Jujurlah... Sayang! - Bab 10

AKU ketap bibir entah buat kali ke berapa.

Samsung di genggaman, aku cengkam kuat. Rasa dah

terbakar hulu hati aku. Budak Noah ni memang tak faham

bahasa. Aku cakap tak nak tu, maknanya taklah.

Semalam, waktu aku tengah lepak-lepak depan TV,

tiba-tiba aje ada panggilan masuk. Bukan main terkejut lagi

aku apabila private number tu rupa-rupanya milik Noah.

"You dapat mana number I ni?"

"You agak?"

"Noah... jangan main-main, boleh tak?" suaraku

keras memberi amaran. Geram.

Noah gelak.

"Jangan main-main? Main apa, sayang?"

"Don't call me again. I offkan phone."

"Ajrun!"

"Apa???"

"Adik you tu pekerja yang berdedikasi lagi cemerlang.

Bila I cakap nak pinjam phone, dia terus je bagi. Hmm...

you can guess what happened next... right?" Noah berterus

terang.

Huh, kurang ajar! Ada ke patut dia menggunakan

kenaifan adik aku tu untuk dapatkan apa yang dia nak. Lepas

tu, 24 jam ganggu ketenteraman hidup orang.

"I tak suka you call I. And in fact, suara you tu buat

I rasa nak muntah."

Noah gelak sinis.

"Really? But what can I do... suara you yang manis

ni buat I tak lena tidur. Sungguh, I rindu."

Aku mula menggigil kepala lutut saat mendengar

suara Noah yang seram itu. Huh! Tolonglah jangan nak

berbisik dalam kelambu macam ni. Tolong!!!

"Noah, please... jangan ganggu I lagi, okey."

"I sayang you."

Mataku membulat. Terkebil-kebil tidak percaya.

Sungguh ke telinga aku okey sekarang ni? Jantung kencang

macam nak roboh. Kalau jantung aku ni boleh ukur tahap

kelajuan gempa bumi, nescaya hancurlah semua sistem

dalam badan aku. Lambat-lambat air liur aku telan.

"I tak tahu sejak bila, tapi I sungguh sayang you. I

really mean it..."

Dan tanpa sedar, punat merah aku tekan laju. Mata

aku pejam rapat-rapat. Abaikan!

Keesokan harinya , aku ke pejabat Noah. Dalam hati,

sempat aku menitipkan doa supaya lelaki itu tidak akan

muncul di hadapanku. Aku tidak mahu dia mengganggu

tugasku sekali gus mengacau-bilaukan sekeping hati ini.

Juga tidak mahu Ajrun perasan yang bosnya sedang cuba

mendekati diriku.

Eee... aku cuba bayangkan reaksi terkejut Ajrun

kalau dia tahu Noah sudah berkali-kali menelefonku. Tak

boleh! Tak boleh! Pastilah aku akan disoal siasat oleh Ajrun

nanti.

Namun meleset sama sekali apabila Noah hadir di

ruang mata saat aku melangkahkan kaki ke ruang pejabat.

Lelaki itu tersenyum menyambut kedatanganku. Hari ini,

aku datang seorang, sekadar mahu mengusul dan memberi

keputusan mengenai perabot dan aksesori yang bakal

digunakan untuk tujuan ubah suai.

"Hai dear..." Berubah muka aku apabila Noah

selamba menuturkan ayat itu.

Aku menghadiahkannya jelingan tajam.

"Eh, you tak mahu sapa customer you?"

"Hello Mr. Noah. Nice to meet you again. I nak ke

bilik Encik Ajrun, excuse..." Aku senyum yang dibuat-buat

sebelum mula mengorak langkah.

"Ajrun is not around. You discuss dengan I."

Laju aku menoleh. Menatapnya dengan kerutan.

Noah sekadar beriak selamba. Bincang dengan dia? Tetapi

bukankah semalam, kata Ajrun...

"Dia ada kerja kat luar. Jom, kita berbincang kat bilik

I."

Aku masih tidak berganjak. Apakah ini salah satu

muslihat Noah untuk mendekatiku?

"Setahu I, sebelum ni I berurusan dengan Ajrun,"

kataku, masih tak berpuas hati.

"Syarikat ni I yang punya, so anything related to it,

it's under me. You berbincang dengan Ajrun sebelum ni sebab

I ada kerja kat luar. Hari ini, I ada kat sini."

