EPISOD 55
"MAK cik minta korang datang sini sebab ada benda yang mak cik nak tanya sebenarnya. Mak cik harap sangat korang jujur."
Sebaik saja Tori, Keong dan Fawwaz melabuhkan duduk di ruang tamu, Puan Nijah menghidangkan minuman petang buat sahabat dan sepupunya Jebat. Dia terdesak ingin mengetahui gerangan majikan anaknya. Penting sangatkah si majikan sehingga Jebat tak peduli dengan kondisi dirinya yang masih dalam proses penyembuhan?
"Macam serius aje bunyinya mak cik." Tori menghirup teh panas perlahan-lahan. Menghangatkan tubuhnya yang kedinginan dengan hujan lebat.
"Pasal apa mak cik?"
"Benda serius sebab tu mak cik minta korang datang rumah mak cik. Ada benda yang mak cik nak tahu pasal Jebat."
Buat seketika, Tori, Keong dan Fawwaz saling bertaut pandangan. Kaget tatkala permintaan Puan Nijah melibatkan Jebat. Manakan tidak, inilah pertama kali mereka bertemu Puan Nijah tanpa kehadiran Jebat. Seolah-olah pertemuan rahasia.
"Korang tahu kan dah empat tahun Jebat kerja jadi bodyguard. Selama empat tahun ni, mak cik tak pernah ambil tahu siapa majikan dia. Tapi... lepas apa yang dah jadi dulu mak cik tertanya-tanya siapa majikan Jebat yang sebenarnya."
"Oh, majikan dia kan Puan Jasmine..."
"Lagi? Dengan siapa lagi Jebat bekerja selain Puan Jasmine?"
Sungguh, soalan cepumas Puan Nijah membuatkan ketiga-tiga orang lelaki kehilangan kata. Mereka cukup tahu niat Jebat bekerja dengan Datuk Zali. Bahkan, selama ini Jebat sudah berpesan bahawa niatnya harus dirahsiakan daripada emaknya.
"Mak cik tanya ni siapa majikan dia selain Puan Jasmine?"
"Kenapa mak cik tak tanya Jebat sendiri?" Nada suara Keong sedikit menggeletar tatkala wajah Puan Nijah semakin tegang.
Tersungging senyuman sinis di bibir Puan Nijah tatkala ketiga-tiga anak muda di depannya seolah-olah kaget dengan soalanya. Dia dapat rasa ada yang dirahsiakan.
"Mak cik takkan panggil korang kalau mak cik tahu siapa majikan dia. Tolonglah... bagi tahu mak cik siapa majikan Jebat. Hati mak cik ni sesak selagi tak ada jawapan."
Rayuan Puan Nijah benar-benar buat Fawwaz rasa bersalah. Dia menggaru pelipisnya yang tak gatal. Tak boleh melihat wajah seorang ibu yang sedang susah hati memikirkan keadaan si anak.
"Dia kerja dengan seorang tokoh usahawan..."
"Ada banyak tokoh usahawan kat Malaysia ni. Siapa orangnya? Bagi tahu mak cik namanya!"
Tatkala nada suara Puan Nijah naik seoktaf, keadaan makin tegang. Ada amarah terbias di sebalik wajah wanita itu. Berang tatkala Tori, Keong dan Fawwaz seolah-olah tarik tali dengannya. Sama seperti Jebat.
"Kitorang pun lupalah mak cik..."
"Mustahil korang lupa! Korang rapat dengan anak mak cik. Mesti korang tahu kenapa dia sanggup ketepikan dunia tinju dia semata-mata jadi bodyguard. Pasti korang pun tahu dengan siapa dia bekerja!"
Serentak dengan ketegangan Puan Nijah, tiba-tiba saja pandangannya tertancap ke arah Shana yang tiba-tiba melangkah keluar dari kamar. Buru-buru, Puan Nijah memimpin Shana yang hanya mengunjuk pintu tandas. Tak mahu Shana tiba-tiba diserang trauma melihat rumah mereka kedatangan lelaki.
