8
"Cantik tempat ni kan, boleh tengok view satu KL" kata Emma sambil merenung dan memperhatikan kerlipan2 bangunan yang megah berdiri di kaki bukit , bukit Ampang.
"Yerla, saya selalu kalau stress sini lah tempat saya pergi" balas Din sambil memandang wajah lembut Emma di hadapannya.
Emma meletakkan kedua2 tangannya ke dagu, masih merenung keindahan kota di waktu malam.
"Stress, stress pasal apa.." soal Emma.
"Macam, macam stress, pasal hal kerja, hal kawan, hal family, biasalah duduk kat KL ni" jawab Din.
"Awak takpe, stress, minum lah arak , hilang stress, pastu melalak kat karaoke" balas Emma menyindir.
"Err,.." tersentap jugak si Din dengan dengan sindiran Emma, namun dia cuba mengawal perasaannya.
"Awak masih marah lagi pasal hal malam semalam ke?"
"Saya mintak maaf sangat-sangat, saya janji takkan buat lagi"
"Hurmm..." Emma mengeluh kecil.segera dia memalingkan wajahnya memandang kepada Din.
"Tak lah, saya dah maafkan pun, maaf sindir awak" kata Emma cuba memujuk Din.
"Eh, taklah , saya yang salah, mana2 perempuan pun mesti marah bila lelaki buat dorang macam tu, lebih2 lagi saya cabul dan cium awak dengan paksa"
"Yerla, untunglah dapat cium kan.." perli Emma sambil mengenyitkan sebelah mata nya.
"Errr..."
"Terkena lagi aku..!" Kata Din di dalam hati.
"Err.. awak nak makan apa, saya belanja, steamboat, nasi lemak, char kuey teow" kata Din cuba mengubah topik.
"Saya dah kenyanglah, takpe kut, maybe next time, belanja air pun dah cukup" balas Emma.
"Tak dapat lah nak buat permohonan maaf macam ni, awak tolak pelawaan saya" balas Din sambil mencemikkan muka.
"Ingat comel lah muka cemik macam tu..?" Soal Emma.
"Selalunya orang kata comel aje.." balas Din selamba.
"Macam-macam lah korang ni" kata Emma sambil ketawa geli hati.
"Ada tak apa-apa saya boleh buat atau bantu awak untuk menunjukkan pada awak yang saya betul2 ikhlas mintak maaf dengan awak"
Emma menjeling pada Din.kedua2 tangannya segera diletakkan ke dagu.
"Betul ni nak bantu saya..?" Soal Emma.
"In Sha Allah.. sehabisnya saya bantu"jawab Din.
"Saya nak mintak tolong dua benda je" kata Emma.
"Apa dia..?" Soal Din.
"Kalau boleh berhenti minum arak tu, saya dapat rasa awak ni baik orangnya, tapi bila awak dah mabuk buruk jadi kelaku awak, bila awak dah berhenti minum arak, mesti lagi ok"
Din mempamirkan muka sedikit tak puas hati dengan permintaan Emma, yerlah gadis yang baru dikenalinya tak sampai 2 hari, dah berani tegur cara hidup dia.
"Kalau awak rasa berat takpe, saya tegur untuk kebaikan awak jugak, rasa tak boleh ikut takpe, yerlah, sape lah saya ni untuk campur urusan peribadi awak" kata Emma.
"Baiklah, mulai hari ni saya takkan minum lagi..anggaplah perubahan itu sebagai galang ganti atas kesalahan saya pada awak"
"Salah..! bukan pada saya, tapi pada Allah, berubahlah untuk Allah, bukan kerana orang lain" balas Emma.
Merah muka Din, tergamam jugak bila ditegur sedemikian rupa.
"Yer, pada Allah, maafkan atas kata2 saya tadi" balas Din sambil menundukkan mukanya menahan malu yang teramat sangat.
"Dah tak yah nak , blushing2 sangat, angkat muka tu saya nak tengok" kata Emma.
