7
AUTHOR NOTE : sambil2 nak baca tu layan lah lagu klip video youtube saloma mengapa dirindu ni...he he he.. mlam ni radio kita pusing kat Klasik FM
"Assalamualaikum"
"Tok...tok...tok..."
"Oh... ayah... assalamualaikum"
Riuh di hadapan rumah kampung di kampung melayu Ampang diketuk oleh Norman , namun tidak dibalas oleh si penghuni rumah.
"Orang tua ni takde agaknya..arghh.. stress aku mcm ni" kata Norman bercakap2 seorang diri.
"Ah, blah la, nak buat apa tunggu lagi"
Baru dia memalingkan mukanya untuk berlalu pergi.pintu tiba2 dibuka.
"Krakkkk... "
"Hah... Apahal KO DATANG SINI... NAK POW DUIT AKU LAGI KE..??" kata orang tua yang baru muncul di muka pintu, dalam anggaran umur 45-50 tahun.
"Isyhh... ayah ni, nampak muka Man je , cop bukan2... ape muka norman ni ada nmpak macam kaki mintak duit ke..?" Balas Norman sambil tersengih macam kerang busuk.
"MEMANG...!!" Jawab Haji Haziq selamba.
"DUIT AKU , AKU SELIT KAT BAWAH ALMARI TU TUJUH RATUS MANA..!??" KAU TAHU TAK MANA HILANG, SETAHU AKU KAT KAMPUNG NI BELUM ADA ORANG BELA TOYOL LAGI..!!" tempik Haji Haziq.
Tersentak Norman dengan pertanyaan direct tanpa berselindung atau cuba menyindir dari Haji Haziq padanya.Segera dia dengan penuh kelam kabut menarik Haji Haziq masuk ke dalam rumah, pantas pintu papan ditutupnya.
Haji Haziq pula tidak lah pula melawan diperlakukan begitu oleh anak lelakinya.dia membiarkan saja Norman menariknya masuk ke dalam rumah dan melihat saja Norman menyelak pintu.
"Dah habis dah..?" Soal Haji Haziq.
"Err... dah ayah..." balas Norman.
"PANGGG..."
"ADUHHH...!!!"
Jawapan yang dibalas dengan hadiah penampar milik Haji Haziq, mahaguru gelanggang silat gayung harimau hitam di zon area Ampang, keramat dan kg.baru, penampar bukan sebarang penampar, kononnya penampar ayah Norman ini pernah hinggap di muka Buaya yang menganggunya memancing udang di Sg.Timun , Linggi satu ketika dahulu, hasilnya sang buaya terkejang2 , malah melelong tidak kenal arah tuju mana hilir , mana hulu nya sungai. Tapi itu semua dari cerita kawan2 Haji Haziq sahaja kepada Norman, entah kelentong entah benar, tidaklah dapat dipastikan.
Kini penampar itu hinggap ke muka Norman.Hasilnya Berbayang dua jadinya pandangan si Norman, melekat dia ke pintu.cuba menstabilkan pandangannya semula.
"Apa ni ayah , tetiba tampar Man" kata Norman setelah dia semakin stabil.
"Sebab kau buat aku macam budak2, heret AKU MASUK DALAM RUMAH DAH KENAPA..!???" soal Haji Haziq sambil kempas kempis hidungnya menahan marah.
"Dah ayah terjerit2 kata duit hilang, duit hilang, macamlah Norman yang curi duit tu, malu kat jiran2 dengar, ayah tak malu ke bila geng2 mesyuarat tingkap duk mengata, hah tu anak Haji Haziq, bapaknye nama je HAJI , geng masjid, anaknye macam setan.. Norman cuma nak jaga maruah ayah je, tu yang Norman bawak ayah masuk dalam rumah, hal anak beranak kita bincang sesama kita je ayah" kata Norman panjang lebar cuba membela dirinya.
Haji Haziq tanpa respon hanya memeluk tubuh layak seorang pendekar, sambil wajahnya berkerut2 penuh pengertian.
