Shopping

Hari ini, hari berjalan-jalan di pusat membeli-belah tetapi kali ini, Kaizo dan Lynna terpaksa bawa Idoli sekali. Sang kucing alien itu tidak boleh ditinggalkan seorang diri di rumah. Idoli teruja apabila dia dibawa jalan-jalan oleh mereka berdua. Dia akan berlari ke sana ke sini dan masuk setiap kedai yang ada di situ. Usik benda-benda yang menarik dimatanya. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gembiranya sehingga Kaizo terpaksa tenangkan si kucing alien itu

"Idoli, apa kata kita pergi tengok movie" cadang Kaizo 

"NAK NAK NAK!" Idoli meloncat-loncat di situ kerana terlampau suka 

"Tapi ada syaratnya" balas Kaizo dengan nada serius "Idoli tak boleh pilih movie hantu"

"Ke-kenapa?" Air muka Idoli berubah menjadi sedih

"Sebab setiap hari asyik tengok movie hantu aje! Sampai abang sendiri sudah muak tengok muka hantu!"

Tiba-tiba Idoli menangis di situ. Lynna dengan pantasnya, dia dukung sang kucing alien itu. Idoli tidaklah begitu berat. Badan dia hanyalah kecil dan ringan sahaja

"Kaizo! Janganlah buat dia menangis" marah Lynna sambil menepuk-nepuk belakang badan Idoli "Kau cakaplah dengan dia elok-elok"

"Abang Kaizo jahat!" Idoli menangis lagi "Abang Kaizo.. tak.. tak.. bagi Idoli tengok movie hantu.. UWAAAAA!"

"Kaizo, bukan ke kau pun suka tengok cerita hantu, baca novel hantu"

"Suka tu suka tapi bukanlah setiap hari aku nak layan hantu. Rasa diri ni macam hantu dah" kata Kaizo yang tidak berpuas hati "Adik aku tu hantu juga. Hantu donut lobak merah"

"UWAAAAAA!" Idoli masih menangis lagi sambil memeluk leher Lynna

Orang yang lalu-lalang di situ, perhatikan mereka bertiga. Kaizo tidak suka mereka diperhatikan oleh orang ramai di situ. Dia harus fikirkan sesuatu untuk pujuk Idoli berhenti menangis. Lalu dia ada satu idea

"Idoli.. jangan menangis ok. Abang belanja chocolate, nak tak?" pujuk Kaizo secara lembut

"UWAAAAAAAA! IDOLI MANA BOLEH MAKAN CHOCOLATE!" 

"Maaf maaf! Abang lupa pula" Kaizo berpeluh-peluh di situ "Kalau abang belikan mainan baru, ok tak?"

Idoli berhenti menangis serta-merta. Dia pandang Kaizo dengan matanya bersinar-sinar dan satu senyuman sampai ke pipi. Tangan dia terkapai-kapai ke arah sang kapten itu. Kaizo ambil alih Idoli dari Lynna. Dia dukung si kecil comel itu. Sang kucing alien itu terus peluk leher Kaizo

"YEAH! IDOLI DAPAT MAINAN BARU!"

"Suka pula budak alien ni" bisik Kaizo sambil menghela nafas

"Hehehee.. comel betul si Idoli ni" Lynna mengusap rambut Idoli sedikit "Sebut mainan aje, terus berhenti menangis"

"Budak ni, dekat bilik dia, bersepah dengan mainan. Siapa nak tukang kemas mainan dia tu? Pang juga yang kena" kata Kaizo

"Aik, apasal bukan kau yang kena kemas?" 

"Dah tu, si Pang yang suka mengemas rumah. Kerja aku hanyalah sebagai kapten sahaja"

"Yelah kapten" Lynna menjeling matanya "Kapten Kaizo, tak perlu buat semua kerja. Sebagai seorang kapten, dia hanya perlu jalankan misi sahaja dan menghukum orang sesuka hati"

"Kau nak kena hukuman dari aku ke?" Nada Kaizo berubah menjadi serius 

"Entah" 

Lynna terus beredar dari situ kerana berasa sikap Kaizo pada ketika itu, sangat menjengkelkan. Di dalam pemikiran dia pula, satu gelakan boleh didengari oleh Lynna

"Hehehehe... kakak Lynna merajuk dengan abang Kaizo ke?"

"Takdelah, dia mana ada merajuk dengan abang" kata Kaizo

 Sebenarnya dia takut juga kalau Lynna merajuk. Nak pujuk seorang perempuan bukannya senang. Kaizo mengeluh di situ

"Hehehe.. abang Kaizo takut yea!"

