Part 3

Teaser 3🌹

#ktt

“Abang Mal...”

Ikmal langsung tidak menyahut sebaliknya dia lebih suka melihat pemandangan di luar cermin tingkap.

“Abang Mal.”

“Hish... apa dia?” Marah Ikmal separuh berbisik.

Disebabkan mereka berdua duduk bersebelahan sahaja, terpaksalah Ikmal menjawab. Dia tidak mahu ada budak sekolah lain asyik memandang ke arah mereka.

“Nah, roti ni.” Iqlima hulurkan roti yang dibawa dari rumah tadi kepada si abang.

“Tak nak. Aku tak lapar.”

“Makanlah Abang Mal. Hari ni kan Abang Mal ada exam. Nanti otak jadi lemah kalau tak makan pagi.” Iqlima cuba memujuk.

Ikmal tergelak lucu.

“Cara kau cakap ni, macamlah kau tu pandai sangat. Kalau otak kau tu cergas sebab tak pernah skip sarapan, kenapa asyik duduk kelas tercorot?” Sindir Ikmal di telinga Iqlima.
Sengaja dia bercakap begitu untuk menyakitkan hati Iqlima.

Iqlima hanya tersenyum nipis.

“Sebab tu Ima nak Abang Mal jangan jadi macam Ima. Bila abang Mal tak pandai, mesti selalu kena ejek, kawan pun tak ada. Makanlah,” pujuk Iqlima.

Tercengang Ikmal.

“Kau cakap apa tadi? Selain aku, ada lagi ke yang ejek kau?”

Laju Iqlima gelengkan kepala. Boleh pula dia terlepas cakap tadi.

“Kau jangan buat hal dekat sekolah. Kalau jadi apa-apa, aku yang kena. Sayang sangat mama dekat kau. Macamlah aku ni yang anak angkat pula.” Sekali lagi Ikmal mengeluarkan kata-kata kasar.

Wajah Iqlima berubah riak. Dari dulu lagi dia sudah tahu siapa dirinya dalam keluarga ini. Disebabkan wajahnya seperti cina, dia mula sedar tentang asal-usulnya.

Walaupun agak perit dia menerima kenyataan itu, Iqlima bersyukur kerana dibesarkan dalam keluarga yang penuh dengan kasih sayang. Hanya Ikmal sahaja yang tidak menyukainya sejak dari dulu.

Ikmal tidak senang melihat wajah monyok Iqlima. Kasar sangatkah dia tadi?

“Bak roti tu!”

❤️

Dalam tak suka, tak sampai hati pula. Complicated betul si Mal ni😅

P/s: tempahan sehingga 15 o kt. Cov er baru tak siap lagi. Sabar ya😍

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top