Kisah Cinta Lynna
Kaizo tidak tahu kenapa dia seorang sahaja lelaki di dalam rumah clubhouse milik 5 sekawan. Di hadapan dia, terdapat 4 orang gadis kawan Lynna. Semuanya tersenyum gembira sambil melihat Kaizo. Hilang selera Kaizo untuk makan makanan yang telah disediahkan oleh mreka kerana dia tidak rasa begitu selesa pada ketika itu. Keempat-empat mereka memerhatikan Kaizo seperti sang kapten itu membuat satu kesalahan
"Mana Lynna?" soal Kaizo sambil meletakkan pinggan keknya ke atas meja ruang tamu
"Lynna ada hal sedikit dengan keluarga dia. Kejap lagi dia sampai lah tu" balas salah seorang kawan Lynna iaitu Fairuz
"Ok.. tapi tak jemput yang lain juga ke?"
"Yang lain, sampai lambat" jawab Juria "Kita berempat dekat sini nak berborak dengan Kaizo dulu sebelum kita celebrate pertunangan korang berdua! Hehehehe"
"Akhirnya, Lynna bertunang juga" Sofiah tersenyum suka sambil terbayangkan majlis perkahwinan Lynna yang gilang-germilang
"Kita orang sepatutnya ucapkan terima kasih dekat kau"
"Kenapa pulak? Apa aku buat dekat korang?" Kaizo menjadi bingung dengan mereka "Lynna pun ada ucapkan terima kasih dekat aku juga. Aku tidak tahu kenapa dia kata begitu"
Sofiah bangun dan berikan secawan teh hijau kepada Kaizo. Cawan teh itu diterima oleh Kaizo. Lalu dengan bangganya, Sofiah mula bercerita
"Sebenarnya, Lynna sudah beberapa kali kecewa dalam alam percintaan. Bukan kecewa sahaja, sedih pun ada" kata Sofiah "Kalau kau nak tahu, dia pernah 3 kali bercinta tapi yang last tu, orang yang sama.. nak cakap 4 juga ke?"
"Err.. rasanya tak kot" jawab Juria "Sebab yang last tu, dia orang anggap sebagai kawan sahaja. Perasaan cinta yang lama tak mungkin akan kembali"
"Jadi, 3 kali ajelah?"
"Betul tu Kaizo" kata Sofiah "First love masa waktu sekolah dulu. Masa zaman remaja, zaman form 3.. masa tulah kita orang dapat kuasa masing-masing. Rindu pula zaman sekolah" Mata dia pandang ke tempat lain sambil mengimbas kembali kenangan lama
"Ah sudah.. budak ni nak flashback atau nak bercerita?" Fairuz gelengkan kepala "Biar aku sambung. Dulu masa form 3, masa awal lagi kita orang ada kuasa... ada budak lelaki ni, Lynna ada crush dekat dia tapi budak tu sebenarnya adalah musuh kita orang! Dia adalah demon yang cuba untuk merampas kuasa kami dan juga hapuskan kita orang!"
"Lynna tak tahu ke masa tu?"
"Dia tak tahu pada awalnya" balas Juria. Dia gigit kek sedikit sebelum sambung bercerita "Tapi lama-lama macam tu, dia ada membuat percubaan untuk menyerang kami. Dari situ, hati Lynna agak kecewa. Dia ambil keputusan untuk selamatkan Nazir.."
