Jujurlah... Sayang! - Bab 7

MATAKU terasa silau menahan cahaya yang

menerobos masuk. Berkerut keningku menahan rasa perit.

Aku memandang sekeliling. Kosong. Tiada sesiapa di bilik itu.

Allah! Aku bangkit. Apa dah jadi? Tangan memegang kepala

yang tiba-tiba berdenyut. Aku cuba mengingat apa yang telah

terjadi.

"Ra... kau dah bangun." Suara Ajrun kedengaran dari

balik pintu.

Aku pantas panggung kepala.

"Run... apa dah jadi dengan aku?" Aku turut cemas

melihat riak Ajrun yang jelas tidak senang itu.

"Kau tak ingat ke, Ra?" Ajrun pandang aku dengan

riak muka pelik. Dia menyentuh ubun-ubun kepala aku.

"Jangan cakap yang kau amnesia tiba-tiba..." Ajrun masih

merenung aku dengan tajam.

Aku mencemik.

"Banyaklah kau punya amnesia. Kalau lupa ingatan,

macam mana aku tahu nama kau," balasku sedikit geram.

Ajrun gelak. Dan peristiwa tadi muncul dalam

benakku. Siapa lelaki bertopeng itu?

"Kau agak siapa, Ra?"

Aku geleng. Ketakutan merajai hatiku. Bimbang

kalau-kalau aku diintip seseorang tanpa sedar.

"Aku tak tahu. Dia pakai to... peng. Dia nak buat

sesuatu pada aku. Lepas tu..." Aku cakap tergagap-gagap

dengan air mata yang sudah mula berjurai di pipi.

"Dahlah tu... calm down. Kau dah selamat." Ajrun

menarik aku ke dalam dakapan. Belakangku ditepuk-tepuk.

Aku menangis teresak-esak di bahu Ajrun.

Membayangkan bagaimana lelaki bertopeng itu cuba

menyentuh tubuhku, aku merasakan lututku mula menggigil

sampai terasa urat saraf semakin longgar.

"Siapa? Siapa yang nak buat perkara tak senonoh

pada aku agaknya, Run?" Aku seakan menyoal diri sendiri.

Aku pernah berbuat khianat pada orangkah?

"Ra! Relaks, okey. Kau dah selamat kat sini. Dia

dah tak boleh ganggu kau." Ajrun kesat air mata di pipi aku.

Rambut yang mengganggu muka aku, dia rapikan.

"Aku dah okey." Aku tarik nafas panjang-panjang.

Tangan masih menggenggam tangan Ajrun yang menyamai

kedudukanku kala ini.

"Dia tarik tudung kau ke?"

Aku angguk.

"Bila dia tekup mulut aku... aku tepis. Masa tu kita

orang bergelut. Dia sempat tarik tudung aku. Eh, mana

tudung aku?" Aku pandang Ajrun. Baru perasan yang tudung

aku tiada.

"Kat tangga agaknya. Tak sempat nak ambil."

"Kurang ajar punya manusia. Tu tudung kesayangan

aku, tahu tak?"

Ajrun memicingkan sebelah mata.

"Whatever. Kita buat laporan polis dulu dan lepas tu

kau boleh berehat."

"Tak nak. Aku nak balik rumah sekarang..." rengekku

dengan muka kasihan.

"Tiket belum booking. Sabarlah, Ra."

"Tak nak. Aku nak balik sekarang. Aku takut ni."

Muka dah bertukar merah, menahan tangisan.

Ajrun mengeluh. Keras jiwa betul.

"Okey, nanti aku booking ticket untuk kau dan call

pa."

"Kenapa nak call pa pulak?" Aku mengerutkan

kening.

"Habis tu, siapa nak ambil kau kat airport?"

"Kau tak nak balik ke?" Aku pandang Ajrun.

"Aku tak habis kerja lagi."

"Tak naklah. Aku nak balik dengan kau. Telefon bos

kau sekarang jugak. Kalau dia tak bagi, memang mentallah

dia tu." Di luar sedar, aku memberontak marah dengan suara

yang agak kasar.

"Ra... aku rasa kau tak stabil sekarang ni. Aku hantar

kau masuk bilik dulu."

"Tak nak!" Suara aku dah perlahan semula. Tiba-tiba

aku rasa sedih dan sayu sebab Ajrun macam tak ambil peduli

pun pasal rasa takut dalam hati ini. Kenapa aku kena ada adik

kembar yang tak memahami aku ni?

Eh, sekejap! Kalau Ajrun nak hantar aku balik ke

bilik, jadi kami di mana sekarang? Aku pandang kiri kanan.

