya ditunjal oleh Ezhar. Dia menggelengkan kepala seraya mengejutkan Elman dari lena. Mahu mengharapkan Ezhar mendukung Elman? Jangan harap! Lelaki itu bukan Jebat yang sudi memberikan kasih sayang buat Elman.
"Elman tidur kat bilik ya."
"Okey ibu."
Melihat sikap acuh tak acuh Jasmine menaikkan amarah Ezhar. Dia merenggut bagasi dari tangan Jasmine seraya mengheret tubuh isterinya masuk ke dalam rumah. Tubuh Jasmine dihempas ke atas sofa.
"You ni kenapa? I baru je balik! Tak hilang penat..."
"Kau tak jawab soalan aku!"
"Kan I dah cakap flight delay! Cuaca buruk!" Jasmine mendesis kesakitan tatkala pinggangnya terasa nyilu. Kandungannya diusap lembut. Tak mahu anaknya terasa kekasaran si ayah.
"Dia ada datang masa majlis tu?"
"Ya Allah Ezhar... I penat tahu tak nak jawab soalan bodoh you! Boleh tak jangan cemburu buta? I ni hak you. I tengah mengandungkan anak kita! Kenapa nak risau pasal Jebat? I tak fahamlah dengan you!"
Tanpa berlengah, Jasmine melangkah naik ingin membersihkan dirinya. Jasmine lelah apatah lagi dirinya yang sedang berbadan dua. Trimester pertama ini sangat menguji kekuatannya apatah lagi dengan emosinya yang tak stabil.
"Aku tak habis cakap dengan kau lagi, Qasrina!" Ezhar menarik tudung Jasmine seraya mengheret tubuh isterinya kembali ke ruang tamu. Ada perhitungan yang perlu diselesaikan di antara mereka.
"Sakitlah!" Jasmine menjerit tatkala tubuhnya terhempas di atas lantai.
"Sakit? Aku tengok benda-benda ni lagi sakit!"
Jasmine tersentak tatkala beberapa keping foto dibaling ke wajahnya. Dia terpelongo melihat fotonya yang sedang dicempung oleh Jebat semasa dia pengsan, fotonya disuap oleh Jebat, fotonya berduaan bersama dengan Jebat. Jasmine menggeletar tatkala dia merasakan ribut akan berlaku sebentar lagi.
"Bukan main lagi kau kan? Kau tak terkesan pun sebenarnya nenek kau mampus! Kau ambil kesempatan jumpa kekasih lama kau tu kan! Kau curang dengan aku!" Ezhar menanggalkan tali pinggangnya. Lehernya direnggangkan tatkala syaitan mula membisikkan sesuatu di telinganya.
Tak sia-sia dia mengupah seseorang untuk memerhatikan Jebat dan Jasmine sepanjang majlis kenduri arwah Nek Timah.
"Aku tak curang!"
Jasmine mendesis tatkala Ezhar menjambak rambutnya yang berbalut dengan tudung. Ketakutan menyelebungi dinding hati wanita itu melihat tatapan galak Ezhar.
"Tak curang apa benda kalau mesra macamtu! Nenek kau mati kau beria menangis tapi sebenarnya kau ambil kesempatan je kan! Hipokrit! Kau tak sedih pun sebenarnya nenek kau mati! Kau lebih suka sebab jumpa Jebat..."
"Kau jangan tuduh aku yang bukan-bukan! Nenek meninggal... aku rasa hancur, Ezhar! Kau langsung tak ada dengan aku bila aku sesak kehilangan nenek. Aku tak buat apa-apa dengan Jebat! Dia cuma tolong aku..."
"Perempuan jalang!"
Kepala Jasmine terhentak ke bucu meja tatkala tumbukan dihenyak ke wajahnya. Dia ingin bangun tatkala cecair darah mengalir di dahinya. Anak dalam kandungannya perlu dilindungi. Ini kali pertama Ezhar mengamuk setelah tiga bulan dia mengandung.
"Kau nak pergi mana? Kau kena layan aku macam kau layan Jebat!"
Jasmine menampar kuat wajah Ezhar tatkala pinggangnya dipaut. Dia rasa jijik saat Ezhar mengucup bibirnya dengan rakus. Seolah-olah, dia boneka!
"Kurang ajar! Biar raja yang ajar kau hormat suami!"
Tak semena-mena, Jasmine membuntang tatkala perutnya ditumbuk kuat. Dia tertunduk menahan sakit yang bukan kepalang.
"Mampus kau malam ni juga, Jasmine Qasrina!"
"Allahu..." Jasmine tersungkur tatkala tubuhnya diterajang kuat. Tubuhnya menggigil tatkala Ezhar menghambatnya dengan tali pinggang. Tak putus-putus Jasmine menyebut nama Allah untuk diberikan kekuatan.