"Eh kejap" Kaizo memotong cerita Juria "Macam pernah dengar nama tu"
"Korang pernah berjumpa sebelum ni. Dia pernah serang Pulau Rintis pada waktu tu" kata Juria
"Jadi, Nazir tu cinta pertama dia?!" terkejut Kaizo pada ketika itu "Apa yang aku tahu lepas tu, dia orang jadi kawan baik"
"Ha ah, dia orang rasa, cinta lama dia orang tak kan kembali. Jadi, dia orang berkawan sahaja. And then Nazir pindah ke tempat lain" Nada Sofiah berubah menjadi sedih. Tiba-tiba nada dia berubah menjadi ceria pula "Itulah orang yang terakhir sebelum Lynna jatuh cinta dengan kau"
Kaizo tidak sangka pula dia pernah berjumpa dengan cinta pertama tunang dia. Pada waktu itu, dia tidaklah rasa cemburu mana. Yang dia ingat, hati dia gembira bila Lynna dapat pulihkan ingatan Nazir ketika itu. Pada masa yang sama, dia sangkakan mereka akan kembali bersama
"Ok, lepas Nazir hilang ingatan. Dia pun pindah ke tempat lain" sambung Sofiah lagi
"Lynna memang sedih time tu" kali ini dicerita oleh Fitrah pula "Lepas tu, time form 5, dia berkenalan dengan seseorang dari internet. Well, dari chatroom. Boleh dikatakan setiap hari dia orang chatting. And then, one day, dia orang pergi berjumpa dan dari situ, Lynna mula bercinta balik"
"Jangan cakap orang tu demon juga"
"Salah tu Kaizo" Kali ini Fitrah mula tersenyum "Kali ini, dia bercinta dengan seorang putera pula"
"APA?! Jangan cakap putera itu adalah Daniel"
"BETUL!" Sofiah bertepuk tangan kerana tekaan Kaizo yang tepat "Dia adalah CINTA KEDUA LYNNA!" Lalu dia ubah nada suaranya dari ceria kepada serius "Sebenarnya, Daniel dari dunia sana, dunia Unseen World atau nama lain, dunia fantasi. Dia datang ke sini kerana ingin mencari Lynna. Akhirnya mereka berjumpa tetapi di dunia internet. Daniel tu boleh dikatakan dia hidup normal dekat sini. Pergi sekolah macam kita orang, duduk lepas macam kita orang dan kawan dia dua orang, dia bawa dari dunia sana untuk tinggal di sini"
"Lepas tu?" Kaizo pula rasa teruja mendengar kisah cinta lama Lynna "Apa jadi dengan kisah cinta mereka berdua?"
"Pada mulanya memang sweet, selalu berjuang bersama macam kau dan Lynna tapi lama-lama macam tu dia orang bergaduh sebab Daniel terpaksa pulang ke dunia sana" Fairuz masih ingat lagi pergaduhan Lynna dan Daniel. Dia rasa sedih dengan hubungan mereka berdua "Hubungan mereka boleh pergi jauh tapi sudah ditakdirkan, hubungan mereka sekejap sahaja. Agak berat juga Daniel meninggalkan Lynna tapi dia terpaksa. Dia bakal ditabalkan menjadi seorang raja dan Lynna, hati dia terguris. Dia orang ambil keputusan untuk putus hubungan but still in touch. Time tu Lynna memang sedih"
"Boleh dikatakan dia selalu duduk dekat tempat kegemaran dia untuk pujuk hati dia" kata Fitrah "Lepas tu, lama-lama macam tu, dia berjumpa dengan orang lain pula"
"Cinta ketiga dia?"
