EPISOD 71
🛑 TW: Sila sediakan tisu untuk episod ini kerana author pun dan sesak tulis episod 71
PANDANGANNYA kosong. Perasaannya juga mati. Jasmine hanya kaku tatkala dirinya sedang disiapkan oleh jurusolek yang sedang mendandannya bagi majlis akad nikah. Di saat seseorang melayari bahtera kebahagiaan melalui perkahwi an, Jasmine pula hanya merasai sebuah penderitaan yang tiada penghujungnya.
"Senyumlah sikit. Puan cantik. Tapi kalau senyum mesti naik seri pengantin."
Kata-kata daripada jurusolek membuatkan Jasmine terkesima. Bibirnya diketap tatkala kata-kata itu membuatkan Jasmine teringat dengan seseorang yang sudi berkorban untuknya.
"Kau cantik bila senyum."
Jasmine mengenggam kedua-dua belah tangannya tatkala suara Jebat terngiang-ngiang di telinga. Sebaik mungkin, Jasmine cuba menahan sesak yang tiba-tiba bertandang di lubuk hatinya.
"Aku cintakan kau Jasmine Qasrina..."
Berganti pula dengan luahan cinta Jebat yang menikam lubuk hati Jasmine. Ya Tuhan, bagaimana dengan perasaan Jebat jika pemuda itu tahu bahawa dia dan Ezhar menikah? Jasmine tak tega menyakiti Jebat lagi dengan kenyataan yang sangat perit untuk diterima.
"Puan sebak ya dah nak jadi isteri orang buat kali kedua? Kan kena touch up sikit make up ni." Jurusolek menyeka air mata yang mengalir di juring mata Jasmine. Aneh melihat kesedihan terpancar di wajah kliennya.
Jasmine hanya kaku. Tiada kata yang mampu dituturkan tatkala hidupnya sudah berada di tali gantung. Tapi, Jasmine reda. Dia tak mahu Jebat berkorban lagi hanya demi melindunginya.
"Ibu!"
Elman meluru ke arah ibunya. Bibirnya tercebik-cebik menahan tangis. Gerak hati kecilnya merasakan sesuatu yang buruk sedang berlaku. Apatah lagi sudah seminggu dia tak melihat kehadiran Jebat lagi. Elman rindu.
"Elman..."
"Ibu sakit ke?" Elman memegang tangan ibunya.
"Tak adalah sayang. Ibu sihatlah." Jasmine mengulum senyum pahit sambil mengusap lembut pipi Elman. Tak mahu Elman yang bijak itu membaca emosinya. Biarlah, hanya dia yang merasai derita ini.
"Kenapa ibu menangis?"
"Dik, ibu awak menangis sebab dia gembiralah. Awak nak dapat ayah baru tau. Seronoklah kan."
"Ayah baru? Ibu! Ibu kahwin dengan uncle abah ke?"
Tika wajah Elman yang cemberut bertukar ceria, tubir mata Jasmine kembali hangat. Dia mengalihkan pandangannya tatkala rasa sesak kembali menghentam jiwa wanita yang kelihatan anggun dengan sepersalinan baju kurung berwarna hitam.
Ya Tuhan, bagaimana Jasmine ingin menjelaskan kepada Elman bahawa ayah baharunya bukan Jebat Khuwailid?
"Qasrina... dah siap ke?"
Tatkala figura Jazimin kelihatan di muka pintu kamar, Jasmine mengeluh berat. Bunga mawar putih di tangannya digenggam erat. Tisu dicapai seraya mengelap gincu yang dioles ke bibirnya.
"Kenapa puan lap gincu tu? Tak naik seri..."
"Biar jelah majikan I nak buat apa pun. You dari tadi busybody hal orang! Menyampah tahu!" Elisa mendengus. Ditepisnya kasar tangan jurusolek yang ingin mengoles gincu ke bibir Jasmine lagi.
"Lah! Marah?"
Tatkala Elisa menjengilkan matanya, si jurusolek hanya mencebik. Aneh melihat si pengantin baru bermuram durja. Ingin sekali dia korek apa yang membuatkan Jasmine bersedih hati di hari pernikahannya.
"Mummy masih tak balik rumah harini. Jadi, dia tak ada untuk majlis kau." Jazimin menghela nafas berat sambil beriringan dengan Jasmine melangkah turun ke bawah. Para tetamu sudah kelihatan menanti di luar pekarangan rumah agam yang sudah dihias cantik dengan tema perkahwinan dalam taman.
Konsep yang dipilih oleh Ezhar.