Baru perasan ini sememangnya bukan bilik kami. Lebih besar

dan lebih kemas.

"Where are we now, Run?" Mata aku penuh tanda

tanya.

"Why don't you just stay, Aira. I'll get two bodyguards

to protect you."

Aku terpempan pada saat suara asing itu masuk ke

telinga. Aku kehilangan kata-kata, terpaku di situ. Macam

biasa aje suara itu memecah gegendang telingaku. Aku

mengalihkan pandangan. Ternganga aku.

"You!!!" jeritku. Dan waktu itulah baru aku perasan

betapa ramai manusia yang sedang menyaksikan drama

sinetron air mata Aku-Ajrun sebentar tadi.

"Ma..." Aku sudah memeluk dan membongkokkan

diri.

"Ra... what happened?" Tanganku dicekup Ajrun.

"Kenapa bodoh sangat kau ni hah, Ajrun? Apasal

kau tak beritahu awal-awal yang ramai manusia kat dalam

ni? Kau tahu tak, aku tak pakai tudung. Tak pakai tudung!!!

Faham tak?" jeritku kuat di telinga Ajrun.

Air mata berderai jatuh. Rasa dah hilang harga diri.

Malunya... hendak diletak kat mana muka aku ni?

AKU MASIH termenung memikirkan peristiwa yang

menimpaku. Takut pun ada. Sudahlah ini kali pertama

aku bercuti ke Sarawak. Tiba-tiba berlaku sesuatu yang tak

disangka macam ni.

Semenjak peristiwa tu, memang aku dah tak dapat

nak keluar dari bilik tanpa berteman lagi. Ah! Kalau ikut

cerita Ajrun, aku pengsan ketika bergelut dengan lelaki

bertopeng itu dan nasibku baik kerana Noah yang melihat aku

kelam-kabut menuju ke tangga itu mengikut dari belakang.

Oh tidak! Muka aku dah membera bila dengar cerita

Ajrun itu. Nampaknya Noah perasan yang aku cuba lari

daripadanya. Okey... malunya!

Lantas, dalam erti kata lain, Noah yang

menyelamatkan aku, mendukung dan membawa aku

ke biliknya. Noah tidak sempat hendak mengejar lelaki

bertopeng itu kerana lelaki itu lari lintang-pukang apabila

ternampak Noah.

Noah memaklumkan kepada Ajrun apabila dia

ternampak telefon di tanganku sedang mendail nombor

Ajrun. Dari situlah Ajrun tahu keadaan aku. Pantas adik

aku yang tercinta itu masuk ke bilik hotel Noah, bersama

kawan-kawan sepejabatnya yang semuanya lelaki.

Perbualan dengan Noah tidak sampai 24 jam tadi

terbayang di ruang mata. Ah! Menyampahnya aku bila

mengingat muka nakalnya itu.

"Terkejut I bila nampak Ajrun datang-datang je bilik

I, terus peluk dan cium you."

Aku jeling dia.

"I tak sangka Ajrun yang ada dalam contact nama

you tu ialah pekerja I. Ketua Jurutera 2. Never crossed in

my mind that you are his twin sister." Noah memulakan

perbualan apabila semua dah keluar dari bilik itu. Kini hanya

tinggal kami berdua. Aku pegang hujung selendang yang

diberi Ajrun. Nasib baik Ajrun bijak, membawa selendang

untuk aku.

Aku membisukan diri. Tidak tahu kenapa aku kekok

dengan lelaki Cina ini. Tidak selesa apabila mata sepet itu

merenung tajam ke arahku.

"You berdua tak nampak iras pun."

"Tak semua twins sama. Lagipun dah namanya

kembar lain jantina dan kembar tak seiras," jawabku geram.

Lelaki itu tersenyum. Matanya yang sepet itu

bertambah sepet jadinya.

"Nice drama anyway. Manja." Dia tersenyum nakal.

Aku ketap bibir. Dia ni nak apa sebenarnya? Sindir?

Perli?

"Ajrun mana? I don't feel comfortable talking to a

stranger."

Noah mendekat apabila dengar aku cakap macam tu.

Aku telan liur apabila langkah kaki dia dah semakin mendekat.

Aku cuak. Hati aku dah berdebar lain macam.

Berdua-duaan dengan lelaki bukan muhrim macam ni

alamatnya pasti ada yang ketiga. Yang tak diingini.

"Are you sure that I am still a stranger to you?"

Noah menuturkan ayat itu. Aku menahan debar.

"Ajrun! Ajrun!" Aku jerit kuat memanggil Ajrun.

