Part 1

Teaser 1 ( versi belum edit)

#ktt

“Tinggilah, Mal. Nak ambil macam mana ni?” Rungut Irwan apabila melihat buah jambu yang ada di atas pokok itu agak tinggi.

Ikmal memandang ke sekelilingnya kawasan mereka. Lebar senyumannya saat anak matanya terpandang satu galah yang agak panjang di tepi rumah jiran mereka.

“Abang Wan! Jom kita ambil kayu tinggi tu.”

“Itu galahlah. Err... tak apa ke?”

Ikmal tersenyum nakal.  Tangan Irwan ditarik supaya mengikutnya ke sana. Belum sempat dia mencapai kayu galah, pintu dapur rumah itu dibuka dengan tiba-tiba. Tergamam mereka berdua.

Seorang budak perempuan yang sedang menghisap botol susu berdiri di hadapan pintu itu. Terkebil-kebil matanya memandang ke arah mereka berdua. Tak lama kemudian, budak perempuan itu tersengih-sengih memandang Ikmal.

“Abang Wan, pegang kejap. Geram pula Mal dengan budak ni,” arah Ikmal.

“Hish... nak buat apa pula ni?” Kalut Irwan memegang kayu galah itu seorang diri.

Belum sempat tangan Ikmal mencubit pipi montel itu, dia terdengar satu suara garau dari arah dapur.

“Ima buat apa tu dekat situ? Pandai pula anak abah ni buka pintu.”

Kejung terus tubuh Irwan dan Ikmal. Belum sempat Ikmal ingin melarikan diri, tiba-tiba kakinya dipeluk erat oleh budak perempuan tadi.

“Hish... lepaslah pendek!”

Tangan comel itu masih lagi memeluk kakinya dengan erat. Ikmal cuba meleraikan tangan budak tadi.

“Eh... siapa ni?”

Pucat wajah Ikmal. Irwan yang sedar, cepat-cepat mendapatkan si adik.

“Err... pak cik. Maaf, ni adik saya.”

“Ooo... nak apa datang ke rumah pak cik ni?” Ramah Encik Ibrahim bertanya.

Dia cukup kenal dengan kanak-kanak ini. Terbit rasa bersalahnya apabila melihat wajah anak-anak Puan Fatimah.

“Kami datang nak minta buah jambu tu.” Selamba sahaja Ikmal menjawab.

Irwan mencerlung tajam ke arah Ikmal. Sudahlah dia hampir hilang nyawa kerana nyaris ditangkap oleh jiran mereka.

“Ooo.. nak buah jambu rupanya. Ambillah tapi sampai ke kamu berdua nak ambil? Tinggi juga buah tu.”

Ikmal garu kepalanya yang tidak gatal.

“Kami pinjam kayu tu boleh?”

“Boleh tapi biar pak cik yang tolong ambilkan. Ima, kenapa peluk kaki abang tu? Sini dekat abah.” Encik Ibrahim cuba mengambil Iqlima.

“Nak nak...” Tergeleng-geleng kepala Iqlima tanda tidak mahu.

“Tak nak pulak. Err... tengokkan Ima kejap. Pak cik nak tukar baju dulu.”

“Boleh pak cik.” Sahut Irwan.

Sebaik sahaja Encik Ibrahim masuk ke dalam rumah, Ikmal terus menolak tubuh kecil itu dengan kasar. Nyaris sahaja Iqlima jatuh ke belakang tetapi mujurlah Irwan sempat memegang tangan si kecil itu.

“Mal ni dah kenapa? Kalau jatuh budak ni, tak pasal-pasal menangis dia.” Marah Irwan dengan suara yang agak perlahan.

“Mal tak suka budak ni.” Selamba sahaja jari telunjuk Ikmal menunjal dahi Iqlima.

Tercebek-cebek bibir Iqlima menahan tangis.

“Adik jangan nangis. Kejap lagi kita pergi sana.” Pujuk Irwan sambil memeluk tubuh kecil itu.

Ikmal menjeling tajam. Tak suka betul dia melihat budak kecil ini. Tidak lama kemudian muncul Encik Ibrahim setelah lengkap berpakaian. Dia mendukung anak tunggalnya dan berjalan ke arah pokok jambu.

Makin lebar senyuman Ikmal. Tak sabar dia nak menjamah buah jambu itu. Sebaik sahaja matanya terpandang wajah si kecil, terus senyumannya mati.

❤️

Kecik2 lagi Ima dan crush dgn si Mal😆😆😆

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top