Jujurlah... Sayang! - Bab 1

"JADUAL aku full sangat hari ni. Sorry... tak

boleh join lunch." Aku memberi alasan. Tapi sememangnya

aku sibuk tahap Gaban hari ni. Okey. Hesy... letih ya ampun.

"Ala... tengah hari ni tak boleh, petang nanti lepas

balik kerja bolehlah."

"Heh... helo... petang buat apa? Baik aku makan kat

rumah je sambil landing kat atas katil. So, jawapan dia tak

boleh," tegasku.

"Please?" Suara di hujung talian bukan main gedik.

Aku terus menjuihkan bibir.

"Jangan gedik-gedik dengan akulah. Tak tergoda

langsung." Aku buat-buat marah.

"Ra... boringlah aku lunch sorang."

"Apa hal pulak dengan kau ni? Tiba-tiba jadi forever

alone ke? Catch up with a friendlah, sayang. Biasa tak pernah

ajak aku lunch. Buang tabiat ke?"

"Hesy... diaorang semua pergi sitelah. Aku

sorang-sorang je kat dalam ofis ni..."

Aku buat muka. Melampaulah tu kalau dia sorang

kat dalam ofis yang besar gedabak macam tu.

"Pergi invite bos kau. Kau cakap kau nak belanja

dia."

"Wah... teruk gila cadangan kau. Tak pasal-pasal aku

kena kuda dengan bos."

Aku ketawa rancak.

"Tak apa, kau kan suka tunggang kuda. Ops...

Masalahnya, kuda pulak yang tunggang kau kali ni ya..."

"Kau mengarut apa ni, Ra?" Suara Ajrun dah naik

satu oktaf.

Aku menekup mulut menahan gelak.

"Semua suggestion aku tak sesuai dengan jiwa kau.

Dahlah, oi. Aku nak sambung kerja aku yang terbengkalai

sejak pagi tadi ni haaa... Malam inilah, kita dinner sama-sama.

Kat rumah."

"Yalah! Yalah... aku baru nak bermanja tengah hari

ni."

"Nak bermanja ke nak minta belanja?" usikku.

"Ha... tu bagus juga. Poket dah kopak sejak beli Vios

ni. Minta belanjalah, yang..."

"Dalam mimpi bolehlah..." Nak minta belanja

konon, aku sendiri pun dah mula sesak hujung-hujung bulan

ni walau duit tak ke mana sangat pun.

Ajrun tergelak. Dia tahu yang aku sekadar bergurau

dengannya. "Okeylah, Ra... See you tonight. Bye."

Aku mengangkat kening. Hesy... adik aku sorang ni,

merajuklah tu. Adik? Aku mengangkat bahu. Betullah. Ajrun

Azim tu adik aku tapi rasa adik tercinta tu dah boleh dinaik

taraf macam abang. Sebab selalunya aku rasa akulah yang

terlebih manja dengan adik yang seorang itu. Dan Ajrun tu

pun suka sangat memanjakan aku. Okay, fine... Whatever it

is... we are twins.

Opsss... Aira Al-Imani dan Ajrun Azim... Cantik tak

nama kami berdua ni?

No answer... but then ma and pa said so.

"Hoi... apa berangan pagi-pagi ni?" Iqa berdiri

tegak seraya bercekak pinggang di depan aku. Kening

diangkat-angkat dengan riak muka nakal.

"Pardon? Banyaklah kau punya pagi."

Kami saling berpandangan seketika sebelum

menghamburkan tawa.

"Betullah..." Tanpa dipelawa, Iqa menarik kerusi dan

duduk dengan eloknya di depan aku.

"Apa?"

"Syarikat ni memang ada masalah pendawaian

elektrik."

"Huh?" Aku buat muka blur.

"Traffic jammed bilik aku tadi. Aku... so hot. Rasa

dah travel kat Maghribi. Alahai... memang nasib badanlah

kan."

"Padan muka kau. Hari tu mengumpat kat bilik

sebelah. Hah, kan dah kena..."

"Yalah, yalah." Iqa mengaku kalah. Malas melawan

lagi.

"Aku rasa nak quit." Iqa buat keluhan panjang.

"What do you mean by nak quit? Mung gilo ke apo?"

Hah, kan dah terkeluar loghat Kelate pekat nenek datuk aku

yang dirindui kat Pasir Mas tu.

"Entah... penatlah hidup macam ni..."

"Habis tu, kau nak balik kampung tanam jagung

ke?" Aku gelak jahat.

Iqa buat muka bengang dengan ayat kawan dia ni.

"Aku nak kahwin dengan lelaki kaya. Nanti aku boleh

goyang kaki kat rumah je..." Iqa tayang sengih.

Aku gelak lagi. Tahu sangat dengan Iqa yang

sungguh-sungguh materialistiknya itu. Ciri lelaki idaman

dia, satu aje... kaya tahap billionaire. Sungguh sadis impian

gadis cantik sorang ini.

