BAB 6
"Nur Kaisarah! Kau turun sekarang!"
Kai yang baru selesai solat Asar, mengucap panjang apabila terdengar suara yang memekik terlolong memanggilnya.
"Sarah...!"
Kai panggung kepala melihat Acik Ajah yang sudah menjengul kepala dari pintu, "Ya, mama? Siapa yang datang tu?"
"Aiza..." Beritahu Acik Ajah, "Mama tak berani buka pintu. Macam samseng kampung aje dia panggil nama Sarah."
Kai senyum sikit sebelum berdiri, "Tak apa. Biar Sarah bercakap dengan dia."
Kai terus menuju ke pintu rumahnya sebelum pintu itu dibuka. Keningnya terjungkit sikit melihat wanita yang sedang dipegang Kak Bihah dan Kak Syidah, "Hah, apa masalah kau datang rumah orang terjerit terlolong macam kena sampuk?"
"Sampai hati kau Sarah, balik kampung ni... sengaja nak goda-goda laki aku!" Separuh menjerit, Aiza bersuara! "Eh, kau tak ada jantan lain ke nak mengorat selain laki aku?"
Kai yang mendengar geleng kepala. Tak sempat dia bersuara, Kak Bihah bersuara ala-ala memujuk Aiza, "Sabarlah Aiza, memang anak dara tak laku macam dia cuma tahu menggoda laki orang. Miang!"
"Hoi, perempuan mulut longkang! Kau siapa nak masuk campur urusan aku dengan Aiza? Pahala kat bahu tu dah cukup sangat sampai nak tabur fitnah pasal aku?" Jerkah Kai, geram! Kau ingat ni aku ni Kaisarah yang tak reti melawan ke? "Wei, Aiza! Aku tengok muka laki kau pun tak lalu, inikan pulak nak goda dia! Sebelum kau memekik terlolong macam pontianak, balik rumah kau marah dulu laki kau yang kerjanya nak menggatal saja! Ke kau insecure, iyelah... dulu kau kan rampas tunang aku. Takut kifarah datang balik ke tu...?"
Aiza yang mendengar provokasi Kai hampir meluru ke depan namun sempat ditahan oleh Kak Bihah, "Kurang ajar! Macam ni kau layan kawan kau?"
"Siapa kawan dengan kau? Sebelum kau nak tuduh aku ni perampas, kau ambik cermin kau tilik muka kau. Tu baru muka perampas!" Ujar Kai, bersahaja! "Aku tak kutip semula sampah yang aku buang, Aiza."
Aiza yang ditempelak Kai sudah menangis teresak-esak, "Aku tahu... kau nak balas dendam, sebab tu kau goda Radhi... tolong Sarah, aku merayu... jangan rampas Radhi dari aku."
"Aku tak tahulah mulut puaka mana yang tabur cerita dekat kau tapi aku tak hingin laki kau!" Sindir Kai sambil matanya tajam memandang Kak Bihah, "Aku ulang sekali lagi, aku tak suka laki kau! Aku dah meluat! Aku balik kampung ni sebab mak aku! That's it! Tolonglah Aiza, ni bukan zaman sekolah nak bergaduh pasal lelaki. Tambah nak gaduh pasal lelaki tak guna macam laki kau!"
Aiza terdiam.
"Baliklah! Bawak-bawaklah pergi solat. Dari mengamuk macam orang tak ada iman, baiklah balik pergi sembahyang. Kau jangan lupa ajak tukang bawa cerita tu solat sekali. Solat taubat, kerja nak menabur cerita macam dia tu terpaling mulia," nasihat Kai sebelum dia kembali menutup pintu.
Perlahan-lahan tubuh Kai melurut jatuh saat dia bersandar belakang pada pintu rumah.
"Sarah?" Acik Ajah meluru mendekati Kai.
"Sarah penatlah, mama..." Ujar Kai sebelum dia menekup muka, "Penat sangat..."
Tak tunggu lama, tubuh anak daranya itu dipeluk sebelum ditepuk-tepuk. Kesiannya anak aku, ya Allah...
Mail hela nafas. Cerita-cerita tak enak yang didengar sewaktu di surau tadi buat dia sangat risau pada wanita yang pernah menjadi gurunya itu.
"Termenung... ku sendiri..."
Terdengarkan suara sumbang yang menyanyi buat Mail geleng kepala sebelum dia jungkit kening pada dua orang kawannya yang sedang tersengih-sengih memandangnya.
"Jauh menung Bang Mail, tetkenang bunga yang baru pulang ke desa, ya?" Usik Safwan dengan suara ala pelakon zaman 70an.
"Korang bila balik?" Tanpa mempedulikan usikan Safwan, Mail bertanya apabila kedua orang lelaki itu duduk di depannya.
"Petang tadi aku sampai," jawab Hairi sebelum dia sengih, "Kau termenungkan apa?"
"Tak ada apa," jawab Mail, separuh mengeluh.
"Dengar kata Cikgu Nur kau dah balik kampung. Betul ke?" Safwan jungkit-jungkit kening.
"Cikgu Nur aku apanya... Cikgu Nur sudah," balas Mail, masih malas nak melayan usikan Safwan.
"Dengar kata dia bergaduh dengan Kak Aiza, pasal dia goda laki Kak Aiza tu..." ujar Hairi pada Mail yang masih tenang.
"Korang nak air apa ni?" Tanya Mail yang sudah mahu berdiri.
"Duduk dulu. Kami dah order tadi," balas Safwan sebelum menekan bahu Mail supaya kembali duduk.
"Kau kalau topik pasal Cikgu Nur je, mesti nak lari..." Getus Hairi.
"Mana ada aku lari. Tak nampak aku tengah duduk?"
Serentak Hairi dan Safwan buat gaya tangan ke bahu, mata ke atas.
Mail ketawa. Macam-macam...
"Wei, Mail..." Panggil Safwan sebelum dia bersuara semula. Bibirnya dah tersengih nakal, "Kau tak nak try Cikgu Nur kau tu? Alang dia single, kau single. Bolehlah buat album sama-sama."
Hairi yang duduk berdepan Mail sama tarik sengih, "Dia kan dulu crush kau. Tak padan dengan budak jahat, crush dengan cikgu."
"Cakap orang, kau pun sama. Perangai macam syaitan, ada hati nak dengan Dina. Nasib baik Dina terima jugak kau!" Ejek Safwan.
Mail senyum saja lalu dia menggeleng. Mana padan aku dengan Kaisarah. Dia jurutera, aku kerja bengkel saja. Tak sekufu... getus hati Mail.
Tak tunggu lama, dia tinggalkan Safwan dan Hairi yang masih bergaduh mulut. Dari melayan dua orang tu, baik dia tolong adiknya yang tak menang tangan dari tadi.
Bersambung...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top