Jujurlah... Sayang! - Bab 2

IQA tayang muka sepuluh sen tengok aku yang

masih leka dengan dokumen di tangan.

"He's crazy."

"Absolutely yes."

"Macam mana ni, Aira? Malas betul aku nak jumpa

manusia macam ni. Menyusahkan orang tak habis-habis.

Dia ingat aku ni apa? Lapang sepanjang masa nak melayan

kerenah dia? Dahlah aku tengok lelaki tu lembik semacam."

Aku menahan senyum. Ni marah ke apa ni?

"No idea. But then, why don't kau try explain pasal

konsep yang latest ni?"

"Huh! Dia tak naklah..."

"Do something, Iqa. Or else, you will end up in

trouble with the big boss."

Iqa menggaru kepala.

"Aku faham... memang nasib akulah kan. Tak boleh

nak kata apa lagi." Bunyi keluhan kuat keluar dari bibir Iqa.

Aku pandang Iqa. Aku jatuh simpati pada kawan nan

seorang itu. Terpaksa berhadapan dengan pelanggan yang

memeningkan kepala, memenatkan otak. Sungguh nasib

malang sudah jatuh ke atas riba Iqa. Dah nak dekat setengah

tahun juga Iqa bagi khidmat kepada pelanggan seorang ini

tetapi asyik tergendala aje. Lepas tu, sesedap hati aje nak

marah-marah orang bila benda yang patutnya dah selesai

masih tersangkut kat tengah jambatan. Sendiri buat hal,

salahkan orang pula... Itulah cerita Iqa.

"Guys... apa hal kau orang ni?" Rudi, Lilen dan Dot

menyendeng di dinding.

"Nah... have a look." Dokumen di tangan dihulur.

Dan mata mereka tajam menatap. Satu per satu.

"22 hari bulan 3. Eh... kau tahu tak tarikh hari ni dah

berapa hari bulan? Bos tahu tak?"

Aku dan Iqa saling berpandangan. Mengulum

senyum, mengangkat bahu.

"Guys... boleh tak kita orang tak nak cakap?"

"We are so innocent girls in the picture."

Rudi, Lilen dan Dot sama-sama angkat kening.

"Gila stres ke kau orang ni?"

"Not me," kataku.

"Tapi aku!" Jari Iqa tunjuk pada dada sendiri.

Kami sama-sama tertawa dengan gaya Iqa yang jelas

nampak tertekan itu. Lepas tu, semua masuk ke bilik sendiri.

Banyak lagi tanggungjawab yang menunggu.

"AJRUN, AKU kat depan ofis kau ni. Keluar sekarang jugak!"

jeritku di corong telefon. Memang aku dah tak sabar gila nak

balik ke rumah. Sampai dah terbayang tilam yang empuk lagi

nyaman.

"Ra... aku kat Damansara, ada date dengan client.

Kau datang ambik aku kat sini."

Terbeliak biji mata aku dibuatnya. Date. Yalah tu.

"Apa? Kau jangan cari pasal dengan aku. Kenapa tak

beritahu dari tadi? Menyusahkan betullah."

"Kredit aku habis." Ajrun dah jerit sama.

Aku menghembus nafas perlahan-lahan. Ajrun ni

memanglah!

"Itulah kau... aku suruh guna postpaid, tak nak.

Kedekut betul," rungutku.

Aku mula menghidupkan enjin balik. Dalam hati

dah menyumpah bagai. Berkecai impian nak sampai awal dan

rehatkan badan kat rumah.

"Ambik kat Damansara ye."

"Mana satu? Bagi detil boleh tak?"

"Aku kat Sun Inns Hotel. Kau tunggu kat bawah,

nanti bila sampai, call aku. Maybe dalam pukul 6.30 macam

tu aku siap. Kau pergi makan ke jalan-jalan dulu."

Aku ketap bibir dengan penuh perasaan apabila talian

diputuskan. Jalan-jalan? Dia ingat aku ni tengah bercuti ke?

Bila dah sampai di Kota Damansara, aku berhenti

makan di Djendela Giant Kota Damansara. Bukan main ramai

lagi orang. Aku memandang sekeliling. Persekitaran tempat

ini boleh dikatakan agak bagus, bersih dan ditambah lagi

dengan susun atur segala jenis kerusi dan meja makan yang

memang sekali pandang orang dah tahu ada kelas tersendiri.

