4

Emma memandang ke arah gambar konvoi yang digantung oleh Lan jawa di ruang tamu, kelihatan gambar Norman bersama kawan2 nya ,ada juga dia bertanya pada Lan Jawa sebelum mereka berdua keluar ke pasar tadi , gambar tu diambil kat mana , maka dengan selambanya Lan Jawa menjawab "alahh, tu konvoi dengan budak-budak apache sereng waktu kitorang muda-muda dulu" , jawapan itu membuatkan Emma hampir-hampir tergelak ,kelakar pun ada , bersungguh-sungguh dorang nak rasa dia masak , apa lah agaknya nasib dia lepas ni , dia goring telur pun jahanam ,inikan pulak nak masak siput sedut lah , apa lah ,
"mungkin di sini aku dapat berlindung sementara waktu " bisik hati Emma.

Emma mula memikirkan tentang keluarganya , keluarga yang sangat bahagia ,namun selepas Arwah ibunya meninggal semuanya berubah , namun sebelum ingatannya kembali kepada kenangan pahitnya dia segera melupakannya.

Apa guna mengingati kisah yang dah lama berlalu , lagipun semuanya bakal berubah , dia akan mulakan hidup baru ,lagipun dia dah dapat kawan baru ,bukan kah itu bagus.

Tiba-tiba telefon nya berbunyi , Emma segera melihat ke arah skrin nya , nombor telefon tak dikenali keluar di panggilan itu. Hatinya berbelah bagi sama ada ingin menjawab panggilan atau tidak , lantas Emma mengambil keputusan drastik dengan mematikan terus suis handphone nya .

Sekali lagi , dia termenung , air matanya mengalir sekali membasahi pipinya , dia telah beritahu apa yang terjadi pada dirinya kepada Lan Jawa namun tidak kepada Norman , harap-harap Lan Jawa menepati janji dengan tidak menceritakan kepada sesiapa pun apa yang berlaku pada dirinya.

Lamunannya makin jauh , namun dia dikejutkan dengan bunyi motor yang sampai di hadapan rumah , Emma segera mengesat airmatanya dan terus bergegas keluar kerana pada anggapannya Norman dan Lan dah balik, namun langkahnya mati di pintu rumah.

"Perghhhh , Cikarooo la " tempik Din yang melihat Emma di pintu.

Emma melihat 3 orang lelaki dan seorang perempuan di hadapan laman rumah , dia mengenali dua dari lelaki itu , kerana ada ternampak di dalam gambar konvoi yang digantung di ruang tamu rumah Norman.

Seorang dari lelaki it uterus membuka pagar rumah dan terus masuk lalu pergi ke arah Emma.

Mata Emma dan dia bertentang .

"Errr , carik sape ?" Tanya Emma.

"Norman ada ?" Tanya lelaki itu.

"Dia keluar dengan Lan" jawab Emma

"Pergi mana" soal lelaki itu lagi.

"Beli barang dapur" balas Emma.

"What....?" Kata lelaki itu , dan dua lagi lelaki dan perempuan di atas motor itu mula tergelak.

"kenapa?" Tanya Emma yang mula blur.

"Serius lah , beli barang dapur , kau ni sape?" Tanya lelaki itu lagi.

"saya kawan dorang " jawab Emma

"kawan ke BOHSIA..." Tanya lelaki di luar pagar , tersentak Emma dengan soalan lelaki itu.

"Hoi , Mat , kau sedap mulut je kata aku bohsia kan, kau nak aku pijak mulut kau ke?' tengking Emma dan dia mula keluar ke rumah namun ditahan oleh lelaki di depan pintu.

"Hoi , Mat Arip , kau jagalah mulut kau sikit, entah-entah dia ni sepupu lan ke norman ke , awak , maafkan kawan saya" kata lelaki itu , segera menurun kemarahan Emma dengan budi bahasa lelaki itu.

"Saya Din,kawan Norman " kata lelaki itu sambil menghulur salam kepada Emma.

"Emma" jawab Emma sambil menyambut salam dari Din.

Pandangan mereka bertaut
Din menghadiahkan senyuman kepada Emma ,

"maafkan saya , sebab kurang ajar tadi, saya Mat, budak-budak ni panggil Mat Arip je, dan awek ni pulak...."

"Laily , awek si Mat" balas Laily dan terus memeluk Emma .

"Awek Norman ke?" selamba je Laily bertanya.

Emma mula menggeleng dan buat muka blur.

"Ishh, you ni , bukan lah , kan dia kata dia kawan Norman " balas Mat Arip.

"Ehh, ok apa kalau dia awek Man , xdela I bosan je kalau keluar dengan korang , balik-balik I sorang je gegurl" balas Laily sambil memandang ke Emma.

"err..." balas Emma

"kitorang nak masuk dulu boleh tak , by the way aku Epol  " kata Epol memperkenalkan dirinya.

"ehh , masuklah , korang semua pun jemputlah masuk ,aku buat air jap " kata Emma.

