Luahan Hati

Lynna terlalu gembira membawa Kaizo jalan-jalan disekitar bandar kawasan tempat tinggal Lynna. Di situlah tempat Lynna membesar dari kecil hinggalah dewasa. Kali ini Lynna memandu keretanya dan Kaizo duduk di sebelah sambil melihat rumah-rumah di situ. Lynna lalu di hadapan kawasan sekolah. Itulah sekolah menengah Lynna dahulu

"Itu ke sekolah kau?" soal Kaizo 

"Yea" balas Lynna "Semasa aku tingkatan 3, aku dapat kuasa aku. Pada masa tu, aku dan kawan-kawan aku, rasa teruja dapat kuasa. You know, ada kuasa ni, rasa seronok tapi lama-kelamaan, tak rasa seronok dah. Ianya bertukar menjadi satu tanggungjawab. Memang rasa penat tapi kita orang tak kisah pun. Asalkan semuanya selamat daripada anasir jahat"

"Dunia kau memang pelik"

"Pelik?" Lynna memandang Kaizo dan selepas itu dia pandang ke depan "Kenapa kau rasa pelik?"

"Sebab kau dan kawan-kawan kau, rahsiakan tentang kuasa kau dari semua orang. Aku tak tahulah bagaimana korang nak cari alasan untuk pergi selamatkan orang lain. Lebih-lebih lagi masa time sekolah. Kau mesti ada lari dari kelas sebab ada kecemasan" Kaizo terkejut melihat riak wajah Lynna kelihatan sedih "Maaf, aku tak berniat nak buat kau sedih"

"Takpe" Lynna kembali tersenyum "Aku sedih sebab aku terkenang balik pada waktu awal. Dari satu alasan ke satu alasan. Rasa bersalah masa tu tapi terpaksa. Kalau kita orang beritahu siapa diri kita orang, sudah tentu ramai akan panik atau katakan kita orang ni berbohong. Kalau kita orang tunjukkan kuasa kita orang, aku yakin, mereka akan takut dan rasa terancam. Jadi lebih baik rahsiakan daripada timbul pelbagai masalah"

"Aku dulu, aku belajar sendiri sehingga menjadi seorang kapten"

"Hmm.. belajar sendiri?" Lynna melirik matanya ke arah Kaizo "Betul ke kau belajar sendiri tapi sebenarnya, ada juga yang tolong kau"

"Yelah, ada yang tolong aku. Dia lah mengajar aku berlawan menggunakan pedang. Aku belajar kerana ingin melindungi adik aku. Dia lah satu-satunya yang aku ada"

"Kau sangat baik, Kaizo" kata Lynna. Dia belokkan keretanya ke arah kiri untuk masuk ke dalam kawasan bandar 

"Kita nak ke mana?" Kaizo melihat sebuah bangunan pusat membeli-belah "Tempat kau ni memang ada shopping mall yea"

"Ha ah, shopping mall baru. Taklah sebesar mana tapi ada banyak kedai menarik dekat dalam mall tu. Kita lunch dekat mall situ ok?"

"Hmm.. suka hati kau lah" kata Kaizo 

Lynna hanya membalas dengan satu senyuman. Dia memandu keretanya terus ke jalan masuk parking kereta pusat membeli-belah itu. Tempat parking itu terletak di bahagian bawah. Lynna parking kan keretanya yang berdekatan dengan pintu masuk pusat membeli-belah itu. Kaizo berdiam diri sahaja. Pemikiran dia sudah melayang jauh

"Kaizo" panggil Lynna "Kau ok?"

"Hmm.." Kaizo membuka seatbelt nya "Aku.. cuma terkenang balik kisah lama"

"Apa kata, kita cari tempat makan dulu. Lepas tu kau ceritakan kepada aku apa yang terbuku di dalam hati kau"

Kaizo setuju sahaja. Dia lebih selesa meluahkan perasaan dia kepada Lynna daripada orang lain

----------------------------------------------------------------------------------------------

Begitu ramai orang di dalam bangunan pusat membeli-belah. Kebanyakkannya adalah ibubapa yang membawa anak-anak mereka meluangkan masa mereka bersama di pusat membeli-belah itu.  Kaizo dan Lynna memilih tempat makanan yang ramai orang kerana mereka tidak mahu sesiapa mendengar perbualan mereka berdua. Makanan sudah dipesan. Akhirnya Kaizo mula bercerita

"Aku sebenarnya tadi terkenang balik kisah lama aku. Ada sedih, ada yang duka dan ada juga kenangan yang menarik tapi aku tidak pernah sesekali lupakan pada hari aku kehilangan ibubapa aku. Mereka yang paksa aku lari dari situ dan bawa sekali Pang. Memang kehidupan aku agak susah selepas itu tetapi aku tabahkan hati. Aku cuba kuatkan diri untuk Pang. Aku tidak mahu menjadi lemah. Kalau aku lemah, sudah tentu adik aku pun lemah sekali dan tidak mungkin kami berdua akan berada di sini sekarang ini" luah Kaizo "Mulai hari tu aku mula belajar menjadi seorang yang kuat. Aku gunakan power sphera dari ayah aku untuk menjadi kekuatan aku"

