EPISOD 53
"KAU memang licik. Elok-elok budak tu tengah tangkap cintan saja je kan kau rosakkan mood diorang baru nak bercinta?"
Sebaik saja si lelaki bermata sepet melangkah masuk, Reno menyambutnya dengan tawa kencang sehingga mata-mata konco-konconya tertancap ke arah si lelaki berjas kelabu yang baru saja mampir di dalam rumah yang dijadikan makmal dadah.
"Aku tak nak kau bawa Jebat masuk dalam kumpulan kau. Cukuplah apa yang kau dah buat dekat dia haritu. Dia hampir mati sebab kau, Reno!"
Mendengar bantahan orang suruhannya, air muka Reno berubah bengis. Ada rasa tak puas hati menyelubungi diri tika pemuda itu mula menentang.
"Kau pun nak jadi macam dia? Khianat aku?"
"Aku tak khianat kau! Aku cuma tak nak Jebat terlibat dengan dunia kita. Biarkan jelah dia hidup dengan dendam dia sendiri!" Si lelaki menghela nafas berat tatkala pandangan tajam Reno seolah-olah mahu membunuhnya.
Reno mengherot senyum sinis. Dia memberikan isyarat kepada orang kanannya dengan memberikan sebuah beg kepada si lelaki.
"Bagi dengan Jebat."
"Apa ni?"
"Kerja pertama dia." Reno membuka beg tersebut seraya mengeluarkan satu pek serbuk putih lalu dihalakan ke arah si lelaki.
Sekonyong-konyongnya, mata si lelaki terbuntang kaget. Debaran kuat memalu jantung si lelaki tatkala dia semakin mengerti kehendak Reno yang bersungguh ingin Jebat menjadi sebahagian daripada mereka. Mana mungkin dia biarkan!
"Kenapa mesti Jebat?"
"Sebab aku suka cara dia berlawan dengan konco-konco aku. Lagipun... dia kena warisi kerja bapa dia. Sekarang aku nak kau serahkan dekat Jebat tanpa dia tahu siapa yang bagi. Kalau dia tak nak... kau ugut dia sampai dia terjebak!"
Arahan mandatori yang disampaikan oleh Reno benar-benar membuatkan si lelaki terkelu. Dia hanya kaku. Terasa kelat liur di rangkungannya tika akalnya tak tega Jebat terlibat dalam dunia kelam.
"Kau tunggu apa lagi? Bertindak atau kau nak kena macam Jebat kena haritu? Aku takkan teragak-agak tanamkan peluru aku dalam jasad kau." Reno mengugut seraya menghalakan muncung glock ke dada si lelaki. Dia mendengus marah.
"Kau suruh orang lain! Aku tak nak terlibat..."
Si lelaki membaling beg tersebut ke atas lantai. Dia melangkah ke belakang stor ingin menyambung pekerjaan kotornya. Pandangan tajam konco-konco Reno cukup menggerunkan namun dia juga tak punya pilihan untuk keluar dari kegelapan itu.
"Ada betulnya cakap dia tu, bos. Kenapa mesti Jebat? Kalau bos nak budak yang ada kekuatan macam Jebat, aku boleh cari..."
Orang kanan Reno kematian bicara tatkala tumbukan dihenyak ke wajahnya. Kaget!
"Aku nak Jebat jadi sebahagian daripada kita juga! Faham tak! Dia perlu kenal siapa bapa dia. Apa kerja bapa dia yang sebenarnya!"
Tika itu, suasana mula tegang. Tiada lagi sebarang kata daripada konco-konco Reno tika lelaki bertatu ular itu mengamuk. Masing-masing kembali memproses dadah seraya diletakkan ke dalam plastik lut sinar.
🌹🌹🌹
USAI saja Nek Timah menunaikan solat Isya, tanda tanya bermain di benak fikiran wanita tua itu tatkala sebuah BMW diparkir di halaman rumahnya. Dia menyelak langsir. Mahu melihat tetamu yang mampir melalui tingkap rumah. Kelihatan figura seorang gadis berjas kelabu dengan rambut diikat sanggul melangkah keluar dari kereta.
"Oyang!"
Senyuman mekar di wajah Nek Timah tatkala melihat figura Elman berlari anak ke pintu rumah. Lantas, wanita itu melangkah menyambut kepulangan cucu dan cicitnya. Ya Tuhan, rindunya Nek Timah kepada Jasmine dan Elman.
"Ala cucu oyang ni. Dah makan?"
"Dah! Tadi Elman makan nasi goreng cina. Sedap!"
"Assalamualaikum."
Nek Timah mendongak tatkala suara parau Jasmine kedengaran. Ada rasa sangsi di lubuk hati wanita itu melihat wajah Jasmine yang sembap. Terbias kekusutan di sebalik wajah manis Jasmine.
"Hai Nek! Saya Elisa. Bodyguard Puan Jasmine. Maaflah nek kitorang datang lewat malam. Ni Puan Jasmine kata dia rindu sangat dekat nenek."
"Masuklah dulu. Nenek kemaskan bilik untuk korang. Bawa barang masuk bilik kat hujung sana."
"Tak perlu, nek. Biar Elisa yang buat. Nenek..."
Elisa jeda. Dia menyalami tangan Nek Timah seraya mendekatkan bibir merahnya ke telinga Nek Timah. Sesekali, dia memandang wajah Jasmine yang sudah melabuhkan duduk di ruang tamu. Tatapan wanita itu tampak kosong.