"Errr... ayah o.k tak ni..?" Soal Norman.
"TAK OK, DUIT AKU RM700 HILANG..!!" jawab Haji Haziq selamba.
"Ayah salah letak kut, almaklumlah ayah kan dah tua..Norman takut, yerlah, orang tua ni ,kan selalunya..errr.."
"SELALUNYA HAPEE..,!!?" tengking Haji Haziq , terenjat bahu Norman bila ditengking sedemikian rupa.
"Lupa, ayah, orang tua kan selalu lupa" balas Norman.
"LUPA KE KAU NAK KATA NYANYUK...!!.. kau nak rasa JURUS HARIMAU MEMATAH TENGKUK TAK..???" soal Haji Haziq
"tak nak ayah, Norman taknak, cukuplah penampar tu..serik" jawab Norman.
"Betul kau tak AMBIK...!!?" soal Haji Haziq.
"Tak ayah, tak ayah, Norman tak ambik" jawab Norman, walau dihatinya berbelah bagi nak mengaku atau tidak, sebenarnya duit ayah dia, dia dah guna untuk masuk saham lumba haram dengan budak2 Deli dengan Awie, tujuan dia datang pun asalnya nak berbincang lah dengan ayah dia ,nak mengaku dia yang ambik, tapi bila melihatkan kemarahan Haji Haziq, dia membatalkan niatnya, entah apa lah pulak buah pukulan mati yang akan dia tanggung kalau dia mengaku, mintak simpanglah.
"Sudah...!!.. ni kau datang sini nak ape..?" Soal Haji Haziq pada Norman, anak bertuahya.
"Err, Norman nak pinjam EX5 ayah" kata Norman.
"MOTOR KAU MANA..,!!?" soal Haji Haziq.
"Motor Norman kat bengkel ayah, rosak , tu yang kat luar tu motor budak satu tempat kerja dengan man, err.. boleh ke ayah"
"KAU NI MACAM2 LAH.." luah Haji Haziq.
"Nak wat camne ayah, motor rosak bukan kita mintak.." jawab Norman.
"HAH..MENJAWAB...!!" tengking Haji Haziq.
"Kenapalah , aku bela kau ni waktu kecik dulu, patutnya waktu kau baby aku jual kau kat benggali, biar kau jadi anak benggali, pergi jual putu piring tepi jalan, aman hidup aku kalau kau takde kat sini" bebel Haji Haziq.
Haji Haziq terus memalingkan wajahnya dan terus menuju ke dapur sambil mulutnya masih tak berhenti membebel, manakala Norman pula hanya mampu menadah telinga menahan kemarahan Haji Haziq, sikit lagi dia hampir sampai ke pintu dapur, langkahnya terhenti begitu juga bebelannya , juga terhenti.
Haji Haziq memusingkan kepalanya memandang ke arah Norman, memandang Norman atas ke bawah, terkulat2 Norman dipandang sedemikian rupa oleh ayahnya.
"Err... kenapa ayah..?.. tengok Man macamtu..?" Soal Norman.
"Kau tu macam orang tak pernah masuk rumah dah kenapa, berdiri macam orang bodoh, tak reti nak duduk, dah duduk bujang tak kenal dah ke rumah tempat kau membesar..!" Soal Haji Haziq.
Terasa panas telinga Norman disindir sedemikian rupa oleh ayah kesayangannya.
"Yerlah...yerlah..Norman duduk lah ni" balas Norman dan terus duduk ke atas sofa rumah, Haji Haziq memperhatikan Norman dan terus berlalu masuk ke dalam dapur.
Norman yang baru hendak melepaskan lelah terpandang sekotak rokok Benson & Hedges di atas meja, si hatinya mula berniat untuk merembat rokok itu, untung nasib ada stok hisap kat rumah sewa nanti. baru saja tangannya ingin mencapai rokok itu....
"JANGAN CURIK ROKOK AKU...!!"