"Papa memang dah melampau! Aku tahulah Ezhar tu macam mana orangnya! Aku dengan dia sama-sama kaki kelab tapi dia tu lagi teruk tahu! Dah berapa orang perempuan jadi skandal dia! Kaki mabuk. Papa nak kahwinkan kau dengan dia pun sebab nak kembangkan syarikat..."
"Aku tahu. Kau tak perlu bagi tahu aku semuatu."
"Habis tu Kenapa kau rela..."
"Rela? Kau ingat aku rela menikah dengan jantan keparat tu? Aku rasa nak mati, Jaz! Aku dah lari dari rumah! Tapi apa? Diorang kerjakan Jebat sebab aku! Kau ingat... apa lagi pilihan yang aku ada bila nyawa Jebat tak ada nilainya di mata durjana tu? Aku tak nak... Jebat mati sebab aku! Aku sayangkan dia, Jazimin!"
Tak semena-mena, amukan Jasmine membuatkan Jazimin kaku di muka pintu rumah. Terasa kelat liur di rangkungannya mendengar kata-kata adik tirinya. Dek terlalu sibuk dengan hal sendiri, dia tak pernah tahu derita yang dilalui oleh Jasmine.
Entah mengapa, ada kekesalan di lubuk hati pemuda itu.
"Aku... buat semua ni cuma untuk Jebat. Dia dah banyak berkorban untuk aku. Hanya ini caranya untuk aku balas kebaikan dia!"
Jasmine mengesat kasar air mata yang mengalir ke pipinya. Nafasnya terasa sesak melepaskan emosi. Sebaik saja kakinya menapak keluar ke pekarangan rumah, semua mata-mata tetamu sudah memandangnya. Ada janggal di sebalik pandangan mereka.
Jasmine tahu.
Dia memakai baju kurung berwarna hitam. Baju kurung yang sama dia pakai semasa kematian Zafri. Baju kurung berkabung. Kerana sesungguhnya, detik ini Jasmine merasakan Datuk Zali dan Ezhar sudah membunuh seluruh jiwa Jasmine.
"Qasrina... kenapa pakai baju hitam?"
Jasmine kematian langkah ke pelaminan tatkala lengannya dicengkam oleh Datuk Zali. Seketika pandangannya bertaut dengan si ayah. Jasmine hanya tersenyum sinis seraya menolak kasar tubuh lelaki kejam itu.
"Jangan malukan papa..."
"Kau diam syaitan."
"Qasrina..."
"Jangan halang aku jahanam."
Sungguh, Datuk Zali terkesima tatkala kata-kata makian tak henti-henti terucap di bibir pucat si anak. Jasmine seolah-olah dirasuki oleh sesuatu sehingga tatapannya juga penuh dengan kebencian.
"Lain daripada yang lain ya majlis korang. Pengantin lelakinya nampak berseri, pengantin perempuan..."
Seorang tetamu mula mengata. Aneh melihat penampilan Jasmine dan Ezhar yang kelihatan tak serasi.
"Pengantin perempuan berkabung kut..."
"Itulah. Aku dengar dia ni balu anak satu... entah-entah kena kahwin paksa kut."
"Kesiankan. Itulah. Kaya tapi tak bahagia susah juga."
Kata-kata itu cukup jelas di pendengaran Jasmine sebaik saja dia melintasi wanita-wanita itu. Jasmine membenarkan. Jadi, buat apa dia mahu marah jika tebakan mereka benar belaka?
"Pengantin lelaki dah sedia?"
Ezhar yang duduk setentang dengan tok kadi dan Datuk Zali sudah tersenyum lebar. Sesekali, dia menatap laman wajah Jasmine yang kelihatan cantik. Tak apalah jikalau wanita idamannya itu berkabung. Asalkan, ini hari bahagia buat Ezhar!
"Sedia."
Tika itu, Jasmine hanya melilau ke sekeliling pekarangan rumah yang dihias cantik. Dinding hatinya merintih sayu. Ya Tuhan, Jasmine tak rela menikah dengan lelaki dayus ini. Bagaimana dia mahu hidup jikalau hatinya hanya untuk Zafri? Sesungguhnya, Zafri takkan terganti dalam hidup Jasmine.
Dalam masa yang sama, Jasmine berharap akan ada bantuan yang menghalang Ezhar daripada melafazkan akad. Ruang memorinya mengimbas detik-detik pemuda itu sering muncul bagaikan seorang hero menyelamatkannya dalam suasana genting.
'Jebat... mana awak? Saya perlukan awak... tolong selamatkan saya macam yang awak dah buat selama ni. Tolonglah datang... halanglah perkahwinan ni.'