Tapi bila dikenang-kenang... Iqa boleh mencapai

impiannya yang melampau tu. Muka cantik, baik pula tu.

Aku sendiri memang awal-awal mengaku kalah kalau ada

yang suruh kira berapa ramai lelaki yang pernah jadi teman

istimewa Iqa. Ramai nak mampus. Diulangi... nak mampus,

okey! Tak macam aku, satu habuk pun tak ada.

Iqa juga sememangnya keturunan anak orang kaya...

jadi maknanya, dia ni nak menyambung generasi dengan

kekayaanlah. Kalau ikut cerita Iqa tu, mak cik dan pak cik dia

memang kaya. Jadi sepupu-sepupu dia tu pun ikut sama kaya.

"Nanti bila aku dah jadi mem besar, kau orang

pertama yang akan jejak kaki ke rumah aku dengan sambutan

luar biasa. Aku hampar red carpet untuk kau." Iqa buat

kening double jerk.

"Whateverlah... red carpet ke blue ke yellow ke

kelabu asap ke, I don't care. Daripada kau cakap benda-benda

tak penting dalam hidup ni, apa kata kalau kau belanja aku

makan petang ni? Tu baru betul," ujarku.

"Ecece... Sungguh tak membantulah kau ni Aira."

Aku gelak sahaja dengan keluhan Iqa.

"HELO, SAYANG..." Ajrun merebahkan tubuh di katil aku.

Aku yang baru sahaja selesai solat isyak mengerutkan kening.

"Kau jangan nak buat adegan lucah tak tentu hala

kat dalam bilik aku ni." Keras suara aku. Apa taknya... adik

aku yang sorang ni pakai boxer aje tengah malam yang kelam

ni. Huh! Tersangat-sangatlah menyakitkan mata dan hati

serta semua sistem kat dalam tubuh.

"Lucah apa ke jadahnya pulak? Aku tak layan blues

okey, nanti sah kena tikam dengan pa. Five minutes, dear."

Ajrun buka tutup buka tutup lima jari sebelah kanan dan

terus pejam mata.

"No way!!!" Aku menjerit kuat sebelum melibas

kepala Ajrun dengan bantal di atas katil.

"Ala, kejaplah... please." Ajrun merengek manja

sambil menggosok-gosok kepala yang tak berapa nak sakit

itu. Lepas tu dia terus tutup mukanya dengan bantal. Okey,

ni maksudnya aku kena tidur kat luar malam ni. Bukannya

senang nak kejut Ajrun yang sorang tu kalau dah tidur.

Memang dasar tidur mati!

"Run! Bangun... syuh! Pergi tidur bilik sendirilah...

Apa masalah kau ni menyemak kat bilik aku pulak?"

Sedetik. Dua detik. Tiada reaksi.

Dengan muka merengus, aku mengambil bantal dan

tibai kepala si adik yang kononnya kacak menawan tu lagi

sekali. Padan muka. Aku bulatkan mata bila Ajrun tak bagi

tindak balas. Aku gelengkan kepala. Dah tidur ke? Cepatnya!

Aku terus berjalan ke luar bilik. Sumpah, aku tak

rela nak tidur sebilik dengan Ajrun. Waktu kecil-kecil dulu,

tak apalah sebab kira halal. Ni dah besar panjang tak ada

maknanya!

"Buat apa kat sini malam-malam ni?"

Huh... Kus semangat. Aku mengurut dada saat

melihat kelibat pa di sebelah yang hanya berkain pelekat dan

berbaju t-shirt hitam.

"Pa... adik tidur bilik akak. Bengang betullah akak."

Aku dah mula buat drama, mengadu kepada pa tersayang

dengan gaya sedih walaupun tak adalah sedih sangat.

Pa mengorak senyuman melihat gaya anak manjanya

ini. "Kenapa tak kejutkan adik? Akak tu pergilah tidur bilik

adik."

"Hesy... pa." Aku besarkan anak mata. Lagak tidak

percaya. "Takkan tak tahu adik tu kalau tidur... cicak berak

atas kepala pun tak sedar. Akak takkan tidur bilik dia...

bersepah macam baru lepas kenduri. Pengsan jugak akak kat

dalam tu nanti."

Pa gelak. "Habis tu, nak tidur kat sini ke?"

"Ermmm, terpaksalah, pa... Tak apa-tak apa, akak

okey je. Esok akak balas dendam dekat adik. Pa pergilah

tidur." Aku dah letak bantal atas sofa, kat ruang tamu yang

tak berapa luas ni.

"Akak."

"Yup." Aku panggung kepala.

"Esok pa nak pinjam kereta adik, nanti akak tolong

hantar adik pergi kerja ya?"

Ternganga pula aku kat situ.

"Apa, pa? Hesy... tak naklah pa." Aku dah mula

merengek. "Akak kan tengah sakit jiwa dengan adik ni. Esok

akak nak perang dengan dialah, pa."