Tengking Haji Haziq mengejutkan Norman malah membantutkan terus niat jahatnya.
Spoil la orang tua ni....Bisik hati Norman.
****************
"TOK...Tok....TOK"pintu diketuk sekuat hati bagai nak roboh
"Emma bukak pintu ni,aku tahu kau ada kat dalam, kami kena masuk,kita kena bincang" tempik Di Pomen sambil di belakangnya Mat Arip dan Laily memerhatikannya.
Laily mula membuat muka bosan "Baby,kalau dia taknak bukak,kita blah jerla,orang nak say Sorry pun susah" kata Laily ada Mat Arip.
Sementara itu Emma di dalam rumah mula resah gelisah,di hatinya bercelaru,sama ada ingin membuka pintu atau tidak, jika tak dibuka risau pulak akan mengeruhkan hubungan persahabatan Norman dan Lan dengan kawan2 nya.tapi kalau mereka datang untuk ambil kesempatan lagi macam mana???
Hati Emma mula berkira2, tombol pintu dipegang, hampir menggigil tangannya, sesumgguhnya kejadian malam semalam cukup menambah trauma buat dirinya.
Emma nekad, dia membulatkan hatinya, apa jadi, jadilah, dorang datang nak berbincang, biarlah secara bersemuka.
"Ktakkk"
Pintu dibuka, Din yang baru hendak beredar segera berpaling menghadap ke arah pintu , begitu juga Mat Arip dan Laily.
Cuba memberikan senyuman, walau kelihatannya penuh terpaksa.Emma memandang ke wajah Din.
"Lan dengan Norman takde, dorang gi kerja.." kata Emma.
"Babe... kitorang bukan nak jumpa Lan atau Man, kitorang nak jumpa u" balas Laily sengaja menggedikkan dirinya, sakit betul hati Emma melihatnya, ingin saja disumpah seranah perempuan itu, namun hasratnya disimpan saja di dalam hati.
"Nak apa, korang nak jumpa aku.." soal Emma acuh tak acuh.
"Pasal semalam, aku nak mintak maaf" kata Din , kelihatan kesungguhan di wajahnya.
"Aku mabuk semalam" tambahnya lagi.
"Aku bukan sengaja nak cabul kau" kata Din walau macam seakan tersekat suaranya.
"Owh, pasal tu, itu je, ok aku maafkan" balas Emma.
"Kalau takde apa2, aku nak masuk dalam balik" jawab Emma dan terus cuba menutup pintu.
"PRAKK"
Pintu yang hampir ditutup oleh Emma segera dihadang oleh Din dengan tangannya, kini mata mereka, Emma dan Din bertentang.habis berdebar jantung Emma.
"Aku dah maafkan , apa lagi" kata Emma tergagap2.
"Aku tak rasa kau ikhlas, maafkan aku, aku belanja kau makan,kita bersembang sebagai kawan kat kedai minum k, dengan cara macam tu mungkin kita boleh settle hal kita ni betul2" jawab Din.
"Norman tak kasi aku keluar, ikut sape2" kata Emma cuba mengelak.
"Aku kol Norman sekarang bagitahu dia, aku nak keluar sekejap dengan kau, please" kata Din memujuk.
"Tolong jangan paksa aku" balas Emma merayu.
"Sudahlah Din, dia taknak jom kita blah" kata Mat Arip menyindir.
"Tak payah nak pujuk, betina ni bukan ada pepek emas pun" selamba je Laily menambah pula.
Din segera berpaling memandang ke arah dua orang kawannya, mempamirkan rasa tak puas hatinya.
"Macam ni ke cara korang nak mintak maaf, kita dah setuju, nak mintak maaf dengan dia baik2, CARA KORANG NI MENAMBAHKAN LAGI KERUH ADALAH..." tengking Din pada dua orang kapel dihadapannya.
