BAB 24
Radzi memerhatikan saja rakan-rakannya yang dah terbongkang di dalam bilik miliknya. Usai solat berjemaah tadi, semua mengambil tempat untuk melelapkan mata.
Paling penat sudah pastilah si Muhammad Lutfi Kasturi padahal dia memang membuta saja sepanjang perjalanan.
"Radzi, kau tak rehat ke?"
Soalan dari katil buat Radzi mengalih pandangannya kepada Kasyaf yang sudah duduk di birai katil.
"Tak. Hilang penat bila dah sampai rumah opah aku. Baru terasa kerinduan yang amat sangat. Gitu..." Radzi ketawa perlahan.
"Kau apahal tak tidur lama sikit?" Tanya Radzi kemudiannya.
"Aku tak reti tidur siang lama-lama," ujar Kasyaf lalu dia memandang ke sekeliling bilik Radzi, "Radzi..."
"Ha?"
"Gambar dekat meja study kau tu, better kau simpan. Jumpa dek budak-budak ni, jenuh kau nak menjawab," Kasyaf memuncung ke arah bingkai gambar yang ada di meja study milik Radzi
Radzi yang mendengar terus saja mencapai gambar yang dimaksudkan Kasyaf. Gambar itu ditatap sekejap lalu dia pandang Kasyaf, "Kau tak nak tanya apa-apa dekat aku?"
Kasyaf senyum pendek lalu dia menggelengkan kepala, "Aku curious tapi aku hormat privasi kau. Kalau kau nak cerita, aku akan dengar. Waktu tu baru aku akan tanya macam-macam soalan."
Radzi hela nafas lalu dia mendekati Kasyaf. Gambar di tangannya diberikan kepada Kasyaf, "Perempuan dalam gambar ni, Ainaa. Sepupu aku. Kakak kepada Ainun. Dia..."
Kasyaf renung gambar yang ada di tangannya lalu dia pandang Radzi, "Kalau kau tak boleh nak cerita, tak perlu paksa diri kau nak bercerita."
"Dia... cinta pertama aku."
"APA?" Tiga orang yang sedari tadi memasang telinga terus duduk dari baring lalu dia pandang Radzi tak percaya.
Kasyaf yang masih memegang gambar Radzi dan Ainaa itu hanya ketawa kecil. Dia tahu dah tiga orang ni pura-pura tidur.
Radzi yang terkejut hanya mampu menggelengkan kepalanya. Baru ingat nak kongsi cerita dengan Kasyaf saja. Ni dah kantoi ni, terpaksalah bercerita dekat dia orang sekali. Aduh!!!
.
.
.
.
.
"Cepatlah cerita, Radzi. Aku dah teruja ni. Aku ingat kau memang tak pernah simpan perasaan kat mana-mana perempuan sebelum ni," Danny dah bersuara penuh keterujaan.
Aman di sebelah Danny menepuk tangan, "Aku pun! Aku pun!"
"Cepat cerita, wei! Mana tahu boleh jadi inspirasi cerita baru aku," Lutfi bersuara, juga dengan nada penuh keterujaan.
Radzi yang sedang bersila mengeluh pendek, "Aku pernah bercinta. Kami bercinta senyap-senyap sebab..."
Radzi pandang empat pasang mata yang memandangnya dengan rasa ingin tahu.
"Cepatlah, sebab apa?" Gesa Danny.
"Sebab dia sepupu aku. Tapi tak adalah senyap-senyap sangat sebab Ainun tahu. Opah aku pun tahu. Aku bercinta dengan dia waktu Form 4. Mungkin bagi sesetengah orang, cinta kami waktu tu cinta monyet tapi sungguh, aku betul-betul sayang dia."
"Macam mana korang boleh bercinta?" Tanya Lutfi kemudiannya.