"Kereta pa masuk bengkel, ma pulak nak pergi Bangi

esok. Kalau akak nak hantar pa, tu namanya kerja gila, kan?

So, lagi baik akak hantar adik... lagi dekat dengan tempat

kerja akak. Ke akak nak bagi pa pinjam kereta akak?"

Aku menggaru kepala. Perlahan-lahan aku geleng

kepala. Pa nak pinjam kereta aku tu, maksudnya aku kena

naik kereta Ajrunlah kan? Lagilah 87 juta kali tak mungkin!!!

"NGEKlah kau ni." Ajrun gelak bila aku menyekeh

kepalanya.

"La... kenapa, tak betul ke aku cakap? Kau tu dahlah

tak cantik. Eh Ra, aku rasa kau kena kahwin cepat-cepatlah...

nanti dah makin tua, makin tak laku."

Aku yang tengah memandu kereta dengan kelajuan

90 km sejam, mengerling tajam pada Ajrun.

"Kau sedar tak yang kau tengah mengata orang yang

sama umur dengan kau ni?"

"Eh... kita sama umur ek?" Ajrun gelak. Haip!

Buat-buat tanya pulak.

"Aku tahulah... No reminder needed. Tapi orang tak

kisah pasal lelakilah, Ra. Kalau umur 40 tahun tak kahwin

lagi pun okey. Tambah-tambah lelaki macam aku yang tak

dijangkiti tanda-tanda penuaan. Lagipun, aku dah ada Reen

tau."

Reen, atau nama panjang teman wanita Ajrun itu

ialah Reen Ashikin. Ajrun mengenali Reen ketika melancong

ke Arab Saudi bersama Auntie Mack. Reen ketika itu bertugas

sebagai jururawat di salah sebuah hospital di Arab Saudi.

Tetapi sudah tiga bulan Reen kembali ke tanah air dan

bertugas di sebuah hospital swasta di Kedah.

"Untuk pengetahuan am kau, kalau umur 40 baru

nak kahwin, nanti bakal anak-anak kau merangkap bakal

anak-anak saudara aku tu akan jadi tak berapa cerdik macam

kau. Faham?"

Ajrun buat muka blur.

"Maksud kau apa? Aku tak fahamlah kau cakap apa

ni."

"Betullah. Sperma kau tu dah tak berapa sihat nanti.

Anak-anak kau pun ikut sama."

Ajrun gelak geli hati.

"Aku rasa kau dah gila. Ma dengan pa yang jadi doc

pun tak ada nak kata apa macam kau. Dan paling penting, tak

mengeluarkan fakta yang paling tak boleh diterima masuk

otak ni." Ajrun perli aku sambil melihat pada skrin telefon

bimbitnya.

Aku buat bodoh sahaja. Lebih baik tumpukan mata

pada jalan. Malas nak melayan Ajrun yang bising macam ayam

kena kejar dengan musang. Suka hati kaulah nak percaya

cakap aku ke tak.

Hari ni terpaksalah aku hantar Ajrun ke pejabat.

Petang nanti pun aku kena ambil Ajrun. Wa... sah aku balik

lambat hari ni. Dari pejabat aku nak U-turn ke tempat kerja

Ajrun memang selalunya sesak.

Aku kerling jam tangan. Dah pukul 7.15 pagi.

Hailah-hailah... lambatlah aku sampai kerja hari ni

nampaknya.

"Aku nak turunkan kau kat mana?" soalku bila dah

selamat sampai di kawasan pejabat Ajrun.

Ajrun mengambil beg bimbitnya di tempat duduk

belakang.

"Depan tu je, Ra. Bagi signal kanan."

Bila kereta dah berhenti, Ajrun membuka pintu

kereta. Aku dan dia saling berpandangan. Kemudian, aku

hulurkan tangan, kemudian disambut Ajrun yang sekadar

menepuk kasar tapak tangan aku.

"Dah lama tak salam dengan kakak tercinta rupanya.

Bye," kata Ajrun.

Ajrun gelak sebelum menutup pintu kereta. Aku juga

turut mengukir senyuman. Betullah tu! Dulu, kalau nak balik

sekolah atau universiti selepas cuti, dah jadi amalan wajib

untuk Ajrun cium tangan aku selaku kakak sulung walaupun

beza keluar daripada perut ma hanya dua tiga minit je. Tapi

bila dah besar ni, bila nak bersalam, terasa kekok pula.

Belum pun sempat aku membelok ke kanan, kereta

hitam dari belakang meluncur laju. Aku tersentak. Geram!

Sepantas kilat, tapak tanganku menekan hon. Hesy! Beri

isyarat yang tindakan si pemandu kurang berhemah itu

mengundang bahaya.

Dan ponnn!

Aku mengetap bibir. Berani dia hon balik ya? Tak

bertauliah punya pemandu. Patutnya kena daftar untuk ambil

lesen kereta lagi sekali, rungutku sebal.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top