Mendengarkan balasan Noah, terpaksa juga aku

membuntutinya. Kami melintasi meja setiausahanya yang

mesra menyapa kami dengan ucapan selamat pagi.

Aku menjejakkan kaki ke bilik kerjanya. Aku kagum

dengan susun atur biliknya yang tampak sempurna sekali di

mataku. Noah segera mempelawa aku duduk.

Anehnya, sehingga beberapa minit aku

menghenyakkan punggung di kerusi, dia masih juga berdiri

tegak di sebelahku, sehingga memaksa aku mendongak ke

arahnya.

Aku tersentak. Kedudukan kami begitu rapat

sehingga wangiannya semerbak menusuk hidungku. Mata

lelaki itu merenungku dalam, seakan tidak mahu dilepaskan

sedetik pun. Aku berdeham seketika, menghilangkan rasa

celaru dan gelabah yang menjenguk tiba.

"You ni dah kenapa? Please, keep your distance. I tak

selesa."

"I buatkan you tak selesa?" soal Noah lunak, dengan

senyum yang menguntum manis.

"Ya. You buat I rasa panas satu badan," gerutuku

agak tinggi.

Tetapi Noah sekadar ketawa kecil.

"I sudi berkongsi panas tu dengan you. Ermmm... I

boleh beri you kehangatan kalau you nak..." sengihnya nakal.

Dadaku berombak kasar. Tanpa mengendahkan

renungannya, laptop aku buka.

"I nak tunjukkan beberapa perabot dan aksesori

untuk ruang lobi kat sana tu..."

"Kenapa you off your phone semalam, dear? I

buatkan you tak selesa juga ya semalam?" usiknya yang

kedengaran mesra.

Aku mendecit.

"Mr. Noah, be professional please. I tak nak

campurkan urusan peribadi dengan kerja. I banyak lagi

urusan di pejabat. Tolong jangan bazirkan masa berharga I

dengan hal macam ni. I prefer to work with Ajrun if you keep

behaving like this," ucapku tegas.

Noah kaget. Buat seketika, kami saling berpandangan

sebelum aku membuang pandang.

"Kerja boleh settle bila-bila, tapi hati I tak. I perlukan

jawapan you."

"Jawapan apa?" Nada suaraku makin menekan.

"I love you. I dah cakap dengan you sebelum ni, kan?

I nak jawapan daripada pihak you."

"No. The answer is no. Shall we begin our

discussion?" putusku pantas. Aku mengalih pandangan

pada laptop. Membuka folder yang sudah aku siapkan untuk

tugasan hari ini.

Noah melepaskan keluhan kasar.

"I tetap nak you. Jawapan you ya atau tak, I tetap

akan dapatkan you. By hook or by crook."

Aku pura-pura tidak mendengar. Makin dilayan,

makin menjadi. Sudahnya Noah bergerak. Aku terpinga-pinga

tatkala dia menarik sebuah kerusi lain dan duduk di sebelahku.

"You buat apa ni?"

"Duduk. You nak mula, kan?"

"Hei... duduk sajalah kat depan sana!" Aku

betul-betul rimas dengan gelagat Noah. Sudahlah duduk di

sebelah, dekat pula tu!

"Cik Aira, I pelanggan you. You tak ada hak nak

tentukan mana I nak duduk. I nak you mula sekarang. I

pun tak mahu you bazirkan masa berharga you hanya untuk

persoalkan mana I nak duduk."

Aku terkebil-kebil mendengar balasan Noah yang

berubah serius. Argh! Tentunya dia sengaja memprovokasi

aku.

"Let me review the details before we proceed." Fail

biru di atas meja dibelek Noah.

Dek terkesan dengan nada suaranya itu, buat

beberapa minit, aku sekadar merenung kosong skrin laptop.

"Sebelum I duduk atas paha you, I rasa you boleh

mula," perli Noah.

Aku menjelingnya. Dalam geram, perbincangan

diteruskan juga. Aku mulakan dengan pemilihan jenis dan

warna sofa, wallpaper yang mahu dilekatkan pada dinding,

centrepieces untuk bahagian sudut atau ruangan tengah dan

beberapa perkara lagi.

Buat 15 minit pertama, Noah memasang telinga

dengan teliti, tetapi untuk minit-minit seterusnya, aku

rasakan matanya lebih banyak merayap ke segenap wajahku.