Rintihan Jasmine tak putus-putus terlafaz di ruang hati. Mengharap Jebat akan muncul menyelamatkannya.
"Aku terima nikahnya Jasmine Qasrina binti Razali dengan mas kahwinnya lima puluh ribu ringgit dibayar tunai."
"Sah?"
"Sah!"
Tika kata-kata keramat itu diucapkan, seluruh tubuh Jasmine jadi rengsa. Air matanya merembes ke pipi. Tatkala Puan Sri Maidah mengenggam tangannya, wanita itu menepis kasar tangan ibu mentuanya yang duduk di sisinya. Jasmine sesak. Jantungnya seakan-akan direntap daripada tangkai.
Ya Allah, sakitnya tatkala dia tak rela menjadi isteri kepada Syed Ezhar Al Athaf ini.
"Cantiknya isteri I ni... kita kena abadikan moment bahagia kita..."
Jasmine tersentak tatkala pergelangan tangannya digenggam erat oleh Ezhar. Nafasnya terasa sesak di rangkungan. Seketika, pandangannya bertaut dengan Ezhar yang sudah tersenyum manis sambil menyarungkan cincin ke jari manis Jasmine.
"I akan jadikan you wanita paling bahagia sebagai isteri I, Jasmine Qasrina..."
Ezhar mengherot senyum sinis tatkala dia merasakan tatapan kebencian di sorotan mata isteri yang baru dinikahi itu. Laju saja dia mengucup dahi Jasmine. Wangian di tubuh wanita itu cukup membuatkan nafsu lelakinya berkobar-kobar. Cantik.
"Jasmine Qasrina!"
Tak semena-mena, Jasmine terbangun tatkala namanya dilaung kuat. Pandangannya tertancap ke arah seorang pemuda yang kelihatan pucat memakai topang meluru ke arahnya. Betapa luluhnya hati Jasmine melihat langkah pincang si pemuda yang kelihatan kusut itu.
"Uncle abah!"
Elman meluru ke arah Jebat. Tangisan Elman pecah merindukan pemuda itu. Dia tak menyangka bahawa ibunya menikah dengan lelaki lain. Walhal, Elman sudah membayangkan keluarga bahagia mereka bersama dengan Jebat.
"Elman..."
Jebat mengusap lembut rambut Elman. Tangisan Elman meluluhkan jiwa Jebat yang kian rapuh. Pandangannya bertaut dengan Jasmine yang kelihatan kaku di pelaminan. Oh Tuhan, dia terlambat menjadi penyelamat wanita itu. Dia lemah. Dia tak berdaya menjadi pelindung buat Jasmine lagi.
"Kau buat apa kat sini? Kau dijemput ke?"
Melihat Ezhar ingin berkasar dengan Jebat, Jasmine meluru berdiri membelakangi Jebat. Melindungi pemuda itu daripada kekasaran suami tanpa relanya.
"Ke tepi, Qasrina! Ini urusan I dengan sampah..."
"Aku tak bagi kad jemputan untuk kau datang majlis aku! Berambus! Aku tak nak tengok muka kau!"
Alangkah kagetnya Jebat tatkala menerima layanan kasar Jasmine. Dia datang untuk menghalang pernikahan ini. Tapi, kenapa Jasmine tiba-tiba berubah hati? Inikah balasannya tika dia bersusah payah melawan kesakitan di tubuhnya demi Jasmine?
"Jasmine... aku..."
"Keluar. Jangan rosakkan majlis aku."
Jebat kaku. Hanya pandangan sayunya saja menatap laman wajah Jasmine. Tiada lagi kemanisan di wajah wanita yang dicintainya.
"Kau tunggu apa lagi? Isteri aku kata berambuskan?" Ezhar menolak kasar tubuh Jebat. Sakit benar hatinya tatkala Jebat seolah-olah tak lut dengan arahan Jasmine.
"Kau pekak ke apa ni? Aku kata berambuslah Jebat Khuwailid!" Nada suara Jasmine bergetar menahan tangis.
"Ibu janganlah marah uncle abah!"
Jasmine mengeluh berat. Tangan Elman dileraikan daripada memeluk tubuh Jebat. Ya Tuhan, dia terpaksa berkasar. Dia mahu Jebat membencinya. Melupakan rasa cinta itu! Jasmine tak mahu Jebat menderita kerana mencintainya!
"Elisa! Bawa Elman masuk!"
"Ibu jahat! Elman nak uncle abah! Elman tak nak uncle jahatni..." Elman meronta-ronta tatkala tubuhnya didukung oleh Elisa masuk ke dalam rumah. Raungannya membuatkan para tetamu kaget melihat pertelingkahan itu.
