EPISOD 56

SESEKALI, Jebat mencuri pandang wajah Jasmine yang hanya diam di meja makan sambil menjamah makan malam. Hanya kedengaran celoteh Elman dan Nek Timah saja. Ya Tuhan, kekok benar situasi tika ini atas insiden yang sudah berlaku beberapa jam yang lalu.

"Jasmine, Jebat? Kenapa korang diam je? Kalau ya pun bergaduh janganlah tunjuk depan Elman. Dah macam laki bini nenek tengok."

"Tak ada apa-apalah nek." Serentak Jebat dan Jasmine menjawab. Mereka bertaut pandangan. Namun, hanya seketika tatkala Jasmine menjelingkan matanya. Segelas air diteguk membasahkan tekaknya yang kering.

Nek Timah tersenyum mengejek. Bukannya dia tak perasan sejak tadi Jebat dan Jasmine hanya berkomunikasi melalui pandangan. Jebat yang seolah-olah cuba memujuk, Jasmine pula dengan wajah murungnya. Tapi apa yang sama, wajah mereka merah tanpa diketahui sebabnya.

"Kita macam happy family bila uncle abah ada. Ada oyang, ada ibu, ada uncle abah, ada Elman. Kan best kalau kita macam ni hari-hari. Mesti ibu tak sedih lagi kalau uncle abah ada. Kan ibu?"

Ya Tuhan, Jasmine rasa sesak bila Elman pula mengaitkannya dengan Jebat. Kalau ikutkan hati, mahu saja Jasmine menghalang Elman memanggil Jebat menggunakan panggilan itu. Tapi, dalam masa yang sama Jasmine tak mahu Elman sedih jikalau dipisahkan dengan Jebat.

"Ibu sedih sebab abah buat salah dekat ibu. Tapi, abah nak pujuk ibu kejap lagi supaya ibu tak sedih."

"Haih Jebat? Daripada uncle abah terus ke abah pula ya? Oh, faham."

Nek Timah tertawa kecil. Hati tuanya mengatakan ada bunga-bunga cinta sedang mekar di hati anak muda itu. Hanya saja, Jasmine tak menyedari ada seseorang yang mula jatuh hati kepadanya.

"Err... uncle abah. Maaf... tak sengaja." Jebat tersengih kelat sambil mengusap tengkuknya tatkala rasa segan bertamu di lubuk hati.

Jasmine mencebik. Dia bangun tatkala dia hilang selera menjamah makan malam. Mahu saja dilemparkan amarah kepada tetamu tak dijemput itu. Tapi, tak mahu melibatkan Nek Timah dan Elman dalam masalahnya bersama Jebat.

"Cepatnya habis makan. Kau kena makan banyak. Nanti sakit..."

"Saya memang dah terlalu sakit sampai saya rasa sesak. Puaslah hati awakkan buat saya sakit?" Tersungging senyuman sinis di bibir Jasmine seraya melangkah ke sinki. Keluhan berat terlepas di bibir. Sungguh, Jasmine rengsa dengan Jebat. Masih tersisa rasa perihnya dengan pengkhianatan lelaki itu.

"Jasmine merajuk dengan kau."

"Maaf nek. Saya sakitkan hati cucu nenek." Jebat menyuakan makanan ke dalam mulutnya. Terasa kelat di rangkungannya tatkala dia serbasalah menyakiti Jasmine.

"Minta maaf dengan Jasmine. Jangan lama-lama sangat buat dia terluka. Nenek tak nak cucu nenek sakit lagi." Lembut saja nasihat Nek Timah buat Jebat. Dia tertanya-tanya masalah Jasmine dan Jebat namun biarlah itu urusan mereka. Tak mahu menyibuk apatah lagi Jasmine seolah-olah tak mahu berkongsi masalah yang berkaitan dengan Jebat.

🌹🌹🌹

KEJORA dan purnama di dada langit malam dipandang redup. Angin malam yang menyapa wajah terasa nyaman. Jasmine menarik nafas sedalamnya membiarkan udara malam memasuki peparu. Nyaman rasanya tinggal di kampung. Masalahnya seolah-olah sirna buat seketika.

Tatkala sejambak bunga mawar merah dipenuhi dengan coklat putih dihulurkan kepadanya, Jasmine tersentak. Dia menegakkan duduknya di atas pangkin halaman rumah Nek Timah. Pandangannya tertancap ke arah Jebat yang sudah tersenyum manis.

"Untuk kau."

Jasmine menepis kasar huluran Jebat. Dia bangun dari duduk tatkala ketenangannya tergugat.