Ada ketikanya, dia seperti sengaja menyoal berkali-kali walhal

aku yakin dia tahu dan faham. Agaknya dia memang mahu

menaikkan darahku. Aku rasa apa yang aku sampaikan tadi,

lalu bagai angin sahaja di telinganya. Huh, suka hati dialah!

Yang penting, kerja aku lancar.

"I setuju."

"Yang mana satu? You lebih berkenan warna terang

atau gelap?"

"I setuju dengan kata hati I yang you memang

cantik." Noah tersengih nakal.

Aku mengetap bibir. Dadaku berombak kasar.

"I'm done Mr. Noah. Ada apa-apa yang you tak puas

hati, you boleh cakap dengan Ajrun. Nanti I akan explain

balik pada dia."

Laptop aku tutup sebelum menolak kerusi. Melayani

kegilaan Noah memang satu cabaran. Perlukan kesabaran

yang tinggi.

"Aira..." Dia seperti terpinga-pinga melihat

tindakanku.

Aku mahu balik.

"Stop! Jangan dekat dengan I lagi. Tentang apa yang

I bincang dengan you tadi, I yakin... 90 peratus daripadanya

tak masuk dalam otak you. I tak nak ulang banyak kali

terutamanya kepada pelanggan yang tak beri tumpuan

macam you."

"Aira! Aira! Okey, I minta maaf. Kita sambung?"

"Soalan terakhir I ialah, you nak pilih warna terang

atau gelap? Kalau susah sangat nak fikir, boleh pass jawapan

pada partner I. That's it for today."

"Aira... I minta maaf. Please, jangan keluar dulu,

sayang. How about lunch together?"

"I nak keluar." Panggilannya tidak aku hiraukan.

Ketika daun pintu dikuak, langkahku terhenti melihat Ajrun

di hadapan pintu. Tangannya kaku di hadapan. Agaknya tadi

dia berura-ura mahu mengetuk pintu.

"Hai darling... done?"

"Hai bos..."

"Hmmm... Ajrun, semuanya lancar. I suka bekerja

dengan adik you. Errr... I mean, kakak you." Noah menjawab

laju.

"Jom Run, kita lunch," ajakku seraya menyauk

lengan Ajrun. Sempat aku dengar Ajrun berpamitan dengan

Noah sebelum kami meninggalkan ruangan itu.

NOAH LANGSUNG tidak berhenti menggangguku. Kalau

boleh, mahu sahaja aku lenyap dari muka bumi ni, biar lelaki

itu terkapai-kapai sendiri, dan biar aku rasa aman seketika.

Sudah berkali-kali aku terpaksa on-offkan telefon pintarku

hari ni, kononnya tidak mahu mendapat gangguan daripada

lelaki itu yang terus mengacau-bilaukan kesejahteraanku.

Sampai saja ke rumah, tuan doktor gigi dah

membebel sebab bila telefon aku, selalu saja masuk ke voice

mail. Ampun pa, bukan salah akak, lelaki tu yang tak faham

bahasa Melayu.

"Aira, kenapa muka macam senteng je kau ni?" Aku

mencemik tengok Iqa yang senyum bahagia kat depan mata.

Ni masalah negara weh!

"Tak ada apa," jawabku malas.

"Ek eleh... tak ada apa konon. Dari tadi lagi aku

tengok kau ni hilang fokus. Apasal? Sharing is caring..."

"Adalah. Malas nak story. Tak penting pun. Anyway,

lama tak jumpa kau, kan? Satu ofis, tapi tak sempat nak

jengah muka kau weh."

Iqa gelak.

"You are right. Tapi aku ada something nak inform

kau." Iqa sudah tarik kerusi di depan aku sebelum melabuhkan

punggung di situ.

"What is so important, dear?"

"Er... ermmm... I'm engaged."

"What the...?" Mata aku sah-sah terbeliak, ternganga

terus aku kat situ. Hei, sampai hati tak beritahu aku.

"Bila?"

"Yesterday."

"Kenapa tak beritahu aku?" Aku tayang muka

merajuk. Konon mengaku aku ni best friend forever, tapi

bertunang senyap-senyap. Waaa, sedihnya!

"Sorrylah. It was unplanned at all. Aku pun terkejut.

Memang tak jemput sesiapa pun. Tak apa. Nanti aku nikah,

you are the first person I'm inviting. I'll lay out the red carpet

for you, I promise."

"Family arrangement." Seingat aku, teman lelaki

Iqa dah jadi exnya pada dua bulan lepas. Takkan dalam masa

sesingkat ni, Iqa dah ada pengganti? Sungguh bertuahlah

badan.

