BAB 7
Kai termenung jauh. Peristiwa petang semalam masih berbekas di hatinya. Sungguh dia lelah dengan apa yang berlaku.
Kai mengeluh keras. Patut ke dia pendekkan cutinya dan pulang saja ke bandar?
"Sarah?"
Kai lantas berpaling memandang mamanya yang sudah masuk dan duduk di sisinya.
"Sarah masih fikirkan hal petang semalam?" Soal Cik Ajah sambil menyebak rambut panjang milik Kai.
"Apa lagi akan jadi lepas ni, ma? Kan bagus kalau Sarah tak pernah ada hubungan dengan Radhi dulu," separuh mengeluh Kai bersuara.
"Jadikan kisah lama tu sebagai satu pengajaran, sayang! Ada hikmah di sebalik semua ini. Sarah tahu, kan?"
Kai angguk kepala, "Tahu, ma..."
"Sudahlah tu melayan perasaan. Sarah tak lapar? Mama lapar ni, tekak rasa macam nak makan char koay teow," Cik Ajah dah siku-siku lengan Kai, memberi hint pada anaknya.
Kai ketawa dengan gaya Cik Ajah, "Iyalahhh... kejap lagi Sarah pergi beli dekat gerai Mail tu."
Cik Ajah senyum sebelum dia peluk bahu Kai, "Sarah jangan peduli apa orang cakap, ya? Mama ada dengan Sarah."
"Terima kasih, mama..."
Kai pandang gerai Mail yang dipenuhi manusia itu. Ramai sungguh orang malam itu. Niat hatinya nak bungkus saja tapi melihat orang ramai buat dia rasa nak patah balik saja. Tapi kesian pula dengan mama, mama teringin nak makan char koay teow...
"Sayang tengok apa?"
Terkejut! Kai laju berpaling ke belakang. Matanya membulat, terkejut. Wajahnya dan wajah lelaki itu hanya terpisah beberapa inci saja.
Mail yang sama terkedu bila Kai mengalihkan wajahnya tiba-tiba, terus berdiri tegak, "Ehem! Sorry, tak sengaja buat awak terkejut!"
Dia baru balik dari surau bila dia nampak Kai berdiri tegak memandang gerainya. Kalau dia tak kenal Cikgu Nur Kaisarah, mesti dia ingat ada orang nak mandremkan gerai dia.
Kai pula pantas mengalihkan pandangannya ke arah lain. Jantung dia pun dah laju lain macam, "Saya balik dulu!"
"Eh!" Mail pantas menahan langkah Kai, "Awak bukan datang nak beli makanan?"
"Er..." Kai dah garu kepala yang dibaluti tudung, "Er..."
"Kita boleh terus er... er... sampai esok, Kaisarah," nada Mail macam mengusik tapi muka Mail serius.
Kai diam. Baru hari ni dia perasan, Mail ni tinggi juga ya?
"Awak datang nak beli makanan kan, Kaisarah?"
Kai angguk kepala, tanpa sedar.
"Jomlah pergi gerai. Kenapa nak balik pulak?" Mail buat gaya selamba. Dia tahu Kai malu. Dia pun malu tapi dia kan lelaki, kena tunjuk macho!
"Awak jalan dulu! Shuh! Shuh!" Arah Kai, siap dengan halau ayam lagi.
Mail hampir nak tergelak tengok gaya Kai menghalau. Dia ukir senyum senget, "Abang pergi dulu, sayang..."
Kai terkaku dan pipinya mula terasa hangat. Eh, mamat ni...
Kai membelek laman Facebook miliknya. Bibirnya mengukir senyum nipis melihat status-status yang dimuatnaik kenalannya.
"Sayang..."
Nama panggilan yang dipanggil oleh Mai itu buat Kai laju memanggung kepala. Matanya memandang sekeliling, takut ada orang dengar Mail panggilnya macam tu! "Kai, panggil saya Kai saja. Saya tak pernah tukar nama jadi sayang."
"Yelah, Cikgu Nur!" Mail jungkit kening sikit sebelum dia menghulurkan pesanan yang dipesan Kai tadi, "Char koay teow dengan burger yang Cikgu Nur pesan tadi."
Kai buat muka, "Saya bukan cikgu awak lagi, Mail!"
"Okey. Kalau macam tu saya panggil Nur boleh?"
"Tak boleh!" Laju Kai menghalang. Nur itu... nama panggilan orang itu pada dia. Dia tak mahu dengar lagi.
Mail geleng kepala sikit. Panggil itu tak boleh-ini tak boleh, ada yang aku panggil baby karang! "Nur Kaisarah. Panggil nama penuh boleh?"
"Mail, panggil saya Kai saja! Okey?" Kai berdiri, "Berapa semua ni?"
"Baju merah dengan polka dot hitam, seluar tidur warna hijau... sebiji macam buah tembikai. Sebab tu ke awak nak saya panggil awak Kai?" Mail pandang Kai sekilas. Tadi dekat jalan sana, gelap! Ni dengan lampu gerai, baru dia nampak pakaian Kai yang warna-warni malam ni! "Tapi saya tak suka panggil orang dengan nama pendek. Saya panggil awak dengan nama penuhlah, ya? Tembikai..."
Berubah wajah Kai sebelum dia tunduk memandang dirinya. Allah! Memang sebiji macam buah tembikai! Patutlah tadi mama tanya, tak nak tukar baju ke! Ya Allah! "Saya balik dulu!"
Mail tergelak sikit melihat gelagat Kai yang kelam kabut itu. Perlahan tangannya naik pegang dada.
"Abang Mail..."
Mendengar namanya dipanggil, Mail segera berpaling ke kanan. Berubah terus wajahnya melihat si gadis yang berselendang biru air.
"A... Aini..."
Jeng jeng jeng...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top