"Awak buat apa datang sini? Nak tambah sakitkan hati saya lagi? Atau awak rancang nak apa-apakan nenek dengan Elman pula? Kalau awak berani-berani buat macam tu... bunuh saya lebih bagus..."

"Jasmine Qasrina! Aku tahu aku dah buat salah besar dekat kau. Tapi, aku menyesal dengan apa yang aku dah buat! Aku sayangkan Elman. Aku tak akan sakitkan dia."

Tawa sinis terletus di bibir Jasmine. Benci benar dia melihat wajah Jebat saat ini. Sebelum ini Jebat menenangkan dia dengan sikap Jebat yang seolah-olah persis seperti Zafri. Namun, sejak kejadian kebenaran terungkai, hanya kebencian yang tertanam di lubuk hati Jasmine.

"Awak memang tak faham bahasa atau pura-pura tak faham? Saya dah cakap jauhkan diri awak daripada Elman! Jangan bagi dia panggil awak uncle abah lagi! Saya tak perlukan awak jadi bodyguard saya lagi tau! Jadi, tak payah menyemak dalam hidup saya lagi!"

Jasmine meluru masuk ke dalam rumah tatkala amarahnya kembali marak. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat menahan dirinya daripada memaki hamun Jebat.

Namun, dalam masa yang sama, fikirannya berperang antara satu sama lain. Memang Jebat bersekongkol dengan penculik tapi dalam masa yang sama, Jebat jugalah yang hampir mati demi menyelamatkan nyawanya saja. Sungguh, Jasmine buntu.

"Bagi aku peluang untuk jelaskan semuanya."

Jebat menghalang langkah Jasmine di muka pintu rumah. Pandangannya bertaut dengan renungan tajam wanita itu. Ada debaran memalu kuat jantung Jebat tatkala hanya kebencian yang berselirat di sebalik mata redup Jasmine.

"Aku minta maaf. Aku bersungguh, minta maaf atas apa yang aku dah buat dekat kau sampai kau trauma. Aku mengaku aku bodoh sebab berkomplot dengan diorang. Aku menyesal dengan apa yang aku dah buat. Sepatutnya, tugas aku melindungi kau bukan buat kau trauma."

Tubir mata Jasmine mula terasa hangat tatkala dia merasai keikhlasan Jebat. Tatapan pemuda itu penuh dengan kesungguhan hingga mencengkam sanubari Jasmine. Lidahnya kelu untuk berbicara.

"Kau marahlah aku, kau makilah aku, pukul aku untuk lepaskan semua kemarahan dan kekecewaan kau. Tapi... aku merayu jangan pisahkan aku dengan Elman. Jangan suruh aku berhenti jadi pelindung buat kau dengan Elman. Asal kau tahu... aku dah anggap Elman macam anak aku sendiri. Aku dapat rasa betapa sakitnya hidup tanpa ayah. Apatah lagi usia Elman masih kecil untuk rasai kehilangan."

Oh Tuhan, semakin Jebat menuturkan permohonan maafnya, jiwa Jasmine semakin sesak. Dia tak rasa Jebat membohong. Bibirnya diketap menahan tangis tatkala hatinya kian tersentuh tatkala Jebat sudi menganggap Elman seperti anak sendiri.

"Jasmine... aku tak boleh... berjauhan daripada Elman termasuk kau. Korang penting dalam hidup aku."

Jebat mengalihkan pandangannya tika hatinya membuak-budak ingin melafazkan kata-kata keramat itu. Dia mencintai Jasmine Qasrina. Tapi, Jebat tahu hubungan ini hanya setakat majikan dan pekerja. Siapa dia untuk menggantikan tempat Zafri?

"Apa maksud awak kitorang penting dalam hidup awak?"  Nada suara Jasmine bergetar menahan air matanya dari mengalir ke pipi. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat tatkala dadanya seakan dihempap dengan batu tatkala luahan hati Jebat meresap ke jiwa.

"Jebat... kenapa awak diam? Apa maksud awak saya dengan Elman penting dalam hidup awak? Kenapa... semudah tu je awak boleh sayangkan Elman dan anggap dia macam anak awak? Walhal, tak sampai setahun lagi perkenalan kita."

Tatkala soalan demi soalan diasak kepadanya, Jebat menghela nafas panjang. Pandangannya kembali bertaut dengan tatapan sayu Jasmine. Bibirnya mengulum senyum pahit.