Hanya Ajrun sahaja harapan aku saat ini. Seketika, hati aku

membentak geram. Mana Ajrun ni? Kata nak keluar sekejap

je. Kenapa dia tinggalkan aku dengan bos dia yang tak boleh

blah ni?

"Syhhh... I'm not going to touch or do anything to

you. Don't worry. I boleh keluar sekarang kalau you nak. But

are you sure you will be okay on your own? I was so worried

for you."

Dalam takut, sempat lagi aku mencebik. Kenapa nak

risau pasal aku?

"I rasa kita patut laporkan kejadian ni pada polis,"

usulnya mengundang rasa tidak senang dalam hatiku.

"I tak mahu. Full stop."

"Aira... your life is in danger. Please reconsider your

decision."

"I tak mahu. I tak mahu susahkan hati keluarga I kat

KL sana tu. Yes, tadi memang menakutkan. Tapi sekarang I

rasa dah tenang dan semuanya akan kembali pada asal."

"Benda ni boleh berulang kalau you tak ambil

langkah untuk protect diri you. Lelaki tu memang target you.

I dapat rasakan dia memang nak buat sesuatu yang buruk

pada you. You get what I mean right?"

"Tak apa. Nanti dah balik, I will be safe. Insya-Allah."

"Aira..."

"Saya nak balik bilik. Mana Ajrun?"

"Just stay here, dear. Ajrun akan datang sekejap lagi.

Lagi satu, kalau esok you nak jalan-jalan, you boleh telefon I

melalui Ajrun. I boleh sediakan bodyguard untuk temankan

you."

Aku malas hendak mendengarnya. Apa dia ingat,

setelah berlaku kejadian ini, aku masih punya hati untuk

keluar lagi? Aku masih takut. Memang aku rasa menyesal

sebab tak dengar nasihat Ajrun. Konon hendak tunjuk protes.

Sekali kena, menyesal bukan main.

"Atau kalau you nak, I pun boleh temankan..." Manis

bergula senyuman Noah.

"Kenapa rajin sangat nak tabur budi kat I ni? Who

are you?"

Noah angkat kening tanda tak percaya dengan soalan

aku.

"You nak tahu siapa I?"

"Yes!" Aku mengengsot lagi ke tepi apabila Noah

mengatur langkah ke arahku.

"Bos Ajrun yang mental!" ujar Noah lalu terus

berlalu.

Aku terlopong tak percaya. Argh!!!

"RA! Apa kau berangan tu? Jangan fikir lagi pasal tu. Orang

gila kut yang ganggu kau tu. Sekarang, stop thinking about

what happened, okay?" Ajrun gosok bahu aku.

Aku sengih dan pandang sebelah.

"Aku dah baiklah. Cuma aku rasa sakit kepala dan

nak tidur," jawabku.

Ajrun yang sekadar pakai seluar pendek separas lutut

itu menekan alat kawalan jauh TV.

"Ermmm... tu yang aku nak dengar. Kau okey! Lega

hati aku tau." Ajrun mengusap dada sendiri. Amboi! Bukan

main lagi adik aku ni.

"Cuma aku confuse, kenapa lepas kes tu, kau selalu

sakit kepala?" tukas Ajrun, tapi aku tak memberi reaksi.

"Kau pergilah tidur, Ra. Have a good rest. Jangan

fikir lagi pasal lelaki bangsat tu."

"Ermmm... sorry tau, Run. Aku menyesal tak dengar

cakap kau." Aku tersengih manja. Ajrun menjulingkan

matanya ke atas. "Itulah, cakap orang muda tak nak dengar.

Nak juga ikut kepala sendiri yang tak berapa betul tu," bebel

Ajrun.

Aku tak menjawab sebab sedar kesalahan sendiri.

"Weh, aku dah cakap terima kasih dekat bos aku

sebab tolong selamatkan kakak aku yang tercinta ni. And

I expect you to do so too... as a token of appreciation atas

kebaikan dia yang dah tolong angkut kau masuk ke bilik."

Aku pandang Ajrun dengan muka tak berperasaan.

"Perlu ke?"

Ajrun bulatkan mata.

"Perlu. Sangat-sangat. Dan aku rasa kau patut pergi

urut belakang dia malam ni."

"Apa maksud kau tu?"

"Ehhh... mestilah. Sah-sah dia sakit pinggang dua

tiga hari sebab angkut kau tadi. Kau tu berat macam anak

gajah kut." Ajrun cakap sambil gelak.

"Ajrun!!!" jerit aku kuat.

Ajrun ketawa rancak. Langsung tidak hiraukan

kemarahan aku. Dia tahu, selalunya aku marah-marah sayang

aje pada dia.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top