Aku memesan cendol dan tomyam. Kemudian aku

berdiri kerana tak nampak satu pun tempat kosong. Sambil

tunggu tu, aku buat-buat layan telefon bimbit supaya tidak

nampak sangat aku ni macam orang kempunan nakkan

tempat duduk. Tapi mata masih melilau. Okey! Dah nampak.

Aku menayang senyum apabila makanan dah sampai.

Baru sahaja nak suap masuk mulut setelah lafaz bismillah,

suara seseorang mengganggu konsentrasiku.

"Cik, maaf... ni tempat duduk kami berempat.

Nampak tak kami ada tanda beg kat kerusi ni?"

"Hah?" Aku hampir-hampir ternganga bila kena

sergah macam tu. Padahal penyergah itu bersopan santun

benar. Errr... Aku mula keliru sama ada nak buat pekak atau

bawa diri. Tapi aku jatuh kasihan pula melihat perempuan

yang meminta itu. Ada bersama dengannya, tiga anak kecil

yang dalam lingkungan empat hingga enam tahun berderet

di belakang. Belum lagi dikira anak di dukungan. Aduh!

"Er, maaf puan. Tak nampak."

"Saya pun minta maaf juga, cik. Memang tak adil,

tapi anak-anak saya ni dah kebulur sangat."

Ya, aku nampak tu... Anak-anak itu terlongo melihat

makananku. Erk! Aku angkat punggung dengan berat hati.

Dua belah tangan dah penuh... aduh... mana tempat kosong

ni? Takkan nak makan sambil berdiri kut?

Okey... aci tak kalau aku bawak lari makanan ni

masuk kereta kejap? Lepas tu datang balik. Hesy! Idea nak

masuk lokap!

Anak mataku akhirnya singgah berlabuh pada kerusi

kosong. Tapi yang tak seronoknya, ada seseorang memakai

topi kat meja tu. Tengah baca majalah Mingguan Wanita,

mungkin nak hilang tension sementara tunggu makanan

sampai. Nampak macam lelaki je... tapi baca majalah

perempuan. Ke dia ni spesies dua alam? Tapi apa-apa pun,

aku tengah lapar ni. Hei... dia pakai fon telinga! Yes!!! Idea

bernas aku dah muncul.

Perlahan-lahan aku menarik kerusi. Dengan harapan

makhluk alam kat depan ni takkan perasan dengan kehadiran

aku kat sini. Kononnya!

Dan aku sungguh-sungguh lega bila manusia kat

depan yang menutup muka dengan majalah tu memang tak

sedar pun. Terus aku menyumbat makanan selepas membaca

doa makan dalam hati.

Dua tiga minit selepas tu...

"Sir, your order... " Pelayan kat situ tiba-tiba datang

bagi makanan. Alamak... Matilah aku kali ni! Erk... lelaki ke?

Aku perasan lelaki itu mula jatuhkan majalah dari

muka dan terus tengok aku. Tapi aku masih pura-pura ayu.

Aira Al-Imani sedang makan sambil tunduk.

"Thank you." Suara garau lelaki itu kedengaran.

Pelayan pun terus berlalu.

Rasa macam suasana sunyi sepi walaupun keadaan

sebenarnya hingar bingar. Aku buat selamba dan makan

sampai habis. Aku cuma nampak tangan lelaki tu yang tengah

pegang sudu untuk disuap ke mulut. Dan tiba-tiba aku dengar

lelaki itu batuk kemudian sambung makan semula.

Terima kasih sebab tak tanya apa-apa, getus hatiku

dalam senyuman manis. Aku mengambil mangkuk cendol.

Yummy... sedapnya! Lebih sedap daripada cendol dekat

Wangsa Maju. Selesai makan, aku terus capai beg tangan kat

riba dan bangun. Aku ayun langkah dengan perlahan tanpa

menyedari senyuman yang tersungging di bibir orang yang

kena tinggal dekat meja itu.

AKU MASIH senyum di dalam kereta. Senyum kemenangan

sebab tak pernah buat kerja gila, dan hari ni tercatat dalam

sejarah. Boleh beli buku 555 untuk tulis diari ni... Hahaha.