"Benda tu macam tiba-tiba saja jadi. Ainaa selalu ada untuk aku waktu aku hilang mak ayah aku dulu. Aku menangis kat kubur, dia teman aku. Aku lari pergi sungai, dia teman aku. Senang kata dia sentiasa ada. Mungkin sebab tu juga aku jatuh sayang pada dia," Radzi tersenyum nipis. Terbayang wajah manis Ainaa yang sering tersenyum padanya dahulu.
"Then apa yang jadi? Kenapa korang dah tak..." Danny menggerakkan kedua-dua jari telunjuk tangan kiri dan kanan merapat sebelum dia menjauhkannya kembali.
"Habis SPM, aku dapat tawaran matrikulasi dekat Changlun. Dia pula dapat sambung Diploma dekat KL. Mulanya semuanya okey tapi... tak lama lepas tu, Ainaa berubah. Berubah jadi..." Radzi cuba menyusun kata-kata, tidak mahu rakan-rakannya 'menghukum' Ainaa hanya melalui ceritanya, "Jadi orang yang aku tak kenal. Dia masih Ainaa tapi bukan Ainaa yang bercinta dengan aku."
Melihatkan kerut dahi empat orang itu, Radzi ketawa sikit, "Ainaa tak nak terikat dengan aku. Dia rasa terkongkong dengan aku."
"Kenapa?" Tanya Kasyaf, ingin tahu! "Kau control dia ke?"
"Tak cuma aku selalu mesej dia, tanya hal-hal harian dia. Tanya dia keluar dengan siapa, tanya dia macam-macam sampai dia rimas. Dia cakap aku ni merimaskan. Aku pesan suruh dia hati-hati keluar pun dia cakap aku ni merimaskan. Jadi aku berhenti tanya apa-apa pada dia. Aku stop mesej dia kerap-kerap tapi..."
"Bila kau stop mesej, dia pun stop cari kau? Stop dari mesej kau?" Tebak Aman.
Radzi ukir senyum tawar lalu dia anggukkan kepala, "Tahu-tahu dia minta putus dan aku... hanya mampu akur."
"She fell out of love?" Lutfi menebak pula.
"Lebih kepada she found a new love," Radzi ketawa nipis.
"Korang tak awkward bila jumpa waktu raya?" Tanya Danny pula. Wajah terujanya tadi dah berubah jadi sedih. Kesian kawan aku ni...
"Tak sebab aku banyak mengelak dari berbual dengan dia. Aku kalau sembang pun, sembang dengan sepupu yang lain. Sebab orang memang tak tahu kami pernah bercinta. Adalah yang pelik sebab dulu aku, dia dengan Ainun selalu sama-sama. Aku cuma bagi alasan yang tak manis orang pandang tambah semua dah besar panjang..."
Mereka berempat angguk faham.
"Kau waktu putus dengan dia, tak sedih ke?" Tanya Lutfi lagi.
"Sedihlah. Aku sayang dia kut tapi itulah... kalau kami masih bersama pun, belum tentu mak ayah dia restu. Aku ni anak yatim piatu. Harta apa pun tak ada. Sepupu pula tu. Walaupun boleh kahwin tapi tak berkembanglah keturunan kalau kami kahwin," cerita Radzi masih tersenyum. Dia ingat lagi waktu dia dan Ainaa berpisah, di riba opahnya dia menangis sedih.
"Kau masih sayang dia?"
Pertanyaan Kasyaf mematikan lamunan Radzi namun tak sempat dia menjawab, suara yang memberi salam dari luar buat mereka berlima terus berdiri.
Radzi pula dah tersenyum lebar, "Opah aku dah balik!"
.
.
.
.
.
"Jemput minum cucu-cucu opah. Maaflah yang ni saja opah hidang. Tak sempat nak goreng cucur. Orang kampung panggil rewang," pelawa Opah Yom, opah Radzi kepada empat sahabat itu.