"Gilalah! Kita nak buat apa ni? Takkan nak terus-terang? Mati kita kena belasah dengan Jebat kalau dia tahu kita bongkarkan rahsia!"
Fawwaz tertawa sinis tatkala Keong mula pucat dengan perangkap Puan Nijah. Pelipisnya yang tak gatal digaru seraya mengunyah kek batik yang dihidangkan di atas meja.
"Biar aku bagitahu. Mak dia perlu tahu Jebat tengah buat kerja gila selama empat tahun ni."
"Tak payah bagi tahu! Kau nak kacau rancangan Jebat ke? Kita sepatutnya support dia. Dendam dia belum selesai. Aku tak nak rancangan Jebat gagal ya."
Fawwaz berkerut dahi tatkala Tori tiba-tiba membentak. Ada rasa sangsi di lubuk hatinya. "Sampai bila dia nak hidup dalam dendam? Dia kena lupakan dendam dia dan belajar untuk memaafkan. Aku tak nak dia buat benda bukan-bukan..."
"Kau tak payah masuk campur urusan Jebat! Aku tahulah apa yang sepupu aku buat. Kau lainlah! Kau tak ada kat tempat dia. Tak rasa apa dia rasa bila ayah dia mati dalam keadaan mengaibkan! Keluarga dia hancur sebab Zali!
"Yang kau nak marah tak tentu pasal ni kenapa? Aku tengok, kaulah manusia batu api yang asyik panaskan Jebat! Aku..."
Tak semena-mena, Fawwaz kematian bicara tika Tori naik hantu. Dia tersentak tatkala Tori mencengkam kedua-dua kolar bajunya sehingga dia terbangun daripada duduk. Pandangannya bertaut dengan Tori yang berselirat dengan amarah.
"Cop! Korang jangan buat kacau kat rumah Jebat. Dah! Bubar! Kesian mak cik kalau korang nak bertumbuk kat rumah dia."
Tori mendengus tatkala niatnya ingin menyerang Fawwaz terhenti dengan halangan daripada Keong. Tubuh Fawwaz ditolak kasar seraya melangkah keluar dari rumah.
"Gila!" Fawwaz mencebik sambil membetulkan bajunya yang sedikit kusut.
"Habistu kita nak buat apa?"
"Aku dah bagi tahu kau kan aku akan bongkarkan semuanya dekat mak cik!"
Keong mengeluh berat. Kepala yang tak gatal digaru-garu tatkala dia berada di antara dua persimpangan.
"Tapi, ada betulnya cakap Tori. Kita tak boleh ganggu rancangan Jebat..."
"Korang berdua ni memang pelik! Sengaja buat kawan korang terlibat dalam bahaya ke?" Fawwaz menggelengkan kepalanya seraya melabuhkan duduk di sofa. Telefon pintarnya bergetar di dalam saku seluar. Tertera nombor sifu Adi.
"Hello Fawwaz! Kau kat mana?"
"Rumah Jebat."
"Datang rumah aku cepat. Ada job untuk kau."
Arahan daripada Sifu Adi membuatkan Fawwaz mengeluh. Terbantut niatnya ingin berterus-terang dengan Puan Nijah berkaitan Jebat. Lantas, Fawwaz berpamitan dengan Puan Nijah beriringan dengan Keong melangkah keluar dari rumah.
🌹🌹🌹
"NENEK memang tak penat ke asyik terima tempahan nasi lemak? Risaulah Jasmine tengok nenek asyik kerja. Ni kalau Jasmine tak ada mesti nenek buat seorang-seorang je kan."
Nek Timah mengulum senyum sambil mengelap daun pisang tatkala Jasmine tak henti-henti mengomel. Senang hatinya melihat wajah Jasmine sudah beransur tenang. Tak seperti lima hari yang lalu tika kedatangan Jasmine ke rumahnya hanya dengan wajah kemurungan.
"Nenek bosan. Ni jelah kerja yang nenek boleh buat."