"Run, aku dah sampai." Aku cakap kuat-kuat sambil

cari parkir.

"Eh... aku tak siap lagi."

Kali ini aku rasa aku dah bengang. Sakitnya hati aku

dengan Ajrun hari ni.

"Aku tinggalkan jugak kau hari ni."

"Ra... janganlah kejam macam tu sekali. Kau tak

kesian ke kat satu-satunya adik lelaki kau ni? Aku ni kawan

dan adik lelaki kau yang paling baik hati, mulus, sopan,

innocent, berwibawa, ber..."

"Make it short, Ajrun!" Keras suara aku. Panjang

berjela pula dia memuji diri sendiri.

"Opss... okey. Aku dah cakap pukul 6.30 kan! Ni baru

pukul 5.45. Sekejap ya. 45 more minutes. Ni klien penting

tau. Penting!"

Aku pusing-pusing kat situ sebab susah nak jumpa

parkir. Perut pula dah kenyang gila. Pendingin hawa kat

dalam kereta menambah rasa nyaman. Tiba-tiba aku rasa sakit

perut. Aku pegang perut. Aduh! Sakitnya. Berkerut-kerut

dahiku menahan sakit.

Aku cuba telefon Ajrun berulang kali tapi tak dijawab.

Apa aku nak buat ni? Aku menekan pedal minyak agak kuat.

Memandu kereta, mencari tandas awam kalau-kalau ada. Tapi

hampa.

Arghh! Aduh... dah tak tahan ni! Nak dekat 15 minit,

aku tersesat sebab yang aku nampak hanya banglo-banglo

serba mewah. Masya-Allah... aku dah tersesat masuk taman

perumahan elit pula ni.

Apa aku nak buat ni? Aku dah tak tahan. Aku brek

di depan sebuah banglo mewah dua tingkat. I need Waze.

Tolong pandu aku ke jalan yang benar lagi selamat. Haip! Tapi

sungguh, perut aku memulas sangat ni. Buntu.

Aku keluar dari kereta. Tak tahan sangat. Kat dalam

kereta tu dahlah sejuk, menambah rasa sakit pada perut

aku aje. Mata aku berkalih pandang pada sebuah banglo di

hadapan mata. Boleh tak aku masuk ke dalam rumah ni

untuk tumpang tandas?

Tak sampai seminit, aku dikejutkan dengan sebuah

Audi S5 Sportback yang melintas di depan aku. Ternganga

mulut aku. Dalam sakit-sakit perut, aku sempat lagi

mengintai. Huish... Cermin gelaplah pulak.

Aku perhati lama-lama. Eh, ni rumah dia ke? Bila

aku tengok pagar banglo tu terbuka perlahan-lahan, aku dah

ada niat jahat. Ampun cik adik!

Bila Audi tu dah meluncur masuk ke dalam lot parkir

dan pintu pagar itu perlahan-lahan tertutup, aku terpacak di

hadapan pagar berwarna keemasan itu.

Aku gelabah apabila lelaki yang keluar dari dalam

Audi dengan telinga yang melekat dengan fon telinga itu

langsung tidak perasan akan kehadiranku. Bahagia sahaja

langkah diatur ke dalam rumah dan saat pintu tertutup

kemas, semangatku merudum jatuh. Oh tidak! Aku perlu cari

jalan untuk menunaikan hajat ini...

Aku menekan loceng seraya melaung kuat.

"Assalamualaikum!"

Senyap! Sunyi! Sepi!

"Assalamualaikum!" Salam aku beri lagi. Aku dah

cuak. Nanti tak pasal-pasal terburai kat sini. Hesy... cepatlah

keluar. Aku menelan liur. Menahan sakit perut.

"Assalam..." Belum sempat aku menghabiskan

ucapan salam, terjengul seorang lelaki di situ dengan gadget

di tangan. Tidak lama kemudian, pintu pagar mula terbuka

perlahan-lahan. Aku terpempan. Mataku sedikit membulat.

