10
Emma Isabella , pekerti secantik namanya namun dimusnahkan cita-citanya dan harapannya oleh nafsu manusia yang tak pernah puas atas segalanya.
Neon-neon lampu di sekitar jalanraya di sekitar jalan Ampang tak pernah sunyi dan lengang dari hiruk pikuk kenderaan dan manusia, masing-masing dengan tujuan sendiri, begitu juga Emma kini, langkah kakinya terus dihayun malas, tak tahu hala tuju , nak pergi ke mana pun dia tak pasti.
Emma menyeluk sakunya , melihat sisa-sisa syiling yang masih tertinggal.
RM1.80 .
Emma mengeluh kecil, pandangannya tertancap pada 7 Eleven di hadapannya, patut ada sesuatu yang boleh dibeli.sekurangnya menghilangkan dahaganya.
"Hurmmm" keluh kecil dari Emma.Segera dia memasukkan kembali duit syilingnya ke dalam poketnya sebelum berpusing dan berlalu pergi. Sekilas dia memandang sekali lagi ke arah kedai 7E di belakangnya. Sebelum melangkah pergi meninggalkannya, dengan duit yang tinggal sebanyak itu lebih baik dijimatkan untuk sesuatu yang lebih penting nanti, itulah yang menjelma di benak fikirannya.
******************
Emma memandang jauh ke arah hamparan tasik di hadapannya, indah dan sunyi di waktu malam.
Di sinilah kali pertama dia berjumpa dengan Norman semenjak seminggu yang lepas. Selepas tu macam-macam konflik terjadi sesama Norman dan sahabatnya. Sebaiknya Emma tak perlu menyusahkan Norman dari awal lagi.
"Aku yang bodoh" bisik Emma perlahan seakan dengar atau tidak.
"Memang pun..!"
Tersentak Emma mendengar suara seseorang menyahut kata-katanya sebentar tadi, hampir terbeliak matanya melihat di sebelahnya si Norman yang entah bila sampai tahu-tahu kini ada di sebelahnya.
"Errr...."
"Takde Err..Err nye lah" balas Norman.
"Ni kau buat apa kat tasik ni lagi.." soal Norman.
Emma terkebil-kebil tidak menjawab masih terkejut dengan kehadiran Norman di situ.
"Nak bunuh diri lagi?.. tak cukup-cukup satu handphone aku jahanam nak selamatkan kau hari tu kau nak suruh aku jahanamkan apa pulak kali ni" Soal Norman serkap jarang.
Panas betul hati Emma bila disoal dan disindir sebegitu, sudahlah baru sahaja dipanggil pelacur oleh Lan Jawa, kini si Norman pulak datang menyakitkan hatinya di sini.
"Apa kata kau tak payah jahanamkan apa-apa kali ni, berambus pergi jahanam dari sini lagi bagus" balas Emma.
"Lepas aku berambus kau nak buat apa, terjun..?" Soal Norman.
"None of your business" balas Emma.
"Amboi speaking london yer kau dengan aku sekarang" sahut Norman sedikit memerli.
"HEI... NORMAN.. APA BAHASA MELAYU YANG KAU TAK FAHAM BILA AKU SURUH KAU BERAMBUS...!!"tengking Emma yang mula marah dan terus berdiri memandang Norman yang masih berpeluk tubuh di depannya.
"Apahal ...?.. dah bisu ke..?" Soal Emma.
"Kalau takde apa-apa nak cakap, pergi dari sini" arah Emma lalu terus duduk semula membelakangkan Norman dan memandang semula ke arah tasik.
"Kau akan bunuh diri lepas aku pergi tak?" Soal Norman.
Emma mula melaga-lagakan giginya sehingga bunyinya dapat didengari dengan jelas oleh Norman.
"Kau jawab ya atau tak je, dan aku akan pergi"
"Ya, Norman, lepas kau pergi dari sini aku akan terjun, PUAS..! " jawab Emma sambil sengaja menguatkan kata-kata puas.
"Emma, tebing tasik dekat side kau duduk sekarang ni lebih dalam dari tebing tasik dekat belah kau terjun sebelum ni" kata Norman membalas jawapan Emma.
"So..?" Soal Emma.
Norman hanya tersenyum dengan soalan kerek dari Emma.
"Boleh tak, aku tanya sesuatu dengan kau sebelum aku pergi?" Soal Norman.
"Tanyalah" balas Emma.
"Kenapa tinggalkan kitorang?" Soal Norman.
"Apa yang salah dengan cara kitorang terhadap kau?" Tambahnya lagi.
"Takde apa yang salah, cuma status silam aku sebagai pe..."
"Jangan kau sebut benda tu, sedangkan aku pun tak pernah sebut benda tu pada kau" balas Norman memotong kata-kata Emma.
