satu🐼
Aku memandang kearah pakcik posmen dari jauh. Aku perhati je dari 10 minit lepas. Selepas selesai rumah sebelah dia mula meletakkan surat di peti surat rumah aku.
Setelah tunggu agak lama barulah pakcik posmen itu pergi. Aku segera keluar dengan hanya berkaki ayam menuju ke peti surat. Bukan surat cinta yang aku cari ehh. Aku mencari surat tawaran yang aku tunggu selama 29 hari.
"Hmmm....... Let's see...." Aku mula menyemak surat² di tangan.
"Papa..."
"Papa...."
"Mama...."
"Nat....."
"Papa..."
"Papa...."
"Papa"
"Amboi! Banyaknya surat papa! Main lovely doubly kat whatsapplah" runggutku.
"Iklan" buang.
"Mama"
"Mama"
"Papa lagi"
"Aidan"
"Papa lagi"
"Nadia!"
"Akhirnya!!!" Aku menjerit gembira.
"Dah kenapa dengan akak nie?" Soal Natasha dengan plastik sampah di tangan.
"Takde pape.... Bubye~~" Aku melangkah masuk dengan suka hati.
"Kena sampuk dengan peti surat ke dia tu?" Soal Natasha hairan
🐼🐼🐼
"Mama~~~" aku mendekati mama yang sibuk menonton tv sambil lipat baju.
"Kenapa?" Soal mama tanpa memandangku. Nampaknya aku tidak menarik perhatiannya seperti Syukri Yahya di dalam tv itu. Takpa! Alih target.
"Papa~~~" aku mendekati papa yang tengah rehat sambil minum kopi.
"Hmmm....." Sahutnya. Ceit! Nampaknya natang kecil itu lagi menarik dari aku. Aish! Sapelah yang cipta natang kecil yang boleh call chat dan berbagai lagi tu?
"Alahh papa dengan mama niekan!" Aku mula merajuk. Aku menhempaskan pungung di sebelah Aidan yang tengah baca buku.
"Kenapa dengan kau nie?" Soal Aidan. "Bukan tadi kau ambil surat ke? Mana suratnya?" Soalnya lagi.
Aku menghempas surat² di ribanya.
"Auch! Sakitlah!" Aidan mengosok pehanya.
"Padan muka!" Aku menjerlih lidah kearahnya.
"Kenapa Nadia tadi?" Soal mama. Drama melayunya dah habislah tu.
"Nadia dah dapat tawaran boarding musical national school tu" ujarku. Sudah tiada rasa seronok.
"Baguslah tu. Daftar bila?" Soal papa.
"Nanti Nad call Aunty Emma." Ujarku. Aunty Emma pengurus sekolah itu. Walaupun pengurus dia tak boleh diterima begitu sahaja. Video serta keputusan cemerlang pt3 telah membantunya dan tanpa bantuan Auntynya.
"Okay"
Aku perhati manusia sebelahku. Dari tadi diam.
"Asal? Putus dengan awek?" Soal ku.
"Banyaklah kau! Nie hah. Aku pon dapat sekolah yang aku nak tu" aku menangguk.
"Abang taknak pergi ke?" Soal Natasha tiba² tah mana munculnya pon tak tahu.
"Pergilah! Gila tak pergi" ujar Aidan gembira.
"Kalau macam tu hujung minggu nie kta shopping barang Nadia sekali dengan Aidan." Putus mama.
"Okay~"
🐼To Be Continue 🐼
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top