00













"Risya, makan pun nak tengok drama Korea ke?tak habis-habis tengok drama Korea"tegur Amira merupakan staff di tempat kerja Batrisya.

"Alah kak apa salahnya,nak video call dengan pak we tapi pak we tak ada huhuhuhu"

"Kamu tu jual mahal sangat itu tak nak ini tak nak habislah kamu jadi anak dara tualah"ujar Amira menyakat Batrisya.

"Akak......janganlah cakap macam tu akak nak tengok saya single sampai ke tua ke hiks hiks"ujar Batrisya dengan wajah sedih.

"Dahlah akak gurau je cepat makan tu dah nak pukul 2.30 dah kita kena bukak balik butik"ujar Amira memperingatkan Batrisya.

"Okay akak"







• • • • • • • • • • • • • • • • • • •







Batrisya selepas pulang dari kerja terus  duduk dalam  bilik ingin berehat setelah penat bekerja.


"Kakak busy ke?"


"Oh kau rupaya Balqis?tak busy kenapa wahai adikku?"soal Batrisya pada adik bongsunya.

"Boleh tak teman aku pergi Macdonald?teringin nak makan burger Macdonald yang baru tu"kata Balqis sambil membuat muka simpati.

"Eleh nak makan Macdonald konon,ada duit ke?"soal Batrisya seakan mengejek adiknya.

"Adalah jomlah aku craving sangat ni weh hiks hiks hiks"rayu Balqis pada kakaknya.

"Haish yalah yalah aku bagi kau 15 minutes bersiap lambat tinggal"

"Okay baik kak ku"sepantas kilat Balqis pergi bersiap-siap.











• • • • • • • • • • • • • • • • • • •








"So Is  sepanjang berhijrah dua tahun  duduk sini okay dah?"soal Naufal selaku kawan baik Haris.

"Ok je dulu aku datang sini sepatah apa pun tak reti now i really do well,tak menyesal berhijrah ke sini"ujar Haris tersenyum.

Sejak dia memeluk agama Islam dia terus ikut Naufal pindah Malaysia kata Naufal lebih mudah nak mendalami belajar Islam sebab Malaysia negara Islam.

"Ni dah duduk sini nak dua tahun tak ada tersangkut dekat awek Melayu ke?"soal Naufal ingin mengusik Haris.

"Tak lagi aku belum bersedialah,lagipun siapa je nak dekat aku?"

"Wow muka punyalah handsome kau kata tak ada siapa nak dekat kau?gila betul kau ni"balas Naufal menggelengkan kepala tak percaya.

"Dorang suka muka aku sebab muka macam mamat Korea je"




• • • • • • • • • • • • • • • • • • •









"Weh kau tengok mamat kat luar tu uish muka dia handsome macam mamat kpop idol "ujar Balqis teruja menyenggol bahu kakaknya.

Batrisya menoleh ke arah yang adik dia tunjukkan 2 orang jejaka yang adik dia maksudkan.

"Alah tu mesti jantan acah-acah Korea je tu hurm baik tak payah layan"ujar Batrisya dengan malas dia fokus menyuap burger dalam mulutnya.

"Alah kau ni kak kalau lelaki Melayu kau tak nak? Apa kau ingat Lee  Dohyun,Yeo Jingoo tu nak dekat kau?"soal Balqis membebel pada Batrisya.

"Haish kau ni membebel macam emak dah kenapa?makan jerlah tak payah nak cakap pasal jodoh bagai tak ada mood aku"ujar Batrisya mencebik.

"Orang cakap benda betul kata bebel,jadi anak dara tua baru padan muka"ujar Balqis manakala Batrisya buat tak dengar malas mahu melayan adiknya.











• • • • • • • • • • • • • • • • • • •





Haris melangkah masuk pejabat dengan wajah biasa pandangan wanita yang melihatnya tidak diendahkan.

"Good Morning encik Haris"sapa seorang pekerja.

"Assalamualaikum,miss Syazwani"

"Hehehehe waalaikumsalam encik Haris,dah breakfast ke belum?"soal Syazwani tersengih.

"Sudah,okaylah saya pergi tempat saya dulu banyak lakaran saya nak kena buat ni"ujar Haris seraya berlalu.

"Jual mahal encik Haris ni nasib handsome tak apa pelan-pelan aku goda dia"

Sementara itu Naufal selamba meredah masuk bilik Haris tanpa memberi salam.

"Kau nak apa bro?salam tak bagi kita ni orang islam buat cara orang islam bro"bebel dengan penuh sinis.

"Assalamualaikum Haris,kejap lagi aku nak ajak kau melawat tapak site kawasan Bukit Jalil ni client pun jumpa discuss beberapa pekara ni"ujar Naufal.

"Okay kau tunggu kejap aku nak check dokumen sekejap ya,give me 10 minutes"ujar Haris meneliti file bewarna biru.

"Okay bro"

Itulah pekerjaan si Haris seorang arkitek dan begitu jugak dengan Naufal.























































































Hai! Ni first time nak menulis story malay selain dari kpop story huhuhuhu maklumlah saja nak try buat ala ala novel melayu hehehehehehe. Hope dapat sambutan.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top