Din mengangkat semula wajahnya menghadap ke Emma, dilihatnya Emma sedang tersenyum melihatnya.
"Pastu, kenalkan diri awak kat saya, selain Din, tak seronok lah kenal nama macam ni aje" kata Emma.
"Itu saje..?" Soal Din.
"Itu bukan syarat, syarat kedua saya hold, nanti saya fikir" kata Emma.
"Eh , boleh pulak macam tu..??"
"Suka hati saya lah, saya yang buat syarat"
"Ok2, nak nama penuh ke..?"
Emma membalas dengan hanya mengangguk sahaja.
"Rafiyudin Bin Ahmad Juri, tapi member2 panggil Din aje" balas Din.
"Sedap nama, kalau camtu, saya nak panggil Rafy , boleh tak..?" Soal Emma.
"Err... mak ayah saya memang panggil saya Rafy"
"Ok, jadi Rafy, lepas ni kira settle lah k, kita jadi kawan, kenalkan , nama Saya Emma, Emma Isabella" balas Emma sambil menghulurkan tangannya untuk bersalam.
"Wow, nama, gila artis, camtu nak panggil Isabel boleh tak..?"
"Ikut suka hati kau lah cik Rafy oi"
Salam bersambut dan tergelak2 Emma dan Din .
"Beep...Beep"
Terbunyi notifikasi dari telefon Din pomen, dan segera dia mengangkat phone nya, Whatsapp dari Norman.
"WEI, BABI, AKU DAH LAMA TAK NAIK GILA,JANGAN MUKA KAU AKU TIBAI NANTI..KAU BAWAK DIA BALIK SEKARANG...!!" - Norman
**************
"Aku bawak Emma keluar sekejap, maaf bro pasal hal semalam, kau dah sampai rumah, kau bagitahu, aku hantar Emma balik, jangan risau, aku tak buat apa2 kat dia " - Din
"Eh, sesuka hati dia je nak ambik budak tu kat rumah aku, lebih2 la budak ni" bisik hati Norman.
Segera tangannya menghantar semula whatsapp kepada Din.
Done, siap dihantar.
Norman memandang kepada Haji Haziq yang telah terlena tidur di sofa ketika menonton filem indiana Jones : The Lost Ark , bersama2 dengannya tadi.
Segera dia bangun dari sofa dan masuk ke dalam bilik , bekas bilik arwah adiknya mengambil sesuatu, selepas itu dia membawa keluar ke ruang tamu bersamanya sehelai selimut.
Diselimutkan Haji Haziq yang sedang tidur.
Memandang sayu ke wajah ayahnya.
"Ayah, Norman nak bagitahu ayah, sebenarnya, duit ayah yang hilang tu, Norman yang ambik, untuk bawak berjudi lumba haram, maafkan Norman ayah, Norman buat silap, Norman nak bagitahu ayah tadi sebenarnya, dan itulah tujuan sebenar Norman datang ke sini, tapi bila tengok ayah marah2, Norman tak sampai hati nak bagitahu, Norman tahu ayah sengaja je buat2 marah, Norman anak ayah, dah paham sangat perangai ayah, Norman tahu ayah kecewa dengan Norman sebab jadi pencuri, ayah saja je buat macam tu supaya nak tunjuk yang ayah ni tak rasa apa2 pun, nak tunjuk yang ayah masih boleh bawak bergurau, Norman janji, Norman akan ganti balik duit ayah nanti waktu Norman gaji lagi seminggu, Norman bawak ayah gi makan kat sekinchan sekali k, makan ikan bakar yang ayah suka tu, Norman mintak maaf ayah, Norman balik dulu taw ayah, ayah jaga diri, jaga makan, Norman sayang ayah" kata Norman panjang lebar kepada Haji Haziq yang sedang tidur, segera dikucupnya dahi tua milik ayahnya.sebelum berlalu pergi.
Haji Haziq yang belum tidur sebenarnya pula membuka matanya sejurus anaknya keluar dari rumah dan mengunci pintu.Dia segera bangun dari sofa dan mengendap anaknya dari tingkap. Memandang anaknya berlalu pergi dari laman rumahnya.