"Abang yang baik kau ni" 

"Yea ke.. bukan ke aku suka sangat buli si Pang tu. Bukan ke aku suka ketuk kepala dia, bagi dia hukuman, suka cari gaduh dengan dia dan bukan ke aku yang tinggalkan dia dekat bumi seorang untuk jalankan misi sehingga dia rasa sunyi" 

"Betul" kata Lynna "Tapi kau sedar akhirnya. Kau juga yang tak nak tinggalkan dia selepas sahaja kejadian Ratu Lily tu. Kau terus nak tinggal bersama dia"

Kepala Kaizo tertunduk sedikit. Dia seperti hendak menangis tetapi dia menahan air matanya

"Dia pernah marah aku kerana aku tinggalkan dia walaupun sekejap sahaja. Dia takut jika aku pergi dulu. Itu pertama kali aku dapat rasakan kemarahan dia terhadap aku. Perasaan aku pada ketika itu, aku rasa diri aku gagal menjadi seorang abang yang baik dan aku gagal menjaga dia. Aku mungkir janji aku pada ibu aku" 

"Kaizo, pandang aku" Sedikit demi sedikit kepala Kaizo naik dan pandang ke arah Lynna "Walaupun kau gagal tapi kau belajar dari kegagalan kau. Aku yakin, yang kau tidak mahu ulangi kesilapan kau"

"Tak tahulah kalau aku ulangi perkara yang sama ke tak tapi aku cuba yang sebaik mungkin, demi Pang" Kaizo berikan satu senyuman kecil kepada Lynna "Aku ada terfikir-fikirkan tentang sesuatu"

"Tentang apa tu Kaizo?"

"Tentang kau dan kuasa kau" 

Sebelum sempat Lynna menjawab, seorang pelayan kedai itu menghidangkan makanan mereka yang dipesan tadi. Lalu Lynna menjawab selepas sahaja pelayan itu pergi

"Kuasa aku? Apa yang kau fikirkan"

"Yelah, kau dan kawan-kawan kau rahsiakan siapa diri korang semua dari orang ramai. Kau tidak mahu orang lain tahu identiti sebenar kau tapi kenapa kau tidak menyamar menjadi seorang superhero" Kaizo terus suapkan dirinya dengan makanan yang dia pesan, iaitu takoyaki

Mereka berdua makan di restaurant makanan jepun. Kaizo tidak berapa kisah sangat makan makanan jepun, asalkan dia dapat makan

"Hehehe.. aku bukannya macam Boboiboy dan adik kau. Aku dan kawan-kawan aku lebih suka bergerak secara rahsia" kata Lynna sambil mencapai chopstik yang tersimpan di dalam bekas penyimpannya "Lagipun kita orang tak berapa suka sangat bila jadi famous. Kami bukan begitu. Biarlah mereka semua tidak tahu tentang kewujudan kami. You know, sama seperti agensi MATA. Orang ramai tidak tahu tentang mereka"

"Baguslah tu. Aku pun tak nak jadi superhero. Biarlah si Boboiboy yang jadi superhero. Adik aku tu, entah bila nak sedar yang Boboiboy lagi popular daripada dia"

Lynna tersengih sedikit. Kaizo makan seketul takoyakinya. Satu lagi hidangan dia sudah tiba. Kali ini mee ramen yang dipesan oleh Kaizo

"Kau pun popular juga" kata Lynna. Lalu Kaizo mengangkat kening sebelah sambil melihat sang gadis itu "Kau popular dekat angkasa. Aku dengar, ramai yang takut dengan kau sebenarnya sebab kau adalah seorang kapten yang handal"

"Itu aku tidak boleh nafikan" Kaizo rasa bangga sedikit "Dan kau pula, popular dekat hati aku"

"Amboi, bila masa kau pandai pick-up line ni"

"Entah, aku belajar dari adik aku" balas Kaizo dengan nada yang serius "Entah drama apa dia tengok sampai aku pun terikut sekali pick-up line yang ada dalam drama tu"

"Hehehe.. kau dan adik kau, memang kelakar" Lynna tergelak sedikit "Aku popular dalam hati kau dan kau pula, popular dekat dalam hati aku. Kita sama-sama popular dihati masing-masing"

Kaizo tersenyum sahaja sambil makan makanan dia. Mereka senyap seketika untuk menjamu selera. Mata mereka pandang satu sama lain sambil tersenyum mesra

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top