BAB 22

Di rumah sewa Kacap dan Empat Orang Budak Kacak, suasanannya lain dari kebiasaan. Tiada suara Danny menggedik seperti biasa. Masin-masing sedang sibuk membuat tugasan masing-masing. Sebentar lagi, mereka akan bertolak ke kampung Radzi di Perak!

Aman menolong Lutfi memasukkan motorsikalnya ke dalam rumah sementara Danny memeriksa semua suis barangan elektrik. Kasyaf yang dibantu Radzi pula, sedang memasukkan beg mereka ke dalam bonet.

"Nah, beg last!" Radzi menghulurkan beg terakhir kepada Kasyaf.

"Beg siapa besar sangat ni?" Tanya Kasyaf sebelum dia memasukkan beg itu ke dalam bonet.

Radzi sengih lebar dengan soalan Kasyaf, "Beg aku!"

Kasyaf julingkan mata sikit sebelum dia menutup bonet keretanya. Dia kemudian ke rumah jiran sebelah, mahu memaklumkan ketiadaan mereka di rumah dan mahu meminta jiran mereka itu tolong tengok-tengokkan rumah sewa itu.

"Done! Semua suis dah tutup kecuali peti ais. Bilik kau dah kunci, Radzi?"

"Aman dah kunci kot," jawab Radzi sebelum dia meloloskan diri di tempat duduk belakang.

Danny kerutkan dahi sikit sebelum menjengulkan kepalanya ke dalam rumah, "Aman, pintu bilik kau dah kunci belum? Lutfi?"

Lutfi yang sedang mengunci tayar motornya dengan rantai besi mengangguk, "Dah kunci dah! Plug semua aku dah cabut."

Aman yang baru keluar dari bilik, angkat ibu jari apabila daun pintu sudah ditarik rapat, "Done!"

Danny angkat ibu jari pada Aman, "Siapa last kunci pintu dengan pagar!"

Mendengar arahan Danny, Aman cepat-cepat keluar dari rumah, "Lutfi, kau last! Kunci pintu."

Lutfi yang baru berdiri dari mengunci tayar tarik muka. Cis!

Aman dan Danny masing-masing mengambil tempat masing-masing di dalam kereta milik Kasyaf.

Selepas seketika, Kasyaf yang baru balik dari rumah sebelah turut mengambil tempat di kerusi pemandu. Tali pinggang keledar ditarik dan dipasang.

"Okey, siap!" Lutfi yang baru masuk dalam kereta bersuara tiba-tiba!

"Tayar motor kau kunci dah?" Tanya Kasyaf tanpa memandang Lutfi yang ada di tempat duduk belakang.

"Sudah!" Lutfi menyahut.

"Suis semua dah tutup?" Kasyaf bertanya lagi.

"Dah!" Aman yang duduk di tepi Lutfi menyahut.

"Boleh gerak dah?" Tanya Kasyaf sambil menjungkit kening pada Danny.

"Boleh, ma!" Serentak, mereka berempat menjawab!

Kasyaf buat tak peduli. Dia terus memulakan pemanduannya selepas dia selesai membaca doa di dalam hati.

"Wei, Danny... Jihan balik sorang je ke naik kereta kau?" Tanya Radzi selepas kereta Kasyaf bergerak meninggalkan kawasan rumah sewa mereka.

"Taklah! Ika teman dia.," jawab Danny sambil mengerling pada Kasyaf. Bibirnya dah terukir senyum mengusik.

"Kau nak kena tumbuk dengan aku?" Tanya Kasyaf tanpa memandang Danny. Tak ada benda lain. Kerja nak bahan aku!

"Tumbuklah... tak takut..." Danny meleretkan suaranya, dengan nada mengejek, "Eh, by the way Radzi... opah kau tak kata apa ke kita nak balik rumah dia ni?"

"Nak kata apa. Dia pun seronok," jawab Radzi. Teringat suara opahnya yang suka betul bila dia cakap dia nak balik dengan kawan-kawannya ini.

"Kau cakap ke kat opah kau ada orang nak berkenalan dengan dia?" Lutfi bertanya, serius.

Radzi ketawa, "Kau sungguh nak kena sembelih dengan opah aku!"

Serentak tawa mereka berlima pecah.

"Jangan nanti opah kau terberkenan dekat Lutfi sungguh, mampus kau nak menghalang!" Ujar Danny selepas tawanya terhenti.

Radzi senyum sebelum menggeleng, "Opah aku setia der... setakat budak berhingus macam Lutfi, tak adanya dia nak terpikat. Dia buat jadi cucu menantu, mungkin..."

Kasyaf yang sedang memandu bersuara kemudiannya, "Kau ada sepupu perempuan ke?"

Radzi angguk, "Ada. Tua dari kita ada, muda dari kita ada, sebaya pun ada."

"Lawa tak?" Danny pula bertanya.

"Ai, Danny... kampung Radzi tu jauh lagi, kau dah lupakan Jihan, ek?" Usik Lutfi.

"Lerr... aku tanya je," balas Danny sebelum tersengih, "Lagipun aku dengan Jihan kawan je."

"Yelah tu kawan..." Radzi pula bersuara dengan nada mengusik.

Danny menggeleng sambil tersenyum sebelum dia berpaling memandang Aman, "Senyap je, Aman? Kau okey?"

Aman yang macam termenung tersentak sikit sebelum dia ukir sengih, "Okey! Aku okey!"

Kasyaf sempat memandang Aman melalui cermin pandang belakang, hela nafas. Harapnya trip ni boleh buat Aman ceria semula...