"Hmm.. ha ah" kata Juria kepada Kaizo "Kali ini, orang tu bukan demon ataupun seorang putera. Dia hanyalah manusia biasa sahaja"
"Pelik betul dengan Lynna ni"
"Kenapa kau kata begitu, Kaizo?" soal Fairuz dengan berasa hairan
"Yelah, dia pergi bercinta dengan demon lah, putera lah.. lepas tu dengan manusia biasa"
"Hehehe.. ala, kali ini dia bercinta dengan alien pula. ALIEN YANG HOT!" Sofiah tergelak di situ. Berkerut dahi Kaizo "Anyway, jangan ambil hati sangat.. hehehe.. hah! Sambung balik. Cinta ketiga ni pula, nama dia Saiful but hubungan dia orang pun sedikit goyah"
"Kenapa?" soal Kaizo
"Sebab dia orang selalu bergaduh" jawab Juria secara lemah-lembut "Dia orang bergaduh sebab Daniel. Si Daniel tu selalu berhubung dengan Lynna. Si Saiful pun terasalah juga. Walaupun dia orang bergaduh tapi Saiful tetap sayangkan Lynna sehingga akhir hayat dia"
"Hah? Apa jadi dengan dia?" Kaizo terkejut sedikit
"Saiful terbunuh semasa dia melindungi Lynna. Saiful tahu tentang kami semua dan bagusnya tentang dia, Saiful tidak larikan dia" kata Juria "Dia tidak bocorkan rahsia kami. Lynna memang kemurungan semenjak ketiadaan Saiful. Dia selalu sangat pergi ke tempat kegemaran dia dekat tepi bukit tu untuk tenangkan pemikiran dia"
"Agak lama juga nak tengok dia happy. Dia macam dah putus harapan nak bercinta balik" ujar Sofiah
"Ha ah, dia macam putus asa" kata Fairuz "And then, one day dia pergi Pulau Rintis sebab nak melawat kawan dia dekat sana. Dari situ, kita orang nampak perubahan dia sedikit demi sedikit. Well, kita orang semua dekat sini dapat rasakan dia jumpa seseorang dekat sana and tekaan kita orang tepat sekali!"
"That's why kita orang ucapkan terima kasih dekat kau, Kaizo sebab ceriakan hati dia. Kau memang seorang alien yang terhebat!" Sofiah kunyah kek chocolate dia dan lalu sambung berkata lagi "Tapi masa kau tinggalkan dia selama 2 tahun! Dia memang sangat down. Dia tunggu kau pulang ke bumi. Dia hampir nak move on sebab Nick ada masa tu. Dia tak pernah cintakan Nick tapi dia rasa, mungkin Nick dapat jaga dia dengan baik. Kita orang agak risau jikalau Lynna tak dapat berikan hati dia kepada Nick tapi... akhirnya kau pulang juga. Dia memang happy but at the same time, dia marah dengan kau"
"Marah campur geram" sambung Fitrah "But itu semua dah lepas. Korang pun dah bertunang"
"Anyway, tahniah dari kita semua" ucap Juria "So, itulah kisah cinta Lynna. Kau pula, kau pernah bercinta sebelum ini?"
Kaizo gelengkan kepalanya
"Jadi, Lynna tu CINTA PERTAMA KAU?!" terkejut Sofiah
"Ya, dan dia lah satu-satunya gadis yang aku tegur dulu" Kaizo terkenang balik kenangan lama, pertama kali dia menegur Lynna "Masa tu, kali pertama Lynna datang ke Pulau Rintis. Masa itu jugalah aku tegur dia dekat kedai Tok Aba"
"Cinta pandang pertama" Mata Sofiah terus bersinar-sinar
Tiba-tiba pintu dibuka. Lynna masuk ke dalam rumah itu dengan beberapa beg bungkusan makanan. Dia kelihatan letih sedikit tetapi sebenarnya, hati dia rasa gembira. Kaizo terus pergi menolong Lynna mengangkat bungkusan-bungkusan makanan itu. Kawan-kawan mereka hanya tersenyum suka sangat tanpa berganjat dari kerusi sofa
"Maaf lambat sampai tapi aku sempat beli makanan untuk party pertunangan kita!" kata Lynna. Mata dia terus tertumpu kepada Kaizo
"Takpe" kata Kaizo "Lagipun aku dapat berborak dengan kawan-kawan kau. Mari aku tolong kau keluarkan makanan ni semua"
Mereka masuk ke dalam dapur dengan tanpa menegur kawan-kawan mereka. Juria, Fairuz, Sofiah dan Fitrah, tidak berkata apa. Mereka hanya tersenyum suka sambil menikmati makanan di hadapan mereka
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Lepas ni, nak cerita apa pula? Hmmm...
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top