Memori

Seutas rantai emas, bantal kecil, selimut kecil, buku catatan, buku cerita, anak patung comel, kotak muzik dan bermacam-macam barang lain yang tersimpan di dalam kotak. Kaizo langsung tidak membuka kotak itu setelah diberikan oleh atuk dan neneknya beberapa tahun yang lalu. Dia tidak mahu terkenang balik peristimewa yang lalu

"Kenapa baru sekarang kau nak buka?" soal Lynna sambil mengangkat sebuah bingkai gambar yang kosong "Kau rindukan mereka ke?"

"Aku memang rindukan mereka tapi aku tak buka kotak tu sebab nanti aku akan rasa sedih. Kalau aku sedih, mesti Pang akan sedih sekali"

Kaizo duduk di sebelah Lynna. Lalu tangan dia mengambil bingkai gambar itu dari Lynna 

"Lagipun aku mempunyai banyak memori indah bersama ibubapa daripada adik aku. Dia masih kecil, dia tidak tahu apa yang berlaku. Dia bukannya ingat pun segala-galanya"

"Jadi, kau tak nak sedih demi Fang?"

"Yea" balas Kaizo "Tapi sekarang ni.. aku bersedia untuk melihat kenangan aku dulu-dulu" Lynna genggam tangan Kaizo sambil berikan satu senyuman kepada sang kapten itu "Terima kasih Lynna kerana ada di sini"

Kaizo dirikan bingkai gambar tadi di atas lantai ruang tamu rumahnya. Lalu dia keluarkan sebuah anak patung bentuk itik. Dahi dia mula berkerut sedikit kerana dia selalu dikaitkan dengan seekor itik

"Hehehe.. kau dan itik tidak dapat dipisahkan" Lynna mengambil anak patung itik itu. Ianya kecil dan masih lagi elok. Tiada bahagian yang koyak "Comel betul anak patung ni. Mesti anak patung kegemaran kau"

"Boleh dikatakan begitu" Kaizo mengeluh sedikit "Tapi kau jangan tunjukkan anak patung tu kepada sesiapa, lebih-lebih lagi si pelik tu. Kalau boleh, kau simpanlah anak patung itik tu"

"Kau bagi aku?"

Kaizo angguk kepalanya. Lynna terus peluk anak patung itu di dadanya. Hati Kaizo terdetik melihat kecomelan Lynna pada ketika itu. Pipi dia mula naik merah. Lalu dia cepat-cepat pandang ke tempat lain

"Bantal ni, mesti bantal kegemaran kau juga" Lynna tunjuk sebuah bantal kecil. Ada huruf K di tepi bantal tersebut 

"Itu.. aku tak berapa nak ingat" kata Kaizo "Tapi buku cerita ni" Dia angkat keluar sebuah buku tebal "Ibu aku selalu bacakan kepada aku. Dia yang belikan buku ini untuk aku"

Lynna mengambil buku tersebut dan lalu dia belek setiap muka surat buku tersebut. Dia terjumpa sekeping nota. Lalu dia baca nota tersebut

"Anakku Kaizo, maaf ibu tak dapat nak bacakan hari ini. Nanti ibu bacakan untuk Kaizo, sayangku" Lynna berikan nota itu kepada Kaizo "Dia ada hal ke hari tu?"

"Ada" Kaizo tersenyum sedikit sambil membaca nota itu "Sebab ibu aku masuk hospital untuk melahirkan Pang. Bila ibu aku sudah keluar dari hospital, dia bacakan buku cerita ini kepada aku dan adik aku. Nota ni, aku masih simpan dekat dalam buku ni sebagai kenangan"

"Bagusnya kau ni. Simpan benda-benda kecil yang membawa makna besar pada diri kau" 

"Dulu aku rajin tapi sekarang ni.." Kaizo menghela nafas. Lalu dia sambung berkata "Sekarang ni aku terlalu sibuk dengan misi. Aku tiada masa untuk simpan benda-benda remeh-temeh ni" Dia simpan buku cerita tadi ke dalam kotaknya semula

"Barang-barang lama ni semua, kau nak simpan lagi ke?"

"Mungkin" kata Kaizo "Tapi aku suruh si Pang ajelah simpankan. Cuma aku sahaja yang akan simpan cincin ibu aku. Yang lain, biar dia sendiri yang simpan"

"Ada makna cincin tu" Lynna tersenyum bersendirian. Dia mengangkat keluar sebuah kotak muzik "Cantik kotak ni. Bukan ke kau ada satu lagi kotak muzik"

"Tak silap aku, ibu aku ada dua kotak muzik. Lagi satu, adik aku simpan"

Kotak itu berwarna biru dan pink. Ukiran bentuk-bentuk note muzik mengelilingi kotak tersebut. Jari-jemari Lynna hendak membuka kotak tersebut tetapi sebaliknya, dia mendapat satu premonition. Ianya tentang masa silam Kaizo. Sang gadis itu melihat dan mendengar sang ibu sedang nyanyikan sebuah lagu untuk anaknya. Tanpa di sedari olehnya, kotak muzik itu terlepas dari tangannya. Kotak muzik itu jatuh. Penutup kotak tersebut, terpisah dari badan kotak itu. Lynna tersedar dari kuasanya. Mata dia membulat besar apabila dia terpandang kotak muzik itu

"APA YANG KAU SUDAH LAKUKAN!" Kaizo kutip kotak muziknya 

"Ma-maaf Kaizo, aku tak sengaja" Mata Lynna mula berkaca "Aku tadi.. kuasa aku.. datang secara tiba-tiba"

"Alasan" balas Kaizo dengan nada garang "Aku nak kau keluar dari sini"

"Ta-tapi.."