Imej lelaki itu jelas menakutkan aku. Berjambang penuh satu

muka. Nasib baik tidak menutup mukanya yang agak cerah

itu. Aku meneguk liur yang terasa kelat. Keresahan menapak

dalam hati. Apakah aku sedang menyerahkan diri ke mulut

harimau?

Mata sepet itu memandangku. Sedang hatiku masih

berbicara waswas. Is this Wolverine? Gengster? Pak Arab?

Cucu Pakistan? Err... a Chinese?

Muka dia ni memang ada aura perogol bersiri.

Keningnya terangkat sedikit, dalam diam

menghantar pertanyaan... Apa yang aku mahukan?

"Who are you?" Suara serius itu buat aku melangkah

setapak dua ke belakang. Jawablah salam aku dulu.

Seketika kemudian, telefon dilekap ke telinga kiri.

"Yes..."

Okey, aku tak faham. Dia cakap bahasa Cina.

Aku pandang sekeliling. Aku rasa aku sedang menempah

malapetaka. Kalau aku tak lari, memang bala bakal menimpa.

Aku mulai takut dengan tindakan gila sendiri.

Aku mula mengundur tetapi tidak lama, belum

sampai dua tapak aku melangkah, lenganku dipaut agak kasar.

"Excuse me..." Bulat mata aku seraya menepis tangan

sasa itu. Kami saling berpandangan. Kali ini, telefonnya

sudah ditutup.

"Who are you?" Mata itu tajam mencerun ke arahku.

"I... I..."

"Friend of Jammy?"

"Hah?"

"Come inside."

Bibirku terbuka sedikit. Aku bagaikan di

awang-awangan. Apa yang sedang berlaku ni?

"You can wait for Jammy inside. I'm going to take

my shower." Aku terkebil-kebil di situ. Sakit mental ke

mamat ni? Jammy mana pulak ni? Ingat aku datang ke sini

sebab nak jamming ke? Bukanlah. Aku nak... errkk...

"Tandas mana?"

Matanya kian sepit mendengar soalan yang terpacul

dari dua ulas bibirku.

"Pardon?"

"I nak guna tandas kejap."

Lelaki tu mengerutkan kening. Pastilah dia

kebingungan dengan permintaanku.

"You nak apa?" soalnya bagai kata-kataku sebentar

tadi tidak masuk ke telinganya. Aku agak tentulah dia sekadar

mahukan pengesahan.

"Pinjam toilet," balasku agak kuat. Bukan marah,

sekadar mahu meyakinkan dia bahawa aku tak ada masa

untuk bergurau senda saat ini.

"Near the kitchen."

"Dapur kat mana?" Sungguhlah hari ni aku terpaksa

buat muka tak malu.

Kali ini mata sepet itu tajam merenungku.

Bertambah kerut di dahi lelaki tu.

"There." Tangan ditunjuk ke sebelah kiri.

Aku berjalan laju-laju. Memang tak tahan sangat dah

ni! Segera aku mengorak kaki ke ruang yang dimaksudkan.

Akhirnya jumpa juga tandas kat sebelah dapur tu. Sebelum

aku melangkah masuk, sempat aku berpaling kepada lelaki

itu. Dari arah belakang, kulihat dia menggaru pelipis. Ah,

pedulikan dia!

Tidak menunggu lama, hajat yang kutahan daripada

tadi berjaya dilepaskan.

Beberapa minit kemudian, aku keluar dengan

perasaan lega. Okey, nak balik. Alamak... Ajrun! Baru aku

teringat dekat Ajrun bila perut dah rasa selesa. Aku jalan

laju-laju untuk keluar dari banglo ini.

"How did you get in here?"

Aku menghentikan langkah lalu pandang belakang.

Mataku membulat. "Maaa!!!"

Aku ketakutan. Terus lari lintang-pukang ke luar

banglo. Menggigil lutut aku waktu itu. Sungguh tak percaya

dengan apa yang aku lihat sebentar tadi dengan mata kepala

otak sendiri. Eh... bogel... bogel... lucah... rosak mata aku!

Ma... pa... lari! Tolong! Seksi dan seksa!!! Hanya ayat tu je

yang ada kat dalam kepala aku sekarang ni, membayangkan

apa yang aku nampak secara tak sengaja tadi. Kejam sungguh

kejadian yang menimpa diriku pada petang yang dah nak

masuk maghrib ni.