"Yup... but I just love that guy. My first love..."

"Wuuu..." Aku bersorak suka.

"Siapa? Aku pernah jumpa tak?" tanya aku. Yalah,

aku mana pernah menjadi peneman Iqa setiap kali dia pergi

dating. Pendek kata, aku memang tidak pernah kenal semua

teman-teman lelaki yang pernah Iqa ceritakan kepadaku.

Aku tahu pun melalui cerita-ceritanya sahaja. Namun,

betapa untungnya Iqa, kerana dia selalu bercinta dengan

orang-orang kaya yang selalu memanjakan dirinya.

"Weh... ajaklah dating. Aku nak tengok juga taste

kau tu," sakatku.

Iqa geleng.

"I don't think so. Sebab aku keluar dengan dia pun

sekali dua je."

Aku gelak.

"Sekali dua? Kau biar betul? Tak takut ke kahwin

dengan orang yang kau tak kenal hati budi ni?" tanya aku

hairan. Mungkin sebab inilah aku susah nak berteman.

"Nama pun family arrangement. Kalau dah cinta

separuh mati tu, bukannya family arrangement lagi."

"Aku langsung tak pernah expect yang kau in the

end of the day, kahwin dengan your family's choice. Kalau

nampak gaya kau, macam akan pilih pasangan sendiri."

Iqa gelak.

"You are not alone. Aku pun tak sangka aku jadi anak

yang patuh macam ni. Doakan aku."

"Of course... Insya-Allah..."

Tiba-tiba aku jadi sebak sendiri. Aku bakal

kehilangan seorang lagi teman rapat. Kalau ikut pengalaman,

bila kawan-kawan yang sudah berumah tangga ni, dengan

sendirinya mereka akan kurangkan aktiviti bersama

teman-teman. Yalah, mestilah keluarga lagi dipentingkan.

Untuk itu, aku tidak menuding jari, menyalahkan sesiapa.

Cuma aku terasa sendiri, sementelah setakat ini aku pun

belum berpunya.

Hai... kalau macam ni, aku kena cepat-cepat cari

calon.

"Aku kena pergi jumpa Puan Jamiliah petang ni." Iqa

menukar topik.

Aku mengangguk. Memang dia dah ambil alih tugas

aku itu.

"Kesian kat kau kena marah dengan Mr. Choo. Sorry,

aku tak dapat nak tolong kau." Iqa mengusap lenganku. Aku

hanya tersenyum manis.

"It's okay, Iqa... dah lama. Aku dah tak terfikir nak

rasa sedih kena reject dengan Mr. Choo. Lagipun mungkin

memang aku yang salah. Aku ada dengar Ruden cakap, Puan

Jamiliah okey je, tapi kita sama-sama kenal Mr. Choo, mana

dia suka kalau staf dia salah sikit. I learn a lot through those

mistakes anyway," ujarku lebih kepada mahu menamatkan

perbualan mengenai kemarahan Mr. Choo kepadaku.

AKU TERPANAR melihat Noah yang bersandar sambil

memeluk tubuh di keretaku. Hari ini, lelaki itu memakai

seluar slek dan baju kemeja berjalur warna jingga. Berkerut

dahiku. Apa dia buat kat sini?

"Aira!" Noah sudah mengejar apabila dia nampak

aku cuba berpusing ke belakang.

"Aira!" jerit lelaki itu lagi.

"Ada apa?"

"I nak jumpa you. Kita keluar makan, jom?"

"Tak naklah."

"Aira, please... I call, you off phone. I nak jumpa, you

tak nak. Please, sayang..."

Hendak termuntah aku dengar dia panggil aku

sayang.

"I tak nak ada apa-apa kaitan dengan you. Please

Noah, I beg you... stay away from me."

Aku cuba melangkah ke kereta namun nyata gagal

apabila Noah lebih pandai menghalang langkahku.

"I betul-betul dah jatuh cinta dengan you, Aira..."

kendur suara Noah. Matanya merenung tajam ke arahku.

Aku terkedu, menelan liur. "Errr... I..."

"I'm going crazy over you! I don't know how...

please... Kalau boleh, I nak jadikan you someone special in

my life," rayu Noah.

Tiba-tiba aku kelu dengan sikap berterus terang

Noah ini. Berani betul dia ni.

Aku kebingungan. Apakah Noah sedang melamarku?