"Kau tak cakap pun ayah tahu Man, kau jaga diri kau" kata Haji Haziq sambil memandang anaknya berlalu pergi dalam pekatan malam.
**************
"Bukkk"
Sebuah tumbukan dilepaskan oleh Lan Jawa kepada Din sahabatnya sendiri dari kecil, dia tak sangka sebegini teruk perangai orang yang selama ini disangkanya kawan.
Din yang berdarah hidungnya ditumbuk Lan, cuba bangun dalam keadaan berpinar2 dia cuba menjelaskan kepada Lan, namun sebuah lagi penumbuk diberi oleh Lan.
Emma cuba membantu , namun dia ditepis oleh Lan sehingga terjatuh.
"KAU JANGAN CAMPUR, DASAR PEREMPUAN PELACUR...!!"
Tengking Lan Jawa.
Tersentap Emma dengan kata2 yang keluar dari mulut Lan Jawa, dia tahu dia menumpang, dan dia tahu dia kotor, tapi perlukah menghinanya sedemikian rupa.
Perlahan2 tanpa disedarinya air matanya mengalir, mengalir entah untuk berapa kali dia pun tak tahu, sakit hatinya, dipanggil sedemikian rupa.
Lan Jawa yang menyedari kesalahannya pula, mula berasa serba salah bila melihat Emma menangis, sudahlah rahsia perempuan ini hanya dia seorang saja yang tahu, diberitahu sendiri oleh Emma, sanggup pula dia cuba membuka aib gadis di hadapannya ini.
"Lan, aku tak bawak dia gi mana2, sumpah, aku bawak dia keluar ma..."
"DIAMLAH .......AKU TAKNAK DENGAR SUARA KAU...!!" Tengking Lan kepada Din ketika Din bercakap langsung mematahkan penjelasan Din.
"EMMA, MASUK DALAM RUMAH SEKARANG...!!" Arah Lan.
Emma pula hanya diam membatu masih menangis.
"JANGAN SAMPAI AKU HALAU KAU DARI SINI...DENGAR CAKAP AKU, UNTUK KEBAIKAN KAU JUGAK.." tambah Lan lagi.
Bukan sahaja Emma, malah Din sendiri tersentap dengan kata2 Lan.Emma terus bergegas masuk ke dalam rumah, Din hanya memandang wajah Lan terpinga2.
"Tak payah, kau nak terlopong kat sini, aku memang tak percaya dengab kau tahu tak, ni perempuan ni kau dengan Mat Arip nak bawak kenduri kat mana pulak..?" Soal Lan kepada Din penuh prejudis.
Din terus bangun , walau terkial2 kerana kesakitan ditumbuk di mukanya, dia masih menggagahkan diri untuk bangun.
"Tak patut kau tuduh aku macam tu, sebab aku kawan dengan kaki bohsia tu, kau cop aku sama macam dia pulak" balas Din cuba membela dirinya.
"Aku taknak dengar apa2 dari mulut kau, baik kau berambus sekarang sebelum Norman sampai, mampus kau kena Labi nanti" balas Lan Jawa.
"Aku ikhlas mintak maaf dengan Emma..." kata Din.
"Blah lah..." arah Lan .
Din masih tak berganjak dari situ.
"Din.. jangan smpai aku hilang sabar..." kata2 Lan terhenti,bila melihat Emma menggalas keluar dari rumah beg bajunya.
"Kau nak gi mane pulak, aku suruh masuk rumah kan..?" Soal Lan.
Emma tidak menjawab , terus berjalan pergi meninggalkan Din dan Lan.
"EMMA...!!" Tempik Lan.
"Aku ni menumpang tak sampai seminggu dah macam2 jadi dengan korang, tak elok lah kawan baik mcam korang bergaduh pasal perempuan macam aku, lagipun siapalah aku, PEREMPUAN PELACUR kan..??" Kata Emma sambil memandang ke arah Lan.
