Bab 8

"Lepastu, INSP tu banyak bagi maklumat pasal PDRM, dia siap bagi link untuk isi borang kat online, serius baik INSP tu, tapi tulah"

"Kenapa?" Tanya INSP Izhar pula.

"Saya tak tanya nama dia, yang saya tahu, dia INSP dan dia bertugas di sini, di Bukit Pinang, tapi saya tak tahu dia IPD ke, IPK ke" balas INSP Zahirah.

"Lah kenapa awak tak tanya dia" soaln INSP Zulaikha pula.

"Malulah nak tanya"

"Lah, apalah awak ni Zahirah, dia dah kahwin belum?" Soal INSP Izhar sambil menghirup kopi yang baru sahaja sampai.

"Oh masa tu dia cakap, dia single, belum kahwin, tapi sekarang ni tak tahu lah" jawab INSP Zahirah.

"Hahah, saya rasa dia belum kahwin sekarang ni, mungkin dia tunggu calon yang sesuai, kahwin ni, bukan nak hidup sehari dua je, seumur hidup, mestilah kena calon yang sesuai" balas INSP Izhar.

"Hmm betul lah tu"

"Habis awak tak cuba cari ke siapa INSP tu? Awak kan dah ada di Bukit Pinang sekarang, mesti boleh jumpa" ujar INSP Arif kepada INSP Zahirah.

"Saya memang tengah cari dia sekarang ni, kalau saya dapat jumpa dia, saya nak cakap terima kasih banyak-banyak sebab dah bantu saya, di sebabkan maklumat dari dia lah saya dapat jadi INSPEKTOR sekarang ni, kalau boleh, dia kahwin pun nanti saya nak taja" balas INSP Zahirah

"Wah, sampai dia kahwin pun awak nak taja ea, hebat-hebat" balas INSP Izhar sambil ketawa.

"Hahahah awak ni ada-ada jelah, ha makanan dah sampai, mari makan" ajak INSP Zahirah.

****************************
Setelah selesai makan,INSP Zahirah bangun dan menuju ke kaunter,

"Eh, nak kemana?" Soal INSP Zulaikha.

"Saya nak ambil tisu" balas INSP Zahirah ringkas.

"Ook"

INSP terus membuka langkah menuju ke kaunter pembayaran.

"Dik, kira, meja nombor 31" arah INSP Zahirah kepada juruwang itu.

"Semua sekali Rm11.30"

"Nah" INSP Zahirah menghulurkan wang.

"Ini bakinya, terima kasih Puan" ujar juruwang itu.

"Sama-sama"

Sesampai sahaja INSP Zahirah di meja makannya.

"Lama ambil tisu?" Tegur INSP Arif kepada INSP Zahirah. Tiba-tiba INSP Izhar mencelah,

"Kau ni, biarlah Zahirah nak ambil tisu lama ke sekejap ke, tu pun nak jadi isu ke? Asal, kau takut Cik Zahirah kita ni kena ngorat ke dengan juruwang tu, hahahahah" kata INSP Izhar sambil memerli INSP Arif.

"Ada-ada saja awak ni, dah jom naik atas" ajak INSP Zahirah sambil memasukkan telefonnya ke dalam beg.

"Jap, bayar dulu" ujar INSP Izhar.

"Tak pe, saya dah bayarkan untuk awak semua" balas INSP Zahirah.

"Lah, awak dah bayar?" Tanya INSP Izhar kepada INSP Zahirah dengan penuh kehairanan.

"Ye, kan tengahari tadi awak belanja saya air sirap ais dengan nasi goreng, jadi kali ni, turn saya pulak" ujar INSP Zahirah sambil tersenyum manis.

"Lahh.. siapa yang bagitahu awak?" Soal INSP Izhar.

"Aku lah yang bagitahu" sampuk INSP Zulaikha.

"Lahh awak ni Zu, hahahah tak pe lah, benda dah jadi. Apa-apa pun terima kasih belanja kami hari ni" balas INSP Izhar.

"Yelah, terima kasih Zahirah" ujar INSP Arif pula.

"Ya sama-sama, dah jom naik atas" ajak INSP Zahirah.

"Haa jom-jom" seloroh INSP Zulaika, lalu mereka bersama-sama keluar dari kafe itu.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top