"Anak kita... jangan... jangan bunuh..."
"Tu bukan anak aku!"
Ya Tuhan, betapa remuknya hati Jasmine tatkala Ezhar mengucapkan kata-kata itu. Air mata mengalir ke pipi Jasmine. Dia sudah tak berdaya untuk melawan tatkala Ezhar seakan-akan algojo menumbuk wajahnya tanpa henti. Lupakah Ezhar kerakusannya menjadikan tubuh seorang Jasmine sebagai tempat pelampias nafsu binatangnya?
"Anak kita..."
"Bukan anak aku!"
"Sakit... Ezhar..."
"Aku peduli apa! Aku dah cakap dengan kau sayang... jangan pernah berhubung dengan dia lagi! Tapi kau buat juga!"
Ezhar merengus. Dia meramas rambutnya tatkala dadanya sesak melihat Jasmine menangis kesakitan. Dia menggelengkan kepalanya. Tertekan. Tatkala melihat Jasmine sudah merangkak ingin melarikan diri. Dia memijak kuat tubuh belakang Jasmine menghalang Jasmine dari pergi.
Tika itu, Jasmine merasakan tubuhnya lumpuh sekelip mata. Nafasnya terasa sesak di rangkungan. Nyawanya seakan-akan terpisah daripada jasad. Dia merasakan Ezhar mahu membunuhnya malam itu juga.
"Bunuh... bunuh aku..."
"Tak sayang! Aku... takkan bunuh kau. Aku minta maaf." Ezhar merintih melihat Jasmine yang sudah lemah setelah dibelasah separuh mati. Dia meletakkan kepala Jasmine di atas ribanya. Nadi Jasmine diperiksa. Lemah! Darah membuak-buak mengalir di kepala Jasmine.
Namun, melihat foto Jasmine dan Jebat di atas lantai, dia kembali dirasuki syaitan. Tubuh Jasmine dihempas ke atas lantai. Dia bangun mencapai foto yang diambil oleh orang suruhannya.
"Kenapa kau curang dengan aku? Apa kurangnya aku berbanding jantan sampah ni?"
Jasmine hanya kaku. Pandangannya semakin berpinar-pinar.
"Aku tanya jawablah perempuan jalang!"
"Ya Allah..." Jasmine mengerang kesakitan tatkala perutnya yang memboyot dipijak kuat. Dia merasakan cecair darah mengalir di kelengkangnya. Amukan Ezhar benar-benar melemahkan Jasmine sekelip mata. Dia merasakan hidupnya akan berakhir saat ini juga.
"Budak tu... anak jantan ni kan? Bukan anak aku!"
"Anak kau... kau... sentuh... aku..."
"Sial! Dah lunyai kau masih nak tipu aku?"
Jasmine semakin lemah tatkala perutnya dipijak bertalu-talu oleh Ezhar. Dia hanya mampu menatap sayu wajah Elman yang menghampiri Ezhar. Ya Allah, dia risaukan Elman. Tolonglah... sesiapa menyedari kekejaman Ezhar ini.
"Uncle... jangan pukul ibu. Ibu sakit..."
"Kau diam anak sial!"
Elman tersungkur. Namun, budak lelaki itu kembali bangun. Menggigit tangan Ezhar sekuat hati demi melindungi ibunya. Dia sudah berjanji dengan Jebat untuk melindungi Jasmine!
"Jahanam! Biar aku ajar kau pula jadi anak yang patuh!"
"Elman! Ya Allah..."
Tangisan Jasmine semakin kuat melihat Elman ditendang sehingga tersungkur di dinding. Tangannya terkapai-kapai ingin melindungi budak lelaki yang sudah diterajang oleh Ezhar. Jasmine mengengsot dengan darah yang semakin membuak-buak mengalir dari kelengkangnya demi melindungi tanda cintanya bersama Zafri.
Namun, Jasmine yang semakin lemah akhirnya tersungkur di atas lantai. Pandangannya samar-samar melihat wajah dua orang figura yang tiba-tiba meluru masuk ke dalam rumah. Salah seorang daripada mereka membelasah Ezhar. Seorang lagi meluru ke arahnya.
"Puan Jasmine! Puan..."
"Selamat...kan E...lman..."
Elisa sesak. Wajah Jasmine dan Elman yang sudah tak sedarkan diri membuatkan dia ketakutan. Tangisannya pecah. Figura Ezhar yang sudah dibelasah oleh Jazimin hanya dipandang sekilas. Jari jemarinya terketar-ketar mendail nombor kecemasan.
Ya Tuhan, dia kesal tak melindungi majikannya! Mujur saja Jebat mencadangkan mereka untuk mengikuti Jasmine dalam diam. Nyata, intuisinya Jebat benar. Sesuatu yang buruk berlaku kepada Jasmine!
