Bab 5
Pintu bilik di buka perlahan oleh Inspektor Zulaikha.
"Hai Zahirah, nah awak punya makanan" Inspektor Zulaikha meletakkan sebungkus mi goreng dan air sirap ais di atas meja Zahirah.
"Eh, saya tak pesan apa-apa, awak ni ya Allah, susah-susah je lah" balas Inspektor Zahirah setelah melihat makanan itu.
"Hahaha, saya order, tapi orang lain yang bayar. Hahahah. Kiranya orang tu belanja awak lah Zahirah" balas Inspektor Zulaikha sambil menekan butang 'on' di sisi komputernya.
"Siapa yang bayarkan?" Tanya Inspektor Zahirah kehairanan
"Tuu, Inspektor Izhar kita" Inspektor Zulaikha menunjuk ke arah Inspektor Izhar yang sedang berbual dengan sahabatnya.
"Lah, susah-susah je awak semua ni"
****************************
Tiba-tiba, pintu bilik Inspektor Zahirah dan Inspektor Zulaikha di ketuk.
Rupa-rupanya Inspektor Arif.
"Awak berdua, jom, kita ada mensyuarat, cepat-cepat" gesa Inspektor Arif. Dengan segera Inspektor Zahirah dan sahabat barunya mengambil sebatang pen serta buku catatan dan menuju ke bilik mensyuarat.
Semasa mereka berdua sampai di bilik mensyuarat, kelihatan S.I Mustakim dan ACP Sabrina sudah menunggu.
"Maaf kami lambat" ucap Inspektor Zulaika dan Inspektor Zahirah serentak.
"Eh tidak mengapa, Datuk Rashidi pun belum sampai lagi, awak berdua duduk lah dulu" arah ACP Sabrina. Inspektor Zahirah mengambil tempat di sebelah Inspektor Arif dan dan Inspektor Zulaikha di sebelah Inspektor Izhar, mereka masih lagi menunggu anggota yang lain serta Datuk Rashidi selaku Ketua di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN).
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top