"Jasmine... aku minta maaf sebab lambat..."
Jasmine hanya berpeluk tubuh. Pandangannya sudah berkaca-kaca melihat tatapan sayu Jebat. Tiada lagi kegagahan dan karismanya sebagai seorang petinju. Apa yang tinggal, hanyalah seorang pemuda yang wajahnya tampak kusut.
"Aku cintakan kau..."
"Kau tak payah mengemis cinta daripada aku lagi! Pergi buang cinta kau dan jangan muncul depan aku lagi! Aku tak suka! Pengawal! Halau pengemis ni dari sini! Dia tak ada dalam senarai jemputan!" Nada suara Jasmine naik seoktaf. Dia berpaling daripada memandang laman wajah Jebat.
Melihat kedinginan Jasmine, Jebat tertawa sinis. Sakit benar menerima hinaan daripada wanita yang dia cinta. Tapi, Jebat merasakan Jasmine hanya berpura-pura menghinanya. Pasti ada asbab yang membuatkan Jasmine berubah mendadak.
"Jasmine... mata kau tak boleh menipu. Kau tak bencikan aku. Kau sayangkan aku..."
"Sayang? Aku tak pernah ada apa-apa perasaan dekat kau!"
Jebat mendengus. Dia meronta-ronta ingin melepaskan diri daripada cengkaman para pengawal yang sudah mengheretnya keluar dari majlis perkahwinan itu.
"Kalau kau tak sayangkan aku, kenapa kau tak pandang aku bila kau cakap kau tak ada perasaan dekat aku? Bagi tahu jelah dengan Ezhar tu yang kau sayangkan aku!"
Tak semena-mena, Jebat terpelongo tatkala Jasmine menampar kuat wajahnya. Rontaannya terhenti serta-merta. Pandangannya kembali bertaut dengan wajah bengis Jasmine.
"Tolonglah... aku merayu dekat kau jangan cintakan aku lagi. Cari kebahagiaan kau sendiri. Jangan mengemis cinta daripada aku lagi! Aku tak cintakan kau. Aku tak ada apa-apa perasaan dekat kau! Tolonglah... jangan sakitkan diri kau sebab aku lagi! Pergilah jauh-jauh daripada hidup aku!"
Kata-kata Jasmine cukup menambahkan duka di dinding hati Jebat. Setitis air mata lelakinya tumpah jua. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat. Wajah Ezhar dan Jasmine dipandang silih berganti. Sesak benar jiwa Jebat tatkala Jasmine menghalunya dari hidup wanita itu.
"Kalau itu yang kau nak, baiklah Jasmine. Aku akan pergi. Selamat pengantin baru, cinta..."
Jasmine memalingkan wajahnya tatkala tubir matanya kembali hangat dengan panggilan Jebat. Bibirnya diketap menahan sesak. Tak. Jasmine tak mahu menangis di depan Jebat lagi.
"Selamat pengantin baru, cinta. Lepasni... aku takkan jaga kau lagi. Jadi, kau kena jaga diri kau baik-baik. Jaga Elman untuk aku. Buat dia lupakan aku. Aku doakan kebahagiaan kau dengan Ezhar. Semoga... takdir tak mempertemukan kita lagi. Terima kasih... pernah hadir membawa kebahagiaan untuk aku, cinta..."
Perlahan-lahan, Jebat mencapai topangnya seraya melangkah keluar dari pekarangan rumah Jasmine. Seluruh wajahnya membahang kepanasan. Jiwanya rapuh. Kesakitan di lubuk hatinya lebih perih dibandingkan dengan kecederaan di kakinya setelah ditembak oleh Ezhar.
Tika itu, Jasmine hanya mampu menatap sayu langkah Jebat. Ya Tuhan, dia menyakiti Jebat tanpa niat. Tak seharusnya dia menghancurkan hati Jebat yang tulus mencintainya. Lantas, Jasmine melangkah ingin mengejar pemuda itu.
Namun...
"You milik I, Jasmine Qasrina! Bukan hak dia..."
Air mata Jasmine mengalir jua tatkala lengannya dicengkam erat oleh Ezhar. Pandangannya bertaut dengan pemuda yang sudah berubah bengis. Jasmine menolak kasar tubuh Ezhar seraya meluru masuk ke dalam rumah. Tak lagi mampu meneruskan lakonan yang telah menghancurkan dua hati yang saling menyatu.
BERSAMBUNG...
5.2.2025
Nanti kita matikan watak Jasmine sebab buat Jebat sedih...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top