🌹🌹🌹
"DOKTOR cakap apa?" Elisa meluru ke arah Jazimin yang baru saja mendengar penjelasan daripada doktor. Jiwanya diterpa rungsing. Manakan tidak, dua jam mereka menanti Jasmine dan Elman dirawat di ruang kecemasan. Dua beranak itu cedera parah kerana kekejaman Ezhar.
"Elman selamat. Cuma... kepala dia terhentak kuat. Dia koma. Ada pendarahan di bahagia otaknya. Doktor kena buat pembedahan."
"Ya Allah..."
Elisa terhenyak mendengar berita tentang Elman. Terbayang setiap celoteh si cilik yang sentiasa menghiburkan hati mereka. Elman baru saja berusia lima tahun sudah diberikan ujian yang maha hebat. Kehilangan ayah ketika baru lahir di dunia. Harus menyaksikan ibunya didera separuh mati.
"Puan... Puan Jasmine?"
Jazimin terduduk tika Elisa bertanya tentang Jasmine. Setitis air mata mengalir ke pipinya. Hatinya sesak. Mereka baru saja berbaik sebagai adik abang. Namun, dia gagal melindungi adik tirinya. Dia mungkir janji dengan Datin Bahriah untuk menjaga Jasmine.
"Jawablah... Puan Jasmine..."
"Dia keguguran. Tulang rusuk dia patah. Ada pendarahan di kepalanya. Rahim..."
Jazimin meramas rambutnya. Amarahnya masih terzahir buat Ezhar yang sudah diberkas oleh pihak berkuasa.
"Rahimnya terpaksa dibuang sebab kecederaan teruk. Dia... dah tak boleh mengandung lagi. I... I tak tahu macam mana nak bagi tahu Qasrina... dia akan sedih. I... tak mampu nak tengok adik I menderita lagi..."
Mendengar hal itu, Elisa turut terduduk di sisi Jazimin. Rahim sangat berharga bagi seorang wanita. Pasti Jasmine akan terkesan dengan kehilangan rahim dan bayinya. Ya Tuhan, berat benar dugaan majikannya. Kenapa susah benar Jasmine mahu merasai sebuah kebahagiaan?
"Jebat... dah tahu ke?"
"Dia ada cakap dengan I... dia tak nak ambil tahu apa-apa lagi pasal Qasrina. Dia cuma arahkan kita untuk excort Qasrina dalam diam. Tapi... I tahu dia masih nak tahu pasal Qasrina cuma dia terluka..."
Seketika, pandangan Elisa bertaut dengan Jazimin. Elisa kaget dengan tindakan Jebat yang nekad mahu melupakan Jasmine.
"Bagi tahu dia. I tahu... dalam hati dia masih rasa nak tahu pasal Puan Jasmine."
Jazimin hanya mengangguk lemah. Dia bersetuju. Jebat itu masih mencintai Jasmine meskipun mulut berkata tak mahu mengambil kisah tentang Jasmine lagi. Hanya saja Jebat terluka dengan kata-kata keramat Jasmine sebelum Jasmine pula bersama dengan si suami.
🌹🌹🌹
PERLAWANAN tinju pada malam itu begitu sengit tatkala Jebat mahupun lawannya semakin berkobar-kobar ingin merebut gelaran juara tinju antarabangsa yang diadakan di Thailand. Kedua-duanya cuba mencari ruang untuk menjatuhkan lawan di pusingan terakhir. Lawan terlebih dahulu menyerang dengan menghanyunkan tumbukan ke kepala Jebat.
Tangkas, Jebat mengelak seraya menyerang menumbuk ke dada lawannya hingga tersungkur. Si lawan kembali bangun. Membalas serangan Jebat. Bertubi-tubi tumbukan dihayunkan ke wajah Jebat tanpa sempat Jebat menentang.
Serentak dengan itu, ruang memori Jebat mengimbas berita buruk yang disampaikan oleh Jazimin semalam.
"Elman dengan Qasrina kritikal. Teruk Ezhar belasah diorang sampai koma. Abang memang tak nak lawat diorang ke?"
Amarah membara di sudut hati Jebat. Dia menghanyunkan tumbukannya ke wajah lawan hingga akhirnya lawannya tersungkur dek kekuatan Jebat yang sudah dibawa amarah.
Jebat tercungap-cungap. Darah mengalir dari pelipisnya. Wajahnya sudah bengkak dengan pertarungan sengit itu. Bahkan, tika namanya disebut sebagai pemenang pun Jebat sudah tiada rasa bangga lagi.
Hatinya masih marah dek gagal melindungi Jasmine dan Elman!
🌹🌹🌹
USAI saja melihat Jebat hanya termenung membersihkan luka di wajahnya, Fawwaz mengeluh kecil seraya menghampiri sahabatnya. Bahu Jebat ditepuk lembut. Pandangan mereka saling bertaut.
