BAB 3

[Flashback]

Kai pandang langit yang mendung sejak tadi. Nafasnya dihela. Dia lupa bawa payung hari ni! Ikutkan, setiap hari dia bawa payung. Hari ni saja dia terlupa!

"Redah ajelah, cikgu! Renung langit bukan boleh buat cikgu sampai rumah pun!"

Kai berpaling ke kanan! Senyuman yang terukir di bibir Mail itu buat dia julingkan mata! Eh, dia ni!

"Jangan pandang saya lama-lama. Saya tak ada duit nak masuk meminang cikgu," ujar Mail sebelum dia pandang Kai, "Cikgu nak balik dengan saya ke? Nak saya hantarkan?"

"Saya tak gila lagi nak membonceng anak teruna orang," rengus Kai sebelum berjalan meninggalkan kawasan sekolah.

Dia kalau dengan Mail dan kawan-kawan, memang dia rasa tak senang hati. Mungkin sebab mereka itu pelajar nakal yang gemar mengusiknya?

"Cikgu Nur Kaisarah!"

Langkah Kai terhenti. Dia berpaling ke belakang.

Mail dengan wajah selamba membaling sesuatu kepada Kai!

Kai pula laju menyambut. Apa benda...?

"Pakailah baju hujan tu! Saya tak pakai! Balik dulu!" Mail angkat tangan dan terus berlalu tinggalkan Kai yang termangu-mangu.

Kai yang bersandar pada keretanya hela nafas. Mana mama ni, pergi beli ikan ke pergi jual ikan sekali Pak Samad?

"Sarah?"

Kai tersentak bila bahunya ditepuk dari belakang. Lantas dia berpaling. Wajah sahabat baik zaman sekolahnya buat dia membulatkan matanya!

"Laili!!!" Kai bersuara teruja!

"Sarah!! Ya Allah, lamanya tak jumpa kau! Makin cantik kau sekarang..."

"Aku biasa je, Laili. Kau tu... makin berseri lepas kahwin!"

"Yelah tu! Aku kahwin, kau tak datang pun. Kecik hati aku," Laili sengaja memasamkan wajahnya, "Aku ingat kau dah lupa aku. Kau pun dah jarang balik kampung, kan?"

"Sorry, Laili! Waktu majlis kau, aku kena outstation. Tak dapat nak elak. Aku balik je sini tapi banyak terperap dalam rumah! " Kai ukir senyum sebelum dia tunjuk perut Laili yang sedikit besar, "Bila nak meletup ni?"

"InsyaAllah Disember ni!" Laili bersuara teruja, "Eh, kau ada jumpa Ija tak? Dia pun tak lama lagi..."

"Tak lama lagi apa Laili?" Kai senyum walaupun dia rasakan senyumannya plastik.

Allahuakbar! Laili tekup mulut sebelum dia menggeleng kepala. Tangan Kai dia pegang, "Aku minta maaf. Aku lupa, Sarah. Aku..."

"Tak apa, Laili! Aku tahu," balas Kai dengan senyuman, "Aku okey!"

"Kau... baik sangat Sarah! Tak pernah kau burukkan dia orang walau apa dia orang pernah buat kat kau," Laili bersuara, perlahan. Benar, hati Kai ni terlalu baik. Tidak pernah dia burukkan Aiza dan Radhi tetapi Aiza, pelbagai tohmahan dia lemparkan, mengajak sahabat mereka memulaukan Kai.

"Aku tak baik, Laili. Kalau aku baik, aku tak buat stunt campak cincin waktu majlis sanding dia orang!"

Laili ketawa. Dia ingat lagi peristiwa itu. Waktu tu, sungguh dia nak bersorak. Seronok bila tengok wajah Radhi dan Aiza memerah, menahan malu.

Kai ketawa melihat Laili yang ketawa, "Hei, kau jangan ketawa kuat sangat. Terkejut anak kau dalam perut nanti!"

Laili tekup mulut menahan tawa, "Sarah, aku doakan kau bahagia dunia akhirat!"

"Amin, terima kasih Laili. Sudi doakan aku!" Kai senyum sebelum matanya terpandang kelibat mamanya yang sedang menjinjit bakul turun dari tangga, "Laili, aku gerak dulu ya? Lain kali kita lepak lama-lama, tau!"

Laili senyum lalu angguk. Langkah Kai yang menjauh buat dia mengeluh. Aiza dan Radhi. Dua nama yang sampai bila-bila tidak akan Kai lupakan.

Pulang dari pasar, Laily duduk termenung merenung jendela sebelum dia renung rantai yang baru dikeluarkan dari meja. Rantai itu pernah tersarung di lehernya, suatu ketika dahulu. Rantai pemberian Radhi, bekas tunangnya.