Kata-kata cinta itu terasa meresap ke hati. Aku tidak dapat

menelah hati sendiri. Sukakah aku kepada lelaki yang bukan

sebangsa denganku ini? Apakah perasaan aku terhadap Noah

yang jelas bukan seagama denganku?

"Kalau tak boleh?" balasku menahan rasa gugup.

Noah tersenyum kecil. Aku mula menggeletar

apabila bibirnya rapat ke telingaku.

"I nak bolehkan juga. What do you think?"

Aku menjauhkan diri. "Noah, please... jangan

macam ni. I tak selesa. I tak rasa kita boleh jadikan hubungan

ni something special. Let's just be friends. Okay?" cadangku.

"Macam mana I nak expect you only as a friend

kalau memang I dah rasa lebih daripada tu?" bentak Noah,

tidak bersetuju.

Aku melepaskan keluhan.

"Banyak benda yang menghalang, Noah." Sungguh,

sebenarnya itulah yang sentiasa bermain dalam fikiranku saat

dia melontarkan rasa hati dulu. Mana mungkin kami bersama

jika terlalu banyak perbezaan. Yang paling menyesakkan

dadaku ialah mengenai agama. Sanggupkah dia?

Noah menatapku.

"Apa maksud you, Aira? Oh God... maksud you,

Ajrun? Ajrun tak suka you dengan I ke?" Noah bulatkan mata,

tidak percaya. "Aira dear, kalau pasal Ajrun, you tak perlu

risau. I akan slow talk dengan dia," pujuknya.

"Ini bukan pasal Ajrun. Dan adik I tu tak ada kaitan

pun dalam hal ni."

"So, apa masalahnya?" Noah bertanya dengan

pandangan kosong.

Aku membisu. Apakah aku sedang memberi jawapan

ya kepada lamaran Noah apabila aku memanjangkan isu ini?

"Jom cari tempat makan. Then, kita akan bincang

lebih lanjut," putus Noah apabila aku sekadar berdiam diri.

"Mana kereta you?"

Noah melempar sengih. Tanpa menjawab

pertanyaanku, dia bergerak ke bahagian sisi kereta aku, di

sebelah kiri. Dia ketuk pintu di bahagian penumpang.

"I tumpang you ya, sayang..."

"Noah!" Aku jelas tidak senang apabila dia

pandai-pandai sahaja membuat keputusan tanpa berbincang

terlebih dahulu denganku.

"I tak bawa kereta, cousin I datang hantar tadi.

Ermmm... nanti you cuma perlu hantar I balik ke pejabat. No

worries. I rasa Ajrun takkan terserempak dengan kita. Kalau

itu yang you bimbangkan sangat."

Aku diam. Lagi-lagi Ajrun. Aku tidak faham kenapa

Noah merasakan Ajrun menjadi masalah antara aku dan dia

padahal pada pandanganku, masih ada lagi yang lebih besar.

Aku terus masuk ke dalam perut kereta. Noah

tersenyum kecil apabila aku akur dengan keinginannya itu.

"SO, I rasa kita boleh mula..." Noah menyisip latte panas di

hadapannya.

Aku mengetap bibir. Dari mana harus aku mulakan?

Dalam keresahan, aku membuang pandang ke luar restoran.

Aku sebenarnya masih belum pasti dengan kata hati sendiri.

Mungkin aku sekadar suka-suka sahaja dengan Noah.

Mungkin kerana kekacakannya, mungkin juga kerana

terlalu banyak babak yang terjadi antara kami membuatkan

jantungku berlagu irama setiap kali mata kami bersabung

pandang.

"I tahu you pun rasa apa yang I rasa, kan Aira?" teka

Noah tidak lama selepas itu.

Pipi aku kemerahan dengan serkap jarangnya.

"I tahu you mungkin tak percaya macam mana I

boleh jatuh hati secepat ni, tapi I tak rasa mustahil pun. I'm

telling you now, dear... I betul-betul nakkan you. I know this

is love..." Noah terus mengungkap rasa hati yang tak tertahan.

Aku menelan liur.

"Tapi Noah... kita... kita tak sama..." jelasku.

"What?" Noah pandang aku.

"Apa yang tak sama? You nampak I ni macam vampire

ke?" Noah bergurau dengan gelak di hujung kata-katanya.

Aku memandang tepat ke anak mata Noah.

"Kita tak sebangsa..." Perlahan aku menuturkan

kata.

Demi mendengarkan ucapan aku, Noah memicingkan

mata sebelum tawanya terletus. Dia ketawa terbahak-bahak.