"Tak, abang tak takut pun" kata Kaizo lagi

"Hehehee... macam manalah kalau abang Kaizo dan kak Lynna dan kahwin, dah ada anak. Dua-dua merajuk dengan abang Kaizo. Mesti abang Kaizo pening kepala.. hehehe" Idoli tergelak riang 

"Errr.... itu abang tak boleh nak cakap apa" Kaizo tersengih sedikit. Dia tidak dapat bayangkan diri dia menjadi seorang ayah

"Jauh sungguh pemikiran Idoli ni" Lynna muncul balik tetapi kali ini dengan senyuman cerianya "Geram betul tengok budak ni" Dia cubit sedikit pipi Idoli

Idoli tergelak dengan riangnya

"Hehehe.. bayangkan Idoli ni anak abang Kaizo dan kak Lynna. Mesti Idoli panggil papa and mama!" Idoli tergelak lagi. Kali ini lebih kuat dari biasa "HAH! Kita main mama papa nak tak? Idoli jadi anak abang Kaizo dan kak Lynna!"

"Hmm.. time tengah jalan-jalan nak main juga?"

"Layankan ajelah Kaizo" tegur Lynna "Ok Idoli! Kita main dengan Idoli!"

"YAHOOO!" Tiba-tiba Idoli cubit pipi Kaizo "Papa papa! Idoli nak beli dua mainan boleh tak?"

"Sebagai papa kamu! Papa tak benarkan!"

"ERK?!" Mata Idoli mula berkaca "PAPA KATA TADI NAK BELIKAN MAINAN UNTUK IDOLI! UWAAAA!"

"KAIZO!" Lynna pijak kaki kanan Kaizo "Kenapa kau buat dia menangis lagi"

"Dah tu, aku sebagai papa dia, kenalah tegas! Kalau tidak, bersepah rumah kita penuh dengan mainan!"

"Amboi, rumah kita yea" Lynna tersenyum sinis "Kau tak belikan sebab malas nak kemaskan rumah yea"

"Ala, kau kan ada. Pang kan ada"

"Mana boleh macam tu. Kita kemaskan sama-sama" nada Lynna berubah menjadi tegas sedikit "Kitakan satu pasukan. Kenalah bekerjasama!"

"Baiklah tuan puteri. Kita kemas sama-sama" Kaizo serahkan Idoli kepada Lynna "Kau pulak dukung budak ni"

"Mama Lynna..."

"Kenapa Idoli?" Lynna lap air mata Idoli "Idoli ada apa-apa nak beritahu dekat mama ke?"

"Kenapa papa kejam sangat? Dia tak suka Idoli ke? Idoli ni jahat sangat ke?" Mulut Idoli mula bergoyang-goyang sedikit. Air mata dia sudah keluar semula "Papa Kaizo tak sayang Idoli ke?"

Kaizo memicit dahinya kerana pening dengan perangai Idoli. Dia tahu ini semua hanyalah mainan imaginasi Idoli tetapi kenapa sang kucing alien itu ambil serius pula? Lalu dia mengheret Lynna ke tempat lain kerana dia tidak berapa selesa apabila mereka bertiga menjadi perhatian orang ramai. Kaizo membawa mereka berdua ke tempat yang tidak ramai orang. Sambil mereka berjalan, sambil itu Lynna cuba tenangkan Idoli

"Papa Kaizo tak jahat cuma dia tu.."

"Sadis tapi penyayang" sambung Kaizo

Tiba-tiba sahaja Idoli dan Lynna tergelak dengan kenyataan Kaizo tadi

"Hehehe.. abang Kaizo ni buat lawak pula" Idoli tergelak lagi

"Dah habis ke main papa mama ni?" soal Kaizo dengan nada serius "Tadi beriya sangat menangis"

"Kaizo, sudahlah tu. Dia tengah happy ni" tegur Lynna

"Yelah yelah. Aku berhentilah buat dia menangis, nanti lagi pening kepala aku" kata Kaizo "Jom kita pergi makan"

"Lepas tu kita beli mainan?" Idoli kelip-kelipkan mata dia kepada Kaizo "Idoli nak mainan besar! dan boleh main dengan semua orang! terutama sekali dengan abang Rizu! Kakak Lynna dan abang Kaizo pun boleh join sekali"

"Yea, nanti kita pergi beli. Sekarang ni kita pergi makan dulu" jelas Kaizo

Idoli tunding jarinya ke arah sebuah restaurant steamboat yang berdekatan dengan mereka. Kaizo ikut sahaja kehendak si kecil comel itu. Lynna tersenyum gembira kerana Kaizo tidak buat Idoli menangis selepas itu

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------



Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top