"Kalau nenek bosan, Jasmine dengan Elman boleh tinggal kat sini. Rasa tenang je rumah dekat dengan laut. Boleh tengok muka nenek hari-hari. Makan mi bandung Warung Mak Ton. Paling penting, boleh dekat dengan abang Zafri. Selalu."
Jasmine menyendok nasi lemak ke atas daun pisang. Nafas panjang dihela tatkala rindunya buat Zafri bertandang kembali. Jasmine masih ingat setiap detik dia dan Zafri pada waktu petang. Jika Zafri tak turun ke laut, mereka akan ke Warung Mak Ton menjamah mi bandung. Menikmati matahari terbenam sambil meluahkan rasa kasih dan cinta antara satu sama lain.
"Tak payahlah duduk sini. Elok dah Jasmine duduk dengan papa. Galeri tu siapa nak urus?"
"Halau Jasmine ke?"
"Bukan halau. Nenek cuma nak Jasmine berbaik dengan papa, dengan mummy bahriah. Janganlah berdingin lagi dengan orang tua. Cucu nenek ni santun orangnya. Belajar memaafkan kesalahan diorang. Esok-Esok kalau nenek dah tak ada, Jasmine cuma ada diorang je sebagai orang tua."
Kata-kata Nek Timah menyentak tangkai hati Jasmine. Bibirnya diketap tatkala dinding hatinya tak enak dengan bicara neneknya. Tingkah Nek Timah yang lincah membungkus nasi lemak bagi majlis kenduri ditatap sayu.
"Macam mana Jasmine nak hormat papa kalau papa tak pernah kisah pasal Jasmine? Sekarang, dia nak jodohkan Jasmine dengan Ezhar. Dia tak serik padahal Jasmine dah tolak mentah-mentah."
Mendengar hal itu, Nek Timah kaget. Pandangannya bertaut dengan Jasmine. Kasihan benar dia dengan Jasmine yang masih diatur cara hidupnya. Tidak mengapa. Dia akan hubungi Datuk Zali dan memberikan peringatan untuk Datuk Zali melupakan hasrat bermenantukan Ezhar.
"Itukah sebabnya Jasmine stres?"
Jasmine mengangguk lemah. Cukuplah hanya itu yang disampaikan kepada neneknya. Jasmine tak mahu Nek Timah tahu kes penculikan, kes Jebat mengkhianatinya.
"Ada lagi yang buat cucu nenek stres?"
"Tak ada."
"Ye? Dahtu kenapa Elman asyik tanya Elisa bila uncle abah nak datang pujuk ibu yang tengah sedih?"
Tak semena-mena, seluruh wajah Jasmine membahang dengan soalan cepumas neneknya. Dadanya terasa sesak tatkala Elman masih mencari figura Jebat dalam hidupnya.
"Ada masalah dengan Jebat ke?"
"Tak adalah nek. Elisa ganti dia sebab Jebat tak sihat."
"Ye ke Jebat tak sihat? Bukan sebab korang bergaduh?"
Tatkala Nek Timah seakan-akan sangsi terhadapnya, Jasmine bangun berura-ura ingin mencari Elman. Tak mahu masalahnya bersama Jebat diketahui oleh Nek Timah. Bukannya Jasmine tak tahu Nek Timah sangat bijak membaca emosi Jasmine.
"Jasmine nak cari Elman. Risau dia merayau. Elisa dahlah tiba-tiba balik emergency."
"Tak payahlah kau risaukan Elman. Dah ada orang tengah jaga dia kat luar."
Jasmine terkesima dengan bicara Nek Timah. Tanda tanya bermain di benak fikiran wanita berambut ikal mayang yang diiikat sanggul itu. Siapa pula yang mampir menemani Elman tanpa keizinannya?
"Ibu! Elman dah balik."
"Hah, Jasmine pergi ambilkan tuala untuk cicit nenek. Seronok sakan mainnya sampai basah kuyup."
