Bab 3
~Ibu Pejabat Polis Sentosa, 68051, Bukit Pinang~
Pintu bilik Tan'sri Kamal, di ketuk dan di buka perlahan oleh Inspektor Izhar sambil memberi salam dan mengukir senyuman.
"Assalamualaikum dan selamat pagi Tan'sri, ini kertas siasatan yang Tan'sri minta" ucap Inspektor Izhar sambil menghulurkan fail yang bewarna putih kepada Tan'sri Kamal.
"Ooh ya, nasib baik kamu ingatkan saya, saya hampir terlupa, maklumlah, banyak lagi kes yang bersarang dalam kepala saya ni, pening memikirkannya" kata Tan'sri Kamal sambil memegang kepalanya.
"Saya faham tu Tan'sri, saya oh sebelum saya terlupa, hari ini ada pegawai baru akan lapor diri kan Tan'sri?" Tanya Inspektor Izhar kepada Tan'sri Kamal.
"Ya betul, dia dari IPD Bandar Baru. Sekejap lagi dia sampai lah itu" jawab Tan'sri Kamal.
"Ooh baiklah, kalau tiada apa-apa saya keluar dulu ya Tan'sri"
"Baik"
Setelah Inspektor Izhar keluar dari bilik Tan'sri Kamal, dia terserempak dengan rakannya, Inspektor Arif.
"Eh Arif, kau nak pergi mana, tergesa-gesa je aku tengok" soal Inspektor Izhar.
"Ha kau, satu balai aku cari tak jumpa, kat sini rupanya kau ea, aku nak pergi turun bawahlah, ACP Sabrina arahkan kau dengan aku sambut kedatangan pegawai baru tu, dah jom, pegawai baru tu dah nak sampai dah" kata Inspektor Arif sambil menuruni anak tangga dengan pantas.
"Dah nak sampai? Awalnya. Baru pukul 7:50 minit pagi" balas Inspektor Izhar sambil melihat jam di tangan kirinya.
"Itulah pegawai yang berintegriti namanya"
****************************
Setelah mereka berdua sampai di tingkat bawah, kelihatan sebuah kereta berjenama Honda City bewarna Hitam memasuki kawasan Balai Polis itu.
"Ha tulah kot pegawainya, eh, pegawai perempuan lah, aku ingat pegawai lelaki, kalau pegawai lelaki, boleh tambah kawan, takde lah aku menghadap muka kau hari-hari. Kalau handsome tak pe" perli Inspektor Izhar kepada sahabatnya.
"Amboi, ikut sedap mulut kau je ea" balas Inspektor Arif dengan perasaan yang membara.
"Selamat datang Puan ke Ibu Pejabat Polis Sentosa" ucap Inspektor Izhar dengan senyuman.
"Oh terima kasih" balas Inspektor Zahirah sambil membalas senyuman.
"Mari, kami bawa Puan berjumpa dengan Tan'sri Kamal" ajak Inspektor Arif.
"Mari" Jawab Inspektor Zahirah dengan ringkas sambil mengekori dua orang Inspektor itu ke bilik Tan'sri Kamal.
Knock knock knock knock
"Masuk"
"Tan'sri, pegawai baharu kita dah sampai" ujar Inspektor Izhar kepada Tan'sri Kamal.
"Ya bagus, Saya IGP Kamal Bin Yusof. Sila perkenalkan diri kamu" arah Tan'sri Kamal.
"Saya Inspektor Nur Zahirah Syafiqah binti Abdul Rahman, saya dari IPD Bandar Baru, saya bertugas di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)" kata Inspektor Zahirah dengan tenang.
"Ok terima kasih, ermm Izhar dan Arif, kamu berdua bawa Inspektor Zahirah berjumpa dengan CP Rashidi, di bilik dia, " arah Tan'sri Kamal kepada Izhar Dan Arif.
"Baik Tan'sri" kata mereka berdua serentak.
****************************
Knock knock knock knock
"Masuk" kedengaran suara CP Rashidi dari dalam biliknya menyuruh Inspektor Izhar dan Inspektor Arif masuk.
"Assalamualaikum Datuk, ini pegawai baharu kita dah sampai" kata Inspektor Arif.
"Baik, siapa nama kamu? Kamu dari IPD mana?" Soal Datuk Rashidi.
"Saya Inspektor Nur Zahirah Syafiqah binti Abdul Rahman, saya dari IPD Bandar Baru" balas Inspektor Zahirah dengan penuh adab dan sopan.
"Ooo, saya CP Rashidi bin Ibrahim, Ketua di Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), kamu bertugas di jabatan ini betul?"
"Iya, betul Datuk" jawab Inspektor Zahirah.
"Ok baik, Arif, kamu boleh sambung buat kerja"
"Baik Datuk"
" Izhar, kamu tolong tunjukkan bilik Inspektor Zahirah" kata Datuk Rashidi
"Baik Datuk"
Lalu Inspektor Izhar membawa Inspektor Zahirah ke bilik baharunya.
****************************
"Ok, ni bilik baharu awak, ni Inspektor Zulaikha, rakan sekerja awak, kalau ada apa-apa, nak tanya ke, awak boleh tanya Inspektor Zulaikha, atau saya, atau Inspektor Arif, bilik saya di sebelah, okey? Jangan malu, jangan segan, kita satu jabatan. Ok saya pergi dulu" ujar Inspektor Izhar lalu menutup pintu bilik itu.
"Baik, terima kasih" balas Zahirah.
"Hai Zulaikha" sapa Zahirah kepada Zulaikha. Rakan baharunya itu.
"Hai, baru ea?" Tanya Zulaikha.
"Haah, nama panjang awak siapa?" Kata Zahirah.
"Nur Zulaikha Batrisya binti Azhar. Awak?
"Saya Nur Zahirah Syafiqah binti Abdul Rahman"
"Oooh ok kk"
Mereka pun berbual mesra sebagai tanda perkenalan.
Bạn đang đọc truyện trên: AzTruyen.Top