"Ni nombor berapa?"
"Bodoh! Aku tak buta lagi!" Jebat menunjal kepala Fawwaz tika Fawwaz menguji penglihatannya.
"Sajalah test mata kiri kau. Dah bengkak macam kena sengat tebuan. Ganas eh lawan kau kali ni. Bengkak-bengkak muka kawan aku dibelasahnya."
Jebat mendesis kesakitan tatkala Fawwaz membelek-belek wajahnya. Sakit! Dia tak nafikan, lawannya dari Itali itu memang ganas. Jebat hampir kalah namun semangatnya yang masih mahu memegang gelaran juara tertanam di sudut hati.
"Kau memang tak nak bertinju lagi ke? Memang nak jadi pengurus aku je?"
"Wah! Champion dah declare best friend forever dia jadi pengurus ya?"
Jebat tertawa sinis tatkala Fawwaz memicit bahunya. Namun, hanya seketika tatkala rusuknya terasa sengal dek kecederaan pertarungan.
"Jadi, diorang macam mana?"
"Siapa?"
"Jasmine dengan Elman... aku dengar apa yang jadi dengan diorang..."
Jebat bangun tatkala Fawwaz mula mengungkit perihal Jasmine dan Elman. Jebat menyarung jas ke tubuhnya seraya melangkah keluar dari dewan tinju. Tak mahu berbahas tentang Jasmine mahupun Elman lagi. Hanya doa yang mampu dititipkan agar dua beranak itu selamat.
"Jebat! Aku minta maaflah ungkit pasal diorang..."
"Kau tahu aku dah haramkan nama-nama tu daripada mulut kau tapi kau masih juga sebut nama yang sama. Tolonglah... aku tak nak ada apa-apa kaitan dengan Jasmine Qasrina lagi. Bagi aku, kisah aku dengan dia dah mati. Tak ada Jasmine, tak ada Elman lagi. Tolong... aku merayu dekat kau jangan sebut nama racun hidup aku lagi."
Tika itu, Fawwaz benar-benar terpempan melihat wajah sayu sahabatnya. Terasa kelat liur di rangkungannya tika Jebat merayu. Suara Jebat juga bergetar. Kali terakhir dia melihat Jebat hancur sebegini semasa perpisahannya bersama Adibah.
"Ya... aku faham. Takkan ada nama tu lagi dalam hidup kau."
"Bagus! Apa yang jadi dengan diorang sekalipun, bukan hal aku. Bukan masalah aku lagi. Jasmine buat keputusan ni, dia takkan menyesal. Aku hormatkan keputusan dia. Aku akan berhenti... cintakan dia. Aku akan haramkan nama dia menghuni hati aku."
Jebat mengalihkan pandangannya tika mengucap kata-kata itu. Nafas panjang dihela. Jebat lelah dengan peperangan emosi ini. Ini permintaan Jasmine. Dia sudah cuba menyelamatkan hubungan mereka namun Jasmine berkeras untuk menghapuskan kisah mereka.
🌹🌹🌹
"QASRINA sayang... Qasrina...."
Para banduan terganggu dengan ulah Ezhar yang tak putus-putus menyebut nama Jasmine. Mereka hanya memandang figura Ezhar yang hanya termenung di pintu sel menjerit-jerit nama Jasmine.
Sudah sebulan Ezhar dipenjara atas kes penderaan domestik namun selama sebulan itu jugalah dia jadi sasau. Merintih nama Jasmine tanpa henti.
"Qasrina... I minta maaf sayang... I nak kita bahagia. I takkan seksa you lagi..."
Ezhar meramas rambutnya. Melilau ke sekeliling sel sambil mencari keberadaan Jasmine. Kosong. Hanya dinding saja yang kelihatan bersama dengan sel yang setentang dengannya.
"Tapi... kalau kau mampus baguslah! Aku tak dapat kau, sampah tu pun takkan dapat kau juga, sayang!" Tak semena-mena, Ezhar terbahak-bahak tatkala dendamnya terbalas. Tangisannya sesekali mendayu-dayu. Ezhar puas hati dengan apa yang sudah dia lakukan ke atas Jasmine Qasrina.
"Kau takkan dapat dia, Jebat! Dia dah ikut Zafri..."
Tak semena-mena, tubuh Ezhar ditarik oleh seorang banduan. Tangisan dan tawanya terhenti. Dia tahu apa yang akan mereka buat ke atasnya. Dek kerana dia terlalu bising, tubuhnya sekelip mata dibelasah oleh para banduan. Dia melolong kesakitan namun tiada bantuan yang datang sama sekali tatkala mulutnya ditekup. Sakitnya seolah-olah membunuh seorang Syed Ezhar Al Ahaf sekelip mata!
Bersambung...
9.2.2025
4/5 episode road to final episode
150 vote, 100 komen unlocked for triple episode
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top