teaser 5😔

“Abang...” Panggil Iqlima dengan nada yang meleret.

“Ya. Apa lagi kau nak?”

Cup!

Bulat mata Ikmal melihat aksi berani Iqlima.

“Nak bagi abang sejuk sikit hati tu. Jangan asyik nak marah. Ima sayang abang.” Iqlima kenyitkan mata.

Belum sempat Ikmal ingin membalas, Iqlima tergesa-gesa turun dari kereta. Hairan dia dengan sikap isterinya. Setiap hari, ada saja aksi nakal yang dibuat oleh wanita itu.

“Dah buang tabiat agaknya si pendek ni.” Desis Ikmal sambil memegang pipinya yang masih terasa kesan ciuman dari Iqlima.

Lama dia memerhatikan kelibat Iqlima yang sedang bercakap dengan seseorang di kedai runcit. Dalam keadaan perut yang semakin membesar itu membuatkan hati Ikmal semakin gusar. Risau dengan masa depan mereka kelak.

Dia bersandar lemah di tempat duduknya sambil memejamkan mata. Kata-kata lelaki yang paling dihormatinya selama ini begitu terkesan di dalam hati.

“Jadi itu pilihan kau! Baik, mulai hari ni, kau bukan anak aku lagi. Aku tak ada anak bernama Ikmal Shahri lagi. Lagi satu, kau ambil semua barang-barang kau dan berhambus dari rumah aku!”

Tanpa sedar, air matanya mengalir ke pipi.

“Mal rindukan papa dan mama. Salah ke dengan takdir yang Mal pilih ni...”

Bamm!!

Tersentak Ikmal saat terdengar bunyi dentuman yang agak kuat. Bulat mata Ikmal melihat terdapat sebuah motosikal yang berlanggar dengan sebuah kereta betul-betul berdekatan dengan kedai runcit itu.

Hati Ikmal semakin berdebar. Hampir beberapa saat dia terpaku sehingga tubuhnya menggigil. Takut andaiannya adalah tepat. Lekas Ikmal membuka pintu kereta dan melangkah laju ke arah kawasan kemalangan itu. Matanya terpaku melihat beberapa biji telur itik yang telah pecah di atas jalan raya.

Orang ramai yang sedang menggerumi mangsa kemalangan itu ditolak  kasar. Hampir saja dia jatuh terduduk di situ saat terpandang tubuh yang berlumuran darah di jalan raya.

“Ima!”

🥺

Esok last day preoder. Harga selepas ini baik rm2. Kemungkinan tiada lagi cetakan selepas ini.❤️

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top