"Keluar" 

Kaizo tidak meninggikan suaranya tetapi nada suara dia membuatkan Lynna bangun dan terus lari keluar dari rumah itu. Kaizo mengemas balik barang-barang lamanya ke dalam kotak. Dia tidak pandang langsung gadis itu tadi. Dia biarkan sahaja. Sedikit pun, dia tidak rasa menyesal kerana menghalau Lynna keluar dari rumah itu

-------------------------------------------------------------------------------------------------------

"Abang, apasal adik tak nampak kak Lynna dalam seminggu ni. Abang dah break up dengan dia ke?"

"PEDANG TENAGA!"

Fang meloncat-loncat kebelakang untuk menggelakkan diri daripada terkena serangan dari abangnya. Malangnya, meja ruang tamu yang menjadi mangsa. Meja itu terbelah dua

"Adik tanya jea, itu pun nak marah" Fang puas hati dengan tindakan abangnya tadi "Ada apa-apa terjadi ke? Kak Lynna merajuk dengan abang lagi ke?"

"Tak" kata Kaizo. Dia simpan pedang tenaganya "Dia tak merajuk pun"

"Kalau bukan merajuk.. MAKNANYA ABANG DAN KAK LYNNA TIDAK BERSAMA LAGI! KENAPA? APA YANG TERJADI! Meh adik jadi kaunselor untuk hubungan korang"

Kali ini, Kaizo berikan renungan maut kepada adiknya. Berpeluh-peluh Fang melihat renungan itu. Bagaikan diri dia akan ditimpa dengan hukuman tidak lama lagi

"Abang janganlah tengok adik macam tu" Fang tersengih sedikit "Kalau bukan merajuk atau break up. Abang bergaduh dengan dia ke? Nak adik buat romantik dinner lagi ke?"

"Takdelah, mana ada abang bergaduh dengan dia"

"Ohhh... jadi, maknanya.." Fang buat-buat terkejut "KAK LYNNA SUDAH KAHWIN DENGAN ORANG LAIN?

Kaizo hempuk kepala adiknya dengan bantal sofa

"Jangan nak mengarut!"

"Yelah" Fang usap-usap kepalanya "Jadi, apa yang terjadi sebenarnya? Abang marah dia ke? Atau dia yang marah abang sampai tak nak datang ke sini dah"

"Abang yang marah dia sebab..." Kesalan Kaizo terus membuatkan hati dia menjadi sedih "Dia tidak sengaja rosakkan kotak muzik ibu. Abang tak tahu macam mana nak minta maaf dekat dia sebab abang halau dia keluar dari rumah hari tu"

"APA?!" Fang gelengkan kepala "Apalah abang ni, memang sentiasa ganas tahap sadis"

"Salah tu, aku ni penyayang tapi sadis"

"Rasa nak muntah pula" bisik Fang "Habis tu, abang tak nak pergi minta maaf dekat kak Lynna lah ni. Abang nak biar datang sendiri ke sini dan buat-buat lupa apa yang terjadi. Apa yang adik belajar, orang perempuan tak kan sesekali lupa!"

"Kau ni banyak sangat melepak dengan si pelik tu. Entah-entah kau dan si pelik tu keluar dating" Kaizo tersenyum sinis kepada adiknya 

Fang rasa hendak cekik abang dia sendiri. Dia kawal dirinya dan tenangkan dirinya seketika. Dia pejamkan mata untuk beberapa minit. Tiba-tiba dia terdengar suara orang sedang bernyanyi tetapi suara itu bukan suara abangnya. Suara itu agak lembut dan sedap didengari. Fang membuka matanya. Kaizo tiada di ruang tamu. Dia kini sudah berada di pintu rumah. Kaizo membuka pintu itu

"Lynna?"

Lynna tersenyum sedikit tetapi dimatanya, kelihatan sedih. Dia terus bernyanyi lagi

Dancing bears,
Painted wings,
Things I almost remember,
And a song someone sings,
Once upon a December.
Someone holds me safe and warm,
Horses prance through a silver storm,
Figures dancing gracefully across my memorySomeone holds me safe and warm,
Horses prance through a silver storm,
Figures dancing gracefully across my memory.Far away,
Long ago,
Glowing dim as an ember,
Things my heart used to know,
Things it yearns to remember
And a song someone singsOnce upon a December


"Lagu tu" Kaizo terkejut dengan lagu yang dinyanyikan oleh Lynna tadi "Macam mana kau tahu lagu tu?"

"Masa aku dapat premonition hari tu, aku dengar ibu kau nyanyikan lagu tu untuk kau" kata Lynna dengan kepalanya tertunduk sedikit "Aku betul-betul rasa bersalah kerana rosakkan kotak muzik kau. Aku tahu itu kepunyaan ibu kau. Maafkan aku Kaizo"

"Aku sepatutnya minta maaf dekat kau. Aku yang halau kau. Aku tak patut marah kau sebab kau tak sengaja" Kaizo terus ambil tangan Lynna "Jadi, maafkan aku. Lagipun kotak muzik tu aku suruh si Emmy betulkan balik. Kau tak perlu risau lagi" Tangan kiri dia selitkan rambut Lynna sedikit kebelakang telinga

Kali ini Lynna senyum dengan perasaan gembira. Tiada lagi kesedihan di matanya. Fang rasa nak pengsan melihat detik-detik manis mereka. Dalam diam, dia pergi tangkap gambar mereka berdua yang masih lagi di pintu rumah. Lalu Fang pergi hantar gambar itu kepada semua rakan-rakan dia

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top