Aku tak nampak apa-apa. Tak! Tak! Aku seperti sudah

tercabut wayar. Oh... what the hell! Pintu pagar berkunci. Apa

aku nak buat ni?

"Hello, girl..." Kedengaran suara lelaki itu di

belakang. Aku rasa nak menangis sekarang ni. Mana aku nak

lari? Macam mana ni? Ya Allah!

"Hello Muslim girl... where do you think you're

going? You know you can't get out from here." Suara itu

seakan menyindir nakal.

Aku membalikkan badan. Tak mampu buat apa-apa

lagi. Kena hadap juga walaupun tak nak dan tak ingin. Dah

buat kerja gila, terpaksalah aku menghadap kegilaan ini.

Aku pandang dia. Err... tapi... nasib baik berbaju.

Eee... ada ke keluar tegur orang dengan sekadar bertuala

sahaja? Geli!

Aku tarik nafas. Kalau ikutkan hati, nak je aku

buat lompat pagar sekarang ni tapi acara lompat pagar yang

separas pinggang kat sekolah dulu pun tak lepas, inikan pula

pagar yang melangut tinggi ni.

"How did you get in here?" Dia bagi soalan yang

sama macam tadi.

Aku diam tak terkata apa. Apa makna soalan mamat

ni? Walaupun aku macam penceroboh, tetapi gelaran itu tak

valid lagi apabila dia sendiri yang membenarkan aku masuk

tadi.

"Hello... I am talking to you?"

"Talking to me?" Aku macam dah hilang akal kat

situ.

"Exactly."

"You asked me to come inside."

Ada senyum sinis di bibir lelaki itu. Pandangannya

penuh makna tersirat. Aku tidak mampu menebaknya dalam

keadaan gusar begini.

"Kenapa you masuk sini?" Huh! Ingatkan tak tahu

cakap bahasa Melayu mamat ni.

"Kan nak tumpang bilik air," jawab aku.

"Bilik air? Bukan tandas ke?" Ayat perli tu buat aku

jeling tajam pada cucu Pakistan yang masih senyum sinis kat

sebelah. Huh... bukan cucu Pakistan... tapi mamat seksi yang

seksa.

"Lebih kuranglah tu."

"Really?" Dia angkat kening double jerk. "Not to

me."

"Terpulanglah"

"You are not a friend of Jammy?"

"Nope!"

"Then?"

"A stranger that want to use a toilet. Just for a

while."

Terus lelaki Cina tu gelak kuat-kuat.

Bukan main panas lagi hati aku saat dengar dia gelak

macam tu.

"That's funny, dear." Tidak semena-mena ayat itu

terluah dari bibirnya. Ayat yang tak boleh diterima otak. Apa

yang kelakar, aku pun tak tahu. Aku rasa percakapan kami

ketika ini bukan main serius lagi.

"Boleh tolong buka gate tak? I nak balik."

"That easy? Without any thanks? Not so fast..."

Aku tayang senyum palsu. "Thank you!"

Gelak lagi.

"If I didn't have work to do now, I wouldn't let you

go off so easily," ujar lelaki itu sambil menekan remote pagar

banglonya.

Aku menghela nafas lega. Aku mula angkat kaki.

Lelaki berkulit cerah yang sorang itu masih tidak berganjak.

Erm...

"Sir."

"Yes?"

"I think you are rich enough..."

Dia menjongket kening, bertanya tanpa suara.

"To buy a shaver." Aku gelak sinis apabila tengok

giliran si dia tu pula yang ternganga.

"Hey!" Aku terjerit apabila lenganku digenggam

kejap. Aku cuba tepis tapi tak berdaya.

"Hands off!" jeritku.

"I'm also thinking that you are the first girl I've met

in my life..."

"Apa?" soal aku dengan muka berang.

"Who could finish a bowl of cendol tomyam while

completely ignoring me."

Aku tenung lelaki itu dengan mata yang sungguh

terbeliak.

"Yes, you sat in front of me."

Cengkaman di lengan terlerai. Tiba-tiba aku

merasakan kepalaku dihempap sehingga pengsan. Oh...

kegilaan apakah yang sedang menimpa diriku pada petang

yang mulia ini?

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top