Bab 9
Setelah mereka tiba di bilik mereka, INSP Zahirah terus mengemas barang serta membersihkan mejanya.
"Eh Zahirah, awak nak kemana pulak ni?"soal INSP Zulaikha pelik kerana melihat gelagat INSP Zahirah.
"Ooh saya nak baliklah, kerja pun dah siap" balas INSP Zahirah dengan senyuman.
"Lah, kata balik malam?
"Haha, saya tukar fikiranlah, badan ni terasa penat pulak"
"Oh macam tu, hati-hati drive" balas nasihat INSP Zulaikha kepada INSP Zahirah.
"Terima kasih" jawapan ringkas yang di berikan oleh INSP Zahirah sambil membuka pintu biliknya. Tiba-tiba dia di tahan oleh INSP Izhar.
"Zahirah, nak pergi mana ni?" Soalan yang sama di terima oleh INSP Zahirah.
"Saya nak balik, kenapa?"
"Nak balik? Awalnya" ujar INSP Izhar.
"Haha saya penat lah, lagipun kesian kawan saya hari-hari saya tinggalkan dia sorang-sorang kat rumah tu, entah apalah yang jadi kat rumah tu" INSP Zahirah teringat akan sahabat baiknya yang berada di rumah.
"Oook, hati-hati tau memandu, jangan bawa laju-laju, bahaya, nanti terlanggar apa-apa susah nanti, jaga diri, jaga mata, jaga hati untuk orang yang tersayang" balas INSP Izhar kepada INSP Zahirah.
"Wuish, lain macam ea nasihat awak, hahaha baik, terima kasih, saya pergi dulu"
"Eh jap" kata INSP Izhar. Lalu dia mengambil sehelai kertas bewarna putih dan di tuliskan nombor telefonnya.
"Nah, ambil nombor telefon saya, kalau ada apa-apa call saya tau" kata INSP Izhar sambil menghulurkan kertas putih yang tertera nombor telefonnya itu.
"Ouh ok, terima kasih ya" balas INSP Zahirah lalu pergi meninggalkan ruangan itu.
****************************
Sampai sahaja di tempat letak kereta, INSP Zahirah berasa sedikit hairan dengan kata-kata INSP Izhar.
"Terlanggar sesuatu?, jaga diri, jaga mata, jaga hati? Untuk orang yang tersayang? Apa maksud dia sebenarnya?" Fikir INSP Zahirah. Tanpa melengahkan masa, dia terus menghidupkan enjin keretanya lalu keluar dari perkarangan Ibu Pejabat Polis Sentosa, Bukit Pinang.
****************************
Di ruangan rehat para pegawai,
"Iz, asal kau bagi nombor telefon kau kat Zahirah? Setahu aku, kau ni jenis yang susah nak bagi nombor telefon kat perempuan, lagi-lagi yang baru kenal." Soal INSP Arif kepada sahabatnya.
"Tak.. aku sebenarnya, tergerak hati tau nak bagi nombor aku kat Zahirah, aku tak tahu kenapa, dia macam tiba-tiba tau, lepastu aku rasa akan ada benda yang buruk terjadi pada dia, aku tak tahu apa, tapi aku rasa ada sesuatu yang tak kena" balas INSP Izhar dengan riak wajahnya yang risau sambil memegang telefonnya.
"Ada benda buruk yang akan terjadi pada Zahirah? Apa maksud kau?"
"Entahlah aku pun pelik, kenapa aku ada rasa macam ni, tapi hati aku kuat mengatakan yang akan ada... isy, susah aku nak cakap"
"Dahlah tu, tak perlu fikir sangatlah, inshaallah takde apa-apa, dah jangan fikir sangat tau" ujar INSP Arif sambil menepuk-nepuk bahu INSP Izhar bagi menenangkan sahabatnya itu.
"Weyh aku nak baliklah, nak tenangkan diri." kata INSP Izhar sambil memasukkan telefonnya ke dalam poket seluarnya yang berwarna biru tua itu.
"Haa ok, hati-hati bro" nasihat INSP Arif kepada rakannya.
"Ok"
****************************
Semasa dalam perjalanan menuju pulang ke rumah, Zahirah mendapati ada sebuah kereta mengekorinya.
Zahirah menyangka bahawa kereta itu adalah pengguna jalan raya yang sama sepertinya. Namun kereta itu semakin lama semakin rapat dengan kereta Zahirah. Zahirah sudah berasa tidak senang hati. Tiba-tiba dengan sepantas kilat kereta itu memotong dan menghalang laluan Zahirah. Tindakan ini membuatkan kereta Zahirah berhenti secara tiba-tiba. Bau hangit memenuhi kawasan itu hasil daripada geseran yang kuat antara tayar kereta Zahirah dengan jalan raya. Secara tiba-tiba, 3 orang lelaki berpakaian serba hitam turun dari kereta TOYOTA HILUX dan mendekati Zahirah.
"Keluar-keluar! Duit mana duit! Aku nak duit! Cepat, kalau tak bersepai kepala kau malam ni!" Jerkah salah seorang dari lelaki berpakaian serba hitam itu sambil mengacukan pistol ke arah Zahirah.