"Aira, sayang... that excuse is ridiculous. Itu bukan

masalahnya pun. Takkan you tak pernah tengok orang couple

dengan lain bangsa? Oh God! Can't you find a better reason?"

"And our religion..." sambungku dan kali ini tawa

Noah serta-merta mati. Dia memandangku tajam.

Selang tiga minit Noah menyepikan diri, suara

garaunya kedengaran.

"Okay, fine. I dah faham. So, ini pasal agama."

"Ya!" jawabku tegas.

"Aira, come on... kenapa you nak sesakkan kepala

pasal tu? Tak perlu terlampau fikir panjang. I faham, kita

berbeza tapi to have a relationship, we need to put that

matter aside first. Nanti kita bincang balik pada masa yang

sesuai."

Aku melepaskan keluhan panjang. Kata-kata

Noah tidak sedikit pun menyenangkan hatiku. Dia tetap

meninggalkan tanda tanya tentang perbezaan yang wujud

antara kami. Aku langsung tidak jelas akan keinginannya.

"Let's give ourselves a try, Aira. I yakin dengan kata

hati I. You juga cintakan I. Am I right, my darling?" Suara

Noah bertukar romantis. Aku tidak keruan.

"I tak nampak masa yang sesuai, Noah. Kalau boleh,

I nak kita jelas tentang semua ni. I..."

"How would I explain to you, Aira? I was born a

Christian and I need time to really think about this, okay..."

Aku mengangguk. Pastilah aku mengerti, bukan

salah Noah dilahirkan sebagai seorang yang beragama

Kristian dan aku juga sesungguhnya tidak memaksa. Cuma

aku risau akan hala tuju hubungan ini jika aku menjanjikan

ikatan antara kami. Lebih baik tidak punya apa-apa jika

kecewa dan derita kemudian hari.

"So, macam mana dengan kita?" Noah senyum

manja dengan matanya yang tunak merenungku.

"Macam mana apa?" Sengaja aku menduga hatinya.

Noah buat muka.

"Sayang, janganlah buat-buat tak faham. Where do

we go from here? You setuju tak kalau I nak you jadi girlfriend

I?"

Aku tersentak sekali lagi dengan tingkah Noah yang

begitu berterus terang. Aku menelan liur yang terasa kelat.

Bagaimana harus aku lafazkan sedangkan hati ini belum

pasti?

"I tak boleh bagi jawapan sekarang. Give me some

time," pujukku.

Noah menggeleng. Aku mengerutkan dahi. Apa

lagi yang mamat ni nak? Aku dah minta masa, kira okeylah

daripada tak ada apa-apa.

"I dah bagi you masa, Aira. I rasa masa tu dah cukup

untuk you fikir. Jangan tipu diri sendiri. I tahu you juga ada

hati pada I, kan?" tebaknya.

Aku sudah mulai panas punggung. Pandai pula dia

ni mengagak.

"How sure are you?"

"As sure as the stars." Pantas Noah menjawab,

namun mengundang gelakku. Terkekeh-kekeh aku ketawa

sehingga aku nampak riak muka tidak puas hati Noah, aku

menekup mulut. Ops! Nampaknya aku dah melampau.

"Seronok gelak nampak," sindirnya. "Nasib baik

cantik!"

Aku mencebik mendengar pujiannya itu.

"Sejak bila you pandai berpuitis ni?"

"Sejak I kenal seorang Aira... kakak pekerja I, Ajrun."

Aku membisu, membuang pandang ke luar. Tidak

tahu jawapan apa yang sesuai. Aku benar-benar tidak keruan.

Wajarkah aku bertanya pendapat Ajrun? Ah! Tak! Tak! Mati

aku kalau Ajrun tahu pasal ni. Aku tak naklah bersoal jawab

dengan Ajrun.

"Kira jadi ya, sayang?" Soalan Noah mencantas

khayalanku.

"One."

Apa ni? Apa yang jadi?

"Two."

Apa yang 2?

"Three."

"Noah..."

"Okey, sayang... kira jadi. I dah kira sampai 3, you

diam je. Maknanya you setuju, kan?"

Aku terpinga-pinga.

"Kira jadilah ya, sayang."

*** SUDAH BERADA DIPASARAN, KELUARAN MAC 2017***

Nk risik2 boleh wasap nombor bawah ni naaa..

019-3729676 (cik shida)

013-4888095 (kak peah)

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top