"Nama apa semua ni? Opah tak tahu nama. Radzi pun tak kenalkan dekat opah nama depa ni," tegur opah pada Radzi yang baru selesai meneguk air teh o suam dari cawan ya.
"Nak kenalkanlah ni, opah!" Getus Radzi lalu dia tersengih keji sambil menunjuk ke arah Lutfi, "Yang hitam manis ni nama dia Lutfi tapi opah boleh panggil dia Kasturi."
Lutfi baru nak angkat penumbuk apabila Opah Yom bersuara, "Kasturi? Waktu kecik dok rajin meratah asam limau kasturi ke?"
Burr!! Tersembur air teh dari mulut Aman mendengar soalan Opah Yom. Danny di sebelahnya dah terhinggut-hinggut bahu menahan ketawa. Kasyaf pula menunduk saja namun bahunya kelihatan bergegar, jelas dia cuba menahan tawa dari meletus.
"Kenapa sampai menyembur ni? Opah salah tanya ke?" Opah Yom kerut dahi memandang Aman.
"Tak... tak... soalan opah tu betul dah. Tepat mengena!" Balas Aman sambil tersengih-sengih.
Lutfi menggenggam penumbuk. Siot sekor-sekor! Ada ubi ada batas, ada masa aku balas. Tunggulah...
"Ni yang rendang ni nama apa?" Opah Yom pandang pula pada Danny yang sedang mencicah biskut mayat yang dipanggil roti oleh opah ke dalam air teh.
Danny yang asyik mencicah roti panggung kepala. Rendang, Opah Yom panggil aku?
"Ni nama dia Dhani, opah panggil Danny je. Acah-acah orang putih," balas Radzi.
Opah Yom mengangguk, "Ooo... yang segak ni?"
Aman tersengih bila Opah Yom menggelarnya 'yang segak', terasa kembang kuncup hatinya kala itu.
Radzi buat muka, "Segaklah sangat! Ini Zayyad Aiman tapi panggil Aman."
"Nama macam Arab," komen Opah Yom sebelum dia menuang teh ke dalam cawan Danny.
"Nama je macam Arab, muka Melayu tulen!" Ujar Danny.
Opah Yom ketawa, "Ni yang senyap je dari tadi nama apa?"
"Ni nama dia Ma, opah!" Jawab Lutfi laju sebelum dia bertepuk tangan dengan Danny.
"Ma? Satu suku kata je nama dia? Mudah sungguh..."
Kasyaf mencerun geram pada Lutfi sebelum dia ukir senyum pada Opah Yom, "Dia orang main-main je, opah. Nama Muhammad Kasyaf, boleh panggil Kasyaf je."
"Amboi, sedap-sedap nama kawan-kawan abang! Ada nama macam limau, ada nama macam orang putih, ada yang nama macam Arab, nama macam orang Melayu moden..." Opah Yom tersenyum sebelum menggeleng.
"Dah. Opah nak naik dulu. Jangan dok lama sangat kat bawah. Nak Maghrib dah ni. Satgi Radzi jangan lupa bawak Ainun pi supermarket kat pekan. Belikan barang untuk kenduri mak ngah nanti. Beli sekali barang dapur rumah ni. Bawaklah sekali kawan-kawan abang ni, boleh round pekan."
Radzi mengangguk saja, "Okey, opah!"
"Opah naik dulu, ya?"
Serentak mereka berempat mengangguk. Radzi yang tadinya berdiri terus duduk di tempat yang Opah Yom duduk tadi.
"Nama macam limau! Kahkahkahkah!" Danny dah gelak tergolek di atas pangkin.
Aman turut ketawa sambil menumbuk-numbuk batang pohon mempelam.
Kasyaf dan Radzi juga dah ketawa sehingga berair mata,
"Jebonlah korang!" Lutfi tarik muka. Aku agak dah... aku agak dah...
.
.
.
.
.
Bersambung...
p/s; Rindu KADLR? Saya pun 🤭
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top