Ya, Nur Kaisarah ini pernah bertunang dahulu namum hubungan itu terputus di tengah jalan bila tiba-tiba Radhi buat keputusan untuk memutuskan pertunangan mereka tanpa sebab yang munasabah.

Ketika dia kota, berkerah tenaga mencari rezeki, tunangnya yang bekerja di kampung rupanya bermain cinta dengan sahabatnya sendiri.

Jujur, hati Kai hancur saat dikhabarkan mengenai pernikahan Radhi dan Aiza oleh mamanya. Makin hancur hatinya bila tahu majlis mereka diadakan pada tarikh yang telah diplih olehnya.
Digagahkan dirinya untuk pulang ke kampung pada hari itu, menghadiri majlis kedua orang yang mengkhianati dirinya.

Masih dia ingat lagi, betapa terkejutnya dua orang manusia itu bila lihat dia di majlis mereka itu.

[FLASHBACK]

'Kompang dipalu... pengantin baru...'

Lagu yang berkumandang buat Kai memejamkan matanya. Bibirnya ukir senyum sinis.
Patutlah nak sangat putus tunang. Dah ada orang lain rupanya. Tapi tak sangka, kawan baik aku sendiri buat tahi!

Dibetulkan rambutnya yang sengaja dilepas bebas. Kemudian, dia keluarkan lipstik merah dicalit pada bibirnya. Nafasnya dihela panjang sebelum pintu keretanya dibuka.

Butang lock ditekan sebaik saja dia menutup kembali pintu keretanyan itu. Dengan wajah tidak berperasaan dia berjalan masuk ke dewan yang sedang berlangsungnya majlis persandingan Radhi dan Aiza.

Saat dia melintasi ibu bapa Aiza dan Radhi, dia senyum manis pada kedua pasangan itu yang nampak terkejut benar melihatnya, "Tahniah makcik-makcik dan pakcik-pakcik sebab dapat anak hantu... eh, menantu!"

Berubah terus muka kedua pasangan itu. Bukan mereka tak tahu onar anak mereka. Bukan tiada rasa bersalah cuma mereka tak mampu halang keinginan anak-anak mereka.

Radhi dan Aiza yang bersanding turut berubah muka melihat Kai yang mendekati pelamin, tempat mereka bersanding. Orang-orang kampung dah saling berbisik.

Kai sengetkan kepalanya sedikit, "Tahniah, guys! Korang memang sangat sesuai. Seorang kaki caras, seorang lagi kaki melayan."

Radhi yang tadi setia mengukir senyum pada tetamu, terus menundukkan wajahnya.

Aiza dah berdiri, "Sarah, aku..."

"Save it, Aiza!" Kai senyum sinis, "Kau ambiklah Radhi ni. My arwah abah has taught me to give my used toys to the less fortunate."

"Sampai hati kau, Sarah..." Aiza bersuara, lirih, "Aku ni kawan baik kau."

"Sampai hati juga kau rampas tunang aku, Ija! Tapi apa boleh buat, kalau jantan ni tak layan tak jadi juga kan?" Kai bersuara, tenang sebelum dia melambai tangannya dengan senyuman, "Have a happy marriage. And by the way, jangan lupa cerita kat anak-anak kau orang macam mana kau orang khianat kawan baik dan tunang kau orang sendiri untuk berkahwin sekarang!"

Aiza terduduk kembali di pelamin.

Kai berpaling dan terus berjalan sebelum dia tanggalkan cincin pertunangan yang masih tersarung di jarinya dan terus dibaling ke belakang, tanpa menoleh. End it with class, Kai!

"Sarah?"

Kai tersentak sikit sebelum panggung kepala, "Ya, ma?"

"Termenung kenapa ni?"

Kai geleng kepala sebelum dia memberikan rantai itu pada mamanya, "Ma, jom jual rantai ni!"

"Hah? Ni rantai apa ni?"

"Dah lama sangat dalam laci tu. Sarah tak rasa nak pakai dah, kita pergi pajak jelah, ma eh?"

"Rantai Radhi bagi... kan?"

Kai angguk.

"Nanti kita pergi kedai pajak sama-sama," ujar mama dengan senyuman. Kesiannya anak kesayanganku ini, Ya Allah.

Ma, malam ni tak payah masaklah ya? Kita makan kat luar, nak?"

Mama diam sekejap sebelum dia ukir senyum, "Boleh. Kita makan kat kedai Mail dan adik-adik dia ya? Makanan gerai dia orang sedap."

Kai kerutkan dahi sikit. Mama ni, berkenan betul dengan Mail tu. Takkan mama...

"Ha, tu kerut dahi tu kenapa?"

Kai ketawa sebelum dia peluk mamanya, "Sarah sayang mama."

"Tiba-tiba?"

Kai senyum saja. Sayang mama...

#KaiMail #TeamTembikai #TeamMailDuaSeringgit



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top