KAHWIN PAKSA KE? - PROLOG

Well I found a woman, stronger than anyone I know

She shares my dreams, I hope that someday I'll share her home

I found a love, to carry more than just my secrets

To carry love, to carry children of our own

We are still kids, but we're so in love

Fighting against all odds

I know we'll be alright this time

Darling, just hold my hand

Be my girl, I'll be your man

I see my future in your eyes

(Perfect: Ed Sheeran)

SUARA yang galak ketawa dari arah belakang mematikan suaranya yang begitu asyik ikut menyanyi lagu nyanyian penyanyi popular yang berasal dari bumi England

itu. Rosak moodnya mahu sambung menyanyi semula.

"Abangggg!"

Suaminya hanya ketawa sehingga sepasang mata bundar itu semakin mengecil. Kulit wajah pula sudah memerah kerana asyik ketawa.

"Nak hantar sayang masuk Akademi Fantasia, tapi rasanya macam dah lebih had umur. Nampak gayanya macam abang dengan Anaqi ajelah yang kena tahan telinga dengar sayang menyanyi setiap masa," usik si suami sambil melabuhkan duduk di sisi si isteri yang sudah mencebik.

"Ed Sheeran is right."

"Hah?" Dia mengerutkan dahi memandang suaminya yang sedang tersenyum senget.

"Abang rasa macam Ed Sheeran cipta lirik lagu Perfect tu untuk kita pulak."

Giliran dia pula ketawa. Rupa-rupanya boleh berjangkit perangai syok sendiri ni!

"Gelak pulak!" Hidung kecil si isteri dipicit kuat.

"Didi nak tanya satu soalan." Tubuh dipusingkan menghadap suami yang sedang tersenyum.

"Tolonglah jangan tanya abang apa nama kawan-kawan Didi dalam cerita kartun Didi and Friends tu."

"Abang! Seriuslah!"

Sekali lagi kedengaran suara tawa suaminya yang sedang duduk berhadapan dengannya sekarang ini.

"Okey, serius. Nak tanya apa?"

Dia tersenyum lebar sementara suaminya menjongketkan kening.

"Abang rasa... kita ni kena kahwin paksa ke?"

Senyap.

"Abang!"

"Kahwin paksa ke?" suaminya mengulang semula soalannya.

"Didi tanya abang, tapi abang tanya Didi pulak." Dia mencebik.

"Jawapannya..." Si suami tarik senyum lebar sambil mengenyitkan mata ke arah isterinya yang jelas sedang setia menanti jawapan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top