"Nenek temanlah cucu nenek dulu. Puan Jasmine tengah tak okey sekarang ni."
Nyata, intuisinya Nek Timah benar apatah lagi cucunya tak ditemani oleh Jebat pulang ke kampung seperti dulu. Adakah Jasmine punya konflik bersama Jebat sehingga Elisa yang mengambil alih?
"Jasmine... jauh termenung."
Keluhan kecil terbit di bibir Jasmine. Dia bertaut pandangan dengan Nek Timah yang mengenggam kedua-dua belah tangannya. Tangan Nek Timah langsung dikucup lembut. Tubir matanya terasa hangat tika merindukan figura neneknya yang semakin dimamah usia.
"Cucu nenek ada masalah?"
"Tak adalah. Jasmine penat..."
"Tengok sini." Nek Timah mengapit kedua-dua belah pipi Jasmine. Dia melihat ada cecair jernih memenuhi kolam mata cucunya. Pucuk hidung Jasmine juga merah. Wajah Jasmine penuh dengan kesedihan.
"Siapa buat cucu nenek sedih?"
"Tak adalah nek..."
"Jangan tipu. Ceritalah semua dengan nenek. Kenapa tiba-tiba balik tak bagi tahu nenek? Nenek yakin mesti ada benda yang tak kena kat sana kan?"
Tak semena-mena, cecair jernih mengalir ke pipi Jasmine. Dia mengetap bibir seraya menundukkan kepala. Tak mahu Nek Timah bertanya dengan lebih mendalam tatkala jiwanya sesak dengan masalah yang menimpa tanpa henti.
"Jasmine..."
"Jasmine penat, nek. Jasmine dah penat..."
Tangisan Jasmine pecah jua tatkala dia tak mampu membendung lagi air matanya. Air mata yang ditahan akhirnya tumpah jua. Nafasnya seakan-akan sesak memikirkan keputusan ayahnya yang ingin menjodohkan dia dengan Ezhar. Pengkhianatan Jebat juga melukai hati Jasmine.
Semuanya bercampur baur.
"Ya Allah cucu nenek... berat sangat ya masalah tu? Sini peluk nenek..."
Esakan Jasmine semakin kuat tatkala tubuhnya dirangkul erat oleh Nek Timah. Bahunya terhinggut-hinggut melepaskan tangis. Matanya dipejam rapat tatkala Nek Timah mengusap lembut tubuh belakangnya. Ya Tuhan, sudah lama Jasmine menginginkan kehangatan.
"Lepaskan semuanya... jangan pendam-pendam sorang. Kan nenek dah pesan kalau ada masalah kongsi dengan nenek. Nanti, bila Jasmine dah tenang... Jasmine ceritakan semuanya dekat nenek."
Perlahan-lahan, Nek Timah meleraikan pelukan seraya mengapit kedua-dua belah pipi Jasmine. Sesak hati tuanya melihat air mata cucu tunggalnya.
"Jasmine tak nak... buat nenek susah hati. Jasmine... tak nak nenek sakit...."
"Apa cakap macam tu. Nenek ni kuat lagi nak dengar masalah cucu nenek. Kalau papa tak dapat nak jadi pendengar, Jasmine masih ada nenek tau. Jangan lupa."
Jasmine kembali memeluk erat tubuh Nek Timah. Sungguh, dia tenang berada dalam dakapan neneknya. Melepaskan segala beban yang dipikul di pundak.
"Kak Elisa... kenapa ibu sedih?"
Elman hanya kaku di muka pintu kamar. Bibirnya menggeletar melihat tangisan Jasmine. Hati kecilnya juga terkesan dengan kesedihan si ibu. Dia tak mengerti apa yang berlaku namun dia tak suka melihat ibu yang sudah berjuang deminya bersedih.
Pekerjaan Elisa yang sedang memasang cadar katil terhenti buat seketika. Dia menghampiri Elman seraya duduk melutut di sisi si kecil. Rambut Elman diusap lembut sambil memerhatikan Jasmine yang masih teresak-esak dalam pelukan Nek Timah.
Dia sendiri tak mengerti apa yang sudah berlaku selepas Jasmine pulang dari bertemu Jebat. Wanita itu hanya menangis tanpa henti sebelum Jasmine membuat keputusan pulang ke kampung.
"Ibu penat sebab tu ibu sedih."
"Kenapa uncle abah tak pujuk ibu? Uncle abah kan selalu baik dengan Elman, dengan ibu "
Buat seketika, pandangan Elman bertaut dengan Elisa. Lidahnya terkelu untuk menjawab soalan Elman. Dia juga tiada jawapan spesifik.
"Kenapa Kak Elisa? Kenapa uncle abah biar ibu sedih?"
"Err... uncle abah sibuk. Elman, pergi gosok gigi lepastu tidur. Dah lewat sangatni."
Ya Tuhan, Elisa jadi pusing tatkala dia pula menjadi perantara masalah Jasmine dan Jebat saat ini. Dia tak boleh biarkan! Dua manusia ini harus berbaik dengan segera supaya Elisa sendiri tak hadap soalan cepumas Elman lagi.
Bersambung...
27.1.2025
Thank you sudi singgah nanti singgahlah lagi. Cukup 40 komen, 100 vote saya update lagi satu episod malamni
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top