04











Meriah perkarangan rumah keluarga Liana dengan majlis perkahwinan Liana dan suaminya.





Batrisya memainkan peranan sebagai pengapit bagi sahabat baiknya,mengipas Liana,mengelap peluh dan membetulkan kain baju Liana.






Selepas zohor semua orang berkumpul teruja dengan aktiviti berebut bunga pengantin.




"Hah Risya jangan lupa sambut tau bunga tu"ujar Hidayah dengan senyuman nakal.



"Tak nak ambik nanti kena kahwin tak nak, tak nak"Batrisya menggeleng kepala.



"Ok sedia semua?"soal Liana.

"Sedia......."jerit orang yang berada di situ.


Liana pusing membelakangkan orang yang sudah menunggu.



"1...2...3....




Liana pun kemudian membaling bunga yang dipegangnya.






Batrisya mengelak dari tangkap dan dia cuba seimbangkan badannya yang terhuyung-hayang dek orang bertolak.





Batrisya hampir nak terjatuh namun mujur ada satu tangan sempat menyambutnya cepat-cepat Batrisya membetulkan kedudukan.


"Terima kasih"ucap Batrisya menunduk malu.




"Ewah nampaknya kawan kita tak dapat bunga tapi dapat kumbang lah"ujar Syakira dengan senyuman nakal.



"Dahlah aku nak pergi makan"ujar Batrisya berlalu dengan  keadaan menuduk ke bawah sumpah dia malu sekarang ni.











• • • • • • • • • • • • • • • • • • •








"Jom ikut aku Haris"Naufal menarik lengan kawannya mereka membawa pinggan dan duduk di sebuah meja.



"Hai"sapa Naufal tersenyum manis pada dua gadis di hadapan gadis yang sedang makan mendongak.



"Eh encik Naufal?"soal Balqis terkejut.


"Kau kenal dia ke dik?"soal Batrisya menoleh melopong mulut dia nampak mamat korea celup di depan mereka .


"Eh awak yang tadi jatuh tu kan?mujur si Haris selamatkan awak"ujar Naufal ketawa kecil.



"Minah teh ais ni lagi,kau buat apa dekat sini?"muka tak puas hati Haris tayangkan pada Batrisya.



"Ris tak baiklah,jom kita kenal-kenal asyik jumpa je takkan tak nak kenalkan diri"senyuman manis Naufal tayangkan.



"Saya Nurul Ain Batrisya orang panggil Risya je yang sebelah saya ni adik bongsu saya"ujar Batrisya memperkenalkan diri.



"Saya Nurul Aina Balqis panggil Balqis je"ujar Balqis dengan muka malu-malu kucing.



"Saya Mohammad Naufal "



"Nama aku Haris,and kau stop call aku mamat Korea celup ya perempuan"Haris menjeling tajam Batrisya.



"Wuuu takutnya kita"Batrisya membuat muka.


"Akak dahlah tu"Balqis menepuk perlahan tangan kakaknya.



"Balqis kerja dekat mana?"soal Naufal.



"Ooo saya masih belajar dekat uitm ambik kos akauntan"jawab Balqis.



"Risya jomlah selfie dulu kita kita"ujar Sofia yang muncul.



"Okay kejap aku nak basuh tangan kejap lagi aku datang"kata Batrisya dia mengelap mulutnya kemudian bergerak membasuh tangan.



"Akak awak tu memang kelam kabut kan?"ujar Haris yang memerhati Batrisya.



"Dia tu kalau dah kelam kabut laju je di gerak biasalah"


"Adik kau tunggu kejap tau,akak nak pergi tangkap gambar lepas tu kita balik"pesan Batrisya mengambil phonenya lalu beredar.





• • • • • • • • • • • • • • • • • • •














"Uish handsome betul mamat sambut kau tadi tu Risya macam muka oppa oppa Korea beb"Syakira mula sesi mengusiknya.




"Dorang tadi makan semeja beb wah ada apa-apa ke tu?"soal Sofia dengan kening terjongket.




"Mana ada apa-apa aku tak kenal dia punlah tapi aku selalu terserempak dengan dia"jawab Batrisya mencebik.




Hidayah menepuk Batrisya sambil tersenyum.



"Aku rasa dia tu jodoh kau beb Jodohku mamat Korea hah gitu"ujar Hidayah.



"Okaylah lepas ni merasa nasi minyak Risya"sakat Liana manakala suaminya gelak sahaja.















• • • • • • • • • • • • • • • • • • •








"Akak,akak,akak"panggil Balqis yang sudah duduk di birai katil Batrisya.



"Agak-agaknya dapat lagi tak kita jumpa mamat-mamat tu?"soal Balqis memintal rambutnya.



"Amboi kau dik gatal eh,aku report dekat ayah nak?"ujar Batrisya menjeling adiknya.



"Aloh orang tanya je akak ni emo lah"Balqis mencebik.



"Kenapa dik?fall in love dengan Naufal ke?"soal Batrisya.


"Bukan fall in love suka sikit je"Balqis memintal rambutnya.



"Amboi adik akak ni gatalnya,ni asal tak tidur lagi?esok pagi-pagi kau nak kena balik universiti kan?"



"Akak awal lahi baru pukul 9 malam,kasilah peluang nak story morry dengan akak adik tercinta ni"Balqis memeluk lengan Batrisya.



"Eleh yalah padahal nak story pasal mamat kat kenduri tu macamlah akak tak tau"Batrisya memandang Balqis.



"Jom layan drama all us already dead"ajak Balqis muka membuka laptop.



"Yalah yalah"















• • • • • • • • • • • • • • • • • • •






Naufal dan Haris mereka baru selesai sesi kelas agama bersama ustaz khalid dan Pak Mat.



"Alhamdulillah ustaz nampak kamu sekarang makin lancar baca al quran dengan tajwid yang betul"puji Ustaz Khalid.



"Tulah dia rajin belajar bila ada masa terluang macam ni, pak Mat bangga dengan kamu Haris"



"Alhamdulillah ustaz pak Mat ni semua Hidayah dari Allah saya pun rasa bersyukur sangat-sangat dengan kehidupan sekarang"kata Haris tersenyum tenang.


"Ustaz agak-agak kawan saya ni dah layak tak nak jadi imam seorang perempuan?"soal Naufal.



"Insyallah boleh sangat dah berdasarkan pemerhatian ustaz,wah Haris dah jumpa jodoh ke?"soal Ustaz Khalid.



"Baguslah tu dah jumpa jodoh nanti jangan lupa jemput kami ya"tambah pak Mat.



"Ish mana ada ustaz,pak Mad Naufal je memandai padahal dia yang dah jumpa buah hati budak uitm....."Haris tersenyum sinis.



"Eh kau memandai je aku baru kenal dia kot"bidas Naufal dengan muka mencebik.



"Sudahlah tak kisahlah siapa dapt jodoh dulu,pak Mad doakan korang dapat jodoh yang baik-baik dah bahagia sampai ke Jannah"ujar Pak Mad.


"Betul kata pak mad,jomlah kita balik esok kamu berdua nak kerjakan?"


"Haah yalah, jom Haris"ujar Naufal maka mereka pun meminta diri pulang ke rumah.




















































































































Bersambung.....

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top