'Sebab aku cintakan kau, Jasmine Qasrina. Aku sayangkan kau. Aku nak bina keluarga yang bahagia dengan kau... dengan Elman. Tapi aku tak layak untuk kau. Ayah kau pembunuh ayah aku. Keluarga aku hancur sebab keluarga kau. Mana mungkin kita bersatu kalau darah Zali ada dalam jasad kau.'

Jebat hanya mampu bermonolog tatkala perasaan ini hanya mampu disimpan tanpa pengetahuan sesiapa. Biarlah, hanya dia yang menanggung rasa yang mula hadir buat Jasmine Qasrina.

"Sebab kau majikan aku. Kalau aku tak jaga korang macam mana aku nak dapat gaji. Betul tak? Aku janji lepas ni aku akan jaga kau dengan Elman baik-baik. Mana tahu dapat naik gaji." Jebat tersengih kelat sambil menjungkit-jungkitkan keningnya.

"Mata duitan! Bencilah saya dengan awakni! Dahlah saya nak masuk."

"Bencilah banyak-banyak. Tapi aku suka kau, Puan Jasmine."

Tak semena-mena, Jasmine hampir terpelongo dengan luahan Jebat. Langkahnya terhenti sekali lagi. Jasmine kalih memandang Jebat yang sudah mengulum senyum. Kaget tatkala Jebat punya perasaan buatnya.

"Maksud aku... aku suka bekerja di bawah kau. Jangan salah faham pula." Jebat perbetulkan ayatnya seraya melangkah masuk ke dalam rumah.

"Tapi lepas ni saya akan buat awak tak suka kerja dengan saya lagi. Awak tidur luar! Saya tak izinkan awak tidur kat rumah nenek. Kita berdua ni bukan mahram tau! Saya tak nak orang kampung mengata pasal kita!"

Tawa Jebat terletus dengan arahan mandatori Jasmine. Dia menurut. Berdiri kaku di muka pintu tatkala Jasmine menghalangnya.

"Masalah macam tu senang je settle. Kau kahwin dengan aku supaya orang tak mengata pasal kita bila dah jadi suami isteri. Menarik tak idea aku?"

Jasmine terbuntang tatkala spontan saja Jebat mengungkit soal perkahwinan. Adakah otak pemuda berbaju Melayu hitam ini sudah rosak?

"Gila! Pervert!" Buru-buru, Jasmine meluru masuk ke dalam rumah. Keluhan berat dilepaskan tatkala hatinya sedikit nyaman dengan permohonan maaf Jebat. Jasmine menggelengkan kepalanya.

"Selamat malam, Jasmine Qasrina. Jangan sakit lagi... biar aku yang sakit mencintai dalam diam. Biar aku yang tanggung semuanya... dendam tetap dendam Jasmine tapi aku takkan libatkan kau dengan Elman lagi."

Air muka Jebat berubah keruh. Dia memandang sayu sejambak bunga yang ditolak oleh Jasmine. Hailah, dia yang gubah bunga itu dengan bantuan YouTube tapi ditolak juga oleh si wanita pujaan hati.

"Jebat!"

Baru saja Jebat melangkah ke pangkin, suara Jasmine kembali kedengaran. Dia kalih memandang Jasmine yang sudah menghampirinya dengan membawa sehelai selimut.

"Bunga dengan coklat tu offer masih valid ke?"

Jebat mengulum senyum tatkala Jasmine mengunjuk sejambak bunga yang berada di pegangan Jebat. Hailah, comel benar rajuknya seorang Jasmine ini.

"Sentiasa valid untuk kau. Sebagai permohonan maaf aku. Kalau nak lagi, aku boleh bagi sampai kau maafkan aku."

"Okey! Saya ambil. Ni pula untuk awak. Tidur kat ruang tamu bukan kat bilik tetamu!"

Jasmine menjelingkan matanya seraya mencapai huluran Jebat. Buru-buru, Jasmine meluru kembali masuk ke dalam rumah. Walaupun dia masih marah, Jasmine tak tega menyuruh Jebat tidur di luar rumah.

Tingkah comel Jasmine membuatkan Jebat kembali tersenyum. Dia memeluk selimut yang dihulurkan oleh Jasmine.

"Macam manalah aku tak jatuh cinta dengan kau. Kau kuat. Kau lembut. Perjuangan kau untuk Elman buat aku khianat diri aku sendiri. Semoga... akan ada seseorang yang boleh jadi penawar derita kau, Jasmine."

Bersambung...
28.1.2025

Suka tak episod ni? Kalau suka tekanlah vote. Terima kasih sudi singgah sorry kalau KYTT bosan...

50 komen unlock double chapter for next episod

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top