Emma segera menuju ke dapur dan mencari seandainya ada teh atau milo untuk dibancuh namun hampa , rumah bujang ,mana ada apa.
Emma membuka peti ais dan sekali-sekali dia melihat kawan-kawan Norman sedang rancak bersembang di sofa.

Tiba-tiba Laily datang kepadanya.

"jumpa tak bahan nak buat air" Tanya Laily.

"Err, xde" balas Emma.

"aku tahu dorang letak kat mana" balas Laily dan terus menyeluk ke atas rak dapur , lantas mengeluarkan sebungkus teh uncang.

"What , apahal letak situ"  Tanya Emma sambil tergelak .

"Norman dengan Lan ni kedekut dorang taknak budak2 datang lepak habiskan stok barang dapur dorang, tu yang dorang suka sorokkan " jawab Laily sambil ketawa.

"tapi kau tahu pulak erk" Tanya Emma.

"sebab aku kan sorang je perempuan dalam geng dorang ni, tu yg aku tahu sebab dorang dah beritahu aku"

"kira kau special lah ni" balas Emma.

"Tak..dorang panggil aku Bibik" balas Laily sambil memuncungkan mukanya.

Emma mula tergelak besar .

"kenapa gelak?" soal Laily.

"kelakar sebab aku pun dorang paggil bibik gak" jawab emma.

"Lah,ye ke, sial je dorangni" balas Laily.

Air pun dihidang dan ketika Emma baru hendak bangun dan menuju ke dapur semula , Laman rumah dikejutkan dengan bunyi motor yang baru sampai.

"tu Norman dengan Lan dah balik"
kata Mat arip sambil meninjau ke laman rumah.

"woiii, Epolllll" jerit Lan.

"Bila kau balik dari jepun " soal Norman.

"Baru je ni haaa" jawab Epol.

"Emma , kau pergi siang siput ni jap, wei korang stay jap,kita makan siput sedut hari ni,boleh bual panjang" kata Norman.

Emma mengambil barang-barang dapur yang baru dibeli oleh Norman dan ketika dia ingin menuju ke dapur.

"Emma , Laily nak tolong boleh tak?" Tanya si Laily.

"Lagi bagus" bisik hati Emma , dan dia mengangguk pada Laily.

Emma baru menuang siput ke dalam bekas .

Namun tiba-tiba Mat Arip masuk ke dapur dan memeluk pinggang Laily dan mencium pipi Laily di hadapan Emma.

"Bie , janganlah , orang tengah tolong Emma masak ni kan?" marah Laily sambil menggedik.

Emma pula mula merah mukanya melihatkan perlakuan Mat Arip dan Laily.

"Emma , tak payah masak, kita semua makan kat luar" kata Mat Arip.

"Ehh..ye ke " Tanya Emma.

"Ye ke bie" Tanya Laily pula.

"Iya Sayang" balas Mat Arip.

"abis yang ni semua" soal Emma sambil menunujukkan barang dapur dan siput sedut di singki.

"Tinggal je" balas Mat Arip dan melepaskan pelukannya pada Laily .

"Bie , tunggu baby kat luar " bisik Mat Arip kepada Laily sambil mencium rambut Laily dan Laily hanya ketawa gatal.

Emma memerhatikan Laily dan sekadar tersenyum sinis sahaja.

"Sorry lah, buat macam tu depan Emma ,si Mat memang macam tu, asyik nak manja2 je dengan kita , bukan dia kira depan orang ke" kata Laily.

"Its OK" balas Emma

"Jum,kita keluar" ajak laily.

"Jap,saya nak tukar baju jap" kata emma.

Semua orang dah menunggu di laman dan Emma masih sedang bersiap ,ketika Emma keluar semua orang memandangnya.

"lama betul kau siap" soal Norman.

"kau mekap ke kau buat mekap" tambahnya lagi.

"aku tak mekap pun" balas Emma.

"menjawab...!" Marah Norman dan Emma memandangnya sambil membuat muka jelek dibalas dengan kerlingan mata oleh Norman.

"dah tak payah cakap banyak , naik" arah Norman supaya Emma membocengnya

"Emma sayang , tak nak naik dengan abang lan ke" kata Lan pada Emma sambil membuat muka gedik.

Emma memandang ke muka Norman dan senyum sinis pada Norman lantas terus pergi membonceng Lan Jawa.

"Kau tengok Norman ,dia sayang aku lebih sikit" jerit Lan Jawa pada Norman.Norman pula mula membuat muka Jelek kepada lan Jawa.

"Peluk abang , Emma Sayang" kata lan Jawa.

Emma yang cuba menyakitkan hati Norman yang menyakitkan hatinya dengan sindiran mekap lama pula terus memeluk Lan Jawa sambil membuat muka berlagak kepada Norman.

"kau ingat aku heran" kata Norman dan terus menendang starter motor nya dan berlalu pergi.

Laily dan Mat Arip hanya ketawa melihatkan tingkah laku Norman,Lan dan Emma

Ketika mereka keluar mereka terlupa sesuatu , Siput yang diletak ke dalam bekas oleh Emma masih tidak ditutup dan dibiarkan bekasnya terbuka.......

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top