"Emma, aku mintak maaf k kalau terkasar bahasa dengan kau,kita bincang, kau jangan pergi macam tu aje, siapa nak jaga kau nanti...Percaya kat aku dan Norman, kitorang boleh jaga kau" kata Lan cuba memujuk.
"Aku boleh jaga diri aku sendiri, selama ni pun PEREMPUAN PELACUR macam aku boleh jaga diri sendiri, satu je aku mintak sebelum aku pergi, maafkanlah si Din tu dia tak salah, harap2 korang sesama berkawan jadi baik lah semula..." balas Emma.
"Emma, sorry, aku betul2 mintak maaf, ok. Aku percaya kau, percaya Din, aku tak sengaja panggil kau pelacur, maaf sangat-sangat" kata Lan masih cuba memujuk
"Emma , lan tak maksudkan pun, dia marah tadi, ni semua salah faham je" balas Din pula memujuk.
"Tak Rafy, dia maksudkan... AKU MEMANG PELACUR.. tanyalah dia sendiri" kata Emma sebelum berpaling dan berlalu pergi.
Terus meninggalkan mereka, Lan yang serba salah hilang akal tak tahu nak pujuk macam mana.
"Wei, Lan dia dah blah tu, pergilah tarik dia" kata Din.
"Dia datang sini tak dijemput, dia pergi pun tak berhantar,aku tak tahu nak pujuk macam mana dah, aku tak patut cakap kat dia macam tu" balas Lan sambil memandang Emma pergi.
Din yang melihat Lan seperti hilang punca terus mengejar Emma.
"RAFY..!! JANGAN KEJAR AKU" tegah Emma, mematikan langkah Din.
"Tapi Emma..." balas Din cuba membantah.
"Syarat Kedua, kau dah janji akan ikut syarat aku kan..?" Soal Emma, kini Din pula dalam keadaan serba salah.
Emma memandang hiba ke arah Lan dan Din.
"bye korang, kirimkan salam aku pada Norman,bagi kat dia ucapan terima kasih aku" kata2 akhir dari Emma sebelum berpaling dan terus berlalu pergi.
Din memandang ke wajah Lan, cuba mengajak Lan pergi memujuk Emma.
"Biarlah dia pergi, kesian dia, macam mana lah dia nak bertahan hidup lepas ni" kata Lan perlahan sambil memandang Emma yang semakin jauh meninggalkan mereka.
"Apa maksud kau kesian dia..?" Soal Din.
"Kau dah dengar dia cakap tadi, dalam usia muda dia kena buat kerja macam tu, tak hairanlah dia lari" jawab Lan.
"Maksud kau...PELACUR...!" soal Din.
"Lebih kepada dipaksa sebenarnya.." jawab Lan.
"Eh, Norman tahu tak..?"
Soalan dibalas dengan gelengan kepala oleh Lan.
"Kita kena tolong dia.. kau ni pun apahal tak cakap..,!!" Marah Din bila dapat mengetahui masalah Emma.
"Dia taknak kita bantu dia kan, korang pulak tak membantu, lagi nak mencabul.." balas Lan.
Din tidak membalas kata 2 dari Lan, segera dia naik ke atas motornya, pedal starter disepak, terus menghidupkan motor,
"Din, kau nak pergi mana...?" Soal Lan.
"Aku nak kejar dia"
*******
################
Puas sudah kau melukakan
Tiada pernah kau meyakinkan
Hati ini yang selalu
Mengharapkan kasihmu
Kau biarkan ku melara
Mengemiskan cinta suci
Apa daya hati ini
Telah jatuh di lamun cinta
Mengapa aku disiksa, apakah tujuan dia
Mungkin kerna ia pernah dikecewakan cinta
Katakan pada diriku aku 'kan membalut luka
Oh... jangan kau simpan dendammu
Dan aku jadi mangsanya
Aku cinta kepadamu
Hanya itu yang ku tahu
Lupakanlah kenangan pahit
Kita bina hidup baru
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top