Prolog
"Apa lancau Spoket 16 nak matching dengan spoket 36" marah Mat Arip pada Din.
"Aku try je beb, ingat nak lawankan dengan setting full bearing kau, tak menjadi pulak" balas Din sambil menggaru2 kepalanya yang tidak gatal.
"kau punya nak try, lebur duit saham kitorang kau tahu tak?.. 6 riban tu sekarang sape nak jawab?" balas Lan jawa sambil menepuk dahinya.
"alarh, nanti kita repeat la" balas din yang masih tidak mengalah.
"lagipun rider kita yang sengal, bukan pasal motor sebenarnya, ni pasal rider tu, boleh GO ke K.O!" tambahnya lagi.
"Pala butoh kau!" Mat Arip lantas membalingkan tuala good morning yang disangkutkan di lehernya kepada Din.
"abis tu aku lah yang salah??!!" Din masih tidak mahu mengalah terus mengangkat spanar , niat di hatinya mahu melibas muka si mat arip namun segera dihalang oleh Norman.
"hoi.. Dahlah, korang ni, Deli dengan Awie duk beraya sakan dengan duit kita, korang duk bergaduh macam budak2 la" kata norman.
"kau cakap dengan dia, lain kali nak setting tu, jangan duk memandai macam engineer" tengking Mat Arip sambil jari tangannya menunding ke muka Din.
"HOIII...BARUA, AKU SELIGI KAU PAKAI SPANAR HIDUP NI KARANG" tengking Din.
"wei, korang dah2 lah tu k"
"cakap memang senang, MOTOR AKU KENA HARUK DENGAN DAK2 SIAL TU, BUKAN MOTOR KORANG!!" Marah Mat Arip tak boleh ditahan lagi lantas terhambur caci maki dari mulutnya.
"kalau motor yang kau buat jadi point nak bertikam lidah mcam ni, nah ambik" balas norman lantas mencampakkan kunci motornya pada Mat Arip.
Tercengang semua sahabatnya melihatkan perbuatannya itu.
"eh, bro , aku tak maksudkan macam ni" balas mat arip dan cuba memulangkan kunci motor norman semula.
"ambik, yg kena sesah 125 kau kan?.. Aku pun pakai 125, kau ambik jerlah" balas norman dan terus keluar dari bengkel Din.
"kau memang puaka, kau pulang balik harta kawan tu" tegur lan
"dia merajuk tu"
"esuk2 je kau pulang" balas Lan.
Mat Arip termenung melihat kunci di tangannya, segera dia memandang Motor Norman Yamaha 125z berwarna silver kuning.
"Norman, aku hantar kau balik" pekik Din yang bergegas keluar dari bengkel.
Ketika keluar dari bengkel sengaja Din berlaga bahu dengan Mat Arip.
"kau pehal cibai!!" tengking Mat Arip yang bengang dengan perbuatan Din.
Tidak dibalas melainkan pandangan mata penuh kemarahan dari Din.
"HOI.. KIMAK BETULLAH, AKU CAKAP DENGAN KAU NI! " tengking Mat Arip.
"Ktangggg!!" selaras spanar paip dibaling ke kaki Mat Arip.
Segera Mat Arip menoleh ke arah Wan Tompel yang dari tadi tak bercakap apa2 sekadar memerhatikan mereka dari jauh.
"benda dah settle, kau tak payah nak panjang2 kan" kata Wan Tompel memberi teguran.
Mat Arip pula hanya mengeluh panjang sambil di tangannya memusing2 kan kunci motor Norman.
"sekarang kita dah teruk kena game dengan budak2 Deli,kita kena repeat, tu je kau kena tahu" kata Lan.
"yerlah" balas Mat Arip kasar.
-----------------
Norman POV
Jauh betul dia berjalan hingga sampai di Taman Tasik Ampang Hilir.
"hishh, apa lah aku nak jawab dengan bapak aku, habis duit dia aku takik nak wat masuk saham, harap2 2,3 minggu ni dia tak check lah duit dia" bisik hati norman sambil menggaru2 kepalanya.
