Bab 4

Tepat pada pukul 1:00 tengahari,

"Arif, makan jom, laparlah, perut aku dah bergendang dah ni" ajak Inspektor Izhar.

"Hmm jom, aku on je kalau kau belanja. Kan kan" balas Inspektor Arif sambil tersenyum lebar.

"Eh, bila ketikanya aku cakap nak belanja?" Soal Inspektor Izhar serius.

"Eh tak ea, aku dengar tadi kau nak belanja, hahahaha. Aku gurau je lah, serius sangat kau ni" lalu mereka bingkas bangun dari tempatnya dan menuju keluar, tiba-tiba Arif menahan  Izhar.

"Ya Allah kau kenapa?" Kata Inspektor Izhar.

"Ajaklah cik Zahirah kita tu, kesian aku tengok, baru masuk hari ni dah bertimbun kerja" balas Inspektor Arif sambil memandang ke arah Zahirah yang sibuk menyiapkan tugasan.

"Hmm ok jugak, tadi pun kita tak sempat nak borak dengan dia" Gaya Inspektor Izhar bercakap menunjukkan dia setuju untuk membawa Zahirah makan bersama.

Knock knock knock knock

"Hai, awak berdua, zulaikha sibuk ke?" Soal  Inspektor Izhar

"Tak sangat, kenapa, nak ajak lunch ea, jom" laju sahaja Zulaikha mengemas mejanya.

"Amboi, laju ea, hahah jom-jom, Zahirah, awak nak ikut tak?" Kata Inspektor Izhar.

"Erm tak kot, sebab saya banyak kerja ni, petang nak kena hantar, awak pergilah"  Zahirah menolak  kerana dia mempunyai banyak kerja yang perlu di siapkan.

"Ooh ok ok, nak kirim apa-apa tak?" Soal Inspektor Izhar kepada Zahirah.

"Ehh tak pe tak pe, awak pergilah" balas Inspektor Zahirah sambil tangannya ligat menaip sesuatu di komputernya.

"Hmm ok lah"
Setelah itu, mereka bertiga pun turun dan menuju ke arah Kafe Sri Makmur.

****************************
Setelah mereka selesai makan,

"Eh kejap, saya nak orderkan untuk Zahirah, kesian pula dia tak makan, mesti lapar tu" ujar Inspektor Zulaikha lalu menuju ke kaunter untuk membuat pesanan.

Setelah 10 minit, seorang pelayan kafe menuju ke meja mereka sambil membawa sirap ais dan sebungkus mi goreng.

"Aaa berapa semua sekali?" Inspektor Izhar bertanya kepada pelayan itu.

"Semua sekali Rm9.50 tuan" jawab pelayan itu.

"Ha nah" ketika Inspektor Izhar menghulurkan duit, Inspektor Arif dan Inspektor Zulaikha saling memandang antara satu sama lain. Tiba-tiba Inspektor Arif bersuara.

"Iz, kau belanja aku dengan Zulaikha?"

"Eh tak lah, aku bayarkan untuk kau dengan Zulaikha dengan Zahirah sekali" kata Inspektor Izhar.

"Serius lah, aku dengan Zulaikha cakap main-main je nak suruh kau belanja, tak sangka pulak kau belanja betul-betul, kau memang terbaik lah Iz" Inspektor Arif tidak menyangka bahawa gurauannya itu di tunaikan oleh Inspektor Izhar.

"Alah kau ni, rileks lah, dah jom naik, aku pun bertimbun jugak kerja atas meja tu, hahahaha" ujar Inspektor Izhar lalu mereka bertiga beredar dari situ.

Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top