"Kau nak beli apa, Kacap?" Radzi bertanya sambil matanya memerhati gerai-gerai yang ada di kawasan Rehat dan Rawat Rawang itu.

"Aku nak beli kopi. Budak-budak tu tadi ada pesan apa-apa tak?"

Tadi keluar saja dari Tol Guthrie, Aman menyuruh Kasyaf memberhentikan keretanya di mana-mana kawasan rehat dan rawat yang terdekat. Nak terkincit katanya!

"Aman tak ada cakap apa-apa pun. Danny nak air Pepsi. Lutfi dengan Aman, beli jelah apa-apa. Karang dibedal sampai habis jugak," jawab Radzi sebelum dia sengih, "Aku nak kopi jugak. Iced americano."

Kasyaf angguk kepala sebelum dia tuding jari ke sebuah kedai serbaneka yang ada di situ, "Aku masuk sini dululah. Makanan, kau belilah apa-apa."

Radzi angguk kepala sebelum dia melangkah menuju ke sebuah gerai yang menjual nasi lemak.

Sedang dia beratur menunggu gilirannya untuk membuat pesanan, dia terdengar suara seorang wanita seperti sedang memujuk di belakangnya. Dia berpaling ke belakang dan wajahnya berubah sikit. Cik Tak Ada Adab!

"Aku tak ada wet food, meow. Makan ayam goreng ni, ya?"

Suara yang lembut itu buat Radzi menggosok matanya, tak percaya. Biar betul Cik Tak Ada Adab tu boleh bercakap selembut itu.

Radzi terpaku sekejap bila dia nampak wanita itu mengukir senyum saat kucing yang ada di kakinya mula menjamah ayam goreng yang dia beri tadi.

"Kau beli makanan apa?"

Tersentak! Pandangan Radzi yang terpaku pada wanita itu terus berpaling memandang pada Aman yang sedang memerhatikan menu yang ada.

"Beli nasi lemak, okeylah kan?" Tanya Aman tanpa memandang Radzi.

"Ha!" Radzi angguk kepala sebelum dia kembali memandang ke arah wanita itu namun wanita itu sudah tiada di tempatnya tadi. Eh?

"Kau apahal ni? Akak tu dari tadi panggil kau!" Aman menyiku Radzi yang macam 'hilang' itu!

Radzi tersentak sekali lagi sebelum angguk kepala, "Ha, okey! Okey!"

Aman mengerutkan dahinya sedikit sebelum dia tepuk bahu Radzi, "Aku nak beli jajan sikit."

Radzi angguk kepala saja. Dia pegang dada sendiri bila sedar dadanya masih berdegup kencang! What the hell, man?

Aman kerutkan dahinya lagi sebelum dia berlalu tinggalkan Radzi. Ternampak puteri bunian gamaknya!



Sementara itu,

"Kau okey tak ni, Jee? Nak pergi klinik dulu ke?"

Soalan dari Ika buat Jihan yang sedang memejamkan mata, ketawa, "Aku okeylah! Sakit kepala sikit je. Aku dah makan panadol tadi. Kejap lagi okeylah ni."

Brrr! Bunyi getaran telefon bimbit Jihan buat Jihan buka matanya. Nama yang naik dinotifikasi Whatsapp itu membuahkan senyuman di bibirnya.

Danny
- Dah gerak ke?

Jihan
- Dah tapi baru keluar kawasan hostel
- Korang dah sampai mana?

Danny
- Baru kat Rawang ni
- Aman sakit perut
- Kena santau dengan adik PG agaknya
- Kacap dengan Radzi pergi cari kopi dengan jajan

Jihan
- Haipp... apa kata macam tu?-
- Lutfi buat apa?-

Danny
- Membuta-
- Aku... kau tak nak tanya?-

Jihan
- Nak jugak... 😒😒😒-
- Kau buat apa?-

Danny
- 😘😘😘😘-
- Tengah fikirkan kau 😉😉

Jihan
- 😖😖😖-
- Seminggu ke kau duduk sana?-

Danny
- Haa...-
- Kau balas mesej aku ni, siapa yang drive?-

Jihan
- Ika drive-
- Aku sakit kepala-
- Tak boleh nak drive-

Danny
- Teruk ke?-
- Makan ubat dah?-

Jihan
- Semalam tidur lewat kot, tu sakit kepala-
- Makan dah ubat-

Danny
- Kopi ada?-
- Asam?

Jihan
- Semua ada-
- Jangan risau...-

Danny
- Mana boleh tak risau...-
- Kau kan Sayang aku-

Jihan
- Yelah sangat...-

Danny
- Betullah-
- SAYANG ❤❤❤-

Jihan
- Malas layan kau-
- Aku nak tidur-
- Nanti dah sampai bagitau-

Danny
- Yelah...-
- Kau pun... dah sampai bagitau-

Jihan
- Okey 😊😊😊-

Danny
- Jihan...-

Jihan
- Ya?-

Danny
- Aku sayang kau-
- Jaga diri please-

Jihan yang membaca mesej terakhir dari Danny terpaku. Sakit kepala yang hadir tadi hilang begitu saja.

Ika yang perasan dengan perubahan wajah Jihan bertanya, "Kenapa Jee?"

Jihan geleng kepala. Kali pertama dia rasa kerisauan Danny. Kali pertama Danny ucap sayang tanpa emoji dan ini kali pertama, dia rasa Danny serius. Ini kali pertama juga selepas lima tahun, hatinya berdebar-debar kerana Danny!




Bersambung... 

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top