Dia mengambil helmet di tangannya dan meletakkan nya di bawah punggungnya (duduk atas helmet) , helmet Arai Koi putih bernilai RM7 ribu di bawah punggungnya dibuat seperti takde nilai langsung.
"haiiii, motor pun dah takde, peninglah macam ni" keluhnya lagi.
Dia merenung ke arah tasik dan terus berbaring sambil dan meletakkan helmetnya di sebelah kanannya, dikeluarkan nya sebatang rokok berjenama Dunhill.
Ketika sedang leka menghisap rokok itulah dia melihat dari jauh seorang perempuan sedang berpaut pada jeti kecil di tebing tasik.
"cantiknya awek ni, malam2 datang sini buat apa?, bohsia ke?" bisik hatinya.
"ke hantu?"
"tak mungkinlah" bisik hatinya lagi.
Tiba2 dia melihat perempuan itu memanjat penghadang jeti dan terus terjun ke tasik.
"Ahhh, sudah, bunuh diri pulak!!" katanya.
Tanpa sempat berfikir tentang kemungkinan perempuan itu adalah hantu atau tidak , Norman terus berlari dan terjun ke tasik untuk menyelamatkan perempuan itu.
Dengan kedinginan malam dan suasana gelap menambahkan lagi kepayahan dalam usaha Norman untuk menyelamatkan perempuan itu, tambahan lagi air tasik itu keruh.dalam huru hara itu tangan Norman dapat mencapai susuk tubuh perempuan itu lantas diheretnya perempuan itu naik ke tebing.
Dia membaringkan perempuan itu, tiada nafas, Norman pantas melakukan CPR (dia pernah belajar ketika nak lengkapkan silibus waktu belajar kursus elektrik ketika di ILP dulu) dan ketika di tekan tubi yang ketiga pantas perempuan itu tersedak.
Norman lega, namun kelegaannya tak lama bila perempuan itu mula menangis tersedu sedan.
"kenapa awak selamatkan saya, biar je saya mati" kata perempuan itu dalam esak tangisnya.
"suka hati sayalah" balas norman.
"biar saya mati" kata perempuan itu.
"eh, kau ni degil betul, aku ni pagi2 buta dah kuyup pasal kau, kau banyak bunyi pulak" marah norman.
Terkebil2 perempuan itu bila dimarahi oleh norman.
"siapa nama kau?" tanya norman.
"iskk..iskk.." tidak dibalas melainkan esak tangis dari perempuan itu serta gelengan kepala darinya.
"sayang muka cantik, nama sendiri pun tak tahu, sewel agaknya?" kata norman sambil memusing2 kan jarinya di atas kepalanya tanda mengajuk perempuan itu.
Esak tangis perempuan itu segera berhenti lantas direnungnya norman penuh kemarahan.
"HEI, SUKA2 HATI JE KATA SAYA SEWEL" tengking perempuan itu.
"habis geleng2 tu apa2 hal" balas norman.
"tu saya..saya...ahhhh...nama saya Emma" balas perempuan itu.
"Emma je?"
"Kau nak tahu apasal?"
"sebab aku yang selamatkan kau,kalau tidak esuk pagi, kau dah masuk paper tahu tak?" balas norman.
"kau tak payah selamatkan aku, biar aku mati" balas emma dan segera merenung tasik.
"PAANNNGGGG!!" norman segera menampar pipi emma.
"apahal kau tampar aku, SAKITLAHH!!"
"sebab kau tak hargai hidup kau, ni aku bagi kau rasa pedihnya penampar, biar kau balik kat realiti" balas norman.
"aku tanya sekali je lagi, siapa nama kau"
"Emma lah?" jawab emma
"Emma binti......" tanya norman.
"Emma Isabella binti Mukhsin!!" jawab Emma.
Segera dibalas dengan senyuman oleh norman.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top