Nek Timah menghampiri Elman yang tersengih-sengih di muka pintu dalam keadaan basah kuyup.
"Ya Allah, Elman pergi mana sampai basah..."
"Dah! Pergi ambil tuala. Kesejukan dah budak ni karang."
Keluhan kecil terbit di bibir Jasmine tatkala Nek Timah mengambil alih. Membantu menanggalkan pakaian Elman yang basah. Tanpa berlengah, Jasmine melangkah masuk ke dalam kamar ingin mencapai tuala buat Elman.
Namun, Jasmine kematian langkah tika dia mendengar perbualan seseorang di dalam kamar tetamu yang pintunya separuh terbuka. Terasa kelat liur di rangkungan. Apatah lagi menyedari ada lelaki asing yang tiba-tiba muncul di rumah Nek Timah.
"Jangan sampai apa yang aku buatni terbongkar. Rahsiakan semuanya!"
Terhinggut bahu Jasmine tatkala suara itu kedengaran tegang. Detak jantungnya berdebar kencang dengan mata melingas mencari senjata sebagai langkah berjaga-jaga. Trauma ke atas penculikan itu masih tersisa di lubuk hati Jasmine.
"Ya! Tapi aku tak nak benda ni terbongkar. Tolonglah faham!"
Perlahan-lahan, Jasmine membuka pintu kamar tetamu sambil mengenggam batang penyapu. Seluruh wajahnya membahang tatkala melihat susuk tubuh pemuda berkulit sawo matang tak berbaju yang sedang membelakanginya. Tubuh belakang pemuda itu dipenuhi dengan parut panjang.
Sah! Penjenayah yang cuba menceroboh masuk ke dalam rumah Nek Timah!
"Tapi belum masa yang tepat..."
"Kau buat apa kat rumah nenek aku!"
Tak semena-mena, si figura mengerang kesakitan tatkala tubuh belakangnya dihambat dengan penyapu. Telefon pintar melorot ke atas lantai. Sungguh, dia kaget diserang hendap dalam keadaan emosinya dihurung amarah.
"Nenek! Call polis ada pencuri..."
Belum pun sempat Jasmine menoktahkan jeritannya, matanya terbuntang tatkala si figura kalih seraya menekup mulutnya. Tubuhnya dihempas lembut ke dinding. Degupan jantung Jasmine mula kencang tatkala tubuhnya hanya sejengkal daripada si pemuda.
"Muka aku ni... memang muka penjenayah ke, Puan Jasmine Qasrina?"
Sungguh, seluruh wajah Jasmine membahang panas tatkala renungan tajam Jebat menusuk ke tangkai hatinya. Pandangannya dialihkan. Tak mahu menatap wajah Jebat yang tak berbaju itu. Kedua-dua belah tangannya digenggam erat menahan marah dengan kedatangan Jebat.
"Aku ni, Jebat. Minta maaflah datang tak bagi tahu..."
Tak semena-mena, Jebat kematian kata tatkala pipinya ditampar kuat. Tubuhnya ditolak kasar oleh Jasmine sebelum wanita itu meluru keluar dari kamar. Pijar! Inikah sambutan Jasmine tatkala dia baru saja mahu berbaik dengan wanita itu?
Namun, menyedari keadaan dirinya tanpa pakaian, seluruh wajah Jebat membahang kepanasan. Dia baru saja mahu menukar pakaiannya yang kotor selepas bermain bersama Elman. Barangkali, hal itulah yang membuatkan Jasmine mendadak berkasar dengannya. Jebat melurutkan pelipisnya tatkala wajahnya mula membahang panas.
Sungguh, Jasmine yang sudah tersandar di pintu kamar juga sudah berbahang dengan pertemuannya bersama Jebat hari ini. Dahinya ditepuk lembut bertalu-talu tatkala masih terasa deruan nafas Jebat menyapa wajahnya.
"Aku kena samak mata aku tujuh kali ke lepas tertengok dia dalam keadaan macamtu ke?"
Bersambung...
28.1.2025
Double updated
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top