"ABIS TU LU BUTA KE... LU PEKAK.. DIA KATA TAKNAK.. DAH KATA TAKNAK TU TAKNAK LA, DIA TAK HADAP GUA LAGI SIKIT PUN TAK HERAN LAH.." balas Mat Arip menambahkan baran Din pomen yang sedia maklum panas baran.
Din pomen segera melepaskan tangannya yang menahan pintu dan melangkah menuju ke Mat Arip, begitu juga Mat Arip yang juga panas baran juga telah turun dari motor, bersedia untuk segala kemungkinan.
"Guys, please jangan bergaduh" Laily cuba menasihatkan Din dan Boyfren nya.Dia mula berganjak sikit menjauhkan diri tak mahu terlibat
Emma yang melihat tingkah laku mereka segera berlari dan terus memegang bahu Din, menghentikan langkah Din ke arah Mat Arip.
"Aku ikut kau" kata Emma ketika Din berpaling memandangnya.
"Ok, tapi biar aku settle dengan dia dulu" kata Din pada Emma.
"Bak datang, gua tunggu" kata Mat Arip mencabar.
"EH... KAU....!!!" tengking Din Pomen yang mula naik hantu semula.
"SUDAH....!!" tengking Emma.
"Mat, Laily, apa pun yang korang cakap kat aku , aku maafkan, sekarang korang balik, aku cuba tenangkan Din" kata Emma.
"Really Dear..?" Balas Laily.
"Ya" pendek saja jawapan Emma.
"Kalau dari awal camtu kan senang, baby, jom Blah" kata Mat Arip dan terus memanjat semula ke atas motornya diikuti Laily.enjin dihidupkan dan mereka pun berlalu pergi dari laman rumah sewa Norman dan Lan Jawa.
Din pula memandang Mat Arip dan Laily berlalu pergi, dadanya turun naik menahan geram.
"Pap.."
Tepukan di bahunya mengejutkan Din.
Dia memandang Emma, begitu juga Emma yang memandangnya dengan senyuman yang lebih ikhlas, tak seperti sebelum ini, penuh paksaan.
"Kau dah ok ke.. marah lagi ke..?" Soal Emma.
"Hurrmm..." sebuah keluhan kecil dilepaskan oleh Din sebelum dia kembali tersenyum.
"Rasanya dah ok sikit" balas Din.
"Erm, aku masuk tukar baju jap, pastu kita gerak sama k, kau nak bawak aku minum kat mana..?" Soal Emma.
"Erm, bukit Ampang.." jawab Din ringkas.
"Kali ni aku boleh percayakan kau ke..?" Soal Emma.
"Aku berani bersumpah tak akan buat apa2 kat kau" balas Din cuba mengambil semula keyakinan Emma padanya.
Emma memandang Din , kemudian mula memberikan senyuman nakalnya pada Din.
"Aduh, kenapa mesti buat muka macam tu" kata Din di dalam hati berdebar2.
"Okey, aku percayakan kau.."jawab Emma.
************
TEASER EPISOD BARU
"Bukkk"
Sebuah tumbukan dilepaskan oleh Lan Jawa kepada Din sahabatnya sendiri dari kecil, dia tak sangka sebegini teruk perangai orang yang selama ini disangkanya kawan.
Din yang berdarah hidungnya ditumbuk Lan, cuba bangun dalam keadaan berpinar2 dia cuba menjelaskan kepada Lan, namun sebuah lagi penumbuk diberi oleh Lan.
Emma cuba membantu , namun dia ditepis oleh Lan sehingga terjatuh.
"KAU JANGAN CAMPUR, DASAR PEREMPUAN PELACUR...!!"
Tengking Lan Jawa.
***********
Sebenarnya Din buat apa ni sampai Lan yang kelakar orangnya boleh marah sangat, dan apa sebenarnya maksud Lan pada Emma panggil dia pelacur.
Aku nak cerita lebih2 nanti tak syok lak, tunggu la sambungan dia k.. hu hu hu.. rajin aku malam ni.. now time to sleep..
#*BERSAMBUNG*#
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top