"Tapi hakikatnya memang betul" balas Emma.
"Emma, berdiri Emma, berdiri pandang aku" arah Norman.
"Aku..." balas Emma sedikit teragak-agak.
"Berdiri Emma" kata Norman lagi seakan memujuk.
"Urm.." keluh Emma malas dan secara lambat-lambat bangun berdiri.
Norman memegang kedua-dua tangan Emma dan menariknya rapat ke arah muka Norman.Tersipu-sipu malu Emma dengan kelakuan romantik si Norman.
Emma terus melarikan wajahnya dari memandang wajah Norman, terasa tebal mukanya dengan perlakuan sebegini dari kawan yang baru dikenalinya ini.
"Kita balik k" kata Norman sambil ketawa kecil.
Emma pula membalas dengan menggeleng lemah.
"Aku tak dapat membantu apa-apa pun kat rumah tu, aku akan menyusahkan korang" balas Emma.
"Tak jugak, kau dah dapat kerja tahu tak?.. aku dah info dengan bos tempat kerja aku, dorang setuju ambik kau jadi kerani kat sana" balas Norman membuatkan Emma memandangnya penuh minat.
"Yap" balas Norman.
"Jum, kita balik" tambah Norman sebelum cuba menarik tangan Emma.
Namun Emma membatukan dirinya. Tidak mahu mengikut Norman.
"Emma" kata Norman lembut.
"Tidak..tinggalkan aku Norman, aku akan duduk sini kat tasik ni, kau boleh balik" balas Emma.
"Lepastu, kau nak duduk sini sampai bila?" Soal Norman.
"TU BUKAN URUSAN KAU, SEKARANG KAU BALIK, TINGGALKAN AKU KAT SINI..!" tengking Emma.
Norman mula mengelatkan wajahnya, matanya memandang tepat ke wajah Emma dan Emma pun melepaskan tangan Norman yang memegang tangannya sebelum pergi semula ke arah tempat duduknya sebentar tadi.
"Maafkan aku" kata Norman membuatkan Emma segera memandangnya namun secara tiba-tiba Norman telah memeluk Emma dan terus menghumbankan dirinya dengan Emma yang dipeluknya ke arah tasik.
Terkial-kial Emma yang tak reti berenang itu mencari nafasnya ketika segera ditarik semula ke tebing tasik.
Sesampainya di tebing Emma yang masih tercungap-cungap memandang wajah Norman yang cuba masih cuba mengambil nafas.
Merah matanya menahan geram, dia dahlah kelaparan, kehausan, kini habis basah kuyup, dan paling penting hampir-hampir mati.
"Kau bodoh erk?" Soal Emma pada Norman yang juga kuyup sepertinya.
"Bolehlah tahan jugak tinggi tahap bodoh aku" balas Norman selamba.
"Kenapa kau buat camtu?" Soal Emma meminta penjelasan.
"Alang-alang kau nak bunuh diri, aku bagi kau rasa feel sejuk air tasik tengah pagi buta ni" balas Norman selamba.
"Hotak kau!" Tengking Emma sedikit bengang dengan alasan Norman.
"Kau kalau taknak ikut aku balik, aku boleh ulang buat benda cam tadi tu lagi tau" balas Norman mengugut sambil tersenyum.
"Macam tu pulak?"
"Yer macam tu, jom lah Emma, aku dah letih dah ni nak pujuk kau, aku ni girlfriend pun takde lagi tau, bagila girlfriend aku rasa sweet aku, please" balas Norman.
Emma mula tergelak terbahak-bahak.
"Eh , gelak pulak, jomlah balik"
"Yer,yer...jom kita balik norman" kata Emma dan terus mengambil begnya dan menarik tangan norman.
"Kau datang jalan kaki lagi ke macam hari tu" soal Emma.
"Naik tu?" Balas Norman sambil menunjukkan motor RXZ nya yang diparkir di parking taman.
Norman terus menaiki motor dalam gigil kesejukan kerana kuyup pun dia masih sempat memakaikan helmet kepada Emma.
Baru saja starter motornya ditendang dan enjin hidup Emma menanyakan sesuatu padanya.
"Norman, kalau kau ada duit, urm, boleh tak belanja aku makan dulu, urm, aku lapar la" kata Emma cuba meminta pada norman.
Norman senyum kecil sebelum membalas.
"Boleh,order nasi goreng USA dengan Chi Kong" balas Norman pada Emma,
"Aku nak makan nasi padprik la" balas Emma.
"Suka hati kau lah Emma, janji kau dah balik" jawab norman di dalam hati sebelum terus bergerak pergi meninggalkan kawasan tasik Ampang hilir.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top