Zahirah dengan segera menyerahkan ke semua wang yang dia ada kepada penjahat tersebut. Setelah penjahat itu mendapat duit, mereka semua menaiki kenderaan pacuan empat roda dan terus memecut laju hilang dari pandangan. Zahirah panik, dan terus menghidupkan enjim kereta lalu pergi dari situ, dengan perasaan yang bercampur-baur. Tiba-tiba, keretanya terasa berat dan tidak stabil. Zahirah memberhentikan keretanya. Walaupun perasaan takut telah menguasai dirinya, tetapi digagahkan diri juga untuk keluar dari kereta dan melihat apa yang terjadi.
Zahirah mendapati tayar keretanya telah di bocorkan oleh penjahat tadi,
"Ya Allah tayar kereta aku" kata Zahirah sendirian. Dia tidak tahu hendak berbuat apa, lantas dia terus masuk ke dalam kereta dan mencari kertas yang di berikan oleh Izhar tadi. Ligat jari Zahirah menekan nombor itu satu persatu. Lalu Zahirah menyambungkan panggilan kepada Izhar.
Setelah panggilan itu di sambungkan, kedengaran suara Izhar bercakap,
"Hello, Izhar, awak ke tu?" Tanya Zahirah sambil menangis teresak-esak.
Ya saya, kenapa ni Zahirah? Kenapa nangis ni?
Izhar, sa.. saya kena rompak..
Kena rompak? Ya Allah, habis awak kat mana sekarang ni, awak ok tak?
Saya ok, saya kat tepi jalan ni, tayar kereta saya pun pancit, saya rasa penjahat tu yang pancitkan kereta saya.
Ya Allah, takpe, awak stay dalam kereta dulu, jangan keluar, jangan kemana-mana, tunggu saya, kejap lagi saya sampai, ni awak kat jalan mana?
Saya kat jalan yang sunyi ni, saya tak tahu nama jalan ni, tapi kiri kanan hutan, saya takut.
Kiri kanan hutan, oh jalan Ismail lama, takpe, awak tunggu saya, kejap lagi saya sampai.
Izhat terus menamatkan talian. Izhar yang sudah berada di rumahnya segera bangun dan mengambil kunci motor serta topi keledarnya lalu menuju ke motor berjenama Yamaha Y2F-R25 bewarna silver miliknya dan terus memecut laju.
****************************
Zahirah yang berada di dalam kerera terus berdoa agar dia selamat. Tidak lama kemudian, Izhar sampai di tempat di mana Zahirah di rompak.
"Zahirah, awak ok tak? Penjahat tu ada cederakan awak?" Tanya Izhar cemas.
"Saya ok, tapi tulah, duit habislah bagi kat diorang, tayar kereta pulak pancit, tak guna punya penjahat" degus Zahirah geram.
"Dah dah, benda dah jadi dah awak, ni, awak ada tayar simpanan tak?" Soal Izhar.
"Ada kat belakang"
Zahirah terus meunjukkan tempat di mana dia meletakkan tayar simpanan.
Setelah itu, Izhar pun menukarkan tayar kereta Zahirah.
"Iz, awak dari rumah ke?"
"Haah dari rumah, tu yang bawa motor, senang, laju, haha"
"Lah kesian awak, maaflah saya ganggu awak"
"Eh takpe, saya tak kisah, lagipun saya dah biasa, masa awak belum pindah sini, saya selalu dapat call, kadang-kadang tengah malam pun saya dapat call, so saya bawa motor je, cepat" kata Izhar.
"Ooo" balas Zahirah ringkas lalu mengambil sesuatu dari dalam keretanya.
"Zahirah, dah siap dah" panggil Izhar sambil mengelap peluh yang berada di dahinya. Zahirah datang kepada Izhar sambil menghulurkan beberapa helai tisu dan sebotol air laici.
"Nak tisu, lap peluh awak tu, ni ada air, awak minumlah" balas Zahirah dengan senyuman.
"Lah awak ni, terima kasih"
"Sama-sama Iz"
"Ha ni, nak balik nanti ada duit tak?" Tanya Izhar sambil mengemas peralatan menukar tayar kereta tadi.
"Ha, tak ada, habis kena sapu dek perompak tadi"
Lantas Izhar mengeluarkan dompetnya dan menghulurkan duit kepada Zahirah.
"Nah, awak ambil duit ni, mana tahu nanti awak nak isi minyak ke, nak beli makanan ke"
"Eh awak, takpe-takpe. Takyah susah, awak dah tolong gantikan tayar kereta saya ni pun dah cukup baik dah" balas Zahirah
"Takpe, ambilah"
"Tak pe awak, awak simpan je"
"Ambil"
"Takpe"
"Nur Zahirah Syafiqah binti Abdul Rahman, ambil" ujar Izhar sambil menyebut nama panjang Zahirah
"Isy awak ni lahai, baiknya awak ni, terima kasih lah ya, hanya Allah yang mampu balas jasa awak Iz"
"Ni awak berani tak nak balik?"
"Berani tak berani lah"
"Takpe, kalau awak tak berani, awak balik, saya follow awak dari belakang, lagi pun ni dah malam, bahaya kalau awak sorang" ujar Izhar sambil menghidupkan enjin motornya.
"Ha boleh juga"
Lalu Zahirah terus masuk ke dalam kereta dan meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah di ekori oleh Izhar dari belakang.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top